sentap
Showing posts with label sentap. Show all posts

Amalan Yang Dipilih Oleh Si Mati Seandainya Dia Dikembalikan Ke Dunia?

Thursday, June 2, 2016

4 comments

Assalamualaikum wbt..

Mati itu pasti dan akhirat itu realiti.. Kembali padaNya sesuatu yang hakiki cuma cara, bila dan bagaimana kita mati itu mungkin berbeza-beza... Ianya bukan pilihan kita sendiri.. Jodoh, ajal dan maut terletaknya ditangan tuhan... Sudahkah kita bersedia untuk menghadapinya?? Dah cukupkah amalan kita untuk dibawa ke sana nanti?? Cuba teliti dan tanye diri, sudahkah kita bersedia untuk itu...

Okeh, aku nak tanye korang.. Bukan korang jerk aku nak tanye... Malahan diri aku sendiri.. hehe.. Katakanlah kan kita dah mati... Kalaulah Allah swt beri kita peluang untuk kita hidup kembali dan boleh buat satu sahaja amalan... Apakah amalan yang korang akan buat??

Adakah solat??

Baca Al-Quran??

Selawat??

Sedekah??

Puasa??

Korang rasa ape yang akan korang buat?? Satu aje amalan yang diberi peluang..

Jom kita baca apa yang dikupaskan dalam Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al-Imam Jalaluddin As-Suyuti) tentang perkara ini..


Kenapa Si Mati Lebih Memilih Untuk BERSEDEKAH Seandainya Dia Dikembalikan Ke Dunia?




Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)

Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dapat solat" atau "supaya aku dapat berpuasa"?

Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya.."

Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mukmin akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.... Bersedekahlah untuk saudaramu yang telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh.... Oleh itu, realisasikanlah harapan mereka dan latihlah anak-anakmu supaya membiasakan diri dengan bersedekah....

Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah....

Korang pernah baca tak tentang faedah BERSEDEKAH?? Banyak sebenarnya faedah bersedekah ni sebenarnya.. Apakah?? Meh kita baca sesama...

1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu-pintu syurga

2. Sedekah adalah sebaik-baik amalan soleh dan sebaik-baik sedekah ialah memberi makan

3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5. Sedekah adalah sebaik-baik hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dapat menggandakan kebaikan.

7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu daripadanya (hari kiamat)

9. Sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

10. Sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yang baik dan punca doa malaikat buatnya

11. Orang yg bersedekah adalah org yg terbaik di kalangan manusia.

12. Pahala sedekah pula adalah untuk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya untuk si pemberi)

13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar

14. Org yang suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa.

15. Sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

18. Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.

19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung-burung..

Fuhhh... Banyakkan kebaikan daripada amalan bersedekah... Aku ada seorang kawan yang rajin sangat bersedekah... Kadang-kadang aku sendiri rasa konfius dengan diri dia, walaupun dia dalam keadaan yang tiada duit pown dia tetap mahu bersedekah.. Aku memang tabik spring la dekat dia.. Mungkin sebab itu la kowt rezeki dia sentiasa cukup walaupun tak de la melimpah ruah... Dia juga suka tolong kawan-kawan dan orang sekeliling yang dalam kesusahan tanpa memikirkan kesusahan diri dia sendiri... Dia disenangi orang sekelilingnya.. Itulah sikap terpuji kawan opis aku yang sorang ni, Rahifah binti Abu Bakar.... Respect tahap gaban kat dia.. haha..!!

Dah tau kelebihan bersedekah kan.. Marilah kita sama-sama mula mengamalkannya.. Moga kita mendapat kebaikan daripadanya.. InsyaALLAH...


Read More

Macam Mana Yek Nak Tegur Orang lebih Tua Dari Kita??

Monday, May 30, 2016

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Ankel Jonni Pinjam Komik ni ye.. Halalkan ye.. Hikss..

Macam mana nak tegur orang yang lebih tua daripada kita?? Susah jugak ni kan... Silap tegur boleh kene terajang kita nanti.. haha..!! Macam komik kat atas nuuu... Jadinya, aku nak kasi tips camne nak tegur orang lebih tua dari kita supaya tak jadi salah faham atau terasa hati... Sekali lagik aku amek sumber rujukan dari team Tarbiah Sentap untuk kita sama-sama hayati dan praktikkan.. hehe.. TQ Team Tarbiah Sentap kerana memberi teguran yang sentiasa menyentap hati nurani.. hikss.. 

