lifestyle
Showing posts with label lifestyle. Show all posts

Huawei P60 Pro And Flagship Product Launch On 11 May

Friday, April 28, 2023

No comments
Huawei P60 Pro And Flagship Product Launch On 11 May |  The wait is finally over! HUAWEI Malaysia today announced its official launch date for the highly anticipated photography flagship, P60 Pro on 11 May 2023, which means that Malaysians can now enjoy top-notch elegant designs and innovative photography technologies adopted by the upcoming HUAWEI P60 Pro. 


On top of the official announcement of P60 Pro on 11 May, HUAWEI will also be unveiling a line-up of breakthrough innovations, such as the ultra-thin and lightweight foldable phone, Mate X3, along with the latest audio and wearable products including HUAWEI WATCH Ultimate, HUAWEI WATCH Buds and HUAWEI FreeBuds 5.

Don’t miss the launch of the HUAWEI P60 Pro and other exciting HUAWEI Products on 11 May 2023. Stay tuned to HUAWEI’s Official Facebook or click here to join in the launch!


Not only that, Huawei recently introduced its exclusive RM1 pre-order campaign specifically for HUAWEI P60 Pro, where customers are only required to place RM1 deposit and answer simple questions on HUAWEI Official Website to stand a chance to win mystery gifts including the HUAWEI P60 Pro, HUAWEI Watch Fit, HUAWEI WIFI AX3 Dual-Core, and more from a total prize pool worth up to RM12,429. Daily winner will be randomly selected and announced on HUAWEI Official Website today onwards until 11 May 2023.


Read More

Salur Sumbangan Ke Masjid Secara Online Dengan Mudah Dan Selamat Melalui Aplikasi Sujood

Wednesday, April 19, 2023

No comments
Salur Sumbangan Ke Masjid Secara Online Dengan Mudah Dan Selamat Melalui Aplikasi Sujood  |  Nak menderma pun dah rasa senang hati sekarang.. Yelah, sejak ada aplikasi Sujood ni.. Eh korang pernah dengar tak tentang aplikasi Sujood? Haaa kalau korang nak tahu aplikasi Sujood ni merupakan sebuah aplikasi yang memudahkan kita untuk menderma ke masjid-masjid atau surau-surau. Aplikasi Sujood ini berfungsi sebagai tabung digital yang boleh digunakan untuk menyalurkan sumbangan secara online. Mudah kan?


Saban hari kita dengar ada saja yang memohon sumbangan untuk masjid dan surau dan dalam masa yang sama ada juga yang kita dengar kisah-kisah di mana sumbangan tersebut tidak sampai ke masjid tersebut dengan pelbagai sebab dan alasan.. Sebagai salah seorang yang menderma, sudah pastinya kita berasa agak terkilan dan sedih apabila kita dapat tahu sumbangan kita itu tadi tidak sampai kepada tempat yang sepatutnya.. Betul tak? 

Jadi, disinilah berfungsinya aplikasi Sujood ini.. Menjadi perantara dalam membantu menyampaikan sumbangan korang tu ke masjis-masjid atau surau-surau dengan mudah dan selamat.. Bagaimana ianya berfungsi? Jom aku story..

Tentang Aplikasi Sujood


Pendigitalan adalah langkah terbaik untuk merungkaikan permasalahan yang dihadapi oleh masjid pada masa kini. Aplikasi Sujood ini menawarkan langkah pendigitalan masjid bagi membantu institusi agama tersebut untuk menghadapi isu seperti pemerolehan dana, kebolehpasaran dan juga masalah kecurian.

Aplikasi Sujood ini dibangunkan dan diselenggara oleh Studio 61 Sdn. Bhd dengan satu tujuan iaitu bagi memudahkan individu atau organisasi untuk menderma ke masjid atau surau.

Macam mana nak tahu masjid atau surau yang ada?

Jangan risau dalam aplikasi Sujood ni ada menyenaraikan masjid dan surau mengikut negeri.. So, bolehlah pilih masjid dan surau mana satu yang korang nak beri sumbangan.. Sangat mudah.. Oh ya, kalau korang nak tahu, Studio 61 Sdn. Bhd. telah menyampaikan hasrat kepada pihak pengurusan masjid dan surau di seluruh Malaysia untuk memperkenalkan aplikasi Sujood ini kepada mereka.. Mereka juga masih meneruskan misi untuk membantu pihak pengurusan masjid dan surau sehingga kini dalam mendapatkan dana dengan mendaftar masjid dan surau di aplikasi Sujood..

