Amalan Ketika Menghadapi Musim Panas


Assalamualaikum wbt..




Panas betul yek cuaca sekarang.. Mana-mana pegi pown orang dok bersembang tentang cuaca panas yang melanda malaysia sekarang ni... Menurut kajian bahagian Meteorologi, Malaysia merupakan antara negara yang sedang mengalami Fenomena 'EL-NINO' iaitu dimana cuaca yang panas dan kering di seluruh negara. Jumlah taburan hujan juga direkod kurang pada tahun ini dan El Nino kali ini juga diramal sama dasyatnya seperti pada tahun 1997.

Bagi mereka yang tinggal dirumah yang ber-air-cond mungkin kurang merasai kepanasan yang dirasai oleh mereka yang tinggal dirumah hanya berkipas atau tanpa kipas... -mood : sedih tetiba-... Begitu juga bagi mereka yang bekerja didalam pejabat yang ber-air-cond mungkin tidak merasa kepanasan seperti mana yang dirasai oleh mereka-mereka yang bekerja di luar pejabat tanpa air-cond...

Kesan daripada fenomena ini akan menjejaskan rantaian bekalan makanan dan ekonomi kita apabila cuaca panas yang berpanjangan. Mana tak nye, penanaman memerlukan bekalan air yang mencukupi... Contoh yang paling win.. penanaman padi... Bukan takat itu aje yang boleh terjejas, kesihatan pown turut terjejas... Cuaca yang terlalu panas boleh menyebabkan STROK HABA weh...!! Haba pown ada strok ye... Korang tau tak strok haba tu camne... Jom tengok gambo kat bawah ni.. Aku pown baru tau hari ni.. haha!!




Ramai jugak yang demam sekarang ni.. batuk-batuk... Termasuklah anak dan suami aku... Time-time cuaca panas camni korang di nasihatkan minum air masak banyak sikit bagi mengelakkan dehidrasi badan... Sebab tu lah KKM mengeluarkan garis panduan bagi menghadapi musim panas sekarang ni... Jom baca dan amalkan...





Nampak tak slogan KKM tu "Utamakan Kesihatan, Bertindak Dengan Segera".... Jadinya, ikutlah langkah-langkah yang disyorkan tu ye agar kesihatan kita tidak terjejas.. InsyaALLAH - dengan izin ALLAH... Yang penting usaha tu ada untuk kearah kebaikan.. wahh wahhh..!!




Hah!! Ni panduan ringkas untuk korang rujuk.. Manelah tau kan, kowt-kowtnya ada yang malas nak baca yang panjang-panjang tu... Yang ni ringkas sikit... Haha!!


Sudi-sudikan membaca dan selamat beramal...!!
cia... cia.. cia..

2 comments

  1. Terima kasih atas perkongsian yang amat berguna ini :).. Kalau musim panas nhe sangat best layan ais krim sumi jelly hihi ")

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. betul tu.. sejuk jerk tekak kan... :)

      Delete