Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Zatulakhtar binti Yakop

Saturday, May 8, 2021

5 comments

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Zatulakhtar binti Yakop  |  Assalamualaikum.. Hi guys.. Tak lama lagi para pendidik di Malaysia akan menyambut Hari Guru pada 16 Mei 2021 ini.. Sebut aje Hari Guru ni teringat zaman sekolah dulu.. Kadang tu terasa rindu untuk kembali ke zaman persekolahan.. Rindu kawan-kawan dan guru-guru.. Time sekolah dulu, ada la beberapa orang guru feberet aku.. Aku yakin, korang pun pasti ada guru yang korang suka dan senangi kan.. Sungguhpun begitu, kita patut hargai setiap guru yang mengajar kita tak kiralah kita suka ataupun tidak kerana tujuan  mereka hanyalah satu untuk mendidik kita menjadi orang yang berjaya dan berguna meskipun cara pembelajaran yang dibawanya berbeza..

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Kalau dulu, setiap kali Hari Guru, aku dan kawan-kawan pasti akan sediakan hadiah buat guru kami... Walaupun time tu aku hanya dapat sediakan hadiah yang tak seberapa (almaklumlah masih  bergelar pelajar kan.. hehe), tetapi aku rasa happy sangat kerana dapat sediakan sesuatu untuk cikgu sebagai membalas jasa mereka dalam mendidik aku.. Terima kasih cikgu..

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Zatulakhtar binti Yakop

Dah alang-alang bercerita tentang Hari Guru ni, aku nak share la jugak dengan korang tentang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's ni. Kalau korang nak tahu, Anugerah Guru Inspirasi McDonald's ini merupakan anugerah tahunan yang dianjurkan oleh McDonald's Malaysia untuk memberi pengiktirafan kepada guru-guru yang telah memberikan komitmen sepenuh hati dalam mendidik para pelajar dan sekaligus memberi inspirasi kepada mereka untuk berjaya dan menjadi yang lebih baik.

Seronok baca kisah inspirasi yang dikongsikan oleh rakyat Malaysia tentang guru yang mereka calonkan untuk Anugerah Inspirasi McDonald's ini.. Setiap satu kisah, membawa inspirasi yang berbeza.. Nasib la pencalonan untuk anugerah ini telah tamat, kalau tak mahu aku pun calonkan juga guru-guru yang mengajar aku dulu.. hehe.. Apa-apa pun aku tabik la kepada mereka yang bergelar guru ni.. Jasa mereka sangat besar dan akan dikenang hingga akhir hayat.. TQ cikgu..!! 

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Ok, dalam banyak-banyak kisah inspirasi yang dikongsikan, aku tertarik dengan kisah inspirasi guru dari Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah, Pahang ini iaitu Cik Zatulakhtar binti Yakop atau lebih senang disapa oleh pelajarnya dengan panggilan Teacher Zatul.. Teacher Zatul kini berusia 44 tahun berasal dari Pekan, Pahang adalah seorang guru Bahasa Inggeris.. Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang guru seawal usia 25 tahun iaitu pada tahun 2002 di Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah dimana dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik Sultan Ahmad Shah.. Sekarang beliau telah dinaikkan pangkat dan memegang jawatan Ketua Jaminan Kualiti di kolej yang sama..

Apa yang menariknya tentang Teacher Zatul ini, pada awalnya beliau langsung tidak berminat untuk menjadi guru.. Cita-cita asalnya adalah untuk menjadi seorang Peguam kerana Teacher Zatul ni suka berdebat dan berhujah.. Beliau juga pernah bercita-cita untuk menjadi Penyampai Berita di TV kerana beliau sangat suka berhadapan dengan kamera.. Tapi apakan daya, kerana ingin memenuhi hasrat seorang ayah yang inginkan anaknya menjadi seorang guru, Teacher Zatul akur.. Dari situlah bermula perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru..

