Sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan

Assalamualaikum wbt..


Sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan  |  Sebuah lagi drama adaptasi dari novel bakal ditayangkan di Saluran Astro Ria dan Ria HD iaitu Isteri Tuan Ihsan... Drama ini akan bersiaran sebanyak 20 episod yang dilakonkan oleh Aaron Aziz dan Amyra Rosli sebagai teraju utama drama ini.. 

Drama ini akan diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin dibawah terbitan Global Station Sdn. Bhd.. Novel Isteri Tuan Ihsan ini adalah hasil nukilan Sara Kyoko.. Haiss macam menarik aje novel ni.. Kena dapatkan ni... Jom tengok sinopsis drama ni..


SINOPSIS DRAMA ISTERI TUAN IHSAN

Seroja Irdina gadis 24 tahun, membesar di kota.. Konjungan ke kelab malam adalah tempat berhibur bersama teman-teman.. Demi melindungi rasa sedih, seroja berlagak selamba dan berani.. Seroja juga lantang dalam bersuara.. Tetapi yang pasti dia sangat nakal, manja dan keras kepala.. (semuanya cukup lengkap dan ada pada diri Seroja..

Tuan Ihsan Iskandar kerana keliru antara cinta dan teman, dia pergi jauh membawa hati yang kecewa dan membina kehidupan di kota London.. Tumpuannya hanya pada kerjaya, tidak pernah terlintas untuk jatuh cinta sehingga mencapai 47 tahun usianya...

Demi satu permintaan, Tuan Ihsan kembali ke Malaysia.. Demi sebuah amanah, dia dipertemukan dengan Seroja Irdina, gadis yang dipohon dapat dijaga olehnya selepas ibu Seroja meninggal dunia.. Ibu Seroja (Imaninah) adalah teman istimewa pada Tuan Ihsan.. Pada Umaninah, Tuan Ihsan sahaja yang boleh menjaga Seroja kerana Seroja sebatang kara.. Imaninah dibesarkan di rumah anak yatim dan keluarga ayah Seroja pula telah membuang mereka kerana Soleh berkahwin dengan bukan wanita pilihan keluarga.. Episod baru kehidupan Seroja bila tinggal di banglo mewah Tuan Ihsan bermula..

Hari pertama Seroja ke banglo Tuan IHsan.. Seroja memperkenalkan diri sebagai calon isteri Tuan Ihsan.. Kedegilan dan sikap suka melawan membuatkan Tuan Ihsan hampir sakit jantung.. Di dalam rumah ada peraturan ditetapkan tetapi Seroja susah untuk mendengar arahan Tuan Ihsan sehingga pembantu rumah turut dimarahi oleh Tuan Ihsan kerana kedegilan Seroja.. Tuan Ihsan yang digelar "Pakcik  Hot" pening dengan kerenah Seroja.. Seroja juga diberi seorang bodyguard yang bernama Yusri untuk memantau pergerakan Seroja..

Namun Seroja Irdina mempunyai aura yang kuat, sesiapa sahaja mudah jatuh sayang padanya.. Hadirnya di dalam banglo mewah Tuan Ihsan mengubah sunyi jadi gegak pempita, hambar jadi ceria, suasana menjadi meriah dengan gelak tawa, sehinggakan para pekerja banglo tersebut berpalings etia.. Tanpa pengetahuan Tuan Ihsan, Seroja mewujudkan applikasi group whatsapp Calon Isteri Tuan Ihsan.. Di situ mereka bercerita dan mengutuk Tuan Ihsan, projek dan pelbagai lagi..

Miskipun Tuan Ihsan dan Seroja kerap bertelagah apabila bersua muka, sebenarnya di hati masing-masing terbit satu rasa.. Memandangkan usia mereka yang terlalu ketara berbeza, Seroja tertanya, jatuh cintakah dia kepada Pakcik Hot tersebut? Sedangkan Tuan Ihsan pula keliru, apakah rasa didadanya itu dinamakan "CINTA".. Apabila sunyi yang dirasainya itu tandanya "RINDU"..??

Kehdairan Sr. Zaim, membuatkan Tuan Ihsan rasa cemburu dan rasa tercabar... Di tambah pula bila Dr. Zaim memberi amaran pada Tuan Ihsan agar tidak mengongkong Seroja... Tuan Ihsan terus merasa dirinya tercabar bila Seroja rapat dengan Dr. Zaim.. Dr. Zaim terlubat sebagi model projek kerja akhir Seroja.. Sebenarnya Seroja sengaja rapat dengan Dr.Zaim kerana dia cemburu melihat Hanani Jane (model kaki pensel 2B) yang bertujuan untu mengikis duit Tuan Ihsan..

Tuan Ihsan pergi berjumpa dengan Tan Sri Shamsuddin (Datuk Seroja) untuk meminta menjadi wali Seroja tetapi keegoaan Tan Sri enggan mewalikan Seroja kecuali Tuan Ihsan sanggup membayar 10 juta.. Soleh (ayah Seroja) mempunyai adik yang masih belajar di Rusia.. Dengan ini saja mereka boleh bernikah..

Perkahwinan yang dirancang menepati citarasa Tuan Ihsan.. Kini status aplikasi dalam whatsapp group bertukar kepada Isteri Tuan Ihsan.. Walaupun Tuan Ihsan lebih dewasa, gara-gara terlalu biasa bersendiri, kadang terlupa bagaimana menjaga hari wanita bergelar isteri selayaknya.. Seroja Irdina pula masih dengan jiwa mudanya, masih deng keras kepalanya, barannya tetap bersisa, adakalanya dia mahu dilayan bagaikan seorang puteri, dia mahukan suaminya meletakkannya sebagai 1st prioriti.. Jangan ada sebarang rahsia, dia mudah berburuk sangka..

Disangka Tan Sri Shamsuddin teru smenjulang keegoannya.. Masa berganti terlalu pantas.. Kehadiran cicit melembutkan hati Tan Sri Shamsuddin.. Pada mulanya keengganan Seroja memaafkan datuknya sendiri selepas dipujuk oleh suaminya yang kini Tan Sri Shamsuddin semakin uzur dimakan usia.. Persaudaraan yang terputus terjalins emula.. Seroja dan Tuan Ihsan bahagia.. Memang benar pepatah melayu berkata Cinta tidak mengenal usia..

Credit : Kepala Bergetar

************************

Jangan  lupa ye, saksikan nanti kesudahan drama Isteri Tuan Ihsan yang di adaptasikan dari sebuah novel karya asal Sara Kyoko yang akan bersiaran tidak lama lagi..




5 comments on "Sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan"