book
Showing posts with label book. Show all posts

Review Novel | The Unsung Hero By Melur Jelita

Tuesday, June 1, 2021

12 comments
Review Novel | The Unsung Hero By Melur Jelita | Hadiah dari seorang sahabat blogger untuk aku... Apakah?? Novel ni la.. Hadiah dari Blogger Siqah.. Katanya novel ni tebal sangat dan tak larat nak habiskannya.. Jadi, aku dipertanggungjawabkan untuk habiskan novel ni.. Hehe.. Agak lama jugak aku ambil masa untuk selesaikan baca novel ni.. Setanding dengan ketebalannya.. 

Read More

Tunangku Tidak Tampan (3T)

Monday, May 31, 2021

9 comments

Assalamualaikum wbt..

Lama betul rasanya tak berkongsi hobi aku yang satu ni.. MEMBACA ... Tapi kali ni buku yang aku baca ni adalah pinjaman semata-mata.. haha.. Aku pinjam ngan member opiz aku.. Dia beli buku ni melalui online.. Sampai aje parcel kat opiz terus dia bukak.. aku tengok buku, ape agik terus tanye buku ape... Aku kan hantu buku.. hehe..
Read More

Planner 2021 Pilihan Aku Planner By Aqisbi

Tuesday, November 3, 2020

3 comments

Planner 2021 Pilihan Aku Planner By Aqisbi  |  Wahh lama gile kot tak berupdate blog ni.. Makin hari makin malas aku nak mengadap pc untuk menaip sesuatu di sini.. Mungkin di pejabat dah seharian aku mengadap pc sambil jari jemari ligat menaip surat.. Kehkeh.. Drama tu penting ye uolls.. Haha!!

Ni dah penghujung tahun.. Dah masuk bulan November dah pun.. Tak lama lagi masuk la tahun baru, tahun 2021.. Cam biasa, hujung tahun mula la aku dok meriki-riki planner baru yang superb kiut.. Pening jugak sebenarnya nak buat pilihan sebab sekarang ni banyak sangat planner cantik-cantik kat pasaran.. Untuk tahun 2021, aku pilih Exclusive Planner by Aqisbi.. Gerenti puashati u.. Hiks..

Planner 2021 Pilihan Aku Planner By Aqisbi

Kalau tahun lepas aku pilih planner dari plannerhut, tahun ni aku bertukar angin sikit dengan planner by Aqisbi.. Code yang aku pilih adalah Magezine.. Aku beli di shopee je mudah  dan murah.. Dapat free postage dan dapat pulak free gift.. hehe.. 

Sebelum beli planner ni, banyak jugak la pilihan yang aku ada.. Ada yang jenis leather, ada yang jenis cover transparent, ada yang jenis macam ni jugak dan banyak lagi la.. Aku fikir, kalau beli yang jenis insert punye, aku ni jenis malas nak mencantikkan planner.. Jadi, aku pilih yang dah sememangnya cantik dan cute isi dalamnye.. hehe.. 

Planner 2021 Pilihan Aku Planner By Aqisbi

Set Planner By Aqisbi

  • Exclusive Planner
  • Financial Planner
  • Wall Calender
  • Ruler Planner
  • Bookmark
  • Sticker
  • Pen
  • Exclusive Box
Planner 2021 Pilihan Aku Planner By Aqisbi

Apa yang exclusive dengan planner by Aqisbi ini?

  1. RING BIND - Senang sangat nak buka setiap daripada 280 muka surat walaupon bahagian tengah. Paling best sebab boleh jimat ruang sebab guna ring bind boleh lipat planner ke belakang
  2. TAB & SEPERATOR - Ada tab dari bulan January hingga December. Mudah dan cepat nak selak terus ke bulan yg kita nak. Nak review balik aktiviti bulanan pon senang
  3. MINIMALIST - Design dan warna yg minimalist nampak kemas dan tenang je buat yg melihatnya. Memang seronok nak menatap planner ni setiap hari
  4. ILMU TAJWID - Content tambahan dalam ekslusif planner 2021 ni, kita back to basic ok! Ilmu tajwid dlm bentuk infografik disampaikan dengan santai dan berwarna
  5. ELASTIC BAND - bukan hanya utk tampak ekslusif, malah utk elakkan planner dari senang terbuka semasa dibawa
  6. LIMITED EDITION - Hanya 30,000 unit sahaja available. Bayangkan korang yg ada planner ni adalah 0.0009% je dari rakyat Malaysia 32 juta org
  7. SO EXCLUSIVE


Planner 2021 Pilihan Aku Planner By Aqisbi

Apa content exclusive planner 2021 ini?

