Top Social

Image Slider

Showing posts with label sanny & joleen. Show all posts
Showing posts with label sanny & joleen. Show all posts

Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum Untuk Kulit Sihat Dan Lebih Anjal

Monday, April 15, 2019
Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum Untuk Kulit Sihat Dan Lebih Anjal  |  Masih lagi bercerita tentang serum muka.. Aku ni memang pengguna tegar Serum.. Asal ada saja serum wajah yang bagus-bagus terus teruja nak cuba sendiri.. Tapi bukanlah main pakai aje, aku akan pastikan serum tersebut selamat digunakan..

Untuk kali ini aku nak share dengan korang tentang satu jenama serum muka yang dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi dan selamat digunakan iaitu Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum.. Serum ini sesuai untuk semua jenis kulit tau.. So, aku tak perlu risaulah untuk serasikan dengan kulit muka aku yang jenis kombinasi ni..


Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum merupakan serum muka yang diformulasikan dengan Super Palm Vitamin E Tocotrienol yang dapat membantu memperlahankan proses penuaan kulit dan meningkatkan keanjalan kulit dengan merangsang sintesis kolagen.. Ia dihasilkan dari bahan semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti Natrium Laureth Sulphate (SLS), parabens, derivatif haiwan, pewarna buatan dan sebagainya.

Manfaat Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum


  • Memudarkan bintik-bintik hitam dan pigmentasi
  • Mengurangkan jerawat dan parut jerawat
  • Melembapkan kulit yang dehidrasi
  • Mengurangkan kesan sunburn 
  • Mengurangkan stretch mark
  • Menganjalkan kulit
  • Melambatkan proses penuaan
  • Melicin dan mencerahkan kulit


Apakah itu Tocotrienol?
  • Tocotrienol dan tocoferol adalah dari kategori Vitamin E
  • Tocotrienol adalah sumber daripada buah kelapa sawit
  • Tocotrienol terbukti 40-60 kali lebih kuat sebagai antioksidan berbandingVitamin E (alfa-tecoferol) biasa.
  • Tocorienol adalah antioksidan yang kuat dimana dapat melindungi kulit daripada cahaya ultraviolet, radiasi dan ozon. Ia membantu untuk mencegah penuaan kulit dan meningkatkan keanjalan kulit dengan merangsang sintesis kolagen dengan mengurangkan aktiviti MMPs, berpotensi berkesan dalam pertumbuhan semula kulit dan kesan melicinkan.
  • Tocotrienol menggalakkan pencerahan kulit dengan mengurangkan aktiviti tyrosinase dan mengurangkan kandungan melanin. Ia juga berkesan dalam mengurangkan jerawat, keradangan dan kemerahan kulit.
  • Penggunaan jangka panjang Antioxidant Serum ini akan menggalakkan kulit yang sihat


Kandungan Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum


Antara bahan-bahan yang terkandung di dalam Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum ini adalah :-

Aqua, Niacinamide, Glycerin, Aminomethyl Propanediol, Citrus Reticulata (Tangerine) Peel Extract, Yeast beta glucan, Sodium Acrylates Copolymer, Sorbitan Caprylate, Panthenol, 3-0 Ethyl Ascorbic Acid, Olea Europaea (Oilve) Fruit Oil, Lecithin, Tocotrienols, Propanediol, Benzoic Acid, Tetrasodium Glutamate Diacetate 

  • No Sodium Lauryl Sulfate 
  • No Sodium Laureth Sulfate 
  • No Paraben 
  • No Animal Derivatives 
  • No Mineral Oil 
  • No Alcohol 
  • No Harsh Detergent 
  • No Artificial Colors 
  • No EDTA 
  • No Propylene Glycol 
  • No Synthetic Fragrance

Apa Kata Lea Azleeya Tentang Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum?


Firstime guna aku agak teruja dengan rasa dingin bila aku apply serum ni dekat kulit muka aku.. Kulit terus rasa segar.. Serum ni sangat mudah absorb ke dalam kulit dan menjadikan kulit lebih lembut. Paling best, tekstur serum ni tidak melekit dan tidak berminyak..

Cara penggunaannya juga sangat mudah.. Titiskan beberapa titik serum ini ke tapak tangan dan apply pada muka.. Boleh digunakan pada waktu pagi ataupun malam.. Macam aku sendiri lebih suka menggunakan serum ni sebagai makeup base aku.. Sebelum makeup aku akan apply serum ni dulu supaya kulit muka kekal lembap dan makeup lebih flawlesssss.. hehe..


Yang mana ada stretch marks tu boleh juga cuba serum ni ye.. Aku pun ada sebenarnya, tapi sayang la wei nak guna untuk hilangkan stretch mark.. So, aku guna untuk muka ajelah untuk hilangkan bintik-bintik hitam dan juga parut jerawat..

Dapatkan Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum Untuk Kulit Sihat dan Lebih Anjal


Bagi korang yang ingin mendapatkan Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum ni bolehlah dapatkan sekarang dengan harga :-

HARGA
10 ml - RM49.00
30 ml - RM97.00

Untuk sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram