Review Novel | Magisial by Jun

Review Novel | Magisial by Jun  |  Aku kembali mereview novel-novel yang dah habis dibaca.. Bila dah perkataan novel tu pun berdouble, ini bermakna aku akan review lebih dari 1 buah novel.. Hehe.. Untuk entry kali ni aku akan review novel Magisial by Jun... Novel terbitan dari Prolog Media ni aku beli yang preloved aje memandangkan sekarang aku tengah cut cost untuk keperluan lain.. hehe.. Yang penting kondisi bukunye masih dalam keadaan baik dan boleh dibaca..

novel, novel preloved, novel prolog media, prolog med, novel best, best seller, novel seram, magisial, penulis jun
Magisial by Jun

Firstime baca novel hasil tulisan Jun, hati sudah terpaut.. Jalan cerita yang digarap oleh penulis sangat berbeza dari novel yang pernah aku baca sebelum ni.. Kisah yang membuatkan aku tak senang duduk untuk mengetahui kesudahannya.. Permainan ilusi yang sangat mengelirukan.. Boleh disimpulkan, novel ini cerita dalam cerita.. Twist yang menarik di akhir cerita... Membuatkan aku terpinga-pinga membacanya.. Hehe..


Kalau tengok dari ilustrasi gambar kat atas ni, kalau tak baca tak tahu apa kaitannya.. Ternyata ianya ada kaitan dengan jalan cerita novel ni.. Lagi pun takkan la saje-saje kan nak buat gambar cenggini sedangkan tiada kaitan.. Haha.. Saje je aku ulas gambar kat atas ni.. Bagi korang suspen sikit.. Kikiki.. Apa-apa pun aku suka jalan cerita Magisial ni.. Cuma bila sampai dipenghujung kisah yang mengaitkan dengan kisah novel lain, aku jadi agak kebosanan 5 minit.. Ekeke.. Kenapa? Hurmm entahlah.. Hehe.. Tapi mungkin ada motif lain yang penulis nak sampaikan.. Contohnya nak buat promosi secara tak langsung tentang novel tersebut.. Ahakz.. Itu pandangan aku aje la.. Mungkin korang berpandangan lain tak sama dengan aku.. Tak gitu...


Orite, macam biasa kalau nak tahu sinopsisnya boleh baca kat gambar di atas ni ye... Dan seperti biasa jugak, boleh baca review aku di GOODREADS - LEA AZLEEYA seperti kat bawah ni.. Hiks..


REVIEW AKU DI GOODREADS

MagisialMagisial by Jun Sahaja
My rating: 4 of 5 stars

Magisial.. Bila tengok tajuk macam pelik aje.. Tak tahu ape yang nak disampaikan penulis.. Magis ke sial ke? Bila baca novel nye.. Wahh memang terbaik jalan ceritanya.. Sampaikan tak nak stop baca.. Nak baca sampai habis.. Awal jalan cerita, berjalan agak tenang dan tanpa tersangkut sana sini.. Bila dah nak sampai penghujung jalan ceritanya, ada twist yg menarik.. Satu lagi kisah yang sama tapi x serupa..

Mesti korang konfiuskan.. Tapi yang pastinya jalan cerita novel ni tak mengkonfiuskan.. Aku suka jalan ceritanya.. Last sekali ceritanya berkait pula dengan novel yang lain.. Hehe..

Kisahnya, siapa bunuh siapa.. Itu kunci bagi kisah novel ini.. Kisah seorang penulis novel yang menghadapi masalah mental dek kerana drama adaptasi dari novelnye mendapat kecaman dari netizen kerana mengandungi unsur2 soft porn.. Sehinggakan dia mengasingkan diri dan tanpa mengetahui dia telah mengidap sakit mental.. Huhuhu.. Bila dia mula mengenali seorang doktor dan mengembalikan dia ke arena penulisan, satu persatu kejadian berlaku sehinggalah ke episod dia membunuh org sekelilingnya.. Ingatkan org lain yang bunuh rupanya dia yang bunuh dek kerana tekanan jiwa.. Memang best jalan ceritanya.. Terbaik..

Twist kepada cerita ni, bila mana penulis lain pula duduk dalam kisahnya.. Nak tahu cerita selanjutnya, beli n baca sendiri yek.. Haha.. Tp jalan cerita memang best..

Aku terpaksa bagi 4 bintang aje sebab last sekali yang berkaitan dengan novel lain tu, ceritanya agak mengelirukan dan agak membosankan.. ahakz.. Itu part last sekali laa.. Mungkin korang suka keseluruhannya.. Aku jerk yang pelik.. Tak gitu.. Hiks..

View all my reviews



11 comments on "Review Novel | Magisial by Jun"
  1. Assalamualaikum Wrmbth

    Selamat hari selasa. Panjang review lea untuk novel ni

    ReplyDelete
  2. rajinnya....hehehe..eda dah lama kot tak membaca novel

    ReplyDelete
  3. Rajinnya baca buku... saya nak habiskan satu buku mahu berzaman jugalah...

    ReplyDelete
  4. Hehehe.. Twist.. jangan tak twist.. Prolog nie antara penerbit yang memberi kelainan..

    ReplyDelete
  5. Hehehe... agak2nya sesuai tak kalau org yg stress memanjang nak baca buku ni?

    ReplyDelete
  6. macam best je novel ni..oh ya! do visit my blog! sbab tengah buat giveaway! :D

    ReplyDelete
  7. Rajinnya mak yong ni membaca..Saya dulu minat baca novel tapi ntah mana minat tu skrg..haha..

    ReplyDelete
  8. dah lama juga tak baca novel.

    leh gi cari tahjuk ni nanti.

    ReplyDelete