Ciri-Ciri Aplikasi Sujod


1.  Sadaqah

Ok menu pertama di aplikasi Sujood ni adalah 'Sadaqah'.. Di page inilah tempat untuk korang menderma sesuai dengan namanya 'Sadaqah'.. Di menu sadaqah ini korang boleh lihat senarai masjid dan surau mengikut negeri.. Macam aku yang tinggal di Pahang ni,ada 5 buah masjid dan surau dalam senarai Sujood ni.. Untuk menderma, korang hanya perlu pilih masjid atau surau dalam senarai dan seterusnya lakukan transaksi. Latar belakang masjid atau surau juga ada diceritakan bila korang klik pada setiap masjid atau surau yang ada..

2.  History

Untuk menu kedua ada 'history'.. Dekat page history ni korang boleh buat semakan transaksi yang pernah korang lakukan sebelum ni.. 

3.  Features



Menu ketiga pula adalah 'Features'.. Apa yang ada dalam page features ni adalah Tazkirah, Wakaf, Sujood Pro, Zakat, Tasbih, E-Wallet, Quran, Abza dan Zikir Selepas Solat.. Buat masa ni cuma 3 menu di features ni berfungsi iaitu Tazkirah, Zakat dan Zikir Selepas Solat.

Di Sujood bukan sahaja boleh bersedekah je tau tapi korang juga boleh baca tazkirah dari ustaz dan ustazah, boleh membayar zakat dimana menu zakat ini dilinkkan terus ke page zakat bagi setiap negeri dan ada juga zikir-zikir selepas solat yang boleh dijadi rujukan..

4.  Profile

Di bahagian profile, macam biasa ada paparan data peribadi korang bila korang mendaftar di Sujood..Dekat sini korang boleh tukar password dan edit profile korang.. Nak logout pun dekat bahagian profile ini juga.. 

5.  Setting

Last sekali menu 'settings'.. Setiap aplikasi mesti ada bahagian setting kan.. Begitulah juga dengan aplikasi Sujood ni.. Dekat bahagian setting ni ada part delete account, change language (belum diaktifkan), reminder (belum diaktifkan), favorite (belum diaktifkan), about us, share, rate dan contact us..

Kenapa Memilih Aplikasi Sujood?


Pembangunan aplikasi Sujood ini berteraskan kepada firman Allah dalam surah Saba' ayat 39 yang bermaksud;
.... dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya.
Jadi, mereka di Sujood dan aku sendiri percaya komuniti muslim di Malaysia ini juga berpegang dengan keyakinan yang sama.. Sebab itulah kenapa perlu memilih aplikasi Sujood ini.. Eh bukan itu sahaja tau.. Ada lagi beberapa sebab kenapa perlu memilih aplikasi Sujood ini iaitu :-
  • Dapat menderma dimana-mana sahaja dan bila-bila masa
  • Dapat menjejak sumbangan yang telah dilakukan
  • Dapat menderma secara berterusan dengan mudah dan selamat
  • Dapat melakukan sumbangan secara rahsia tanpa diketahui oleh sesiapa
  • Dapat menderma dengan menggunakan kad kredit atau melalui online banking

Kelebihan Aplikasi Sujood
 

  • Mengelakkan risiko kecurian tabung masjid atau surau
  • Infak dari penderma terus masuk ke akaun masjid atau surat tidak melalui akaun Sujood
  • Tidak perlu membawa duit secara tunai ke masjid atau tunai untuk menderma
  • Menderma dengan selesa, mudah dan selamat

Cara Menderma di Aplikasi Sujood

Cara nak menggunakan dan menderma di aplikasi Sujood ni sangatlah mudah.. Semudah ABC.. Di Sujood ni, kalau korang ttak mendaftar pun korang masih boleh menderma cuma korang tak dapatlah tengok semua transaksi yang telah korang buat sebelumnya.. Jadi, bagi aku lebih baik korang mendaftar lebih mudah untuk menguruskan trace rekod kita.. Macam mana cara nak guna dan nak derma di Sujood ni? 
  • Muat turun aplikasi di Google Play bagi pengguna android dan Apps Store bagi pengguna IPhone..
  • Bagi korang yang nak mendaftar, bolehlah ke bahagian profile untuk mendaftar terlebih dahulu.. 
  • Untuk menderma, boleh ke bahagian 'sadaqah' dan pilih masjid atau surau dalam senarai.
  • Isikan maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor telefon, emel dan jumlah sumbangan.

