BioXcellent Colla W.Diamond Rahsia Kulit Cerah, Gebu Dan Bebas Jerawat

Monday, July 16, 2018

BioXcellent Colla W.Diamond Rahsia Kulit Cerah, Gebu Dan Bebas Jerawat  |  Beberapa minggu lepas, bekalan BioXcellent Cupplus White aku habis.. Macam biasalah kalau bekalan habis aku akan terjah watsons untuk dapatkan stok.. Kebetulan pula, time aku pergi tu stok dekat watsons juga habis dan belum sampai lagi.. Stresss sekejap aku.. Hehe.. Dah alang-alang sampai kat situ, aku usha la produk BioXcellent yang lain.. Pada awalnya aku saja je tengok-tengok, tetapi sekali aku dah berkenan pulak dengan kelebihan yang ada pada satu produk BioXcellent ni.. Hah, produk yang mana satu tu? Ini aku perkenalkan pada korang BioXcellent Colla W.Diamond rahsia kulit cerah, gebu dan bebas jerawat!!


Bila dilihat kepada kelebihan yang ada pada BioXcellent Colla W.Diamond ni, sememangnya apa yang aku cari ada pada produk ini.. Sebab itu jugalah aku decide untuk mencuba produk ni.. Jadi, sekarang ni aku consume 2 jenis produk dari BioXcellent iaitu Cupplus White khas untuk payudara dan juga Colla W.Diamond ni.. Apa kelebihan yang ada pada BioXcellent Colla W.Diamond ni? Jom kita lihat..

Kelebihan BioXcellent Colla Diamond
  • Membaikpulih struktur kulit
  • Kulit lebih cerah, anjal, gebu dan lembap
  • Mengurangkan garisan halus dan kedutan
  • Mengaktifkan sintesis penghasilan kolagen pada tubuh
  • Mengatasi masalah kulit seperti jerawat, jeragat, pigmentasi dan tompok hitam
  • Melindungi dari sinaran UV, radikal bebas dan pencemaran
  • Mencantikkan kuku lebih kuat dan atasi masalah keguguran rambut
  • Meningkatkan penghasilan susu ibu
  • Sesuai untuk lelaki dan wanita berumur 16 tahun ke atas
  • Mengatasi masalah lenguh badan
  • Ramuan premium membekalkan zat penting untuk kulit

BioXcellent Colla W.Diamond Rahsia Kulit Cantik Dan Selamat Diamalkan


BioXcellent Colla W.Diamond ini merupakan minuman campuran botani yang mampu memberi kesan yang cepat seawal 7 hari.. Dengan pengambilan produk ini, bukan sahaja kulit lebih cerah, anjal, gebu dan lembap tetapi jerawat juga mengecut dengan cepat, kulit tidak lagi kering dan selepas bangun tidur badan rasa lebih segar dan bertenaga.

Tentang tahap keselamatan produk ini pula, korang tak perlu bimbang kerana BioXcellent Colla W.Diamond ini telah mendapat pengiktirafan oleh Asia Pacific Super Health Brand Excellent, 100% menggunakan bahan semulajadi dan mempunyai GMP Certified. Ianya selamat diamalkan..


Menitikberatkan keselamatan produk sangat penting.. Begitu jugalah dengan aku.. Kalau nak beli sesuatu produk tu aku akan pastikan terlebih dahulu sama ada produk tersebut diiktiraf selamat atau tidak.. Ada kelulusan atau tidak.. Jika semua tu tiada, memang aku tak akan ambil produk tersebut.. Alhamdulillah, BioXcellent Colla W.Diamond ni ada kelulusan dan telah diiktiraf.. Jadi, aku boleh mengambilnya tanpa was-was.. Lagi satu, produk ini telah diuji secara klinikal dan mematuhi standard piawaian yang sepatutnya.. 

Bahan-Bahan Utama BioXcellent Colla W.Diamond


Dah tahu kelebihan produk, nak la tahu apa ramuannya kan.. Agak-agaknya apakah bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan BioXcellent Colla W.Diamond ni ye sehinggakan memberi manfaat yang begitu banyak kepada si penggunanya.. Jom sama-sama kita lihat apakah bahan-bahan utama yang terkandung dalam produk ini..
  • Vitamin
  • Campuran Beri yang diperkaya dengan anti-oksidan
  • Tripeptide Kolagen
  • Astaxanthin
  • Acacia Gum
  • Ektrak Buah Anggur
  • Tomato
  • Epal
  • Strawberi
  • Buah Delima

Cara Pengambilan BioXcellent Colla W.Diamond

Cara pengambilannya sama sahaja macam aku consume Cupplus White.. Cuma untuk produk BioXcellent Colla W.Diamond ni aku lebih prefer untuk menggunakan air suam berbanding air sejuk.. Mari aku ajarkan korang cara bancuhannya.. Tengok video bawah ni ye.. Sebelum tidur aku minum dulu BioXcellent Colla W.Diamond ni..


