Tonton Konsert Gegar Vaganza 3 Minggu Ke-3

Monday, October 31, 2016

Assalamualaikum wbt..


Tonton Konsert Gegar Vaganza 3 Minggu Ke-3  |  Semalam berlangsungnya GV3 bagi minggu ke-3.. Aku tak dapat nak tengok secara live di TV kerana siarannya bertembung dengan Siaran Langsung Final Piala Malaysia Selangor vs Kedah... Dimana encik somi dah tempah tiket awal untuk tonton perlawanan final tersebut.. Kedah dinobatkan sebagai Juara akhirnya.. Ahakz..

Semalam aku cuma dapat menonton GV thru Youtube aje.. So, tak dapatlah tengok full rancangan tersebut.. hanya dapat tengok dorang perform aje.. Tak pe la tak kesah sangat sebab masih dapat tengok siaran ulangan nanti.. Hehe.. Kalau takde siaran ulangan maunya aku berebut tv dengan en somi.. Haha..


Untuk minggu ke-3 ni, temanya adalah "ADA BRAN".. Para peserta diberi lagu yang tak masuk dek akal.. hehe.. Itulah namanya cabaran dalam pertandingan.. Bersedia untuk menerima apa sahaja lagu yang diberikan.. Barulah dikatakan penyanyi Profesional, boleh bawa apa jua jenis lagu.. Ye tak??

Aku rasa persaingan bagi GV3 ni agak sengit kerana semuanya hebat-hebat belaka.... Takat ni aku takde fan mane-mane peserta.. Tapi setiap minggu aku akan rasa excited untuk tengok persembahan daripada Ameng Spring, Gmie, Siti Sarah, Zarul, Elly Mazlein, Azharina.. Hehe.. Banyak betul yek.. Sebab tu aku tak de fan mane-mane  peserta... Semuanya best...!!

SIAPA YANG TERSINGKIR MINGGU KE-3 NI?


Minggu lalu, Razis Ismail disingkirkan dari GV3 dan diikuti dengan Rem pada minggu ke-3.. Rem telah membawa lagu Penawar Rindu pada minggu ke-3.. Nasib tak menyebelahi beliau untuk terus berjuang dalam arena GV3 ini.. Mungkin ada rezeki lain diluar sana untuk Rem.. Adat pertandingan ada yang kalah ada yang menang kan.... Moga Rem terus success di luar sana.. 


Manakala Zarul pula telah dipilih sebagai pemenang anugerah "Terbalik Paling Menyengat"... Zarul telah membawa lagu Generasiku dari kumpulan OAG dengan baik.. Memang layaklah beliau memenangi anugerah tersebut.. Hehe..

Untuk konsert minggu ke-4 pula, temanya adalah "DUAT VAGANZA".. Dimana peserta akan diberi lagu dan akan berduet dengan artis GV yang lepas.. Huh.. lagik teruja ni tema untuk minggu ke-4.. Jom tengok lagu-lagu untuk minggu ke-4.. Ahakz..

Konsert Gegar Vaganza 3 Minggu Ke-4
Tema  :  Duet Vaganza
Tarikh : 06.11.2016 (Ahad)

  AMENG & Siti Nordiana - Nilai Cinta ( Saloma & Ahmad Daud )
  AZHARINA & Haleeda - Doa Buat Kekasih ( Khatijah Ibrahim & Ramli Sarip )
  ELLY MAZLIEN & Acong - Jangan Menangis Sayang ( Safura & Oney )
  GMIE & Nizam - Pada Syurga Di Wajahmu ( Lefthanded )
  INTAN SARAFINA & Fazli Zainal - Aku Yang Tersakiti ( Judika )'
  NORA & Ayai - Terlanjur Cinta ( Rossa & Pasha )
  SHIDI & Ezlynn - Lamunan Terhenti ( Aris Ariwatan )
  SITI SARAH & Rahmad - Bunga Angkasa ( Terra Rossa )
  ZARUL & Faradhiya - Lelaki Ini ( Anuar Zain )
  ZUR EDA & Mamat - Rindu Bayangan ( Carefree )

Lagu Pengacara GV3 Minggu Ke-4

Jihan & Nabil - Bukan Superstar ( Project Pop )

Tak sabar rasanya nak tengok konsert minggu ke-4..

Oke lah.. Kalau korang belum lagi tonton konsert semalam boleh la tonton dekat link bawah ni ye.. Aku pown nak tonton sekali lagi.. Nak tonton untuk full episod.. Semalam tak puas tengok.. Huhu.. Jom tonton sama-sama..

Jom Tonton




5 comments:

  1. x penah tgk langsung GV ni.. hihihi

    ReplyDelete
  2. Lamunan terhenti! lagu favorite tuuu esp bila Aris Ariwatan mendendangkan...besttt

    ReplyDelete
  3. Nak tgk balik video shidi...apa nak buat peminat kumpulan data

    ReplyDelete
  4. Camne n kat mana nak dapatkan tiket gv..?

    ReplyDelete