Terjebak Dengan Novel Fixi

Terjebak Dengan Novel Fixi  |  Setelah selesai baca novel Kelabu by Nadia Khas, aku terpaut dengan gaya penyampaian dalam novel fixi sehinggakan aku terjebak dengan novel fixi yang lain pula.. Makanya akan bertambahlah novel fixi dalam koleksi buku aku nanti.. Huhuhu.. Gaya penyampaian dalam buku fixi ni agak sempoi dan tak terlalu serius.. Bila baca tak de la rasa kusut sangat dan boleh santai-santai aje feelingnya.. Aku harap koleksi yang aku beli ni juga gaya penyampaiannya juga sempoi.. 

buku fixi, novel seram
Terjebak Dengan Novel Fixi

Setelah dok survey harga sana sini, aku buat keputusan untuk borong buku fixi terus di laman web Buku Fixi... Boleh beli kombo dengan harga yang berbaloi-baloi.. 6 buah buku RM 100.. Tak sampai seratus pun sebenarnya.. Dalam RM 98 aje rasanya.. Adehh tak ingat pulak aku ye.. Huhu.. Pada awalnya, aku cuma cari yang preloved aje.. Puaslah dok cari tapi susah nak jumpa yang betul-betul murah dan berbaloi.. Bila di compare dengan yang baru, lebih baik beli baru aje sebab harga tak banyak beza..


Sebelum beli, aku usha dulu buku mana yang best dan banyak feedback yang positif dari pembaca dan barulah aku beli.. Antara buku fixi yang menjadi feberet pembaca adalah Kacau by Ariff Adly.. Bila baca feedback dari pembaca memang teruja aku nak baca jugak.. Ramai yang suka buku ni.. Selain tu, Garam, Gantung, Sejadah dan Rahsia juga ramai yang memberikan pendapat yang positif.. Sebab itulah aku borong semua buku ni.. Hehe.. Ada lagi beberapa buku yang aku nak beli.. Tapi biarlah dulu... Tunggu koleksi yang belum dibaca berkurangan dulu.. Hahaha!! Membeli memang seronok tapi nak membacanya, kena curi-curi masa.. Hadoii..!!

Nanti dah baca baru aku review satu persatu yek.. Tungguuuu!!


15 comments on "Terjebak Dengan Novel Fixi"
  1. bila minat membaca memang xpe beli je baru.. rasa kepuasan tu bila buku tu kita punya sendiri.

    ReplyDelete
  2. Alaaaa jeles tgk novel baru lea ni. Ana tak terbuka hati lagi nak baca novel fixi ni. Kena beli satu dulu kot baru tau kan. Hehe

    ReplyDelete
  3. Wah murah Tu 6 Viji rm100. Enjoy ur books ok

    ReplyDelete
  4. Tengok tajuk pun santai Lea...selamat membaca Lea..

    ReplyDelete
  5. huaaa banyak nya fixiiii :') lpas ni jgn lupa review tau kak. baru tahu yang Gantung tu ada sambungan, adoiii kena beli ni >.<

    ReplyDelete
  6. Singgah isnin dari nieyl..
    klu org yg suka membaca..
    mesti byk buku dekat uamh kan..

    ReplyDelete
  7. tak suka sangat fixi sebab kadang fiksyen melampau. Tapi nadia khan memang one of my fav writer :)

    ReplyDelete
  8. Sha nak beli sejadah dan Rahsia..
    Garam tu memang best..

    ReplyDelete
  9. ya allah kak leaaaaa. rasa nak duk umah kak lea pnjam library akak jap ahhahaha
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  10. fixi mmg best. busyra pnah bacaa yg kwn punya.. hehe

    ReplyDelete
  11. Saya peminat buku jugak! Kalau tak silap saya, saya ada satu buku keluaran FIXI. Cuma belum baca. Jarang baca Novel/Cerpen. Selalu baca Komik dan buku motivasi/biz/ilmiah. Sis Lea ada sebut buku "Preloved". Maksudnya apa ya ?

    ReplyDelete