Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel Mengekalkan Kemudaan Kulit Anda

Monday, September 25, 2017

Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel Mengekalkan Kemudaan Kulit Anda |  Jika anda berasa wajah anda kasar dan ketat, maka anda mungkin mempunyai kulit yang kering. Ini bermakna kulit anda kekurangan air. Apabila kulit dehidrasi, ia akan menghasilkan lebih banyak minyak untuk mengimbangi kelembapan kulit. Ini akan menyebabkan jerawat, kerengsaan dan tompok kering di wajah. Keadaan ini akan menjejaskan kesihatan dan keyakinan kita.

Dehidrasi adalah satu masalah besar. Kulit kita di Asia selalunya akan terjejas lebih teruk daripada yang lain kerana kelembapan cuaca di sekeliling kita. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa 40-72 peratus pengguna mempunyai kulit kering di wajah mereka. Walaupun meminum air adalah sangat penting untuk mengembalikan kelembapan dan kemudaan kulit, ia mungkin bukan penyelesaian yang mencukupi untuk memerangi dehidrasi kulit. Kulit yang sihat adalah satu sebab kita akan berasa lebih baik. Salah satu cara untuk meningkatkan keyakinan anda adalah untuk memberikan kulit anda lebih cerah dan kelihatan lebih licin.

murad, dr. murad, hydro glow aqua peel, mask

Produk baru Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel dicipta untuk mengembalikan kulit lebih sihat, bersinar dan berseri dari dalaman ke luar.  Produk ini dilengkapi dengan 2 langkah sistem yang unik dimana ia melembutkan kulit dan memberikan faedah anti-penuaan dengan memberikan dos penghidratan yang mengagumkan sehingga 400% untuk mengurangkan garis halus dan kedutan.

Retexturizing Swab boleh melembutkan kulit dan menghidratkan kulit yang kering. Ia mempunyai Lactic Acid, Glycolic, and Hyaluronic Acids yang menyokong pergerakkan sel untuk menyerikan kulit dan membersihkan serpihan kulit untuk mengungkap kulit yang licin, cerah dan bercahaya. Saiz Swab ini direka khas untuk kulit anda yang halus dimana ia membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.

Apabila berlakunya dehidrasi kulit dan kulit kusam, Murad Moisture Infusion Mask dipenuhi asid hyaluronik yang akan mengembalikan dan menyuburkan kulit, ia berfungsi sebagai penghidratan segera sehingga 400% untuk kulit anda. Dengan penggunaan yang berpanjangan, kulit muka yang kering dan kusam tidak akan berlaku lagi.


Secara ringkas, Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel mengandungi 4 rawatan mudah termasuk:-

Retexturizing Swab – Swab besar ini adalah tunas kapas bertutup yang telah tepu dalam campuran berasaskan AHA campuran Latuc dan Glycolic Acid, yang berfungsi untuk melembapkan lapisan permukaan kulit dengan perlahan, melarutkan sel-sel mati dan membersihkan liang-liang kulit yang tersumbat untuk memberikan tekstur yang lebih halus.

Moisture Infusion Mask – Topeng lembaran membekalkan asid hyaluronik untuk memberikan rangsangan segera kepada tahap kelembapan sehingga 400% dan membantu mengurangkan kesan garis kedut. Kulit akan kelihatan lebih cantik dan bersinar apabila kesan kedutan berkurangan.

LANGKAH-LANGKAH MENGGUNAKANNYA 

Gunakannya sekali seminggu.

Langkah 1 - Retexturizing Swab
Sapu swab di muka yang bersih. Jangan bilas.

Langkah 2 - Moisture Infusion Mask
Letakkan topeng lembaran di muka selama 15-20 minit. Keluarkan topeng lembaran dan jangan bilas. Kemudian sapukan pelembap kepada muka.

Diasaskan lebih dari 28 tahun yang lalu, Murad adalah jenama doktor pertama yang diiktiraf di Amerika Syarikat. Jenama ini tetap benar dengan prinsip saintifik pengasasnya, dermatologi terkenal di dunia, Howard Murad, M.D. Melalui lebih daripada 50 tahun pengalaman penyelidikan Dr. Murad telah membuktikan bahawa kecantikan dan kesihatan adalah saling berkaitan dan terbaik dicapai melalui pendekatan inkusif yang meningkatkan setiap sel di dalam badan.

Murad Hydro-Glow Aqua Peel boleh didapati di kedai Murad diseluruh Malaysia. Ia juga boleh didapati di laman web www.murad.com.my bermula pada pertengahan bulan September.  Nikmati diskaun 10% pada produk Hydro-Glow Aqua Peel apabila anda membeli di laman web dengan kod GLOW di https://www.murad.com.my/unlock-secret-to-youthful-skin sah sehingga 31st Mac 2018.

Untuk maklumat lanjut mengenai Murad, sila layari www.murad.com.my atau Facebook Murad di Murad.Malaysia.

15 comments:

  1. wow !! bestnya.. Nurul suka bab2 ni :D

    ReplyDelete
  2. Menarik! Echa jarang betul guna yg mcm ni. Huhu. Mmg kdg kelaut je bab penjagaan kulit muka. 😅

    ReplyDelete
  3. hidrat sampai 400%, tingginya.... mesti berkesan ni, kat muka byk pori-pori hitam bgs sgt la ni...

    ReplyDelete
  4. memacam produk ada sekarang kan...boleh cuba dan tengok kesesuaian..kalau ok takde masalah nak guna

    ReplyDelete
  5. bagus nii..umur mkin meningkat ni kena jaga jg

    ReplyDelete
  6. nama seakan lelaki muslim..hehe..mask rupanya..pengisian yang menarik
    JanjiKita

    ReplyDelete
  7. singgah sini lea.. nampak macam best jerr pakai .. dah dok terbayang dah

    ReplyDelete
  8. dulu selalu jugak gunakan mask ni. sekarang tak dah. hihihih.. guna basic aje. pencuci wajah dan scrub

    ReplyDelete
  9. memang selama ni pakai murad, tapi range yang acne skin. thanks share sis

    ReplyDelete