Ok aku bagi contoh ye dekat sini.. Aku pilih Masjid Lalang Luas Machang, Kelantan


Cara menyumbang atau bersedekah boleh tengok kat bawah ni ye..


1. Klik menu 'Sadaqah'
2. Pilih negeri
3. Aku pilih Masjid Mukim Lalang Luas Labok, Machang, Kelantan

4. Korang boleh baca info tentang masjid
5. Klik kotak 'Sedekah' untuk menyumbang


6. Seterusnya bolehlah masukkan detail seperti jumlah nak disedekahkan, nama, nombor telefon dan emel dan boleh juga kalau nak menyumbang kepada Sujood sama ada RM1, RM5, RM10 atau lebih.. 

7. Last sekali klik kotak 'Sadaqah' dan bolehlah buat pembayaran.


Cara Mendaftar Masjid Atau Surau di Aplikasi Sujood

Bagi masjid atau surau yang ingin mendaftar dengan Sujood, tiada syarat yang tertentu ditetapkan. Cuma kena pastikan yang masjid dan surau tersebut telah berdaftar dengan Majlis Agama Negeri. Sekiranya ada masjid dan surau yang ingin menyertai Sujood bolehlah menghubungi mereka di Sujood melalui emel salam@sujood.net. Apa yang bagusnya tiada sebarang yuran dikenakan.

Feedback Pihak Masjid dan Pengguna Aplikasi Sujood

Ok, dekat sini aku share dengan orang feedback dari pihak masjid dan pengguna aplikasi Sujood ini..





Semoga dengan adanya Sujood ini mampu membangkitkan semangat suka menderma dan saling membantu dalam komuniti kita pada hari ini.. Bukan itu sahaja, malahan semoga kita semua dapat menjadi seseorang dalam kalangan  mereka yang suka menderma dan mudah-mudahan dengan Sujood ini juga dapat membawa masjid kita kembali bangkit menjadi satu institusi yang gah dan perkasa.. Insyallah.. 

Salur Sumbangan Ke Masjid Secara Online Dengan Mudah Dan Selamat Melalui Aplikasi Sujood


So, korang jangan lupa muat turun aplikasi Sujood ni tau.. Sedekah itukan satu ibadah.. Jadikan ia sebagai satu amalan kita.. Kalau dulu sebagai amalan setiap kali pergi ke masjid atau surau, sekarang dah boleh buat secara online.. Bila-bila masa sahaja boleh bersedekah dan dalam masa yang sama dapat membantu masjid dan surat yang terlibat.. Dapatlah kita menambah saham akhirat kita kan nanti.. Insyaallah.. 


Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai Sujood, korang boleh terjah mereka di :-

Website

Facebook

Instargam

Email
salam@sujood.net
 
 

Read More

TENA Memilih Empat Rakyat Malaysia Aktif Berusia 50 Tahun Ke atas Sebagai Juara TENAcity Band Search

Tuesday, April 18, 2023

No comments
TENA Memilih Empat Rakyat Malaysia Aktif Berusia 50 Tahun Ke atas Sebagai Juara TENAcity Band Search  |  Para pemenang membawa pulang hadiah berjumlah RM60,000 dan akan menjelajah Malaysia bagi membawa mesej penuaan aktif untuk menggalakkan dan memberi inspirasi kepada warga emas Malaysia untuk terus hidup dengan berkeyakinan.

Para hakim dengan finalis TENAcity Band Search

TENA, jenama peneraju dunia dan Malaysia dalam penjagaan inkontinen, dengan bangganya memperkenalkan TENAcity, Kumpulan muzik pertama Malaysia yang dianggotai oleh ahli berumur 50 tahun ke atas dengan tujuan menyebarkan mesej penuaan aktif dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk terus hidup dengan berkeyakinan tanpa mengira usia.