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Tugas pertama yang diberikan kepada beliau adalah menjadi Guru Kelas dimana kesemua pelajarnya adalah lelaki.. Beliau juga diberi tanggungjawab menjadi Guru Pengawas dan beliau berjaya membentuk imej Badan Pengawas Sekolah sebagai badan yang proaktif, berwibawa dan disegani.. Bukan setakat itu sahaja, beliau juga merupakan Pengurus Pasukan dan Jurulatih bagi Pasukan Bahas Bahasa Inggeris di sekolah dan telah membawa pasukannya untuk bertanding dalam pertandingan 'Parliamentary Style Debate'.. Pasukan dibawah kendaliannya pernah menduduki Tempat Ketiga dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Pahang pada tahun 2009.

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Kehebatan Teacher Zatul tidak terhenti setakat itu sahaja.. Beliau juga telah dilantik sebagai Pengurus Pasukan dan Jurulatih Pasukan Bola Jaring Kolej. Dengan kegigihan beliau dalam menimba pengetahuan sebagai Jurulatih Bola Jaring, beliau telah berjaya menaikkan imej dan reputasi pasukan Bola Jaring Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah yang sebelum itu dikenali sebagai pasukan belasahan setiap kali menyertai pertandingan. Bukan itu sahaja, beliau berjaya membawa pasukan Bola Jaring memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Bola Jaring Karnival Vokasional Teknik Peringkat Negeri Pahang. 

Beliau juga seringkali diberikan tanggungjawab sebagai Pengacara Majlis di acara-acara utama sama ada diperingkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan dek kerana suaranya yang lunak sesuai sebagai Pengacara Majlis rentetan juga dengan cita-citanya yang ingin menjadi seorang Pembaca Berita suatu ketika dahulu.. 

Bukan setakat itu sahaja tugasnya sebagai seorang guru, beliau juga pernah menyelamatkan seorang pelajar yang hampir hanyut dalam hidup dan hampir berhenti sekolah kerana menghadapi masalah keluarga.. Beliau telah berusaha untuk membela nasib pelajar tersebut dan akhirnya pelajar itu berjaya menduduki peperiksaan SPM sehingga selesai.. 

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Sebut tentang SPM, Teacher Zatul juga pernah mencipta sejarahnya yang tersendiri dimana semasa SPM pada tahun 2006, buat julung kalinya pelajar Sekolah Menengah Teknik Sultan Ahmad Shah mendapat 8A dan Teacher Zatul adalah guru kelas mereka.. Ini juga merupakan tahun pertama dimana paling ramai pelajar mendapat A bagi subjek Bahasa Inggeris. 

Teacher Zatul Guru Yang Dikagumi dan Disayangi Oleh Pelajarnya

Teacher Zatul yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Bahasa (Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor - tahun 2000) ini merupakan seorang guru yang sangat dikagumi dan disayangi oleh pelajarnya miskipun beliau seorang yang tegas.. Beliau mengajar subjek 'General English' dan sepanjang mengajar, beliau menggunakan bahasa inggeris sepenuhnya membuatkan ada para pelajarnya yang tak keruan malahan membuatkan ada pelajar yang tidak berminat dengan subjek itu..

Namun begitu, Teacher Zatul berusaha untuk menarik minat dan mendapatkan minat pelajar supaya fokus terhadap subjek Bahasa Inggeris.. Ini juga merupakan satu cabaran yang dilalui oleh Teacher Zatul sepanjang bergelar guru.. Dengan kegigihan dan rasa tanggungjawab beliau dalam mendidik para pelajar akhirnya beliau berjaya melaluinya dengan menerapkan cara pembelajaran yang 'magis' iaitu mengajar dengan cara yang menyeronokkan dan mengembirakan pelajar contohnya beliau meminta para pelajar menyanyikan lagu kegemaran mereka dan menterjemahkan lirik lagunya.. Wahh aku pun berminat nak belajar Bahasa Inggeris kalau macam ni.. Haha.. Selain itu, beliau juga menganjurkan "English Drama Competition" semasa beliau memegang jawatan sebagai Ketua Unit Bahasa di kolej tersebut bagi menggalakkan pelajar minat terhadap Bahasa Inggeris.. Dengan cara kreatif yang beliau terapkan ini, akhirnya beliau berjaya menarik minat pelajarnya dalam subjek Bahasa Inggeris yang diajarnya..

