Bagaimana Cara Kenal Pasti Madu Asli?

Monday, March 8, 2021

5 comments
Assalamualaikum wbt..

Bagaimana Cara Kenal Pasti Madu Asli? |  Zaman sekarang memang banyak yang palsu dari yang originalnya.. Begitu juga al kesahnya dengan madu ni.. Terlalu banyak yang palsu dijual dengan tanpa rasa bersalah.. Kita yang tak ada ilmu tentang madu ni seringkali tertipu oleh peniaga-peniaga yang tak bertanggungjawab..


Lagi parah bila si pembuat madu palsu zaman sekarang ni dah terlebih pandai dapat meniru sebahagian sifat dan karekter fizik madu asli sehingga kebanyakan kebanyakan pembeli sukar untuk membezakan keaslian madu dengan melihat aspek fikizal atau luaran madu tersebut...

Walaubagaimanapun, Madu Asli mempunyai beberapa karekter fizik yang tidak dapat dipalsukan iaitu :-
  • Madu Asli mempunyai kandungan gula yang spesifik yang dapat mengubah sudut putaran cahaya terpolarisasi...
  • Masu Asli bersifat menyerap air, jika madu dibiarkan terbuka pada tempat dengan kelembapan udara tinggi maka madu akan bertambah cair..
  • Madu Asli jika dituangkan ke dalam air suam, ianya tidak akan pecah atau air akan tetap jernih sebelum dikacau... Bagi madu yang sudah dicampur akan lebih cepat keruh...
  • Sifat-sifat umum madu yang umumnya dipalsukan adalah seperti sifat madu yang dapat membuatkan telur masak, tidak beku, tidak menyerap kertas atau jika digancang mengeluarkan gas.
  • Kandungan madu yang juga tidak dapat dipalsukan adalah adanya kandungan Enzim Diatase. Kandungan diatase inilah salah satu cara untuk menentukan madu itu asli atau tidak kerana enzim ini hanya dapat dihasilkan dari kelenjar ludah atau air ludah lebah.. Namun hanya ujian di makmal sahaja yang dapat mengenalpasti sifat tersebut. 

Jom tengok video ni pulak bagi membezakan Madu Asli dan Palsu :-



Jadilah pengguna yang bijak..!! Pastikan produk madu yang dibeli di  pasaran telah melalui ujian ketulenan dari institusi yang diiktiraf..

Pastikan yang Asli baru beli..!!

CREDIT PAGE : ILMU MADU ASLI


Read More

6 Tips Menghilangkan Bau Hapak Kasut

Sunday, March 7, 2021

6 comments
Assalamualaikum wbt..


6 Tips Menghilangkan Bau Hapak Kasut  |  Pergghhhh.... !! Kalau bab kasut berbau ni memang tak boleh blah... Boleh pengsan baq hang!! Tengok kucem tu sudah leee.. Mati terlentang penangan bau kasut... Haha..

Bila kasut hapak, kaki pown turut serta berduet hapak sama.. Kalau nak menyinggah kemana-mana yang memerlukan kita membuka kasut, mesti fikir banyak kali sama ada nak singgah atau tak kan.. hehe.. Contohnya kalau nak ke butik yang memerlukan kita membuka kasut sebelum masuk.. Mahu pengsan semua yang ada dalam butik tu bau kaki kita.... Dah kasut berbau, automatik membawak sampai ke kaki... Ye dak??



Oleh itu, jom kita cuba carik jalan penyelesaian bagi masalah kronik ini... Dekat sini aku nak share beberapa tips yang boleh korang cuba bagi menghilangkan bau kasut yang hapak.. Cuba la mane tau menjadikkan.. Tak cuba tak tahu.. Yang penting kita usaha dan mencuba... Jom kita cuba tips dibawah ni..

1.  SODA BIKARBONAT

Taburkan sedikit soda bikarbonat di dalam kasut.. Soda bikarbonat berfungsi menyerap bau busuk dan membuatkan kasut kembali segar.. Taburkan danbiarkan semalaman dan keesokan harinya keluarkan baki soda bikarbonat tersebut.. Insyaallah, bau hapak akan hilang...

2.  BEDAK BABY

Bedak baby juga boleh menghilangkan bau hapak kasut dan mempunyai fungsi yang sama seperti soda bikarbonat.. Sekiranya soda bikarbonat tiada, bolehlah menggunakan bedak baby sebagai ganti..