Panel Hakim TENAcity Band Search
Dari kiri : Cheryl Wang, Pengurus Pemasaran, Vinda Malaysia, Yapp Pau Ling, Pengarah Komersial, Vinda Malaysia, Sandeep Joseph, Ketua  Pegawai Eksekutif, Penasihat Ampersand dan Hakim selebriti, Reshmonu dan Manbai


Pada hujung minggu yang lalu, rakyat Malaysia dari seluruh negara mempamerkan bakat muzik mereka di hadapan panel hakim yang terdiri daripada artis terkenal Manbai dan Reshmonu. Seramai 111 peserta yang terdiri daripada penghibur solo dan berkumpulan telah tampil ke pentas, dan menyanyikan lagu kegemaran mereka untuk merebut tempat dalam kumpulan TENAcity dan hadiah utama RM60,000. Gerard Singh, 56, Colin Thaddeus Jansen, 60, Raymond Chia, 52 dan Mark George Felix, 56, masing-masing berjaya meraih tempat sebagai vokalis/pemain bass, pemain gitar, keyboard dan dram, dengan pameran kebolehan muzik, kehadiran pentas dan kebolehan teknikal yang mengagumkan para hakim. 

Pemenang TENAcity Band Search
(Dari kiri : Mark, Raymond, Gerard dan Colin)  

Kumpulan itu menyuarakan kegembiraan mereka selepas dinobatkan sebagai juara pencarian kumpulan TENAcity. Walaupun berdepan dengan saingan sengit daripada pemuzik berbakat lain, mereka berbangga untuk mewakili rakan sebaya mereka dan menyebarkan mesej penuaan aktif kepada lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara. Ahli kumpulan mengucapkan terima kasih kepada TENA atas peluang dan platform yang diberikan untuk mengejar impian mereka dalam menyebarkan mesej mengenai penuaan aktif.

Gerard Singh, vokalis kumpulan berkata, “Gaya hidup yang aktif merupakan sesuatu yang amat penting, lebih-lebih lagi apabila usia kita meningkat. Ahli kumpulan berharap agar kami dapat memberikan inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengutamakan penuaan aktif, bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga mental.” Tambah beliau lagi, “Kami menghargai usaha TENA dalam mewujudkan sebuah saluran supaya warga emas Malaysia dapat kekal aktif, kerana tidak ada banyak pilihan yang tersedia untuk golongan ini.” 

Su Ting Nee, Presiden Vinda Group SEA berkata, “Saya gembira untuk melihat sokongan dan jumlah kehadiran bagi acara pencarian kumpulan TENAcity kami yang pertama. Menyaksikan para peserta mencurahkan jiwa dan raga mereka di atas pentas pada hari ini merupakan satu pengalaman yang menyentuh perasaan dan pasti tidak dapat dilupakan. Kami dapat menyaksikan antara persembahan terbaik yang pernah kami lihat dan kami tidak sabar untuk lihat TENAcity membawa mesej penuaan aktif kepada lebih ramai rakyat Malaysia.” 

Kami amat gembira dengan pemilihan ahli kumpulan yang akan mewakili jenama dan mesej kami. Mereka merupakan bukti dan simbol bagi penuaan aktif dan saya tak sabar untuk kongsikan kebolehan mereka dengan seluruh negara dengan harapan kami dapat terus memperkasakan semua orang untuk menjalani kehidupan secara aktif dari segi fizikal dan mental,” tambahnya lagi.  


TENAcity akan memulakan jelajah Malaysia mereka pada Jun 2023, bermula dengan persembahan di Shah Alam, diikuti dengan Pulau Pinang, Ipoh, Kuantan, Johor Bahru dan akhirnya kembali ke Petaling Jaya. Tumpuan akan diberikan untuk membawa kumpulan itu ke masyarakat akar umbi bagi menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup aktif tanpa mengira usia.

Su menambah, “Kami percaya untuk menyebarkan mesej penuaan aktif, adalah penting untuk kami mendekati seramai mungkin rakyat Malaysia. Kami ingin menunjukkan kepada rakyat Malaysia dari semua latar belakang bahawa TENA sentiasa bersedia untuk menyokong mereka menjalani kehidupan dengan gigih tanpa dihalang faktor seperti umur dan status sosioekonomi untuk meneruskan legasi mereka. Sepanjang penjelajahan ini, kami juga akan bekerjasama dengan NGO Malaysia dan organisasi lain untuk menyebarkan mesej kami dan meningkatkan usaha dalam menyokong penuaan aktif.