✔️ Vision board
✔️ 2021 goals
✔️ Time to travel
✔️ Time to exercise
✔️ Checklist Khatam quran
✔️ Yearly reading log
✔️ Blank pages 40+
✔️ Calendar 2021
✔️ Calendar Hijri (1442H-1443H)
✔️ Monthly plan
✔️ Weekly & daily plan
✔️ Mutabaah amal
✔️ Letters to my creator
✔️ My quran moment
✔️ Weekly affirmation
✔️ Task management
✔️ Ramadhan roadmap
✔️ 2021 Roadmap
✔️ 2021 Planning Chart


Tak sabar nak tunggu 2021 nak melakar kenangan di dalamnya.. Walaupun tak rajin mana menulis pada tahun ni, azam tahun 2021 mahu berubah kepada menjadi lebih rajin menulis.. Asek tulis  buku servis jerk kan.. Haha.. Hope tahun 2021 lebih baik dari tahun ini untuk aku dan juga untuk semua orang jua.. Insyaallah..



Read More

Review Novel | Pak Imam by Muhammad Rusydi a.k.a Abang Bikai

Friday, October 23, 2020

4 comments
Pak Imam by Muhammad Rusydi a.k.a Abang Bikai  |  Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas untuk hari ini olehNya.. Syukur Ya Allah.. Maka, adalah coretan aku untuk hari ini.. hehe.. Bukan apa, sesambil tengok Gegar Vaganza secara live di Youtube, bolehlah update blog sekali.. Setelah beberapa minggu mencuri masa membaca novel Pak Imam dari Muhammad Rusydi a.k.a Abang Bikai ni, akhirnya habis jugak aku baca hari ini.. Baca on off on off, tu sebab la ambil masa yang lama.. Hehe.. Nak tumpu terus, memang tak mampu sebab masa itu ibarat emas bagi aku.. Cewahh.. Hehe.. Jadi, hari ni nak la review novel ni.. Best ke? Haa kena baca sampai noktah terakhir ye.. Hiks..

Review Novel | Pak Imam by Muhammad Rusydi a.k.a Abang Bikai

Novel Pak Imam ni sebenarnya aku tak tahu pun kewujudannya.. Kalau dulu aku selalu jugak ikuti perkembangan Muhammad Rusydi ni.. Entah macam mana dan bila aku keciciran pula tentang perkembangannya.. Tehtibaaaa... Haha.. Serius, aku suka kata-kata motivasi yang dibawakan olehnya.. Memang boleh memberi semangat kepada kehidupan aku.. Yang down pun boleh ok balik dan yang merana, boleh move on dengan jayanya.. Insyallah..

Aku sedar akan kewujudan novel Pak Imam ni pun dek kerana seorang rakan blogger ni dok up tentang buku adik kepada penulis ini.. Dulu pernahlah baca novel tulisan Muhammad Rusydi ni iaitu Tunangku Tidak Tampan (3T)... Memang best novel tu.. Santai dan boleh buat aku gelak sorang-sorang.. Sama la jugak dengan novel Pak Imam ni.. Buat aku gelak sorang-sorang disamping beri aku motivasi yang baik untuk baiki diri aku..

