Resepi Ayam Tumis Paprika Sedap

Resepi Ayam Tumis Paprika Sedap  |  Sahur pertama kelmarin, aku tak tahu nak masak apa.. Bila jengok dalam peti, cuma ada ayam sahaja.. Tekak rasa nak makan sesuatu yang pedas.. Tapi bosan pulak kalau nak buat ayam masak merah.. Fikir punya fikir, on jerk la Ayam Tumis tetapi diolah sikit resepinya supaya ada kelainan pada rasanya.. Bila dah olah tu, terciptalah Resepi Ayam Tumis Paprika.. Alhamdulillah sedap!! Haha masuk bakul sila angkat sendiri.. 

Resepi Ayam Tumis Paprika Sedap

Eh kenapa tak de lobak dan kacang panjang? Hahaha.. kan aku dah cakap tadi dalam peti ais aku cuma ada Ayam sahaja.. Aku saje je isi nama resepi ni Ayam Tumis Paprika sebab aku masukkan daun limau purut dalam masakan ni.. Bila rasa, ada sikit-sikit macam Paprik.. Kire on la dengan nama tu.. Huhu.. Jom tengok resepinya.. Resepi simple jerk tau!!

RESEPI AYAM TUMIS PAPRIKA SEDAP

Bahan-Bahan :-

5 ketul ayam
Tepung Tempura Bistari
1 biji Bawang Besar - hiris
3 ulas Bawang Putih - ketuk
5 biji Lada Kecil - buang tangkai & belah 2 bahagian atas sahaja
1 biji Lada Besar (Merah) - hiris
2 sudu besar Cili Boh
2 sudu besar Sos Cili
2 sudu besar Sos Tiram
1 helai daun limau purut
Sedikit Kicap
Sedikit perasa Pasti Sedap Knorr
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara-Cara :-

Goreng Ayam
  • Perap ayam dengan Tepung Tempura Bistara selama 30 minit
  • Selepas 30 minit, gaulkan atau golekkan ayam perap tadi ke dalam Tepung Tempura Bistari sekali lagi
  • Goreng ayam sehingga masak
Tumis Ayam

  • Masukkan minyak ke dalam kuali dan tumis bawang putih & bawang besar..
  • Seterusnya masukkan cili boh dan tumis hingga pecah minyak
  • Masukkan sos cili, sos tiram dan sedikit kicap serta garam dan perasa Pasti Sedap Knorr secukup rasa.. Kacau rata..
  • Sekiranya terlalu kering, boleh masukkan sedikit air..
  • Kemudian, masukkan ayam, lada kecil, lada besar dan daun limau purut.. Kacau rata dan tunggu sehingga masak
  • Dah masak bolehlah dihidangkan..

Pasti Sedap Knorr Menyedapkan Lagi Masakan


Ni tip nak bagi kat korang.. Kalau nak sedapkan lagi masakan korang, pastikan korang guna Pasti Sedap Knorr barulah terangkat masakan korang tu.. Aku memang pengguna setia produk keluaran Knorr ni.. Bukan Pasti Sedap sahaja tetapi Chicken Stock dan Lime Flavoured Powder pun aku guna jugak..

Baca Sini : Chefmanship Akademi Mendidik Pengendali Makanan Dengan Pengurusan Sisa Dan Lebihan Makanan Sebelum Bulan Puasa


13 comments on "Resepi Ayam Tumis Paprika Sedap"
  1. Wow sedapnhaaa leaaa.. letak lagi serbuk dari knorr lagi lah bertambah sedap

    ReplyDelete
  2. Boleh cuba tu.. nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  3. Sedapnya....makan dengan lempeng sedap ni Lea.....

    ReplyDelete
  4. Senangnya resepi.nampak best tu.iza pun suka pedas2.boleh try ni.

    ReplyDelete
  5. Perghhh galak betul blogger Malaysia kongsi resepi di bulan puasa ni .. hehe .. bagus bagus .. ramai yang cari idea nak masak apa ketika berbuka .. kita tolong mereka untuk tunaikan hajat.

    ReplyDelete
  6. wah menarik resepi ni...nt nak cuba lah

    ReplyDelete
  7. masyaAllah sedapnya.. boleh terbatal puasa tengok ni

    ReplyDelete
  8. Okey nanti nak cuba la resepi Lea ni plak..akak plak suka je olah resepi jadi resepi sendiri..pas tu simpan dalam blog..nanti lupa kan resepi tu...

    ReplyDelete
  9. mek respect la dengan orang yang boleh masak walaupun ada ank kecik. hihi. kena menuntut ilmu nihh

    ReplyDelete