Peserta Irene Tham, 71, mengikuti uji bakat untuk posisi pemain dram

Penjelajahan TENAcity ke seluruh negara akan berlangsung dari Jun hingga November 2023. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang TENAcity seperti tarikh dan lokasi lawatan, sila layari Laman Facebook TENA di www.facebook.com/TENA.Malaysia atau Laman Web TENA di www.TENA.com.my




Read More

Kempen Kitar Semula Bagasi Tahunan Samsonite Kembali Lagi Dengan Kerjasama Bersama WWF-Malaysia Earth Hour

Sunday, April 9, 2023

No comments
Kempen Kitar Semula Bagasi Tahunan Samsonite Kembali Lagi Dengan Kerjasama Bersama WWF-Malaysia Earth Hour | Lindungi alam sekitar dan dapatkan penjimatan 40% untuk koleksi OC2LITE dan ENOW apabila anda tukar ganti bagasi terpakai di mana-mana kedai Samsonite. Kempen Samsonite Luggage Trade-in kembali lagi selepas kejayaannya pada tahun 2022. Bermula dari 20 Mac sehingga 1 Mei 2023, para pengguna boleh tukar ganti bagasi terpakai - tanpa mengira jenama, saiz, dan kondisi dan dapatkan penjimatan 30% dan 40% bagi pembelian koleksi OC2LITE dan ENOW Samsonite. 


Samsonite gembira untuk menyokong WWF-Malaysia's Earth Hour bagi kempen Luggage Trade-In tahun ini. Dalam usaha berterusan mereka untuk melindungi dan memulihkan dunia kita, RM10 akan disumbangkan kepada WWF-Malaysia bersempena dengan Earth Hour, bagi menyebarkan kesedaran tentang kepentingan untuk bersama memelihara alam sekitar, menangani krisis iklim global, dan bekerjasama untuk mewujudkan masa depan yang lebih baik. Selain daripada sumbangan ini, Samsonite Malaysia juga akan memadamkan lampu yang tidak penting di kedai mereka dari 8.30PM hingga 9.30PM bersempena dengan Earth Hour pada 25 Mac 2023





Pada tahun ini, Samsonite mengetengahkan koleksi OC2LITE dan ENOW. OC2LITE datang dalam tiga saiz (55cm, 75cm, 81cm) dan tiga warna (Navy Blue, Jade Gold, Black) dan memenuhi semua keperluan perjalanan anda. Ia mempunyai kelengkapan penuh, ringan dan tahan lama, dengan rekaan kulit luar unik dan dinamik yang kukuh supaya tahan lasak dan mudah dibawa, dan juga mudah diperkembangkan dalam semua saiz yang tersedia bagi meningkatkan jumlah bagasi yang boleh dibawa.




Koleksi ENOW pula menetapkan tahap kecemerlangan reka bentuk yang baru dengan rekaan unik dan rapi, tersedia dalam tiga saiz (55CM, 69CM dan 75CM) dan dua warna (Black dan Latte). Dengan gabungan fungsi dan reka bentuk moden, ENOW menunjukkan kebolehan ketukangan, teknologi, dan pencirian dari Samsonite.

Kempen Luggage Trade-In Samsonite akan berjalan dari 20 Mac sehingga 1 Mei, 2023. Lawati mana-mana kedai Samsonite dengan bagasi terpakai untuk ditukar ganti dengan OC2LITE atau ENOW baharu dengan penjimatan 30% dan 40%. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila layari https://www.samsonite.com.my/trade-in-2023/





Read More

Tena Memperkenalkan TENAcity! Pencarian Kumpulan Muzik Pertama Di Malaysia Untuk Dewasa Berumur 50 Tahun Ke Atas Dengan Hadiah Wang Tunai Rm75,000