Jom tengok tips yang diberi...



Macam mana nak tegur orang lagi TUA terutama MAK AYAH atau abang kakak kita sendiri?

---

1. Dakwah ini penuh SENI.. Ia tak SEMESTINYA korang nak dakwah ni, korang kena tegur secara DIRECT..

Kena cakap face to face..
Kena bagi "ceramah" pada mereka..
Kena bagi "tazkirah" ringkas pada mak ayah..

Tak semestinya..

Dalam Sunnah Rasulullah ada tunjukkan bertapa seninya dan kreatifnya dakwah ni..

Rasulullah berdakwah dengan cara bagi makan pada Yahudi buta..
Rasulullah berdakwah dengan cara tegur direct pada sahabat..
Rasulullah berdakwah dengan cara hantar surat utusan kepada raja-raja sekeliling Mekah seperti Kaisar, Rom, Yaman, dan lain2..

Bahkan Rasulullah dan sahabat berdakwah dengan cara PERANG dengan SENJATA hingga runtuhnya empayar Byzantine, empayar Parsi, dan sebagainya..

Dakwah ni seni..

Cuma korang kena guna 'otak' sikit untuk kreatifkan cara dakwah DENGAN SYARAT mesti ikut SYARAK dan PRINSIP ISLAM !

Janganlah korang nak dakwah pada orang hisap rokok, korang join merokok sekali.. Atau korang nak berdakwah pada perempuan, tapi couple dengan perempuan tu dengan alasan nak dakwah pada dia.. Tu bengong namanya..



2. Dalam kes hari ni, terutama nak dakwah pada orang yang lebih tua, terutama ibu bapa, kena ada SKILL.. Saya ulang balik, kena ada SKILL..

ELAKKAN untuk tegur DIRECT..

Contoh kalau mak kita tak pakai tudung, ELAKKAN untuk tegur direct dengan kata, "Mak, pakai tudung la.. aurat tu.."

Sebab apa?

Sebab biasanya orang lebih tua dari kita ni ada EGO nya tersendiri.. Jadi kita kena pandai "main", kalau tak kita kena sembur dengan kata-kata,

"Jangan pandai mengajar orang tua la.. aku lagi banyak makan garam dari kau.."



3. Macam mana SKILL nak tegur mak ayah?

(1) Tegur dalam bentuk BERKONGSI CERITA.. Biasanya perempuan ada kelebihan untuk skill ni..

Contohnya :-

Korang baru balik rumah.. Korang borak-borak dengan mak korang.. Sampailah korang mula 'masuk jarum'.. Macam mana?

Korang cakap la begini (ini contoh je, tak semestinya kena tiru), 
"Mak.. tadi kat sekolah ustazah kat kena pakai tudung.. Cuba mak pakai tudung.. mesti nampak comey punya.. serius mak.. pakai la.."

Ini contoh je.. korang boleh buat yang lebih baik sebab korang lebih MEMAHAMI situasi korang sendiri... 

Saya bagi panduan umum je..


(2) Tegur dalam bentuk BERGURAU tapi bukan SINDIR atau PERLI..
Yang ni susah sikit, sebab kebiasaannya orang akan ingat kita menyindir.. Tapi korang usahalah jaga NADA korang supaya tak bunyi menyindir..

Contohnya :-

"Ayah, saya rasa ayah mesti lagi kuat kalau tak merokok.. takpun ayah mesti lagi super hensem punya.."

Kalau super hensem tu macam sindir pula.. tapi ikut korang la, sebab korang lebih memahami situasi korang


(3) Tegur dalam bentuk BARANGAN atau HADIAH...

Yang ni biasa sesuai buat masa hari jadi, anniversary, atau hari2 yang special untuk parents korang...

Contohnya korang bagi hadiah al Quran sambil SELITKAN NOTA kat Quran tu.. korang tulis la,

"Semoga Ayah baca quran ni selalu ya.. Saya nak juga pahala mengalir daripada bacaan ayah.."