3.  LETAK BELAKANG PETI AIS

Cara ni memang femes time sekolah dulu.. Basuh petang, pastu letak belakang peti, esok pagi dah kering sekering keringnya.. Bila kasut betul-betul kering, bau hapak pown susah nak hinggap pada kasut.. Hehe..

4.  SURAT KHABAR

Balut kasut dengan surat khabar dan simpan di tempat yang sejuk dan berangin.. Kertas surat khabar dapat menyerap bau hapak pada kasut..

5.  BIJI KOPI

Ambil beberapa biji kopi dan balutkan dalam tisu.. Letakkan balutan kopi tadi ke dalam kasut dan biarkan semalaman..

6.  JANGAN PAKAI KASUT KETIKA KAKI BASAH

Untuk mengelakkan kasut daripada berbau hapak, jangan pakai kasut ketika kaki basah atau lembab kerana ianya membolehkan bakteria membiak dan merebak.. Untuk kesan maksimum, gunakan produk yang boleh menghilangkan bau kasut dengan cepat....


6 tips yang boleh korang cuba.. Tapi yang paling penting, kebersihan kaki perlu dijaga agar kaki sentiasa sihat dan segar.. Baru lah tiada lagi bau hapak pada kaki mahupown kasut..

Selamat mencuba.. :)




Read More

Titipan Buatmu Wahai Isteri dan Kamu Yang Bergelar Wanita

Thursday, March 4, 2021

3 comments
Assalamualaikum wbt

Titipan Buatmu Wahai Isteri dan Kamu Yang Bergelar Wanita  |  Titipan ini sebagai renungan kita bersama.. Khususnya untuk para isteri dan anak-anak perempuan di bumi ALLAH ini.. Moga ianya menjadi nasihat terbaik buat kita yang bergelar wanita..



❤ Wanita tak bertudung tak semestinya jahat tetapi Nabi sudah berpesan, tak bertudung akan TERSIKSA DI AKHIRAT kelak..

❤ Wanita jika ada kekasih/boyfriend yangtak solat, elok tinggalkan dia.. Kahwinlah dengan lelaki soleh yang boleh membimbing ke jannah bukan ke jahanam!!

❤ Wanita yang bertudung tetapi berbuat maksiat jangan dikeji dia bertudung tetapi tegurlah perbuatan maksiatnya..

❤ Wanita yang bersalaman dengan suaminya akan gugur 20 dosa sebanyak mana jadi dia dan suaminya ada...

❤  Wanita yang garang sebelum kahwin adalah perempuan yang paling manja selepas kahwin

❤ Wanita yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yang munasabah, makan haramlah ia mencium bau syurga

❤  Wanita yang cantik akan membuka mata lelaki.. Wanita yang baik akan membuka hati lelaki..

❤  Wanita yang soleh lebih mahal nilainya dari lelaki yang soleh kerana wanita yang solehah  sukar ditemui

❤  Wanita solehah tidak akan memalukan diri sendiri dan akan menjaga batasan seorang wanita

❤ Wanita yang menutup aurat itu belum tentu dijamin syurga tetapi sekurang-kurangnya dia berusaha untuk menjadi ahli syurga

❤  Wanita yang menutup aurat dengan sempurna ibarat pelangi yang cantik, indah mata memandang tetapi tidak boleh disentuh..

❤  Wanita adalah hiasan dunia.. Sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah

❤  Isteri yang terbaik adalah isteri yang meminta maaf segala dosa dari suaminya setiap hari sebelum tidur

❤  Haram bagi seorang isteri menaruh perasaan terhadap ajnabi (lelaki lain) selain suaminya

❤  Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad

❤  Isteri solehah sentiasa berhias cantik untuk suaminya.. Dialah biadadari suaminya di dunia dan permaisuri agung di Jannah..

❤  Gunakanlah kecantikan hanya untuk suami..



Read More

Best ke Body Wash dan Lotion PUREMae ni? Nak tahu baca sampai habis!

Monday, March 1, 2021

No comments

Best sangat ke produk PUREMae ni? Asyik produk ni je aku dok cerita kat blog aku ni! Haaaa nak tahu kenalah baca sampai habis ye.. Baru tau apa yang bestnye dengan produk keluaran PUREMae ni.. Ok, kalau sebelum ni aku perkenalkan kat korang Shampoo dan Conditioner PUREMae, kali ni aku nak gebang pulak pasal Body Wash dan Lotion PUREMae.. Haruman apa pula pilihan aku kali ni? Jom tengok! 