No comments
Tena Memperkenalkan TENAcity! Pencarian Kumpulan Muzik Pertama Di Malaysia Untuk Dewasa Berumur 50 Tahun Ke Atas Dengan Hadiah Wang Tunai Rm75,000 |  Dalam usaha mereka untuk menggalakkan penuaan aktif, TENA, peneraju global dalam bidang penjagaan inkontinen telah melancarkan TENAcity; dengan tujuan untuk memperkasa dan memberikan inspirasi kepada orang dewasa berumur 50 tahun ke atas bagi menjalani gaya hidup sihat dengan kekal aktif dari segi fizikal dan mental. Bagi menyebarkan lagi mesej yang dibawa mereka kepada khalayak ramai, TENA kini mengumumkan program pencarian bakat untuk peminat muzik berumur 50 tahun dan ke atas bagi membentuk TENAcity, sebuah kumpulan muzik yang akan menjadi inspirasi untuk penuaan aktif. 


Pencarian untuk vokalis, pemain gitar, keyboard, bass dan dram kini dibuka, dan hadiah lumayan bernilai RM75,000 yang akan diagihkan kepada semua pemenang juga disediakan. TENAcity akan menjelajah ke seluruh Malaysia bagi menyebarkan mesej penuaan aktif yang positif bagi memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk teruskan hidup dengan bersemangat dan penuh keyakinan.


7.3% penduduk di Malaysia hari ini berusia 65 tahun dan ke atas*. Oleh itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kini mengklasifikasikan Malaysia sebagai sebuah negara tua. Jumlah ini dijangka akan mencecah 15% menjelang tahun 2050, jadi kami ingin menerajui perbincangan mengenai penuaan aktif dan meningkatkan usaha bagi menyokong masyarakat setempat. Kami percaya bahawa usia bukanlah penghalang bagi mengejar gaya hidup dan minda yang aktif. TENA juga akan bekerjasama dengan NGO Malaysia dan organisasi yang bekerja dengan komuniti untuk menyokong penuaan aktif. - Su Ting Nee, Presiden Vinda Group SEA.
Dengan pencarian kumpulan muzik TENAcity, kami ingin rakyat Malaysia tahu bahawa kami sentiasa bersedia untuk membantu meneruskan legasi mereka. Kami berharap pengalaman dan detik-detik istimewa yang dicipta semasa kempen ini akan memperkasakan mereka dan memberikan inspirasi untuk kekal aktif dalam pelbagai bentuk dan cara dalam menjalani kehidupan sepenuhnya. 
Su Ting Nee, Presiden Vinda Group SEA.


Mereka yang berminat disyorkan untuk mendaftar dengan menghantar pesanan DM ke halaman Facebook TENA, atau mesej Whatsapp ke +6010-268 7489 dengan teks TENAcity. Uji bakat akan berlangsung di kawasan Lembah Kelang dalam minggu yang bermula pada  27 Mac 2023.

Kami tahu bahawa semangat muzik mengalir dalam jiwa rakyat Malaysia. Kami menggesa anak-anak untuk menggalakkan ibu-bapa mereka mengambil bahagian dalam pencarian kumpulan TENAcity. Kisah mereka akan membuktikan kepada khalayak ramai bahawa usia itu cuma sebuah angka, dan anda masih boleh menjalankan kehidupan yang aktif dan sihat. - - Su Ting Nee, Presiden Vinda Group SEA.


Untuk maklumat lanjut mengenai TENAcity, sila layari halaman Facebook TENA di www.facebook.com/TENA.Malaysia atau laman web TENA di www.tena.com.my




Read More

Beli Baju Sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari Murah dan Berkualiti

Tuesday, February 21, 2023

1 comment
Beli Baju Sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari Murah dan Berkualiti  |  Cuti sekolah pun dah bermula.. Alhamdulillah, lega rasa bila dah selesai beli baju sekolah dan segala kelengkapan kembali ke sekolah anak-anak aku. Selagi tak selesai selagi tu la memikirkannya. Seperti tahun lepas, aku masih memilih untuk membeli-belah kelengkapan sekolah anak-anak di Pusat Pakaian Hari-Hari.. Dekat sini, semuanya ada. Boleh dikatakan Pusat Pakaian Hari-Hari ini merupakan one stop center. Dah tak perlu ke tempat lain, hanya di Hari-Hari segalanya ada. Murah dan berkualiti. 


