Top Social

Image Slider

Showing posts with label Vaginal Gel. Show all posts
Showing posts with label Vaginal Gel. Show all posts

Penyelesaian Terbaik Masalah Keputihan, Kegatalan dan Bau Pada Bahagian Intim Wanita Dengan Gynofit Lactic Acid Vaginal Gel

Wednesday, September 11, 2019
Penyelesaian Terbaik Masalah Keputihan, Kegatalan dan Bau Pada Bahagian Intim Wanita Dengan Gynofit Lactic Acid Vaginal Gel  |  Assalamualaikum wbt.. Hai korang.. Lama betul rasa tak update story kat sini... Almaklumlah kebizian melanda sejak kebelakangan ni.. Ok, kali ni nak share dengan korang tentang bagaimana cara kita sebagai seorang wanita untuk menjaga bahagian intim kita dengan baik supaya tidak mengundang sebarang masalah ataupun penyakit sehingga hilang keyakinan diri..

ubat keputihan

Jangan ingat paras rupa dan badan sahaja ye harus kita beri perhatian dalam penjagaan diri.. Bahagian intim juga perlu dijaga dengan sebaik mungkin.. Buat semua wanita diluar sana, aku ingin tekankan disini bahawa penjagaan bahagian intim perlu diberi perhatian terutamanya bagi korang yang dah berkahwin.. Aku yakin, korang juga inginkan bahagian intim korang sentiasa berada dalam keadaan rapi dan bersih bukan? Kalau tak terjaga, mana mahunya berada dalam keadaan yang baik.. Betul tak? Jadi, kat sini aku nak kongsikan dengan korang cara bagaimana untuk menjaga bahagiaan intim dengan baik dimana ia adakah jalan penyelesaian terbaik bagi masalah keputihan, kegatalan dan bau pada bahagian intim dengan Gynofit Lactic Acid Vaginal Gel

Penyelesaian Terbaik Masalah Keputihan, Kegatalan dan Bau Pada Bahagian Intim Wanita Dengan Gynofit Lactic Acid Vaginal Gel

ubat keputihan

Aku yakin ramai wanita diluar sana mengalami masalah dibahagian intim tetapi mungkin ada dikalangan mereka yang malu untuk bertanya atau mencari cara bagi menyelesaikan masalah tersebut.. Jangan malu ye kengkawan.. Kalau malu bertanya boleh sesat jalan tau.. hehe.. Jadi, carilah jalan penyelesaian tersebut supaya tidak mengundang masalah dan penyakit yang lebih serius..

Ada tak dikalangan korang mengalami rasa pedih ketika membuang air kecik, gatal dibahagian sulit secara berterusan, faraj berbau terutamanya selepas hubungan seks dan keluar cecair jernih, putih atau kuning yang dinamakan sebagai keputihan dari faraj? Jika korang mengalami situasi tersebut, korang boleh terdedah dengan BV (Bakteria Vaginosis).. Ini boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri.. Jangan bimbang kerana Gynofit Lactic Acid Vaginal Gel dapat membantu anda! Penyelesaian terbaik masalah keputihan, kegatalan dan bau pada bahagian intim wanita adalah Gynofit Lactic Acid Vaginal Gel..

Kembalikan Keyakinan Diri Dengan Gynofit Lactic Acid Vaginal Gel


ubat keputihan

Kenapa perlu mengambil ubat preskripsi yang keras dan mempunyai banyak kesan sampingan sedangkan korang masih mempunyai cara semulajadi, selamat dan mudah untuk menghapuskan gejala-gajala tersebut.. Dengan Gynofit Lactic Acid Vaginal Gel, korang dah tak perlu mengalami rasa pedih ketika membuang air kecil, kegatalan tiada lagi, bebas dari bau yang kurang menyenangkan, seluar dalam tidak rosak lagi dengan cecair yang keluar dari faraj dan tak perlu bergantung dengan ubat preskripsi lagi...

