Menang Dua Giveaway Hadiah Berbentuk Wang Tunai

Menang Dua Giveaway Hadiah Berbentuk Wang Tunai  |  Kadang-kadang bila kita join giveaway ni, kita tak ingat nak semak balik sama ada nama pemenang dah diumumkan atau belum.. Kadang tu sampaikan dah lama nama pemenang diumumkan baru kita perasan.. Macam tulah aku sejak akhir-akhir ni.. Banyak jugak join giveaway tapi tak alert dengan tarikh tamatnya.. Bukan tak nak alert tapi tak sempat nak semak satu persatu.. Sibuk dengan draft entry client.. Takut tak sempat sebab due date nak bersalin dah semakin hampir.. Tu yang pulun sakan tu buat entry kasi siap.. Sampaikan aku tak blogwalking langsung ke blog kengkawan.. Maaf ye.. Bukan sombong tapi memang tak sempat.. Sob sob sob... Kepada yang sudi singgah blog aku dan tinggalkan komen serta follow blog aku ni, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak.. Bukan tak nak buat kunjung balas tapi masa sangat terhad sekarang ni.. Harap jangan kecik ati ye.. InsyaALLAH, kalau semuanya dah tenang, aku akan balas kunjungan korang nanti..  Ehh, panjangnya mukadimah.. Hehe.. Sebenarnya aku nak cerita pasal aku menang dua giveaway hadiah berbentuk wang tunai.. Tapi dok melalut kelain pulak.. Haha!! Maafkan saya........

sumber foto : google


Eceli, kemenangan yang aku kecapi ini (cewah ayat, cam menang award aje gayanya) dah lama... Hadiah pun dah dapat.. Dah habis pun.. Haha.. Giveaway pertama yang aku menang adalah Giveaway Nurul & Friend.. Aku join pada 05 Julai 2017 bulan lepas.. Dan senarai pemenang telah diumumkan pada 05 Ogos 2017 di blog Syahirah Valiant... Sponsor untuk hadiah aku adalah Blogger Radhia Penselduabee... Berapa yang aku menang untuk giveaway ni? 

Yeahh wang tunai berjumlah RM10... Alhamdulillah wang tersebut dah di bank in kan ke akaun aku.. Thank for Radhia untuk hadiah ini.. Moga dimurahkan rezeki dan dilimpahi rezeki yang halal.. Amiin YRA... :)


Orite, untuk giveaway kedua yang aku menang adalah dari Mini Giveaway : Duit Raya anjuran Blogger Tashira dari Blog Ohthrillers... Giveaway ini pula aku join pada 10 Julai 2017 dan telah tamat pada 31 Julai 2017... Macam biasa, aku tak alert dengan pengumuman senarai pemenangnya sehinggakan adik Tashira DM aku dekat IG... Terkejut jugak aku mula tu sebab aku tak ingat giveaway mana satu sehinggakan aku check balik satu persatu.. Hehe.. Alhamdulillah, Adik Tashira seorang penganjur yang perihatin.. Siap DM lagik pemenang.. Thank ya Adik.. Senarai Pemenang telah diumumkan pada 02 Ogos 2017 lagi sebenarnya.. Dan aku memenangi tempat kedua dengan hadiah wang tunai sebanyak.......

Yeahh RM20.. Alhamdulillah.. Hadiah pun dah selamat dimasukkan ke dalam akaun aku.. Apa-apa pun aku doakan moga Adik Tashira dimurahkan rezeki dan dilimpahi rezeki yang halal.. Amiin YRA... 

Jom kenali kedua-dua blogger ini...






21 comments on "Menang Dua Giveaway Hadiah Berbentuk Wang Tunai"
  1. alhamdulillah kak lea..tahniah kak.

    rabia banyak jugak menang contest..paling best dapat beg makeup

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Wrmbth

    Selamat malam ahad & apa khabar dari Maznee sis Lea azleeya

    Tahniah atas ole ole dari berblogging

    Rezeki dari Allah

    ReplyDelete
  3. Tahniahhh sis Lea 😍😍

    Rezeki baby tu

    ReplyDelete
  4. wahh tahniah....tak lama.lagi nak bersalin moga dipermudahkan ya

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah rezeki Lea tu ... Tahniah Lea.. semoga terus muyrah rezeki..insyaallah ..

    ReplyDelete
  6. Tahniah..
    Alhamdulillah rezeki Lea 💕..
    Semoga diluaskan lagi pintu rezeki Lea & keluarga tambahan pula bakal melahirkan baby kannn 😍..

    ReplyDelete
  7. Rezeki tu kan.... Tahniah... Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. Tahniah lea. Take care ye.

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah..rezeki berblog kan,kalau kumpul untuk setahun tu banyak dah leya menang ni

    ReplyDelete
  10. Tahniah sis! Jom sertai GA kami pulak - mn tau ada rezeki, Insya-Allah.

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah murah rezeki lea. rezeki bby :)

    ReplyDelete