Body Wash dan Lotion PUREMae

PUREMae Aromatherapy Body Wash - Lavender & Chamomile

Untuk body wash aku pilih haruman Lavender dan Chamomile.. Aku memang cukup suka dengan bau lavender dapat menenangkan aku.. Time mandi tu rasa tenangnya guna body wash ni PUREMae ni.. Apa yang bagusnya Body Wash Lavender & Chamomile ni adalah ia diperbuat daripada 100% pure essential oils...

Body Wash dan Lotion PUREMae

Apa yang patut korang tahu tentang minyak lavender adalah ia dapat membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan keradangan. Ia juga dapat mengurangkan bintik-bintik gelap pada kulit.. Bukan itu sahaja tau, tapi ia juga dapat membantu mengurangkan kegatalan dan kemerahan pada kulit.. Sekiranya korang mengalami hiperpigmentasi pada kulit, minyak lavender dapat membantu mengatasi masalah ini.. 

Minyak lavender juga dapat memberi manfaat kepada kulit dengan pelbagai cara sebenarnya. Ia mempunyai kemampuan untuk mengurangkan jerawat, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan kedutan. Bahkan ia juga digunakan untuk  merawat masalah lain seperti dapat meningkatkan kesihatan rambut dan pencernaan..


Body Wash dan Lotion PUREMae

Ok, PUREMae Aromatherapy Body Wash Lavender & Chamomile ni, selain 2 bahan utama tersebut terdapat juga bahan lain yang terkandung didalamnya seperti Aloe Vera Organik, Trehalose dan Gliserin.. Apa yang bestnya bila pakai body wash dari PUREMae ni, kulit akan jadi lembap dan lembut.. Jangan risau dengan kesan sampingannya kerana produk PUREMae ni selamat digunakan kerana diperbuat daripada bahan semulajadi.. 

PUREMae Aromatherapy Lotion - Lavender & Chamomile

Body Wash dan Lotion PUREMae

Produk kedua aku try adalah PUREMae Aromatherapy Lotion juga haruman Lavender & Chamomile... Kenalah pakai satu set kan.. Body wash dan lotion satu aroma.. Barulah harum tu lebih lama.. Hehe.. Ok, apa yang bestnya dengan lotion ni? 

Orite, kalau aku pilih lotion haruslah yang  tak melekit dan berminyak-minyak.. Huh sangatlah tak selesa kalau pakai.. Lotion yang penyerapannya bagus, sangat aku suka.. Tak meninggalkan kesan melekit sama sekali.. Samalah dengan lotion PUREMae ni.. Aku suka sebab tak melekit.. Lagipun baunya pun best.. Tu lagi menambahkan kesukaan aku.. hikhik..

Body Wash dan Lotion PUREMae

Tentang minyak lavender aku pun dah cerita tadi kan.. Kali ni aku cerita pulak tentang apa yang bestnya lotion ni.. Aromatherapy Lotion ni teksturnya sangat ringat dan tidak berminyak dengan krim yang lembut yang menyerap dengan cepat.. Lepas guna kulit akan lembut dan licin dengan hanya sekali apply aje.. Penghidratannya pula sehingga 72 jam tau.. Untuk nikmati bau wangiannya, korang boleh tarik nafas selama beberapa saat untuk menikmati wangian dari minyak pati semulajadi tanpa parfum tiruan..

PUREMae Aromatherapy Lotion - Peppermint & Rosemary

Body Wash dan Lotion PUREMae

Last product dan juga merupakan lotion kedua PUREMae pilihan aku adalah Aromatherapy Lotion Peppermint & Rosemary.. Untuk lotion ni juga menggunakan 100% pure essential oils dari peppermint dan juga rosemary.. Apa yang menariknya bila pakai lotion ni, sifat rangsangan pudina dapat melancarkan aliran darah yang menghidupkan kulit.. Mentholnya pula dapat membantu mencerahkan dan membangunkan kulit agar kelihatan segar dan terhidrat..

Lotion ini juga bertekstur ringan dan tidak berminyak.. Krimnya pun lembut dan menyerap dengan cepat.. Nampak tak, lotion dari PUREMae ni sangatlah bagus sebab cepat menyerap dan tidak meninggalkan kesan berminyak mahupun melekit.. Penghidratannya juga sehingga 72 jam guys!