Kalau korang nak tahu, fungsi utama Gynofit ini adalah merawat Bakteria Vaginosis (BV) dan melembapkan bahagian intim wanita.. Apa punca sebenar Bakteria Vaginosis ini? Haaa antara puncanya adalah :-
  • Mengandung
  • Kencing Manis
  • Tekanan
  • Penggunaan Tampon
  • Sering terkena jangkitan di bahagian intim
  • Pengambilan pil
  • Antibiotik
  • Kolam renang
ubat keputihan

Gynofit adalah produk buatan Switzerland yang merupakan gel lembut, mudah dan efektif untuk merawat gejala dan menyelesaikan masalah BV daripada terus merebak rasa gatal, pedih, bau yang kurang menyenangkan dan kekeringan. Gynofit sejenis gel yang bukan sabun pembersih.. Ia dicipta oleh pakar sakit puan dan disyorkan oleh doktor di seluruh dunia yang telah terbukti berkesan secara klinikal dan selamat digunakan walaupun ketika mengandung.. Telah ramai yang mencubanya dan mendapat manfaat darinya...

Gynofit Acid Lactic Gel ini didatangkan dalam aplikator steril yang bersih dan selamat digunakan.. Satu kotak mengandungi 6 unit Gynofit.. Packagingnya sangat comel dan kecil molek.. Jadi, mudah nak  bawak ke mana sahaja.. Selit jerk dalam handbag dan boleh digunakan pada bila-bila masa diperlukan.. Lagi pun korang dah tak perlu nak fikir tenang pencemaran terhadap produk ni sebabnya packagingnya diyakini selamat..

Kebaikan Gynofit Lactic Acid Vaginal Gel

ubat keputihan

Tahukah anda? Sekitar 10% - 30% wanita hamil akan mengalami Bakteria Vaginosis (BV) semasa mengandung.. Mempunyai BV semasa mengandung dapat meningkatkan risiko kelahiran pra matang dan bayi mempunyai berat yang rendah serta jangkitan rahim selepas bersalin. Jangan bimbang, Gynofit dapat membantu merawat Bakeria Vaginosis.. Nak tahu tak apakah kebaikan Gynofit? Haaa antara kebaikannya adalah :-
  • Lembut dan efektif
  • Mengandungi bahan semulajadi iaitu Lactic Acid dan Glycerin
  • Membenteras bakteria
  • Bebas pengawet dan bau
  • Sesuai digunakan selepas bersalin, menopous dan selepas menjalani rawatan kemoterapi
  • Bersih dan mudah digunakan
Gynofit Lactic Acid Vaginal Gel ini bertindak dengan cepat terhadap kegatalan dan iritasi serta menghalang bau yang tidak menyenangkan. Ia juga boleh mengawal flora faraj serta melindunginya apabila mengambil antibiotik.. Untuk penggunaannya pula, tiada sekatan penggunaan dan tiada interaksi dengan ubat lain.. Paling penting, Gynofit ni bebas hormon, bebas paraben dan bebas kimia berbahaya.. Jadi, korang boleh menggunakannya tanpa perlu ada rasa risau kerana ia selamat digunakan.

Kesan Penggunaan Gynofit Lactic Acid Vaginal Gel

ubat keputihan

Untuk pengetahuan korang semua, Gynofit ni menggunakan sistem yang menggabungkan gliserin dan dua asid pelindung (levulinc dan anisic acid). Asid ini membantu menyeimbangi pH bahagian intim kita dan melindunginya daripada jangkitan bakteria. Antara kandungan Gynofit ini adalah aqua, propyleneglycol, hydroxyproply methyl cellulose, sodium lactate, lactic acid, glycogen, p-anisic acid, levulinic acid dan sodium hydroxide.

