Jimat elektrik dengan fungsi Dry Mode pada alat penyaman udara

Jimat elektrik dengan fungsi Dry Mode pada alat penyaman udara  |  Baru-baru ini saya telah mengambil sedikit masa untuk membuat kajian tentang cara penggunaan alat penyaman udara di kalangan keluarga dan rakan-rakan. Kajian saya mendapati sebilangan besar daripada mereka hanya menggunakan Cold Mode atau Mod Dingin setiap kali alat penyaman udara dipasang. Tahukah anda yang kebanyakan alat penyaman udara jenis unit pisah atau split-unit yang digunakan di rumah mempunyai pelbagai pilihan mod? Antaranya ialah Auto, Cool, Fan, Heat dan Dry.  Jadi untuk entry kali ini, saya akan berkongsi tentang langkah untuk menjimatkan penggunaan elektrik oleh alat penyaman udara di rumah anda dengan menggunakan Dry Mode.    

Jimat elektrik dengan fungsi Dry Mode pada alat penyaman udara, jimat elektrik, langkah jimat elektrik, recommend.my
Jimat elektrik dengan fungsi Dry Mode pada alat penyaman udara

Maksud Dry Mode 

Dry Mode atau Mod Kering merupakan salah satu pilihan mod yang terdapat pada alat penyaman udara jenis unit pisah. Seperti namanya, alat penyaman udara akan bekerja untuk mengeringkan udara atau mengurangkan kadar lembapan dalam udara bagi sesebuah ruang.   

Cara Dry Mode berfungsi 

Apabila alat penyaman udara ditetapkan kepada Dry Mode, alat penyaman udara tersebut akan bertindak seakan penyahlembap udara atau air dehumidifier. Alat penyaman udara tersebut akan menyedut udara di dalam sesebuah ruang tersebut dan melepaskan semula udara yang 30% hingga 40% lebih kering. Secara teorinya, apabila kadar lembapan dalam sesebuah ruang itu berkurangan, suhu juga akan sekaligus turun.   

Sama seperti Cool Mode, anda juga boleh menetapkan suhu yang dikehendaki. Jadi, apabila anda menggunakan Dry Mode, alat penyaman udara akan terus bekerja sehingga  ruang tersebut berada pada suhu yang telah anda tetapkan. 

Kelebihan menggunakan Dry Mode 

Tidak seperti Cool Mode di mana udara yang dilepaskan semula akan disejukkan dahulu, di tetapan Dry Mode, alat penyaman udara tersebut hanya bekerja untuk mengurangkan kadar lembapan dalam udara. Jadi, apabila Dry Mode digunakan, unit dalam dan unit luar atau kompresor alat penyaman udara tersebut akan menggunakan tenaga elektrik pada kadar yang jauh lebih rendah berbanding jika menggunakan Cool Mode. Kelebihan utama bagi penggunaan Dry Mode ialah penjimatan pada bil elektrik anda!  

Waktu yang paling sesuai untuk menggunakan Dry Mode  

Dry Mode paling sesuai digunakan semasa keadaan panas dan lembap. Cuaca sebegini sering terjadi dengan sendiri selepas hujan yang turun untuk tempoh yang singkat pada hari yang panas.   

Keadaan ini adalah seumpama anda menuangkan air pada seterika yang sedang panas. Wap yang naik selepas hujan yang singkat itu akan menyebabkan suhu dalam bilik meningkat, dan membuatkan badan kita terasa melekit. Apabila Dry Mode digunakan, udara dalam rumah akan menjadi lebih kering dan nyaman, sekaligus membuatkan anda sekeluarga rasa lebih selesa.   

Jika anda masih belum pernah cuba menggunakan Dry Mode, tukarlah kepada mod ini secepat mungkin. Saya berpendapat, tidak salah sekiranya anda memberikan peluang pada mod ini yang akan memberikan penjimatan tenaga elektrik (dan wang), tetapi tetap menghasilkan suasana nyaman, sama seperti menggunakan Cool Mode.     


Pastikan alat penyaman udara anda dalam keadaan baik 

Sebagai pemilik alat penyaman udara, anda bertanggungjawab untuk memastikan alat penyaman udara anda diselenggara dan diservis secara berkala. Menurut pakar alat penyaman udara, alat tersebut haruslah diservis secara setiap empat hingga enam bulan, bergantung pada tahap penggunaan. Selain itu, sebarang kerosakan kecil haruslah dibaiki dengan segera agar alat tersebut sentiasa berfungsi dengan baik dan efisien.   

Dapatkan perkhidmatan pakar servis alat penyaman udara dari Recommend.my. Recommend.my mempunyai lebih 380 pakar penyaman udara di seluruh Malaysia sedia untuk membantu anda. Kadar caj tetap bermula RM60 bagi setiap unit jika anda tempah untuk servis lebih dari 2 unit. 


10 comments on "Jimat elektrik dengan fungsi Dry Mode pada alat penyaman udara"
  1. entry yang sangat berguna!!thanks share sis!

    ReplyDelete
  2. Jika dapat menjimatkan tiada salahnya mencuba kan...

    ReplyDelete
  3. tol tuu.,..berbeza bila tukar mode..dry mode lebih jimat..

    ReplyDelete
  4. suka dengar benda jimat2 ni...thanks lea share tips

    ReplyDelete
  5. nice sharing lea.. e'in pun tak tahu fungsi dry mode sebelum nie..

    ReplyDelete
  6. info baru, boleh share kat keluarga yang lain ni

    ReplyDelete
  7. Tq info ni.. mmg xtahu sgt function mode ni..

    ReplyDelete
  8. umah aida akan on aircond lepas maghrib hingga lebih kurang jam 10 mlm, lea.
    time tu panas yg amat umah ni.
    sebab matahari ptg kat depan! aduhai.
    apatah lagi kalau musim panas. bil elektrik? hmmmm mau nangis.

    ReplyDelete