Tahun ni nampaknya kena berbelanja lebih sikit sebabnya kena sediakan kelengkapan untuk 2 orang anak. Qhaliff dah masuk darjah 2 dan Aqiff 6 tahun. Banyak juga kelengkapan sekolah yang nak dibeli terutamanya kasut sekolah. Semuanya dah ketat. Selalu merungut sakit kaki. So, tahun ni kita beli baru. 

Pusat Pakaian Hari-Hari One Stop Center

Di kuantan ni banyak cawangan Hari-Hari tau. Tapi kali ni aku memilih untuk shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari cawangan Lorong Tun Ismail 5, Kuantan. Aku suka shopping dekat sini sebabnya kedainya agak luas dan selesa untuk aku memilih barangan serta banyak pilihan.


Seperti yang aku katakan tadi, Pusat Pakaian Hari-Hari ni merupakan one stop center. Semua kelengkapan sekolah ada dijual.. Dari A to Z.. Kalau korang yang jenis tak nak pergi jelajah banyak kedai, eloklah shopping di Hari-Hari sahaja.. Nak apa semua ada dari baju sekolah, seluar sekolah, tudung, stokin, kasut, beg, botol air, songkok, tali pinggang, alat tulis dan pelbagai lagi.. Jadi, dah tak perlu nak pergi kedai lain untuk shopping kelengkapan sekolah anak-anak. Hari-Hari pun dah cukup.

Aku pergi shopping hari sabtu baru ni. Ramai juga ibu-bapa yang datang shopping di Hari-Hari.. Nasib la kedai dekat situ agak selesa untuk shopping walaupun ramai orang.

Kenapa Aku Pilih Untuk Shopping Di Pusat Pakaian Hari-Hari?

Ok jom aku cerita kenapa aku pilih untuk shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari? Salah satunya ianya merupakan one stop center di mana kelengkapan persekolahan anak-anak semua ada di sini.. Bukan tu je, malah banyak pilihan barangan di Hari-Hari.


Satu lagi, aku suka layanan staf mereka yang friendly.. Bermula dari pintu masuk, mereka dah ucap Selamat Datang kepada setiap pelanggan yang datang ke premis mereka dengan senyuman. Bukan setakat itu sahaja, malah bila kita perlukan bantuan, mereka akan bantu dengan santun walaupun ketika pelanggan ramai.

Nak tahu lagi tak kenapa? Haaa ini paling aku suka tau di Hari-Hari..


Baju sekolahnya yang berkualiti. Serius aku sangat puashati. Anak aku pakai setahun tapi masih macam baru dan warna putihnya tak kuning. Itu kelebihan baju sekolah di Hari-Hari. Jenama apa? Sudah tentulah jenama Jony & Jeny pilihan aku. Satu lagi jenama No Problem. Aku belum cuba lagi jenama tu.. Insyaallah next year.. Tahun ni masih kekalkan jenama yang sama. Tapi kata orang, dua jenama ni memang kualitinya sama. Jahitannya pun kemas.




Tahun ni ambil saiz besar sikit.. So, boleh la pakai lama sikit kan.. Baju tahun lepas pun  masih boleh guna cuma dah kecil sedikit dengan Qhaliff.. Ini buat tambahan baju sekolah, barulah tak rushing nak cuci kan.. hehe..


Begitu juga dengan seluar sekolah dari jenama yang sama.. Untuk seluar sekolah pula aku ambil jenama No Problem sebab jenama Jony & Jeny dah habis.. Laris betul seluar sekolah.. Banyak saiz dah habis time aku pergi tu.. Nasib baik la sempat grab jugak 2 helai.. Nak cari saiz pun mudah sebabnya cara penyusunan barang mereka sangat teratur mengikut saiz.. Jadi kalau pelanggan nak cari sendiri pun mudah.





Bukan seluar sekolah je ada tau, tapi seluar sukan pun ada dijual.. Seluar sukan di Hari-Hari banyak pilihan.. Banyak jenis fabrik.. So, boleh la pilih mengikut keselesaan.. Apa yang penting, seluar sukan di Hari-Hari sangat berkualiti dan puashati..