Ataupun korang bagi hadiah tudung labuh pada mak atau akak korang.. dan korang SELITKAN NOTA kata situ, contohnya korang tulis,

"Semoga setiap kali mak atau kakak pakai tudung ni, ada pahala untuk kita semua dan jadi sebab kita semua masuk Syurga.. teringin nak kumpul sama-sama dalam Syurga..."

Atau apa-apa jua lah yang korang rasa sesuai..


(4) Tegur dalam bentuk SURAT...

Yang ni nampak macam zaman dulu kala.. tapi okay je kalau korang nak praktikkan.... Korang tulis lah surat hantar ke kampung.. Tapi janganlah obvious sangat..

Maksudnya, surat pertama dan kedua sekadar tanya khabar dan sebagainya.. Dah masuk surat ketiga barulah buat teguran sikit atau kalau mak ayah korang ni jenis ada facebook, korang share lah something kat wall korang dengan harapan mereka baca.. 


(5) Tegur guna ORANG KETIGA..

Yang ni korang kena minta tolong makcik atau pakcik korang yang lebih baik sikit untuk tegurkan atau minta sesiapa yang mak ayah korang respek untuk tegur mereka.. Biasanya mereka akan dengar cakap atau pandangan orang yang mereka lagi hormat..



4. Saya rasa 5 pandangan saya ni pun dah cukup untuk korang praktikkan..atau korang ada idea baru yang lebih segar dan power, boleh sharekan kat ruangan komen..

DAN PALING PENTING SEKALI..

Korang usaha macam mana pun, kalau takde DOA tak guna juga.. Sebab Allah lah yang kawal hati-hati manusia..

Doa SUNGGUH-SUNGGUH.. Nangis-nangis....

Seperti mana korang boleh doa dan solat istikharah nak dapatkan jodoh sampai nangis-nangis, khusyuk, sampai termimpi-mimpi..

Kenapa tak korang doa untuk mak ayah korang sampai nangis-nangis, khusyuk dan termimpi-mimpi mak ayah korang dapat hidayah?

Wallahu'alam

Read More

Sentap ohhh - Mesti Baca!!

Thursday, May 19, 2016

1 comment

Assalamualaikum wbt..

Korang mesti baca ni..!! 




SELOKA SUKA SUKA TAPI BISA 

Ngumpat banyak-banyak... Rancak.. 
Dakwah banyak-banyak... Muak! 

Hal mengarut... di respond.. 
Hal islamik... di postponed! 

SALE dunia... hiruk pikuk!.. 
SALE akhirat... owh sibuk!

Majlis hu-ha... eh mestilah.. 
Majlis ilmu... ermm tengoklah!

Novel... hari-hari khatam.. 
Buku agama... arghh susah nak paham!

Ubatan Barat... a must buy.. 
Ubatan Sunnah... err tak sesuai!

Jurnal Oxford... terima melulu... 
Quran & Hadis... kena kaji dulu!

Jualan murah... beli cepat kang tarikh tamat.. 
Sedekah amal jariah... esok-esok pun sempat!

Shopping... biar mahal asal kualiti... 
Sedekah... biar sikit asal ikhlas hati!

Masa lapang... tengok TV... 
Serabut pikiran... baru nak ngaji?

Hidup... hanya sekali... 
Abih mati... ada banyak kali ke?

Tak sedar-sedar jugak!! ðŸ˜ž

Adehh..!! 



Disamping tu... Jangan lupa belajar ABC - Z balik ye...


A - Allah
B - Beri kita hidup
C - Cuma seketika
D - Di dunia ini...
E - Elok kita muhasabah
F - Fikir akan akhir hayat
G - Gerbang akhirat pun
H - Hampir tiba
I - Inilah hakikat hidup
J - Janji Allah itu pasti
K - Kalimah syahadah
L - Lailaha Illallah
M - MuhammadurRasulullah
N - Nak di ucap tak pasti
O - Orang muda atau tua
P - Pasti merasai mati
Q - Qualiti Iman jaminan syurga
R - Rasulullah s.a.w sabda :
S - Siapa ucap jaminannya syurga
T - Tapi..jika gagal...
U - Untuk mereka adalah neraka
V - Visi kita adalah akhirat
W - Walaupun dunia dpn kita
Y - Yang pasti semua akan tinggal...
Z - Zalimnya kita jika tak ada Iman dn Amal...