Rosemary dalam lotion ni pula memberikan sifat anti-penuaan dan mencegah kerosakan kulit daripada agen persekitaran kerana mempunyai antioksidan yang tinggi.. Ia juga merangsang dan meningkatkan peredaran darah mengurangkan bengkak dengan membuang lebihan air dari kulit.. Selain peppermint dan rosemary, didalam lotion ini terkandung juga saccharide isomerate, aloe vera organik dan trehalose..

Body Wash dan Lotion PUREMae

Dengan memakai lotion peppermint ni, korang akan rasa sejuk je setelah melakukan kerja, bersenam atau latihan yang memenatkan disamping memberi korang ketenangan sambil melembapkan kulit.. Wanita boleh guna, lelaki pun boleh.. Tak de masalah..!

Ok, kalau korang nak tahu lotion PUREMae ni didatangkan juga dalam miniature version. Cute miniature, mudah dibawa kemana saje.. Masukkan je dalam handbeg dan boleh digunakan dimana sahaja.. Didatangkan dalam 6 variasi aroma untuk dijadikan pilihan.. 

Body Wash dan Lotion PUREMae, yang mana satu pilihan korang?

Body Wash dan Lotion PUREMae

Aku dah ada pilihan sendiri.. Korang camne pulak? Bagi aku produk PUREMae ni memang bagus.. Lagipun ia selamat digunakan kerana diperbuat daripada 100% pure essential oils bebas bahan kimia.. Bagus untuk kegunaan harian kerana korang dah tak perlu risau tentang bahan kimia... 

Oh ya, semua produk PUREMae ni free from Silicon, SLS, Paraben, Petroleum, Petrochemical Paraffin, MCIT, MIT, EDTA, Alcohol, Mineral Oil, Synthetic fragrance dan articial colour... Jelaskan? Hehe..

Orite, untuk pembelian dan info lanjut, sila layari :-

➤ Website : https://www.puremae.com/

➤ Facebook : https://www.facebook.com/puremaemy

➤ Instagram : https://www.instagram.com/puremaemy/



Read More

Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli dengan Kelengkapan Kembali ke Sekolah termasuk Pelitup Muka Guna Semula untuk Perlindungan Covid-19, Hasil Sumbangan Rakyat Malaysia

Wednesday, February 17, 2021

No comments

Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli dengan Kelengkapan Kembali ke Sekolah termasuk Pelitup Muka Guna Semula untuk Perlindungan Covid-19, Hasil Sumbangan Rakyat Malaysia  |  Permulaan sekolah tahun 2021 melakar sejarah apabila Malaysia diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi melawan pandemik Covid-19. Para pelajar terpaksa meneruskan pelajaran daripada rumah bagi memastikan generasi muda tidak ketinggalan dalam pelajaran walaupun keadaan ekonomi negara yang terjejas akibat pandemik, termasuk ekonomi golongan seperti Orang Asli. 

Populasi Orang Asli merupakan antara yang paling teruk terjejas ekonominya. Banjir yang melanda baru-baru ini di Johor, Pahang dan Perak turut menyebabkan aktiviti ekonomi tergendala dan pada masa yang sama, mereka bimbang anak-anak mereka dijangkiti wabak Covid-19. Namun di sebalik halangan ini, keluarga Orang Asli masih bersemangat supaya anak-anak mereka meneruskan persekolahan demi menjamin masa depan. 


TOP, pemenang anugerah Platinum Putra Brand Award 2019 bagi kategori produk keperluan rumah , dengan kempen amal ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ yang disokong oleh TESCO dan JAKOA, kena pada masanya bagi membantu 420 orang pelajar Orang Asli dari enam buah sekolah di Pahang, Perak dan Johor dengan kelengkapan kembali ke sekolah termasuk dua pelitup muka guna semula bagi setiap pelajar untuk perlindungan daripada Covid-19, dan serbuk pencuci TOP untuk basuhan sebersih-bersihnya pakaian sekolah untuk tahun persekolahan 2021 ini. Dana yang dikutip menerusi kempen ini lebih daripada jangkaan dan membolehkan TOP membantu 60 orang lagi pelajar sebagai tambahan kepada sasaran asal iaitu 360 orang pelajar.

Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd (Bahagian Penjagaan Fabrik) Cik Ling Ai Li merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada TESCO, JAKOA dan pengguna jenama TOP atas sokongan mereka membina masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak Orang Asli di masa sukar ini. 


