Restoran Baina Nasi Kerabu Paling Sedap Di Kuantan | Hola!! Agak lama tak jalan-jalan cari makan.. Sabtu baru ni, kakak aku ajak pekena nasi kerabu dekat restoran kawan dia di Restoran Baina Nasi Kerabu, Bukit Sekilau Kuantan... Sebenarnya sebelum ni aku dah pernah dengar tentang kesedapan nasi kerabu kat restoran ni.. Adalah kawan aku bercerita tetapi belum terpanggil nak mencuba.. Bila akak aku ajak dan kasitau tu restoran kawan dia, barulah teruja sikit nak pergi.. hehe..
food
Showing posts with label food. Show all posts
Oldtown White Coffee Partners with Foodpanda | The food delivery industry has witnessed very high levels of growth during the last five years. During this high growth period, numerous food delivery service companies sprang up. Out of all these companies, Foodpanda is the one that has managed to really capitalize on the opportunity. With the right amount of investment at the right time, headed by the right kind of leadership, foodpanda is today the highest revenue maker in the food delivery service business.
food
5 comments
Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Oleh Team AFY haniff
Wednesday, October 16, 2019
Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Oleh Team AFY haniff | Assalamualaikum wbt.. Hi korang.. Baru-baru ni Team AFY haniff telah mengadakan aktiviti mewangikan rumah Ronald Mcdonald di HUSM, di negeri Kelantan.. Baguskan kalau selalu diadakan aktviti sebegini rupa.. Sekurang-kurangnya terjaga juga kebersihan Rumah Ronald McDonald tu untuk menjamin keselesaan bagi penghuninya..
food
5 comments
Ancasa Royale Pekan, Pahang Ceriakan Anak-Anak Yang Kurang Bernasib Baik
Monday, September 30, 2019
Ancasa Royale Pekan, Pahang Ceriakan Anak-Anak Yang Kurang Bernasib Baik | Alhamdulillah, pada 19 Mei 2018 yang lalu aku dijemput sekali lagi oleh Ancasa Royale Pekan, Pahang untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari Sekolah Kebangsaan Sri Maulana, Pekan. Majlis ini telah diadakan di Saffron Brasserie Ancasa Royale Pekan, Pahang dalam suasana yang cukup meriah dan serta penuh dengan keinsafan.
Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan ukhwah yang sedia terjalin di antara pelanggan setia Ancasa Royale Pekan, hotel yang hebat ini dengan penduduk setempat daerah Pekan, Pahang. Disamping itu, ianya juga salah satu cara untuk mendekati golongan yang kurang berkemampuan di sekitar kawasan tersebut. Warga kerja Ancasa Royale Pekan, Pahang berganding bahu memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada 500 orang penduduk sekitar daerah Pekan serta pelanggan setia yang sentiasa menyokong Ancasa Royale Pekan sejak dari penubuhan sehingga ke hari ini.
Dalam majlis tersebut, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan Aset Uda, YBhg. Datuk Tajuddin Mohamed dan diiringi oleh Naib Presiden Kanan, Bahagian Hospitaliti iaitu Encik Shah Azam Khan serta Pengurusan Kanan Ancasa Hotel telah menyampaikan sumbangan berupa duit dan baju raya kepada 50 orang anak-anak yatim. Pada masa yang sama juga, sumbangan berupa barangan keperluan untuk anak-anak yatim turut diagihkan hasil sumbangan daripada ADABI untuk kegunaan anak-anak yatim sepanjang bulan puasa.
Anak-Anak dari Sekolah Kebangsaan Sri Maulana, Pekan menerima sumbangan daripada Ancasa Royale Pekan, Pahang - foto credit : Blog Seorang Syed- |
Menurut Encik Shah Azam, "Konsep memberi atau bersedekah patut diterapkan secara konsisten bukan sahaja pada bulan Ramadhan bahkan pada bulan-bulan lain juga kerana amalan bersedekah ini dapat meningkatkan nilai-nilai murni peribadi kita di samping mengeratkan lagi kemesraan di kalangan masyarakat tanpa mengira taraf dan darjat," ujar beliau.
Usai sahaja azam Maghrib, tetamu yang hadir berbuka puasa dengan pelbagai hidangan yang enak berkonsepkan 'Kampong Boy' yang disediakan oleh chef berpengalaman di hotel bertaraf antarabangsa yang pastinya akan menggamit nostalgia zaman kanak-kanak sewaktu di kampung halaman serta keenakan berbuka puasa dengan masakan bonda. Apa menu yang ada? Jom kita lihat..
Antara lauk pauk yang ada |
Lauk pauk.. Semua sedap-sedap belaka |
Bergedil , Tauhu Sumbat |
Kerabu, Ikan Masin |
Keropok |
Kambing Bakar |
Satay Ayan & Daging |
Murtabak, Roti Canai & Mee Goreng |
Beraneka Mee |
Churos & Jemput-Jemput |
ABC |
Antara Air yang dihidangkan |
Juadah yang paling aku nanti-nantikan adalah Kambing Bakar.. Tak boleh tidak sebab aku memang penggemar Kambing Bakar.. Kiranya Ancasa Royale Pekan ni memang menepati citarasa aku.. Lagi satu menu yang menarik perhatian aku adalah Churos... Serius, aku tak pernah makan sebelum ni.. Hanya dengar cerita orang aje.. Bila berkesempatan untuk merasa, ternyatalah makanan itu sedap dimakan bersama coklat... Paling terkilan aku tak dapat rasa Shell Out sebabnya aku malas nak bersusah payah kopak kulit ketam, udang dan sebagainya.. Jadi, aku tahankan hati.. Haha..
Antara rakan blogger yang hadir |
Bergambar kenangan bersama Cik Aliah |
Okeylah, kepada korang yang ingin merasai sendiri masakan persis air tangan ibu, korang boleh dapatkan baucer Ramadhan Buffet Hotel Ancasa Royale pada harga RM68 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak.
Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi :-
No. Telefon
09-424 6600
atau layari
Website
Subscribe to:
Posts (Atom)