Cara Bancuh
  • Campurkan 1 skop (20g) BioXcellent Colla W.Diamond ini ke dalam 200ml/250ml air suam
  • Kacau atau goncang shaker sehingga betul-betul larut
  • Minum serta merta selepas penyediaan
Tips Untuk Mendapatkan Kesan Yang Maximum
  • Minum sebelum tidur kerana badan harus rehat selepas pengambilan Colla W.Diamond untuk mendapatkan kesan yang maximum
  • 1 skop 1 hari
  • Rehat secukupnya
  • Perkara paling penting, minum air yang secukupnya sepanjang hari untuk kesan yang terbaik
  • Elakkan dari memakan makanan yang pedas dan tinggi garam
  • Elakkan makan kekacang kerana ianya boleh menyebabkan pori-pori muka terbuka
  • Elakkan minuman yang bergas dan berkafein

Aku juga nak ingatkan disini ye... Setiap orang kesannya berbeza-beza kerana badan manusia sememangnya tidak sama.. Mungkin ada yang kesannya cepat dan mungkin juga ada yang lambat.. Tak kurang juga yang tidak serasi dengan badannya.. Apa yang penting, kita cuba dan konsisten untuk mendapat kesan yang  terbaik..

Apa Manfaat Yang Aku Dapat Selepas Mengamalkan BioXcellent Colla W.Diamond?


Sepertimana yang korang tahu, aku mengamalkan 2 jenis produk dari BioXcellent ini iaitu Cupplus White dan juga Colla W.Diamond.. Memandangkan pengambilan produk BioXcellent ini hanya 1 skop sehari.. Jadi, aku consume secara berselang seli contohnya, hari ini aku ambil Colla W.Diamond dan esok aku akan ambil Cupplus White pula sebelum tidur..

Setelah hampir 3 minggu aku mengamalkan BioXcellent Colla W.Diamond ni, kulit aku sentiasa lembap dan halus.. Paling ketara, jerawat seketul dibawah dagu aku ni cepat aje mengecut dan kering.. Bintik-bintik hitam atas hidung aku ni pun dah berkurangan dan yang pastinya kulit wajah aku tak lagi kusam..

Aku pun tak sangka, dalam masa 3 minggu sahaja produk ini dah memberi kesan yang menakjubkan pada aku.. Mungkin juga dengan gabungan 2 produk dalam satu masa... Apa-apa pun, aku dah jumpa rahsia kulit cerah, gebu dan bebas jerawat.. Aku pasti akan setia dengannya.. BioXcellent Colla W.Diamond akan sentiasa dihati.. Cewahh!!

Dapatkan BioXcellent Colla W.Diamond Untuk Tampil Cerah, Gebu Dan Anjal!


Bak kata orang, wanita dan kecantikan ni tak dapat dipisahkan.. Jadi, kaun wanita diluar sana yang mana nak tampil cerah, gebu dan anjal, bolehlah cuba produk BioXcellent Colla W.Diamond ni.. Korang pasti tersenyum melihat kesannya nanti.. Bukan wanita sahaja boleh consume produk ni tau, lelaki pun boleh.. Jadi, apa tunggu lagi kakak-kakak, abang-abang, meh pakat kita cantik bersama-sama dengan BioXcellent Colla W.Diamond.. Dapatkan BioXcellent Colla W.Diamond sekarang untuk tampil cerah, gebu dan anjal!

Harga
RM 66.00 (700g)
(Pengambilan untuk sebulan)

**Boleh didapati di Watsons di seluruh Malaysia atau Lazada Malaysia

Untuk sebarang pembelian atau maklumat lanjut, sila layari :-




7 comments:

  1. anak-anak umur berapa leh minum ni lea... menarik je cola ni

    ReplyDelete
  2. Memang gebu gebaslah Lea lepas ini..

    ReplyDelete
  3. amboi2..nampak floles muka lea...jeles plak kita tengok...

    ReplyDelete
  4. Menarik..patut la...ini rahsia kulit Lea makin cantik eh....

    ReplyDelete
  5. Makin bertambahbcantik la kak lea.

    ReplyDelete
  6. wahhh,murah je produk ni yea. Boleh lah cuba pasni..nak juga flawless macam lea.Ehehehe

    ReplyDelete