Review Novel | Sayangku Mr Busybody

Review Novel | Sayangku Mr Busybody  |  Holaaaa!! Bila mood membaca dah sihat, maka akan banyaklah review tentang buku dalam blog aku ni.. Aku harap korang tak jemu baca review aku ni yek.. Hehe.. Kali ni, nak review sebuah novel cinta, Sayangku Mr Busybody... Tak sangka juga aku dapat hadam novel ni dengan begitu pantas.. Mungkin jalan ceritanya dapat menarik minat aku kot.. Tu sebab dapat habiskan dalam masa yang singkat.. 


Firstime aku baca novel karya Hee-Da ni.. Tidak mengecewakan sebab jalan cerita yang di garap dalam novel ni sangat menarik.. Walaupun novel ni adalah novel cinta, tetapi bukanlah novel cinta yang jenis cinta leleh tu.. Penulis membawa pelbagai 'perisa' dalam novel ni.. Ada cinta, pembunuhan, action, pelacuran, konflik keluarga, penderaan, dendam, benci, suka, duka dan macam-macam lagik.. Mungkin sebab itu aku cuma ambil masa 2 hari sahaja untuk habiskan novel ni.. Jalan cerita yang membuatkan aku sukar untuk berhenti dari terus membaca sampai habis.. 


Baca Juga :-

Kalau nak baca sinopsis buku ni, boleh baca kat gambar atas ni ye.. Sinopsis berbentuk dialog... Orite, jom baca review penuh dari aku pulak... 

REVIEW AKU DI GOODREADS

Sayangku Mr. Busybody

My rating: 4 of 5 stars

Lama tak baca novel cinta..

Sayangku Mr. Busybody.. Sebuah novel yg menarik jalan ceritanya.. Kiranya lain sikit la dari yang aku pernah baca sebelum ni... Tedapat juga unsur-unsur pembunuhan, action dan kejam disamping disulami rasa sedih, gembira, tertekan dan pelbagai perasaan lagi... Kire cukup sifat lah.. hehe..

Kisah seorang gadis yg bernama hanis, anak org gaji kepada Datuk Hisham yang dipaksa berkahwin dengan seorang anak orang kaya oleh isterinya datin sofiah bagi menggantikan anaknya nurin yang tidak mahu berkahwin dengan iqram.. Tanpa keralaan hati hanis, dia terpaksa terima kerana telah diugut oleh datin dan anaknya.. Setelah berkahwin, pelbagai dugaan dia tempuhi termasuklah dipukul separuh mati oleh sang suami kerana terlalu marah ditipu hidup2 oleh mereka, dijual kepada ibu ayam, hampir dibunuh, disimpah asid dan pelbagai lagi.. Rupanya perkahwinan mereka tidak sah dan palsu kerana tak berdaftar dgn jabatan agama.. Perkara ini diketahui setelah iqram memfailkan penceraian... Semua ini adalah rancangan datin sofiah dan anaknya..

Tak berhenti disitu, banyak lagi konflik yg dihadapi oleh hanis.. Termasuklah kematian ibunya yg dilakukan oleh datin sofiah tetapi tak diketahui oleh sesiapa.. Setelah ibunya meninggal, baru hanis tahu yg datuk hisham tu ayah kandungnya dan ibunya adalah isteri pertama datuk hisham tetapi dirahsiakan dari pengetahuan sesiapa jua utk keselamatan hanis..

Pelbagai dugaan lagi yg hanis terpaksa lalui selepas dia terselamat dari rumah pelacuran.. Sehinggalah dipertemukan dengan danial, abang kepada bekas suaminya..

Banyaklah konflik yg mereka lalui selepas itu.. Jalan ceritanya memang menarik.. Kalau nk tahu kena lah baca sendiri yek.. Yang penting, penghujungnya adalah happy ending..



4 comments on "Review Novel | Sayangku Mr Busybody"
  1. rajin sungguh baca novel..menarik jalan ceritanya
    JanjiKita

    ReplyDelete
  2. macam menarik je. mya dah lama tak baca novel. rindu pula bila tengok kak lea review pasal novel ini.

    ReplyDelete
  3. catchy tajuk nyer,lea.
    jadik movie, best ni :) hi hi hi

    ReplyDelete
  4. Baca review lea je dah tergoda nie.. Bertambah list buku yang nk dicari..

    ReplyDelete