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Ok, antara pengorbanan Teacher Zatul sepanjang bergelar guru adalah semasa beliau menjadi Guru Kelas dimana beliau banyak korbankan sebahagian besar masa beliau untuk para pelajarnya kerana beliau tidak mahu mereka rasa terabai memandangkan mereka tinggal di asrama.. Pada hujung minggu pula beliau banyak menghabiskan masa menemani mereka untuk 'study hour' dan banyak juga masa dihabiskan dengan menghias kelas supaya kelas nampak menarik, selesa dan penuh motivasi supaya mereka lebih bersemangat dan bersungguh ketika belajar... Itulah komitmen sepenuh hari seorang guru terhadap pelajarnya..

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Antara pencapaian Teacher Zatul, beliau pernah menerima Anugerah Pekhidmatan Cemerlang sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 2007, 2014 dan 2018.. Tahniah cikgu! Katanya, dicalonkan dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald's ini juga merupakan sesuatu yang sangat beliau hargai dan tidak dapat dilupakan.

pencapaian beliau yang paling tidak dapat dilupakan dan paling terbaik yang pernah beliau capai.. 

Ok guys, untuk ikuti kisah penuh mengenai Teacher Zatul yang dicalonkan oleh Nashrul Lukman Haziq, korang boleh layari link ini  👇

https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi/nominees/1914


Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Ini merupakan tahun kelima McDonald's Malaysia menganjurkan Anugerah Guru Inspirasi McDonald's ini.. Ramai rakyat Malaysia yang telah menunjukkan penghargaannya dan mencalonkan guru yang telah memberi inspirasi kepada mereka pada 02 hingga 18 April 2021 yang lalu..

Dari ribuan pencalonan yang dihantar oleh rakyat Malaysia, hanya 25 orang guru sahaja yang akan dipilih untuk menerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's dan mereka akan menerima wang tunai sebanyak RM5,000, piala dan sijil pengiktirafan dalam satu majlis yang akan dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena Haru Guru nanti.. 

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Oh ya, warganegara Malaysia yang mencalonkan penerima yang dianugerahkan pula akan mendapat baucar McDonald's yang bernilai RM200..

Kriteria pemilihan dalam mengenal pasti guru yang dipilih adalah termasuk peningkatan prestasi akademik para pelajar, menggunakan kaedah pembelajaran yang inovatif dan diluar kotak, menjalankan tanggungjawab melampaui tuntutan tugas untuk membantu pelajar dan juga mewujudkan kesan positif pada diri pelajar.

Ok guys, tak lama lagi keputusan akan keluar.. So, nantikan pengumuman keputusan 25 pemenang Anugerah Guru Inspirasi MdDonald's 2021 - Cikgu Luar Biasa pada penghujung Mei ini.. Untuk info lanjut, korang boleh layari https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi



Read More

Ramadhan 5 - Resepi Sambal Tumis Ketagih

Friday, May 7, 2021

7 comments
Ramadhan 5 - Resepi Sambal Tumis Ketagih  |  Hari ni agak keletihan.. Balik kerja agak lambat sikit hari ini siapkan kerja yang diarahkan dari masa ke semasa.. Balik dah rasa keletihan yang amat bercampur dengan letih semalam yang masih belum hilang.. Huhu.. Sampai rumah cepat-cepat mandi dan terus ke dapur untuk siapkan menu berbuka.. Rasa tumpul dah idea nak memasak hari ini.. Untuk meringkaskan menu dan masa yang ada pun sangat terhad, jadinya aku masak sayur kacang panjang masak lemak dan goreng ikan jerk.. Untuk menyedapkan lagi mulut ni masa berbuka, aku buatkan sambal tumis ketagih.. Kenapa ketagih? Haaa memang ketagih bila makan sambal ni.. Haha.. Itu aku la.. Mesti nak ada sokmo.. Hiks..