Peace..!!
Read More

Pengorbanan Seorang Adik Buat Seorang Kakak

6 comments
Assalamualaikum wbt..

Uh.. Mata masuk habuk pagi ni... Cerita  ni lama dah sebenarnya aku simpan dalam hp aku... Tapi baru pagi ni aku baca... Perghhh... Memang mata masuk habuk la... Sebelum ni tak berkesempanan nak baca... Sungguh tersentuh jalan cerita nya.. Boleh dijadikan pengajaran buat kita... Kasih sayang seorang adik terhadap kakaknya... Kasih sayang yang tak boleh didapati dimana-mana... Sebab kisah ni sangat memberi inspirasi, aku nak abdikan kisah ni dalam blog aku... Boleh la korang juga memasukkan habuk ke dalam mata korang... haha!!...



Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai..

"Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut;

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, "Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!." Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg.... Sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa dengan kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa, "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak.... Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi... Aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...." katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.. 

Semoga bermanfaat perkongsian ini.

Pengorbanan sekecil mana pun, pasti diingati.. dikenang.. Janganlah berharap balasan semahal mana, kerana yang sikit itu sebenarnya itulah yg bernilai besar..

Ingatlah akan sillaturahim sesama manusia, apatah lagi sesama adik beradik..

❤❤❤❤❤❤❤❤

kenapa? mata masuk habuk ke?....
Read More

You Are My Best Friend

Friday, May 13, 2016

1 comment

Assalamualaikum wbt..



Kadang - kadang Sahabat yang suka belanja kita makan, 
bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persaudaraan melebihi duit..

Kadang - kadang sahabat yang rajin bekerja, 
bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab..

Kadang - kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, 
bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka..

Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, 
bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang Sahabat..

Kadang-kadang sahabat yang selalu sms dan whatsapp anda, 
bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka ingat pada anda..

Satu hari, 
kita semua akan terpisah, 
kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada..

Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing..

Satu hari anak-anak kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,

"Siapa mereka semua tu?".....

Dan.....
kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, 
lalu berkata...

"Dengan merekalah saya ada hari... yang paling indah dalam hidup saya..."


Read More

Hati Mesti Di Jaga

No comments

Assalamualaikum wbt..




Hati kena jaga
Ia adalah wadah
Rebutan di antara malaikat dan syaitan
Kedua-duanya berlumba-lumba mengisinya.
Jiwa yang bersih,malaikat yang mengisinya 
Iman, ilham, pimpinan insan.
Jiwa yang kotor, syaitanlah yang mengisinya
Isinya keraguan, kekufuran dan was-wasnya

Hati kena pelihara
Ia raja dalam kerajaan diri yang memerintah
Bila syaitan dan nafsu menjadi penasihatnya
Kederhakaanlah yang terjadi memenuhi kerajaan diri

Bila malaikat penasihatnya
Atau hati yang murni
Ketaatan, kepatuhan, ketertiban yang terjadi memenuhi kerajaan diri yang di laksanakan oleh rakyatnya iaitu
Jawarih yang dapat di lihat oleh mata

Jagalah hati
Ia hakikat diri
Bahkan menjadi raja di dalam kerajaan diri.


Read More

Hidup Ini Terlalu Singkat

Tuesday, May 10, 2016

3 comments

Assalamualaikum wbt..



S E K A D A R    R E N U N G A N

Umur kita terlalu singkat
... hingga ALLAH kurniakan  lailatul qadar untuk menambah umur amal.

Umur kita terlalu singkat
... ALLAH pinta bersilatulrahim untuk memanjangkannya.

Umur kita terlalu singkat
... ALLAH kurniakan puasa enam syawal spt berpuasa setahun.

Umur kita terlalu singkat
... ALLAH kurniakan surah Al Ikhlas spt membaca sepertiga Al-Quran.

