The Unsung Hero Hadiah Dari Sahabat Blogger

The Unsung Hero Hadiah Dari Sahabat Blogger  |  Sebuah lagi novel Melur Jelita berada dalam koleksi novel aku.. The Unsung Hero... Alhamdulillah novel ni aku dapat dari seorang sahabat blogger aku, Siqah.. Dia hadiahkan kepada aku.. Aku pernah cerita dah sebelum ni kan.. SINI.. Katanya dia tak larat dah nak  baca sebab terlalu tebal.. Hehe.. Memang tebal pun novel ni... Berapa lama la agaknya masa yang aku ambil untuk habiskan sebuah novel ni nanti.. Hehe.. 

The Unsung Hero Hadiah Dari Sahabat Blogger, melur jelita
The Unsung Hero Hadiah Dari Sahabat Blogger
Kebanyakan novel Melur Jelita memang tebal-tebal belaka.. The Unsung Hero ni ketebalan novelnya 1156 muka surat dengan 151 chapter.. Huhu.. Sekarang ni aku tengah berusaha habiskan novel Terukir Cinta karya Anna Lee.. Lepas tu baru aku akan baca novel ni kot.. Tengok mood macam mana nanti.. Hiks.. Oklah, apa-apa pun, moh le kite pakat baca sinopsis buku ni dulu sebelum kita menghadam ketebalan novel ni.. haha!!



12 comments on "The Unsung Hero Hadiah Dari Sahabat Blogger"
  1. Assalamualaikum Wrmbth

    Selamat pagi rabu Lea

    Apa khabar hari ni. Wah wah

    Siap dapat novel baru dari kawan blogger ya

    Tebal betul buku ni

    Sampai 1151 muka surat

    Jenuh nak menaip sampai isi panjang macam tu

    Maznee ni jarang baca novel. Sebab sekarang dah sibuk

    Kalau nak baca tu kena pastikan novel tu best

    Kalau tak rasa macam tak berbaloi. Sebab anak anak pun merengek je kat tepi

    Hehe


    Dari tajuk novel dah boleh agak apa isi kandungannya

    Mengenai hero tak di dendang. Tanpa penghargaan

    Macam tu lah lumrah hidup

    Tapi tak pelah kan.

    Biar hina di mata manusia

    Allah swt kan ada. Allah pandang usaha kita. Bukan pandang hasilnya

    ReplyDelete
  2. Kalau diikutkan ada banyak nabi dan rasul yang tak dsebut dalam al quran

    Tapi semua ikhlas berjuang untuk sebarkan dakwah

    Unsung hero juga tu

    ReplyDelete
  3. Menarik la Lea...baca sinopsis dah menarik...wow nih...selamat membaca...kak PC pun lama dah tak membeli dan membaca novel...huhu..ada rasa-rasa nak mula semula ni..

    ReplyDelete
  4. Tebalnya. Ana pernah baca satu novel tu 2x tebal dr novel ni. Seminggu juga lah nah habis baca. Tu dulu masa giler baca novel. Skrg cr yg nipis2 je. Hehe

    ReplyDelete
  5. bukan senang nak habiskan baca novel ni.. kak mia pending 2 lagi novel tak habis baca...

    ReplyDelete
  6. Bestnya selalu dapat hadiah buku... Alaa 'lampi' betul saya, baca sinopsis kat belakang tu pun tak boleh agak lagi jalan cerita T_T

    ReplyDelete
  7. Tahniah Lea, kat library saya pun ada novel nie, tapi tak sempat nak baca.. =)

    ReplyDelete
  8. Adoi.. Ai is jeles.. hahaha
    lama gak teringin nak baca novel ini.. nanti dah baca review tau..

    ReplyDelete