Resepi Sambal Tumis Ketagih

Jom check resepi yang teramat mudah nak buat ni.. Tu belum isi ikan bilis lagi.. Kalau isi ikan bilis lagik sedap sambal tumis ni.. Next aku akan isi ikan bilis lak.. Hehe..

Resepi Sambal Tumis Ketagih 

Bahan-bahan :-
  • 6-8 biji Cili Padi
  • 1-2 biji Lada Besar
  • 2-3 biji Tomato
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • Belacan
Cara-cara :-

Resepi Sambal Tumis Ketagih
  • Goreng semua bahan-bahan tadi dengan minyak yang banyak sampai layu.

Resepi Sambal Tumis Ketagih
  • Kemudian blend bersama garam, gula dan serbuk perasa..

Resepi Sambal Tumis Ketagih
  • Siap blend, tumis seketika hingga naik minyak

Resepi Sambal Tumis Ketagih
  • Nak rasa lebih meletop, sebelum makan perah limau sedikit..

Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa..


Read More

Singgang Pedas Ikan Kerisi Versi Terengganu

Wednesday, May 5, 2021

16 comments
Selamat berpuasa semua.. Dah hari ke-8 kita berpuasa.. Pejam celik pejam celik sekejap jerk rasanya masa berlalu.. Puasa tahun ni aku agak kerajinan untuk memasak.. Mood dah berubah agaknye.. Haha!! Yang mane masakan tak pernah buat pun aku rasa nak cuba buat.. Harapnya rasa rajin ni terus melanda sehingga habis puasa.. Hiks..

Singgang Pedas Ikan Kerisi Versi Terengganu

Ok, kali ni aku nak kongsikan resepi Singgang Pedas Ikan Kerisi Versi Terengganu.. Lama gila dah tak makan singgang pedas ni.. Rindu betul masakan mak aku.. Bila dah teringin sangat nak makan, apa lagi kite terus aje buat memandangkan ikan kerisi pun masih berbaki dalam freezer... Orite, tak nak cakap banyak, jom semak resepinya..

Singgang Pedas Ikan Kerisi Versi Terengganu

Read More

Resepi Kari Ikan Simple dan Sedap

Tuesday, May 4, 2021

7 comments
Resepi Kari Ikan Simple dan Sedap  |  Hari ni haru kedua puasa ganti dan selesai sudah puasa ganti aku tahun ni selama 7 hari... 5 hari dah buat awal-awal dulu.. Yang balance 2 hari ni je baru buat.. Ni la padah ganti diakhir-akhir waktu.. Tapi ok la puasa di rumah dimusim PKP.. Tak de la terasa sangat walaupun penat melayan kerenah anak-anak.. Semalam berbuka bubur mekdi je.. Hari ni tekak rasa nak makan Kari Ikan untuk berbuka puasa... Nyumm Nyumm!! So, kita buat sampai jadi.. Thankz tu kawan yang tolong beli bahan-bahannya.. Hiks.. Bahan kat umah ni tak cukup.. Seb baik ada kawan yang sudi COD.. Ahakz..

Resepi Kari Ikan Simple dan Sedap

Read More

Ramadhan 4 - Resepi Sotong Masak Kicap Sedap Melekat!

Sunday, May 2, 2021

3 comments
Ramadhan 4 - Resepi Sotong Masak Kicap Sedap Melekat!  |  Masuk aje puasa yang ke-4 dah tataw nak masak apa.. Haha!! Dalam freezer ada ikan, sotong dan udang jerk.. Tanya encik suami dia nak makan sotong.. Tapinye nak masak ape? Fikir punya fikir akhirnya decide masak sotong kicap jerk la.. Hehe.. Jom check resepi.. hiks..

Resepi Sotong Masak Kicap Sedap

Gambar nampak merah.. Tapi sebenarnya hitam tu.. Faktor cahaya.. Hehe..