Umur kita terlalu singkat
... ALLAH kurniakan solat diMasjidil Haram spt solat 100 ribu lebih di masjid lain.

Umur kita terlalu singkat
... ALLAH kurniakan solat berjemaah 27x lebih dpd solat sendirian.

Umur kita terlalu singkat
... ALLAH kurniakan solat sunat di rumah 25x lebih dpd solat di mata orang

Hidup ini terlalu singkat
... ALLAH kurniakan satu huruf bacaan Al-Quran dgn 10 pahala.

Hidup ini terlalu singkat
...ALLAH kurniakan sesiapa yg beramal soleh/bersedekah, meninggalkan ilmu bermanafaat dan tinggalkan anak yg soleh, pahala mengalir ke alam kuburnya.


HIDUP INI TERLALU SINGKAT...  JANGAN SIA-SIAKAN...

Read More

Dunia Akhir Zaman

Saturday, May 7, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..



Realiti hari ini.. 

Rumah ibubapa adalah rumah bagi anak-anak... Tetapi... Tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibubapa..... 

Anak-anak boleh bebas dalam rumah ibubapa... Makan apa sahaja... Tengok siaran tv ikut suka... Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka... Tetapi... Ibubapa tak boleh buat sesuka hati dekat rumah anak-anak.... Tak boleh masak sesuka hati... Makan apa  sahaja yang ada dalam peti ais ikut suka..... Buat apa sahaja ikut suka.... 

Anak tetap akan berkecil hati dengan ibubapa..

Begitu juga...
Kenderaan ibubapa adalah kenderaan anak-anak.... Anak-anak boleh guna kenderaan ibubapa ikut suka hati..... Minyak penuh, balik kosong pun ibubapa tak kisah.... Kalau rosak, semua ibubapa tanggung.. Tetapi... Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna..... Apatah lagi dengan sesuka hati.... Takut rosak lah... Takut langgar lah... Takut calar lah..... 

Kalau guna pun...
Pastikan minyak penuh semula..... Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum pulangkan kembali kepada anak- anak....

Itulah bezanya ibubapa dengan anak- anak.... Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak.... Tetapi...... Anak-anak belum tentu mengasihi ibubapa.... Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa....

Mereka ada masa untuk membetulkan motor kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik apabila ibubapa memerlukan...

Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti... Tetapi... Mereka tiada masa untuk cuti menziarahi ibubapa yang rindukan mereka... Mereka sayang ambil cuti untuk melawat ibubapa... Sibuk dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan... Tetapi mereka tidak sayang ambil cuti bila kawan baik kawin...

Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yang ada... Tetapi... Anak-anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta...

Bila isteri bercerita, anak-anak tahu apa yang isteri mahukan... Tetapi... Bila ibubapa bercerita, anak-anak buat tak faham aje apa yang ibubapa mahukan...

Sesungguhnya, Ibubapa tidak akan meminta secara terus kepada anak-anaknya kerana ibubapa takut anak-anak akan terasa....

Inilah diantara isi kandungan kuliah Ustaz Suhaimi yang sangat terkesan dan realistik dalam keadaan dunia di akhir zaman ini...

Mudah-mudahan kita tergolong sebagai anak-anak yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nanti.. Insyallah.. ‍‌‌‌‌‌‍‌‌😭‌‌‍‌‌‌‌‌‍‌‌😭‌‌‌‌‍‌‍‍‌😭

Sempena hari ibu ni, aku nak ucapkan...

SLMAT HARI IBU utk smua ibu kepada semua ibu-ibu diseluruh dunia, terutama sekali mestilah untuk Emak kesayangan aku... Sayang Mak ketat-ketat.. Dunia & Akhirat.. Tiada galang gantinya...

Emak...

Semoga cerdikmu secerdik AISHAH...
Cantikmu secantik AINUL MARDIAH...
Pengorbananmu setinggi SUMAIYAH...
Ikhlasmu seikhlas RABIATUL ADAWIYAH..

Dan....

Moga tempatmu disyurga AL-JANNAH...

Selamat hari ibu makk.... Sayang Mak.. ❤
🌹🌹🌹🌹🌹

p/s : hari-hari adalah hari ibu...
Read More