Cara Untuk Hilangkan Pijar Tangan Akibat Pedas Cili

Cara Untuk Hilangkan Pijar Tangan Akibat Pedas Cili  |  Alkesahnya nak dijadikan cerita.. Semalam aku bercuti disebabkan tak berapa nak larat pergi kerja.. Rajin la pulak memasaknya semalam... Dah alang-alang bercuti, bolehlah memasak, ye dak? Semalam aku bikin Ikan Keli Berlada.. Tabiat aku kalau masak ikan keli berlada ni, mesti aku buang semua bijik lada.. Memang tak lalu dek tekak nak makan bijik lada.. Bukanlah tak de langsung, ada juga tapi tak de la banyak.. Hehe.. Kemain aku kerjakan lada semalam.. Dengan tak bersarung tangannya.. Sarung tangan plastik tu dah habis.. Makanya, dah siap masak tu hangatlah wehhh tapak tangan ni... Berpijar-pijarrrr tapak tangan guweeee!!.. Tak senang duduk jadinya.. Untuk menghilangkan pijar ni aku pun suruhlah encik suami google cara untuk hilangkan pijar tangan akibat pedas cili.. Dapatlah beberapa cara dan aku cuma try 2 cara jerk.. Moh aku kasitau..

Cara Untuk Hilangkan Pijar Tangan Akibat Pedas Cili
Cara Untuk Hilangkan Pijar Tangan Akibat Pedas Cili

Banyak caranya untuk hilangkan pijar ni sebenarnya, tapi aku upkan yang aku try aje la yek.. Sebab cara yang aku try tu memang berkesan.. Sekejap aje pijar tangan dah hilang..


Cara Untuk Hilangkan Pijar Tangan Akibat Pedas Cili

01. Ramas Beras

sumber foto : google

Cara pertama adalah dengan meramas beras... Rumah korang mesti ada beras kan... So, amek sedikit beras dan ramas beberapa minit sehingga rasa pijar tu berkurangan atau hilang... Pastu boleh la basuh tangan korang tu.. Aku cuba semalam memang berkesan.. Siap dapat tapak tangan yang lembut lagik hasil dari meramas beras tersebut.. Ekeke..


02. Rendam Tangan Dalam Air Garam

sumber foto : google

Lepas aku ramas beras tu, aku cuba pulak rendam tangan dalam air garam.. Saje je aku guna dua cara nak tengok berjaya ke idok.. Lepas aku ramas beras tu, masih ada sikit rasa pijar di hujung jari.. Jadi aku guna pulak cara kedua dengan merendam tangan dalam air garam beberapa minit.. Lepas rasa pijar dah hilang, bolehlah cuci tangan.. Hehe.. 

Memang berkesan kedua-dua cara ni.. Alhamdulillah, lepas hilang pijar tangan barulah aku ada selera nak makan nasi lauk ikan keli berlada yang aku masak tu.. Kalau tidak, dok berkibas-kibas ajelah tangan aku... Kalau korang terkena pijar tangan akibat lada, boleh la cuba 2 cara ni.. Atau pun, ada banyak lagi cara sebenarnya.. Korang boleh tengok kat link ni --->  https://siraplimau.com/cara-hilangkan-pijar-tangan-pegang-cili/

Selamat mencuba.. !!


23 comments on "Cara Untuk Hilangkan Pijar Tangan Akibat Pedas Cili"
  1. Akak kan..kalau la pijar jari memang duk diam2 nangis..kalau org tegur lagi sebak..hahahaha..mak akak cakap masukkan tangan dalam tong beras..sure hilang pijar lepas tu..masalahnya kalau akak ni jenis x sabar..mmg susah la nak hilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lahai siannya akak.. Insyaallah kak, kalau ramas beres beberapa minit akan hilang pijar tu.. pasni cuba ekk.. hehehe

      Delete
  2. hah..senanglah mcam ni,ramas beras je dah boleh hilangkan pijar ni..kekadang tu terkena jugak..pasrah jelah

    ReplyDelete
  3. wahhhh baru tawu ! pasni blh la cuba kalo pijar tgn hehehe

    ReplyDelete
  4. Pijar tangan masih boleh handle lagi, pijar mata, meleleh air mata...

    ReplyDelete
  5. Betul..kak PC pun gitu...kalau tak beras atau air garam...sapu yang pijar tu dengan baby oil..minyak masak pun ok...tapi biasa baby oil atau ramas beras...alhamdulillah berkesan.

    ReplyDelete
  6. Auni memang sejenis yang buat kerja tak pakai sarung tangan. Bila pijar memang ramas beras je. Yang air garam tu baru tahu. Thanks sharing :)

    ReplyDelete
  7. Sy pun sama kalo masak cili mesti buang biji tu. Ooo rendam dgn air garam eh.. Hehe.. Boleh cuba nnti..

    ReplyDelete
  8. Sedap pulak membayangkan ikan keli berlada tu...haha...
    Huiii pijar tangan tu sadis...tapi kalau dah ada petua boleh la cuba kan =)

    ReplyDelete
  9. satu lagi tok cakap lumur minyak masak.. selalu jue ambik air sejuk jer.. heheheh

    ReplyDelete
  10. Biasanya masukkan tangan dlm tong beras..hehe

    ReplyDelete
  11. Masa PIJAR/panas dalam kulit ni ADAlah boleh menunjukkan kekuatan kebal atau tidak. Mana lah tahukan kot2 boleh jadi GOKu ke.. street fighter ke.. (tgh berangan nih) kuikuikui

    ReplyDelete
  12. Your comment will be visible after approval. KOjaqqqq... xleh SPAM haha.. bijak2.. :P

    ReplyDelete
  13. guna beras tu pernah cuba tapi tak jadi. air garam tak pernah lagi try. tapi serius serik kena pijar cili so memang usahakan bagi tak kena terus senang.

    // afifahaddnan : "Rate My Blogging Skill"

    ReplyDelete
  14. Selalu gak pijar ni akibat lede punya pasal huuu.. tapi x pernah nak cari petuaaa.. ohh ramas heras pon bolehhh ..

    ReplyDelete
  15. Rendanm air garam Tu xprnah Cuba lagi

    ReplyDelete
  16. memang selalu terkena...tangan mmg jenis tak tahan menumbuk cili...tp kalau pakai blender tak sedap lak..especially kalau nk buat sambal belacan.

    Jom Semak 10 Makanan Terbaik Menaikkan Bacaan HB Ibu Hamil Supaya Dapat Elakkan Anemia

    ReplyDelete
  17. Nice tips.. nanti bolehlah cuba tips yang sis Lea berikan ni

    ReplyDelete
  18. Owh.. guna air garam boleh hilangkan pijar eh.. Nanti bolehlah Sha cuba.. tangan Sha sensitif sikit dengan cili..

    ReplyDelete
  19. dua2 dah pernah try tapi kadang2 tak menjadi pun jadi menangis lah di bucu katil mengenangkan nasib yang berpijar

    ReplyDelete
  20. Saya memang selalu buat dengan ramas beras jika tangan berasa pijar..

    ReplyDelete
  21. Ramas ampas kelapa parut pun boleh juga hilangkan pedas kat tangan

    ReplyDelete