Segmen HasrulHassan.com Blogwalking Ramadan-Raya 2018

Friday, April 27, 2018

Segmen HasrulHassan.com Blogwalking Ramadan-Raya 2018  |  Bila dapat tahu blogger hebat Hasrul Hassan buat segmen, harus kena join.. Selalunya mesti terlepas nak join segmen beliau.. Kali ni tak nak lagi terlepas peluang, jadi terus aje join sebelum tamat beberapa hari lagi.. Apa syarat Segmen Blogwalking Ramadhan-Raya 2018 kali ni?.. 

Klik banner kalau nak join ye!

Untuk segmen kali ni, peserta diminta untuk senaraikan lima aktiviti yang akan dilakukan dalam bulan Ramadan yang bakal tiba tak lama lagi.. Apa ye agaknya aktiviti yang akan aku lakukan sepanjang ramadhan nanti yek.. Jom kite buat list.. Hehe

1. Solat Diawal Waktu - Insyaallah, aku nak perbaiki waktu solat aku.. Kalau boleh nak amalkan sepanjang bulan Ramadhan nanti dan sampai bila-bila nak solat di awal waktu.. Doakan aku ye.. Hehe..
2. Tadarus Al-Quran - Seperti biasa, Jabatan tempat aku kerja memang setiap tahun akan mengadakan Tadarus Al-Quran dan alhamdulillah setiap tahun juga aku tanpa gagal menyertainya.. Insyaallah tahun ni pun aku nak join jugak..  
3. Solat Terawih - Nak solat berjemaah di masjid memang tak dapat la sebab anak-anak masih kecil.. Jadi, aku berhajat nak lakukannya dirumah sahaja.. Insyaallah.. 
4. Berbuka Bersama Family - Kalau boleh tahun ni nak berbuka setiap minggu dengan family.. Moga tercapai aktiviti yang ini.. kehkehkeh!! 
5. Persediaan Raya - Haaa yang ni biasanya settle malam raya.. Tahun ni rasanya nak buat persediaan lebih awal.. Insyaallah, tahun ni nak bersedia lebih awal.. huk!
Itu ajela kot aktiviti yang kalau boleh nak sempurnakan dalam bulan ramadhan.. Paling penting, nak jalankan ibadah puasa dengan lebih baik berbanding tahun sebelumnya.. Kalau boleh, nak dapatkan puasa yang lebih berkat..  Hindari menjadi MAKCIK BAWANG pada bulan puasa.. Hahaha!!

Korang lak, apa aktiviti yang korang rancang time bulan puasa nanti.. Mesti ada yang nak berniaga di Bazar Ramadhan kan... Tak kiralah apa pun, jom pakat join segmen anjuran Blogger Hebat, Hasrul Hassan ni.. Esok tamat tau.. Jom join ramai-ramai..

Tarikh Tamat
28 April 2018

6 comments:

  1. All the best. Nk join juga la.. Insha Allah..

    ReplyDelete
  2. semoga lea berjaya ya.. akak pun gigih gak simpan azam ni..

    ReplyDelete
  3. good luck sis heheh nak join jugaklah!

    ReplyDelete
  4. Selamat bersegmen Lea.. Semoga list lea akan berjaya lea lakukan.. Aamiin.

    ReplyDelete