Tajuk : Pak Imam
Penulis : Muhammad Rusydi a.k.a Abang Bikai
Muka Surat : 347
Penerbit : Rusydee Artz Studio
Tahun Terbitan : Disember 2016


Sinopsis Pak Imam

Pak Imam by Muhammad Rusydi a.k.a Abang Bikai


Seperti memilih tembikai. Luaran tidak menentukan isi dalamannya. Kadang manis. Kadang  tidak. Hidup ini juga begitu. Kadang suka. Seringkali duka. Namun, Allah kurnia hadiah namanya iman. Dengan anugerah ini, meski dunia penuh duga dan derita, engkau tidak boleh putus asa. - Pak Imam

Review Pak Imam

Pak Imam by Muhammad Rusydi a.k.a Abang Bikai

Pak Imam merupakan karya kedua Muhammad Rusydi setelah Tunangku Tidak Tampan (3T).. Bermula penulisan di facebook, akhirnya menjadi sebuah novel.. Kisah Pak Imam ni agak santai dan bukanlah satu buku dimana penulisannya serius.. Lebih kepada sekadar bacaan dan hiburan.. Sungguhpun begitu, dalam buku ni banyak pengajaran yang aku dapat.. Nampak je santai, tapi banyak sangat teladan malah ilmu yang boleh dikutip..

Dengan bahasa yang agak sempoi dan rojak, menjadikan buku ini menarik untuk dibaca.. Aku suka sebab tak terlalu serius.. Baca pun santai jerk dan mudah difahami apa yang nak disampaikan.. 

Untuk chapter yang pertama, kisahnya sedikit berat.. Starting yang sebegitu menarik minat aku untuk terus membaca.. Aku sangka kisah beratnya berlanjutan, rupanya hanya di chapter 1 sahaja.. Seterusnya agak santai dan menghiburkan.. 

Hidup tidak selalunya manis. Seperti isi tembikai. Bukan semuanya manis. Pasti ada yang tawar. Manis dan tawar, segala rasa semua dari DIA.... - Abang Bikai

Pak Imam mengisahkan kehidupan Abang Bikai di sebuah surau.. Abang Bikai ni merupakan seorang penjual tembikai disebuah kampung.. Dia cuba baiki diri yang dirasanya sangat berdosa atas muka bumi ini.. Dengan menuntut ilmu agama dengan Pak Imam dan Bilal di sebuah surau banyak mengubah diri dia.. Pak Imam dan Pak Bilal menjadi orang yang paling rapat dengan dia dalam cerita ini.. Banyak ilmu yang dipelajari dari Pak Imam..

Masa solat, baik saja. Lepas solat, astaghfirullah. 
Masa solat, tutup aurat. Lepas solat tak pakai tudung luar rumah. 
Masa solat, zikir dan tasbih, baca al-Quran. Lepas solat, al-Quran pun malas nak sentuh.
Masa solat, tertib saja gerakan. Lepas solat, bawa kenderaan macam pelesit. Maki-maki dalam kereta. 
Masa solat, tundukkan kepada hormat pada Allah. Luar solat, undang-undang Allah dipijak-pijak buat tak peduli. Malahan sampai benci. Kalau boleh, jangan buat undang-undang Islam di tanah air. 
Masa solat, sujud pada Allah. Tapi luar solat, mendabik dada dengan apa yang kita ada. Riak dan ujud dengan kerjaya dan harta benda. Bangga dengan status dan kejayaan. 
Masa solat, ucap cinta pada Allah. Lepas solat, tak cinta-cinta pun Allah. Duk cinta awek pakwe, tunang isteri. Cinta Allah biar ditinggalkan saja. 

Banyak kata-kata dalam buku ni menyentuh hati aku.. Beri aku pengajaran.. Baik-baik kata yang mampu membuat aku sedar.. Walaupun buku ni bahasa dia agak rojak, tetapi terlalu bagus untuk menjadi bahan bacaan.. Tegurannya sangat berkesan bagi aku.. Santai tetapi terkesan..

Rating & Cadangan

Pak Imam by Muhammad Rusydi a.k.a Abang Bikai

Rating : ðŸŒŸ 🌟 🌟 ðŸŒŸ ðŸŒŸ

Kenapa aku bagi novel ni 5 bintang? Ye, aku suka penulisannya walaupun santai dan bahasa rojak.. Banyak ilmu dan nasihat yang aku kutip dalam buku ni.. Nasihat yang sangat berguna dan terkesan pada aku.. Terima kasih sangat penulis.. Next, aku mungkin akan beli buku Tengku Thaka pulak.. Insyaallah.. Aku doakan moga penulis dapat hasilkan buku yang lebih menarik dan berguna kepada pembaca selepas ini.. Gut luck penulis.. Hehe..



Read More