Resepi Sotong Masak Kicap Sedap Melekat

Bahan-Bahan :-
  • 1 kg sotong (lumurkan dengan kunyit & garam) - goreng separuh masak
  • Bawang putih, bawang merah, halia, cili padi (ikut kepedasan sendiri) - kisar
  • Kayu manis & bunga lawang
  • 2 batang serai
  • 1 senduk besar cili kisar
  • Sos cili
  • Sos tomato (aku tak isi sebab tak suka rasa dia.. hehe)
  • Sos tiram
  • Kicap Manis
  • Sedikit air asam
  • Bawang besar hiris bulat
  • Tomato - potong 4
  • Lada merah - hiris


Cara Memasak Sotong Masak Kicap Sedap Melekat
  1. Tumis bahan kisar sampai naik bau atau kekuningan
  2. Masukkan bunga lawang, kayu manis dan serai
  3. Masukkan cili kisar dan tumis sampai pecah minyak
  4. Lepas tu masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato dan kicap manis.. Kalau pekat sangat, tambah air sikit.. Tumis lagi..
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  6. Kemudian, masukkan bawang hiris, tomato dan cili merah.. Kacau sekejap..
  7. Last sekali masukkan sotong.. Gaul rata dan tutup air..



Read More

Vits Kan Ada, Meriahnya Raya

Saturday, May 1, 2021

No comments

Vits Kan Ada, Meriahnya Raya  |  Bulan Ramadan sudah tiba dan umat Islam di seluruh dunia pasti rasa teruja untuk menyambut ketibaan bulan suci ini walaupun dalam suasana yang sama macam tahun lepaskan? Mana taknya, tahun ni umat Islam di Malaysia masih perlu menjalani ibadah puasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Berkawal ni (PKPB).

Yang istimewanya tahun ini, umat Islam dah boleh solat terawih macam biasa di masjid dan surau tapi arahan SOP yang ketat tetap perlu diambil kira. Bazaar Ramadan pun boleh beroperasi macam biasa dengan SOP yang sewajarnya demi menjaga keselamatan semua. Walaupun masih tak boleh merentas negeri untuk balik ke kampung masing-masing untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta, tapi kita tetap bersyukur sebab pihak kerajaan dah bagi sedikit kelonggaran dan wajib mematuhi segala perintah yang kerajaan Malaysia dah tetapkan. So harap-harap kita tak langgarlah peraturan yang telah ditetapkan ye.

Disebabkan itu, Vit’s jenama mi segera dan mi kering Halal yang telah bertapak di Malaysia sejak 46 tahun yang lalu ingin menjemput anda semua sempena menyambut Ramadan kali ini dengan peraduan Masak, Kongsi dan Menang dan melancarkan produk terbaru tau, Mi Segera Pek Istimewa Ramadhan

Produk ini sangat mudah dan cepat untuk disediakan ketika sahur atau berbuka puasa. Cara cara untuk menyertai peraduan ini adalah :

  1. Beli satu pek produk VITS Mi Kering Pek Istimewa Ramadan dalam satu resit. 
  2. Imbas QR kod , isi maklumat diri dan resit pembelian.
  3. Masak menu ada menggunakan produk VITS Mi Kering Pek Istimewa Ramadan dan kongsi di akaun sosial media korang ( Facebook, Instagram, Twitter atau Tiktok). 
  4. Tag akaun rasmi VITS dan hashtag #vitskanadameriahnyaraya.
Macam-macam hadiah yang Vit’s sediakan. Peraduan ini dilancarkan adalah untuk mengajak rakyat Malaysia berkongsi masakan kreatif dengan hanya gunakan produk terbaru iaitu Mi Segera Pek Istimewa Ramadan yang dah dibeli. Korang boleh menang hadiah menarik dengan masakan menu yang paling kreatif tertakluk pada terma dan syarat.

Peraduan Masak, Kongsi dan Menang ni akan bermula daripada 1 April 2021 sampai 14 Jun 2021. Orang ramai boleh menyertai peraduan ini dengan pembelian sekurang kurangnya 1 pek Mi Segera Istimewa Ramadan di seluruh pasaraya dan juga boleh membuat pembelian atas talian di Shopee dan Lazada.

Untuk info lanjut tentang peraduan, boleh tonton video di bawah ini..


.



Read More