Kadar Pengagihan Dividen Dan Bonus ASB ASN Tahun 2016

Assalamualaikum wbt


Kadar Pengagihan Dividen Dan Bonus ASB ASN Tahun 2016  |  Selalunya bila hujung tahun, para penyimpan ASB dan ASN mesti tak sabar menantikan kadar dividen dan bonus diumumkan.. Korang dah tahu ke berapa kadar dividen dan bonus bagi ASB ASN tahun ni?? Aku yakin mesti ramai mengharapkan kadar untuk tahun ni lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya..

Semalam 22 Disember 2016 (Khamis), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telahpun mengumumkan pengagihan pendapatan dan bonus untuk tabung Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.. Kata mereka, tahun 2016 merupakan tahun yang mencabar di mana sehingga 30 November 2016, indeks saham utama FBM KLCI telah mencatatkan pulangan keseluruhan -1.7%.. Kalau korang nak tahu, tahun ini adalah merupakan tahun ke-3 berturut-turut bursa saham tempatan mencatatkan pulangan negatif, berikutan tekanan terhadap harga komoditi utama, kadar faedah yang rendah dan ketidaktentuan dalam pasaran matawang..

Dengan penjelasan di atas, korang agak dividen untuk tahun ini naik tak?? Hehe Untuk menghilangkan tanda soal yang terlalu banyak kat atas kepala korang tu, meh tengok carta kat bawah ni..


DIVIDEN & BONUS AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)


Untuk info lebih lanjut, klik SINI


Aku agak, mesti ramai yang dah menjangkakan akan penurunan dividen bagi tahun ini kan.. Yelah, dengan ekonomi sekarang yang tak menentu, sedikit sebanyak memberi impak kepada penurunan ini.. Ye dak?? Korang tengok, bermula tahun 2013 lagi kadar dividen menurun sehinggalah tahun ini.. Bilalah agaknya dividen dan bonus akan naik kembali ye.. Hurmm Kita tunggu dan lihat aje la tahun hadapan pula.. Moga ada sinar baru di penghujung tahun hadapan.. Insyaallah..


PEMBUKAAN SEMULA URUSNIAGA ASB DAN ASN


Baca lagi di SINI


PENGIRAAN & PEMBAYARAN PENGAGIHAN PENDAPATAN ASB

Pengiraan pengagihan pendapatan bagi ASB adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan 2016, manakala pengiraan bonus yang dibayar oleh PNB pula adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan untuk 10 tahun terakhir. Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus bagi tabung ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun para pemegang unit pada 1 Januari 2017. 

Manakala, pengiraan pengagihan pendapatan bagi tabung ASN adalah berdasarkan pegangan unit pada 31 Disember 2016, iaitu hari terakhir tahun kewangan tabung ASN. Pembayaran pengagihan pendapatan ASN akan dilaburkan secara automatik dan dikreditkan ke dalam buku pelaburan pemegang unit pada 1 Januari 2017 berdasarkan nilai aset bersih ASN pada 31 Disember 2016.


Sumber :-

SATU   |   DUA

6 comments on "Kadar Pengagihan Dividen Dan Bonus ASB ASN Tahun 2016"
  1. lama x update ASB. entah berapa dah bunga. hidup ka.. berkembang kah.. nanti balik nak update juga.. sekrg ni more lwbih sinpan dlm tabung haji saja

    ReplyDelete