Tanda-Tanda Hipoglisemia

Assalamualaikum wbt..


Tanda-Tanda Hipoglisemia  |  Nak dijadikan cerita hari ni aku bercuti disebabkan emak mertua  aku masuk hospital kerana Hypo akibat kekurangan gula dalam darah.. Jam 1.30 pagi, encik suami dikejutkan dengan panggilan telefon yang menyatakan emak tidak sedarkan diri oleh Ayah Mentua aku.. Nasib baiklah kami masih tidak tidur lagi ketika itu... Kalau dah tidur rasanya tak sedar kowt Ayah Mertua call.. Kami ni stok tido mati bak kata orang-orang tua.. Hehe..

Bergegaslah encik suami ke rumah mak mertua untuk bawa ke hospital.. Risau juga sebab kalau kurang gula dalam darah ni boleh membawa maut.. Allahuakbar.. Minta dijauhkan sesuatu yang buruk berlaku.. Sesampainya encik suami, time tu dia tengok emak dia dah tak sedarkan diri dan mulut dah berbuih... Makin risau pulak jadinya.. Terus dibawanya emak ke hospital.. Aku tak ikut sebab anak baru aje tidur.. Kesian pulak nak kejutkan.. Lagi pown encik suami cakap tak perlu ikut.. Mungkin bagi memudahkan menguruskan emak.. Kalau kami ikut buat serabut aje.. So, lebih baik dia sahaja yang pergi uruskan tanpa ramai orang yang boleh membuatkan keadaan lagi kelam kelibut..


Bila sampai aje di hospital, terus masuk bahagian kecemasan.. Emak di periksa dan didapati dalam darah tiada langsung kandungan gula.. Allahuakbar.. Keadaan kritikal kata doktor sebab emak tak sedarkan diri.. Doktor melakukan prosedur yang sepatutnya keatas emak... Yang encik suami tahunya emak dimasukkan gula dalam badan dan air... Tetapi emak masih tak sedarkan diri juga.. Encik suami dan ayah mertua dah semakin bimbang dengan kondisi emak ketika itu.. Tiada tindakbalas dan masih tidak sedarkan diri.. 

Hanya mampu menunggu dan berdoa agar segalanya selamat.. Jam 6.00 pagi encik suami minta izin untuk pulang sebentar untuk mandi dan ambil kami anak beranak... Setelah bersiap terus aje kami ke hospital untuk melihat keadaan emak.. Sesampai di hospital, ayah mertua arahkan kami naik ke tingkat 7.. Alhamdulillah.. Kenapa?? Alhamdulillah sebab tingkat 7 adalah wad biasa.. Ini bermakna keadaan emak sudah stabil.. Kami redah aje sebab time tu bukanlah time melawat.. Hehe.. Lepas tengok keadaan emak yang dah boleh bercakap dan stabil, baru lah terasa lega dan kami dengan senang hatinye pergi mengisi perut yang belum terisi dari pagi.. Hehe..

Jom kenali Hypoglisemia.. Info aku dapatkan di SINI..

APAKAH HIPOGLISEMIA?

Hipoglisemia ini sebenarnya kejadian yang berlaku dimana seseorang individu itu mengalami tanda-tanda atau simptom-simptom yang berkaitan dengan hipoglisemia.. 

BILA SELALUNYA TERJADINYA HIPOGLISEMIA?

Hipoglisemia ni terjadi apabila kandungan gula dalam darah adalah rendah dan akan hilang apabila paras gula tersebut dinaikkan ke paras yang normal... Jom tengok berapa paras gula yang membolehkan terjadinya hipo ni..
  • Paras gula mencecah bawah 3.9 mmol/L (60 or 70 mg/dL) tetapi selalunya individu hanya akan merasakan simptom tersebut apabila mencapai paras gula 2.8 - 3.0 mmol/L (50 to 54 mg/dL)

Ini bermakna keadaan emak tadi ditahap yang bahaya la yek.. Sebab kandungan gula dalam darah tiada langsung masa doktor check tadi.. Allahuakbar... Tu sebab kowt emak tak sedar diri dan mulut berbuih.. 

Ok, Hipoglisemia juga terjadi pada pesakit yang mengidap kencing manis akibat pengambilan ubat-ubatan kencing manis seperti sulfonilurea atau insulin...

Jom tengok tanda-tandanya pula...



TANDA-TANDA HIPOGLISEMIA

1.   Rasa berdebar-debar
2.   Menggigil
3.   Berpeluh-peluh
4.   Pening kepala/sakit kepala
5.   Rasa lapar
6.   Rasa penat
7.   Pengihatan jadi kabur atau mengalami perubahan visual seperti aura atau kilat
8.   Kulit menjadi pucat dan sejuk
9.   Pertuturan tidak jelas
10. Untuk hipo yang serius, individu itu boleh menjadi tidak sedarkan diri atau mengalami sawan..

Emak mengalami tanda yang ke-10 iaitu hipo yang serius yang mengakibatkan tidak sedar diri dan sawan.. Kejadian ni memberi pengajaran pada kami supaya lebih mementingkan kesihatan dan menjaga pemakanan lepas ni.. Kalau tak sebelum ni main hentam aje makan.. Kesihatan pown tak berapa nak jaga.. Hehe.. 


Credit info Hipoglisemia,
Dr. Nur Hidayati
http://www.mmgazette.com/

Artikel : Hipoglisemia? Kurang Gula? - Dr. Nur Hidayati


3 comments

  1. Semoga mak mertua Lea sembuh seperti sediakala..huhu takut jugak dengar pasal penyakit nie sebab ummie saya pun mengalami kekurangan gula dalam darah sedangkan memang hari2 dia minum minuman yang manis...

    ReplyDelete
  2. Rasa lapar dan pening kepala tu ada jugak sesekali. Huhu

    ReplyDelete