Mengidam Nak Baca Novel Ramlee Awang Murshid

Assalamualaikum wbt..

Mengidam Nak Baca Novel Ramlee Awang Murshid  | Dah kenapa tajuk cenggitu yek..? Hehe Sebenarnya ceritanya cenggini.. Kan sejak dua menjak ni aku dah terjebak dengan buku-buku berunsurkan SERAM..!! Berjangkit dengan Blogger Sha Mohamad la ni... Huhu Bila dah terjebak ni, teringat pulak sahabat aku si Yatt ni yang fanatik gile dengan penulisan Ramlee Awang Murshid... Dah tiba-tiba aku rasa nak baca buku Ramlee Awang Murshid pulak.. Terus roger dia untuk pinjam novel Tombiruo.. 


TOMBIRUO?? Kenapa tak tajuk lain?? 

Hehe sebabnya, novel ni kan akan di adaptasikan ke filem nanti.. Dan aku yakin, sahabat aku Yatt yang fanatik tu akan ajak aku pergi menonton nanti.. Tak bestla kalau dia sorang jerk yang tahu jalan cerita novel tu sedangkan aku blurrrr aje nanti... Sekurang-kurangnya aku tahu jalan cerita novel dan aku dapat tengok persamaannya dengan filem.. Hah gituu..

Kata kawan aku Tombiruo ni cerita bersambung.. Tu sebab ada 3 novel.. Tak sabar aku nak hadam novel-novel tersebut.. Harap-harap dapatlah aku faham jalan ceritanye.. Hiks..


9 comments on "Mengidam Nak Baca Novel Ramlee Awang Murshid"
  1. Yeayy! Lea pun dah terjebak dengan novel Ramlee Awang Murshid. Best tau! Cuba baca eh. Nanti dalam tahun ni maybe filem Tombiruo nak kuar. Tombiruo ada 3 novel. Pasni leh baca kisah Laksamana Sunan pulak. Berganda jumlah novelnya. Hii.

    ReplyDelete
  2. Yeke akan diaptasi. Aaah, kena baca nih. Pernah baca satu je novel penulis Ramlee Awang Murshid ni. Memang best! :)

    ReplyDelete
  3. Ada member yang suka dengan hasil tulisan ramlee awang murshid ni. Mostly buku tombiruo tu.

    ReplyDelete
  4. Dah dekat sebulan beli buku semgat hutan tu tapi tak baca-baca lagi :)

    ReplyDelete
  5. Selamat membaca. Karya RAM tak pernah mengecewakan. 👍

    ReplyDelete
  6. Trilogi Tombiruo novel RAM harga dalam RM399 kalau x silap. tadi godek2 fb novelist Fatrim :)

    ReplyDelete
  7. RAM antara penulis yang Sha suka.. Lea trylah baca karya dia yang tak ada sambung2.. Memang thrill habis..

    ReplyDelete