Antara kesan yang korang akan rasai selepas penggunaan Gynofit Lactic Acid Vaginal Gel ini antaranya :-
  • Tiada lagi masalah ketidakselesaan di bahagian alat sulit
  • Kembalikan keyakinan diri
  • Menjadikan hubungan intim lebih memuaskan
  • Kawasan faraj menjadi lebih sihat dan bersih
Cara Guna Gynofit Lactic Acid Vagina Gel

ubat keputihan

Disyorkan pakai pada waktu malam dan rasai perbezaan pada keesokan harinya.. Ok, dalam penggunaan gel ni, ia akan diserap melalui membran mukus dimana ia dapat membuang sel kulit mati dan kulit menjadi lembap.. Bukan itu sahaja tau, ia juga dapat mengawal keseimbangan flora faraj dan pH kawasan intim.. Jadi, korang tak akan rasa kekeringan dan iritasi lagi.. 

Gynofit Lactic Acid Vaginal Gel ini juga menyokong perkembangan tisu, bebas daripada masalah walaupun ketika mengandung atau menyusu, menghindar vaginosis serta hubungan seksual menjadi lebih memuaskan. Oh ya, untuk maintenance tips bagi mengelakkan masalah berulang, 2 aplikator setiap selepas datang bulan.. Harus diingat ye, dilarang sama sekali menggunakan gel faraj ini ketika datang bulan.. Paling best, remaja perempuan (anak dara) juga boleh menggunakan produk ini.. Haaa bukan kita yang dah kawen je boleh guna tau.. Anak dara pun boleh!

Testimoni Penggunaan Gynofit Lactic Acid Vaginal Gel Daripada Lea Azleeya


Orite, aku sendiri dah cuba Gynofit Lactic Acid Vaginal Gel ni dan aku akui keberkesanannya.. Pada mulanya agak takut jugak nak cuba.. Almaklumlah, cara gunanya agak berbeza.. Biasanya aku hanya guna pembersih keintiman wanita jerk.. Now, aku teruja nak cuba gel faraj Gynofit ni pulak sebab tengok feedback dari penguna lain sangat positif.. Mulanya ingat agak susah untuk gunakan gel faraj gynofit ni, rupanya bila dah ikut step yang betul, mudah sahaja.. Tekstur gelnya pun sangat lembut... 

Pengalaman kali pertama menggunakannya, aku pilih untuk guna pada waktu yang disyorkan iaitu pada waktu malam... Bila bangun pagi, memang betul aku dapat merasai keselesaannya... Tiada lagi masalah ketidakselesaan di bahagian keintiman dan aku rasa lebih bersih... Ini membuatkan aku rasa lebih yakin pada diri aku untuk melalui sepanjang hari dan berhadapan dengan orang ramai.. Satu lagi aku suka sangat packagingnya yang kecil molek sebabnya mudah aku bawak kemana sahaja.. Tak seperti pencuci kewanitaan dimana aku terpaksa angkut botol yang agak besar untuk kesana sini.. Sangat leceh!! 

Masalah Kawasan Intim Selesai Dengan Gynofit Lactic Acid Vaginal Gel.. Gel Faraj Yang Diyakini Selamat Dan Berkesan Oleh Pakar Sakit Puan!

ubat keputihan

Bagi korang yang bergelar wanita yang mempunyai masalah bahagian keintiman, janganlah malu atau segan untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah keintiman yang korang hadapi.. Kalau malu dan buat tak tahu, kelak ia boleh mengundang kepada masalah atau penyakit yang lebih serius.. Jadi, carilah jalan penyelesaian bagi masalah korang tu dan aku sangat recommend korang guna Gynofit Lactic Acid Vaginal Gel ni kerana gel faraj ini diyakini selamat dan berkesan oleh pakar sakit puan... Tak perlu ragu untuk mencubanya.. Kembalikan keyakinan diri anda dengan Gynofit Lactic Acid Vaginal Gel.. Oh ya, gel faraj ini juga dibekalkan di hospital swasta terutamanya..


Untuk dapatkan Gynofit Lactic Acid Vaginal Gel ini dan info lanjut tentang produk, sila layari :-

💬 Telefon : 03-8210 5261  |  012-317 6022
💬 Email : info@vinovapharma.com