Goodreads | 2017 Reading Challenge Tercapai

Goodreads | 2017 Reading Challenge Tercapai  |  Di awal November dan akan beranjak ke Disember nanti.. Pejam celik pejam celik dah nak sampai ke penghujung tahun 2017.. Terlalu pantas masa berlalu sekarang ni kan.. Dunia akhir zaman.. Allahuakbar.. Ok, sepertimana yang korang tahu (bagi yang tahu la.. haha!!), aku ni memang suka membaca dan kali ni aku nak kongsikan kegembiraan aku dimana aku dah capai target membaca aku untuk tahun ni.. Yeahh 2017 Reading Challenge di Goodreads aku tercapai sepenuhnya..


Ok, untuk tahun 2017 ni aku sahut cabaran membaca sebanyak 30 buah buku setahun... Mungkin bagi korang itu adalah jumlah yang terlalu kecil dan sedikit.. Tapi bagi aku yang menghadapi kekangan masa ni, 30 buah buku tu pun menjadi agak besar jumlahnya.. Jika dilihat kengkawan aku yang turut serta dalam Goodreads Reading Challenge ni, jumlah buku mereka agak besar berbanding aku.. Ada yang sampai beratus-ratus buku untuk setahun.. Memang aku tabik spring pada mereka.. Macam mana lah agaknya dorang bahagi masa yek.. Hiks..


Aku masih punya masa sebulan lebih untuk sampai ke penghujung tahun.. Jadi, ada masa lagi untuk aku menambah baik bilangan bacaan aku.. Tapi yang pastinya aku dah berjaya habiskan 30 buah buku dengan jayanya... Tahun depan aku cuba tambah jumlahnya di awal tahun.. Buku apa yang aku dah baca tu? Jom tengok sesama..


Opsss terlebih sebuah buku.. Hehe.. Sekarang ni aku tengah gagahkan diri untuk habiskan Koleksi Novel Laksamana Sunan karya Ramlee Awang Murshid... Harapan aku agar aku dapat habiskan dalam tahun ni jugak sebab tahun depan dah nak mula dengan novel yang lain.. Biasa la aku ni kalau baca novel kena ada ketenangan.. Senyap sunyi.. Tiada gangguan.. Kalau keadaan yang bising dan tak selesa memang aku tak baca.. Tu sebab aku agak lambat untuk habiskan sesebuah buku..


18 comments on "Goodreads | 2017 Reading Challenge Tercapai"
  1. Yeah!! Tahniah.. Tahniah..
    Teruskan membaca Lea..
    Melalui dunia magical dalam buku memberikan kepuasan kepada pembaca..
    Chayook.. Chayook..

    ReplyDelete
  2. WAHHHHH!!!! TAHNIAHH!!!
    Saya ni masih berbaki 2 buku sebelum mencapai target saya. huhuhu

    ReplyDelete
  3. Tahniah, jelesnya miza ne jenuh curi-curi masa nak habiskan buku yang dah beli.

    ReplyDelete
  4. Congrats rajinnya baca buku! Ho ada masa main dengan anak ataupun blog jer haha

    ReplyDelete
  5. Tahniah!
    30 buku dah banyak banyak bagi Kaklong.
    Kaklong dapat dalam 5 buku je setahun. Hohoho..

    ReplyDelete
  6. susah nak istiqamah membaca ni , harap-harap saya dapat jadi macam akak..

    ReplyDelete
  7. Yeayy!! Congrats Lea <3 Nampak kegigihan Lea habiskan baca novel Laksamana Sunan. Hihi

    ReplyDelete
  8. wah banyaknya sampai 30 buah buku dah baca. Saya ada lagi 6 buku nak baca aayik tergendala. Kena lebihkan membaca ni. Banyak membaca ikut kajian boleh lambatkan masalah nyanyuk tua nanti. Keep up!

    ReplyDelete
  9. Bestnya! Aira nak start azam ni tahun depan. Moga2 berjaya. Hehe

    ReplyDelete
  10. Pehhh terbaiklah akak. Dalam sibuk pun sempat habiskan semua buku tu. Satu buku berapa lah agaknya akak habiskan ?

    ReplyDelete
  11. Waa bestnya! InsyaAllah akan buat challenge untuk 2018 nanti. Tahun ni punya kelaut 😂

    ReplyDelete
  12. tahniah leaa.....tabik spring dengan lea...walaupun ada baby kecik tapi masih ada masa nak membaca...

    ReplyDelete
  13. Wow salute kat Lea..
    Tumpang gembira sebab commitment yang Lea berikan..
    Bravo!

    ReplyDelete
  14. Bagusnya Lea. salute lah! Teruskan rajin membaca :)

    ReplyDelete
  15. tahniah kak leya.. ekin yang sang ratu belum nak habis hahahaha

    ReplyDelete