Tiada Lagi Kebosanan Dengan Si Pakar Kecil Ini !

Tiada Lagi Kebosanan Dengan Si Pakar Kecil Ini !  |  Cermin kereta tersekat?  Pintu bunyi berkeriut? Kita sedia maklum bahawa getah dan PVC  lama kelamaan akan mendegrasi dan mengeras. Untuk mengatasi masalah ini, kita  memerlukan bahan pemplastik untuk mengembalikan getah kepada kekenyalan asal. Kerana itulah anda memerlukan WD-40® Specialist™ High Performance Silicone Lubricant.  


Usah gusar dan tidak perlu bersusah payah berkejar mencari mekanik sebelum hujan turun atau tersekat di kesesakan jalan raya. Dapatkan setin  WD-40® Specialist™ High Performance Silicone Lubricant,  yang berupaya melincirkan, mengalisairkan dan melindungi permukaan logam dan bukan logam termasuk getah, plastik dan vinil. 


Untuk mengatasi masalah tingkap cermin kereta yang tersekat-sekat, hanya semburkan sedikit  ke atas penutup getah tingkap cermin tersebut dan ia akan kembali mudah dinaik dan diturunkan.

Sekiranya anda memiliki atau sedang membaik pulih kereta klasik dengan tingkap menggunakan tombol pemusing di mana ada habuk dan minyak terperangkap, hanya  semburkan ke arah mekanism trek tingkap, dan ia akan terus kembali lancar digelongsorkan.  Begitu juga dengan pintu kereta yang berkeriut, hanya sempurkan dan biarkan beberapa minit, dan nahhh tiada lagi bunyi yang menjengkelkan. 

Paling menarik, pelincir ini tidak memerangkap habuk dan kotoran, serta sangat bagus untuk pengalisan air dan melindungi alat ganti daripada kelembapan.  Selamat digunakan untuk kebanyakan getah dan plastik, WD-40® Specialist™ High Performance Silicone Lubricant tidak meninggalkan kesan warna dan ia memberikan prestasi unggul merentangi julat suhu yang besar iaitu dari -73°C sehingga +260°C. Ia juga boleh digunakan untuk peralatan yang bertekanan tinggi sepeti injap, peralatan pemasangan dan tetiub.   


Merupakan antara produk daripada WD-40®'s, WD-40® Specialist™ High Performance Silicone Lubricant juga begitu sesuai digunakan untuk takal, engsel, kekunci, kabel dan banyak lagi. 


Selain daripada penggunaan automotif, ia juga sangat sesuai untuk pintu gelongsor atau mana mana bahagian penyambung yang sukar. Hanya semburkan pada trek logam pintu untuk membersihkan landasan dan melancarkan gelongsor pintu.        

Ingin tahu lebih lanjut? Layari  laman web WD-40® Silicone di https://goo.gl/e5yJz2 atau  di  http://wd40.asia  hari ini  Paling penting adalah usah panik sekiranya anda berada di dalam situasi yang sukar.  Hanya pastikan ada memiliki setin pelincir hebat ini di rumah. Seperti yang dikatakan oleh para pelanggan kami, setiap rumah perlu ada satu.


7 comments on "Tiada Lagi Kebosanan Dengan Si Pakar Kecil Ini !"
  1. memang bagus ni.. rumah ada juga satu. Bertahan lamanya.. sekali cuba, lenyap masalah pintu ketat

    ReplyDelete
  2. wow... menarinya, mmg patut ada kat rumah ni. kunci pagar slu buat hal... sliding door kat rumah pun dh tak boleh buka sbb tersangkut, dah pgl org repair tp jad lak... kena cari silicon ni...

    ReplyDelete
  3. kriuk..kriuk..bunyi pintu bilik bila ditiup angin..seram tak..seram tak..
    JanjiKita

    ReplyDelete