Review Novel | Penanda Kubur Anira

Review Novel | Penanda Kubur Anira  |  Hi korang!! Banyak hari dah blog ni tak berupdate... Kesibukan makin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ni.. Sampaikan tak terjengok blog aku ni.. Hari ni cuba curi masa nan sedikit untuk update blog.. Banyak bende nak update sebenarnya.. hehe.. Untuk masa yang nan sedikit ni, aku review novel dululah... Penanda Kubur Anira karya Hafiz Aziz... 

Penanda Kubur Anira
Penanda Kubur Anira
Eceli, novel ni aku beli yang preloved dari Blogger Sha.. Bila tengok Sha review novel ni, aku jadi teruja nak baca juga.. Nasib baik aku tak  beli lagi.. Kalau tak rugi la.. Sebab Sha jual murah jerk sedangkan buku masih baru.. Sinopsis novel ni berjaya membuatkan aku teruja untuk membacanya... Mana taknya, bila ayat "Taksubnya pada kecantikan tidak akan pernah padam! Nafsunya pada darah tidak pernah puas!" terpampang pada kulit depan novel ni.. Lagilah buat aku tak sabar untuk membacanya.. Pandai penulis menarik minat pembaca... Tahniah.. :)


Novel ni aku baca pada 13 Julai 2017 yang lalu dan mengambil masa selama 3 hari untuk habiskan novel setebal 187 muka surat ni... Taklah setebal mane bukunya.. hehe.. Starting baca buku ni agak teruja... Bila dah lama baca, apakah?? Ohh! Rupanya kisah pontianak... Kisah seorang tua yang dah terlalu tua menjadi kembali remaja dengan menghisap darah pemuda kampung dan juga jantung mereka sebagai santapan... Aku membayangkan novel ni, jalan ceritanya lebih menarik dari yang dikisahkan dalam novel ni tetapi agak hampa sikit sebab kisahnya hanya kisah pontianak yang kadang-kadang ada logiknya dan kadangkala ada yang aku rasa macam tak berapa nak logik.. hehe.. Sungguhpun cenggitu, tak de la aku kata jalan ceritanya tak best, sebenarnya masih best untuk dilayan...

Jom tengok review penuh aku di Goodreads..


REVIEW AKU DI GOODREADS

Penanda Kubur Anira

My rating: 4 of 5 stars

Penanda Kubur Anira.. Novel seram yang merungkaikan sebuah kisah seram yang berlaku disebuah kampung dizaman dahulu kala.. Kisah pontianak yang mahukan lelaki muda utk dihisap darah dan dimakan jantungnya bagi tujuan kecantikan paras rupa dan dirinya dek kerana sumpahan..

Ramai orang kampung Dangi yang menjadi mangsanya.. Siapa pontianak tu? Dah tajuk pun penanda kubur Anira, so Anira la pontianak itu... hehehe..

Anira ni sebenarnya seorang wanita yang sangat tua dan sangat hodoh.. Untuk kembali cantik, dia kena hisap darah pemuda dan makan jantungnya dan barulah dia kembali menjadi seorang gadis yang sangat cantik.. Terdapat paku dibelakang lehernya... Bila paku itu dicabut, maka terhapuslah segala sumpahan dan kuasanya.. Dia akan kembali menjadi wanita yang sangat tua dan hodoh itu.. Paku itu juga akan menjadi penanda kuburnya apabila dia mati..

Bagi aku, novel ni ada part memang seram gila.. Ada juga part cam biasa-biasa aje.. Ada kadang kalanya, penceritaannya agak kelam kabut sampaikan kena baca dua tiga kali supaya lebih faham akan sesuatu situasi itu.. Watak juga terlalu banyak dalam kisah ini... Tapi pape pun jalan ceritanya menarik... Kalau x menarik memang tak baca sampai habis..



11 comments on "Review Novel | Penanda Kubur Anira"
  1. Rajinnya baca novel.. skrg ni jue baca asyik terlena dulu hahahah..

    Jemput singgah ke blog MamaJue

    ReplyDelete
  2. novel seram pulak kali nie.. tengok lea banyak review novel nie, macam nak jadi balik laa beli novel banyak-banyak.. huhu

    ReplyDelete
  3. Kak PC seramlah Lea...nanti mulalah terbayang bayang..

    ReplyDelete
  4. Alamak, citer Pontianak ke? Larik!!

    ReplyDelete
  5. Huhu novel seram tak berani nak baca.

    ReplyDelete
  6. alahaiii..mau tak tidur baca cerita ni kang lea...hadoiii

    ReplyDelete
  7. Kalau cerita seram saya prefer novel ramlee awang murshid ajer =)

    ReplyDelete
  8. huu~ lama tak jumpa novel seram2 gini.. kalau boleh hit pembaca, nanti ade la production yang drama kan plak content novel ni.. hee~ tapi !! rajin nye lea baca novel..

    ReplyDelete
  9. Huwaa, jeles nya saya... Saya pun minat jugak baca siri seram nie, tapi sekarang Miss Malas masih menyewa kat hati saya, hehehe...

    ReplyDelete
  10. Anira akan menghantui hidup anda.. Hehehe..

    ReplyDelete