Review Novel Fixi | Kelabu By Nadia Khan

Review Novel Fixi | Kelabu By Nadia Khan  |  Buku Fixi yang kedua aku baca.. Kelabu by Nadia Khan... Aku tahu dekat luar sana terlalu ramai peminat buku fixi.. Tak hairan la bila aku tengok feedback dari pembaca di goodread tentang buku-buku fixi ni ramai gile kot yang bagi review.. Sampaikan satu buku tu mencecah beratus-ratus komen review.. Aku jerk yang terlambat sikit terjebak dengan buku fixi ni.. hehe.. Bila dah terjebak ni mula la susah nak undur balik.. Huh!!

buku fixi, nadia khan, kelabu, novel fixi
Kelabu By Nadia Khan
Novel Kelabu ni aku ambil masa selama 4 hari untuk aku khatam.. Bermula 16 Julai hinggalah 19 Julai baru habis baca.. Bukunya juga agak tebal sikit dengan ketebalan 456 mukasurat.. Eceli buku ni aku beli yang preloved aje.. Kebetulan jumpa yang murah dan keadaan bukunya masih baru, terus je aku rembat.. Janji berbaloi-baloi.. Biasalah aku sebelum beli baru, usha dulu yang preloved.. Kalau bernasib baik, dapatlah yang murah dan kondisi novelnya masih ok.. 


Mula-mula baca buku ni, aku tercari-cari tentang maksud tajuk buku ni KELABU.. Apa yang kelabunya? Sudut mane nak dikaitkan dengan kelabu.. Bila dah lama-lama baca, oh!! baru aku faham.. Kelabu itu datang dari sisi sebuah kehidupan seorang yang bernama Amir.. Serius ye, permulaan aku baca buku ni memang seronok dan santai.. Rasa sangat selesa bila baca dengan gaya penyampaian yang menarik dan sempoi.. Jalan cerita yang lancar dan bersahaja.. Bila dah sampai part 'kelabu' itu, aku dah semakin down untuk terus membaca... Rasa macam jalan cerita yang tak best untuk dibaca dan rasa sangat janggal.. Tapi, disebabkan aku dah beli buku ni, terasa rugi pulak kalau stop sekerat jalan aje.. Jadi, aku gagahkan diri jugak untuk hadam cerita kelabu ni sampai penamatnya..

Novel yang mengisahkan sisi gelap atau lebih sesuai dengan tajuk buku ni kelabu seorang yang bernama Amir atau nama sebenarnya Amira yang menjalani kehidupannya sebagai seorang 'pengkid'.. Pernah putus cinta beberapa kali dengan gadis-gadis dan mempunyai cinta baru dengan seorang student bernama Jun.. Jun dapat menerima dirinya seadanya... Hadoiii!! Kusut aku baca.. Haisss..!! Pelbagai konflik berlaku sepanjang perhubungan itu... Sehingga akhirnya, dia kembali kepada fitrah asal.. Alhamdulillah.. Hehe.. 

Dengan ini, marilah pakat baca review penuh aku di Goodreads ni ye.. Malas la nak taip banyak kali.. Haha..!!

REVIEW AKU DI GOODREADS


KELABU

My rating: 4 of 5 stars

Starting baca novel Kelabu ni, rasa sangat seronok dan aku suka cara penceritaan, penyampaian dan bahasa yang digunakan oleh penulis.. Setelah tahu identiti si 'hero' dalam cerita ni, terasa sedikit down untuk meneruskan pembacaan.. Tetapi aku gagahkan juga untuk habiskan novel ni sehingga tamat..

Kenapa aku rasa down?

Hurmm sbb Kelabu mengisahkan tentang kisah perjalanan hidup seorang 'pengkid' yang mempunyai teman wanita... Bila hampir ke penghujung, jalan cerita kembali menarik kerana si 'hero' ingin kembali kepangkal jalan.. Alhamdulillah.. Endingnya agak tak best sebab tak jelas ending walaupun aku faham akan endingnya macam mane.. hehe.. Tapi penceritaannya seolah-oleh tergantung.. Mungkinkah ada sambungan.. Ahakz..

Sungguhpun begitu, aku tetap suka novel Kelabu ni sebab gaya bahasanye yang sempoi dan best bagi aku membuatkan aku seronok untuk membacanya walaupun jalan ceritanya aku tak berapa nak suka.. Haha!!

Tapi kalau diikutkan realiti mungkin inilah yang berlaku dalam masyarakat kite hari ini.. Dan dengan novel Kelabu ni, kite dapat selami kehidupan seorang 'Pengkid'... Pape pun tahniah kepada penulis, sebab aku suka sangat gaya bahasanya.. Terbaikk!!..




Oklah, mungkin sedikit down baca buku ni setelah tahu siapa Amir yang sebenar.. Tetapi buku ni banyak juga pengajarannya dan ianya memang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini.. Dengan membaca buku Kelabu ni, kita dapat selami perjalanan hidup seorang 'Pengkid'.. Boleh dijadikan pengajaran dan ikhtibar.. Yang penting pengakhirannya adalah baik.. Kembali kepada fitrah asal.. 


9 comments on "Review Novel Fixi | Kelabu By Nadia Khan"
  1. Macam pernah dengar novel keluaran fixi ni .. x lama lea plak jadi penulis novel hiii

    ReplyDelete
  2. Siqah baca selepas tahu siapa Amir ( sebab baca review Lea di Goodreads) dan masih lagi baca buku ni sebab bak kata Lea, dah beli baca jela kan. Nanti rugi. Hihi.

    Siqah baca buku ni dalam masa 2 hari!! Haha! Best walaupun genre tak minat sangat bab pengkid. Best gaya penulisan Nadia Khan! Dah jatuh cinta pula. Baru beli Gantung dan Gantung 2 😊

    ReplyDelete
  3. Tebal nya buku ni lea. Kalau Ana berfikir byk kali nak baca. Hehe

    ReplyDelete
  4. Penulisan nadia khan memang best, tapi dah lama tak layan buku fixi

    ReplyDelete
  5. Buku-buku Nadia Khan ini kena baca dwngan keterbukaan tapi Sha tak galakkan sangat adik-adik baru nak up baca.. Tak sesuai..

    ReplyDelete
  6. Teringin nak baca. Nanti nak beli satu.

    ReplyDelete
  7. Macam best je novel nie bila baca review awak..

    ReplyDelete