Satu lagi yang aku suka, kasut di Pusat Pakaian Hari-Hari.. Kasut pun jenama sama jugak.. Pendek kata, kalau tengok jenama Jony & Jeny dan No Problem tu, haa itu barangan dari kedai Hari-Hari lah.. Kasut aku suka sebab ringan dan design smart.. Aku bab kasut agak cerewet. Nak yang nampak moden dan smart bila di pakai. Alhamdulillah di Pusat Pakaian Hari-Hari ada kasut sekolah yang aku berkenan dengan designnya.. Kasut memang ringan dan selesa di pakai. Anak-anak pun suka.





Inilah kasut pilihan Qhaliff.. Satu ala-ala kasut sport, bolehlah guna time jadual Pendidikan Jasmani kan.. Dan satu lagi sesuai la kalau time hujan.. Takde la basah kasut.. Yang penting kasut sekolah Jony & Jeny ni ringan dan selesa.


Tahun ni beg sekolah memang tak beli.. Pakai je yang tahun lepas masih elok.. Beli yang perlu sahaja.. hehe.. Bab pemilihan stokin aku agak complicated.. Qhaliff agak cerewet bab stokin.. Ada je yang tak kena dengan dia.. So, kali ni aku beli saiz besar sikit supaya dia lebih selesa.. Stokin di Hari-Hari pun memang selesa materialnya.. Cuma nak kene pandai pilih saiz la.. 


Banyak lagi keperluan sekolah yang ada di Pusat Pakaian Hari-Hari sebenarnya seperti beg sekolah, tudung, anak tudung, botol air, tali pinggang, songkok, alat tulis, pakaian dalam dan pelbagai lagi. Bagi anak-anak yang baru nak mulakan persekolahan, aku recommend sangat ibu-bapa untuk berbelanja di Pusat Pakaian Hari-Hari ni.. Murah, banyak pilihan dan berkualiti. Memang berbaloi-baloi..

Beg Sekolah

Sampin

Botol Air


Alat Tulis


Promosi Kembali ke Sekolah Kembali Lagi 2023 di Pusat Pakaian Hari-Hari

Selain dari ke Pusat Pakaian Hari-Hari, korang juga boleh beli secara online tau.. Kot ada yang tiada masa lapang untuk ke kedai, so boleh la beli secara online sahaja.. Now, ada Promosi Kembali Ke Sekolah (Back To School) di online store dan juga di Shopee. Jom lihat promosi yang ada..

Pembelian di Online Store 👉 www.ehari.com 
  • Diskaun 10% untuk semua barang keperluan sekolah berharga RM10 dan ke atas.

Pembelian di platform Shopee 👉  harihari_ 
  • Diskaun 10% untuk semua barang keperluan sekolah berharga RM10 dan ke atas. 
  • Diskaun 5% bagi pengikut baru kedai harihari_ di Shopee dengan pembelian minima RM50. 
  • Extra diskaun untuk item terpilih Shocking Sales. Jangan lupa follow Shopee harihari_ tau!

98 Cawangan Hari-Hari Seluruh Malaysia

Marilah pergi Hari-Hari!

Bila sebut je Hari-Hari mesti terngiang-ngiang lagu tu kan.. Kalau korang nak tahu sekarang ni Pusat Pakaian Hari-Hari dah ada 98 cawangan di seluruh Malaysia.. Bila dah ada di merata tempat ni, lagi mudah la kita nak shopping kan.. Oh ya, kalau korang  nak check cawangan Hari-Hari yang berdekatan korang, boleh la check dekat sini 👉 http://www.hari.com.my/locator 

Kalau rasa takde masa nak keluar pergi shopping, korang juga boleh beli secara online.. Lagi  mudah.. Terus sampai depan pintu rumah.. Cuma kena tau la saiz yang tepat.. Hehe..


Hari-Hari Online Store
   
Hari-Hari Shopee
  
Hari-Hari Lazada


Marilah Pergi Hari-Hari!


Bagi korang yang belum shopping lagi kelengkapan sekolah anak-anak tu, aku recommend sangat korang shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari. Aku yakin korang pasti puashati dengan harga dan kualitinya. Yang mana takde masa nak keluar shopping atau memang tak suka nak terjah kedai, boleh je beli secara online.. Cepat tau, sementara promosi masih ada.. Rugi tak grab.

Marilah Pergi Hari-Hari! 😍


Untuk maklumat lanjut boleh layari 👇 

Website : www.hari.com.my 



Read More