Berdasarkan trend perbelanjaan pengguna, kami menjangka kutipan dana yang jauh lebih rendah, namun pengguna TOP yang berbelanja di Tesco tampil menyokong kempen kami kerana pendidikan dan kesihatan anak-anak Orang Asli merupakan usaha penting bagi mereka dan juga kami. Kami amat gembira dengan sikap prihatin dan kemurahan hati pengguna TOP. Walaupun pasukan kami tidak melawat sekolah-sekolah Orang Asli tahun ini demi menjaga kesihatan semua, matlamat kami melengkapi pelajar dari segi akademik dan membantu mereka melindungi diri daripada Covid-19 tetap diteruskan. Pasukan JAKOA membantu dengan menyalurkan maklumat dari lapangan dengan cekap di samping sokongan logistik bagi menyampaikan barangan keperluan pelajar ini ke komuniti yang terpencil. Terima kasih daripada kami buat semua termasuk Jabatan Pendidikan Negeri yang terlibat, para guru dan ketua-ketua kampung Orang Asli. Masa depan 420 orang anak Orang Asli kini lebih cerah hasil sumbangan anda!” jelas Cik Ling.

Ketua Bahagian Komunikasi dan Tanggungjawab Sosial Korporat Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd, Cik Hanim Hamdan berkata, Tesco sebagai firma peruncit terkemuka menyokong penuh matlamat kempen dan memilih untuk menyumbang botol air dan bekas makanan. Ini bagi membantu pelajar Orang Asli mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 iaitu penjarakan fizikal.

Matlamat kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP adalah sejajar dengan nilai yang dipegang oleh TESCO iaitu “Setiap Bantuan Walau Sekecil Mana Pun Akan Membuahkan Hasil Yang Besar”. Kami berbesar hati dapat menjadi rakan runcit TOP bagi kempen ini buat tahun kedua berturut-turut kerana kempen ini berjaya membawa hasil positif kepada komuniti yang terjejas seperti ini. Pasukan kami memilih untuk menyumbangkan botol air untuk menggalakkan pelajar minum air dengan cukup dan bekas makanan untuk membawa bekal dari rumah bagi memelihara penjarakan fizikal dan kebersihan dengan makan secara berasingan di kala ancaman Covid-19 masih wujud. Harapan kami semoga kita semua dapat menjaga diri dengan mematuhi SOP pada masa ini,” kata Cik Hanim.


Sekolah rendah Orang Asli yang menerima kelengkapan kembali ke sekolah termasuk SK Kampung Kudong, sebuah sekolah Orang Asli berprestasi tinggi di dalam hutan simpan di Bekok, Johor; SK Pos Dipang di Jeram, Perak yang telah mempamerkan semangat kental membina semula setelah tanah runtuh, banjir dan tragedi lain; dan SK Terisu di Cameron Highlands, Pahang yang terpencil. Pelajar Orang Asli dari SK Kenering, SK Pahit dan SK Batu 4 di Perak turut menerima sumbangan.

Walaupun terdapat sekatan pergerakan rentas negeri dan banjir di beberapa kawasan, pasukan JAKOA berjaya mengatur penghantaran 150 karton kelengkapan kembali ke sekolah serba baharu terdiri daripada pakaian seragam, kasut, stoking, beg sekolah, alat tulis, kotak pensel, pensel warna, buku latihan, botol air, bekas makanan, dua helai pelitup muka guna semula dan satu pek 750gm serbuk pencuci TOP Super Hygienic untuk setiap pelajar, di samping alatan pendidikan seni dan ukulele untuk sekolah. Sumbangan ini diharap dapat melindungi para pelajar ini daripada wabak Covid-19, menyuntik semangat untuk kembali ke sekolah dan meringankan beban kewangan para ibu bapa.


Ketua Pengarah JAKOA, Prof Juli Edo, memuji TOP, TESCO, pasukan JAKOA, para guru dan orang awam yang telah bermurah hati menyumbang kepada kempen ini.

Ramai dalam kalangan komuniti Orang Asli tidak mempunyai ekonomi yang kukuh. Pandemik Covid-19 telah menjejaskan lagi mata pencarian mereka manakala banjir yang melanda turut menghalang proses pemulihan sesetengah kampung. Kempen kembali ke sekolah Cerahi Kehidupan Bersama TOP adalah tepat pada masanya kerana ia meringankan beban kewangan ibu bapa, memberi motivasi dan melengkapi anak-anak ini untuk kembali ke sekolah, di samping sumbangan pelitup muka guna semula yang melindungi daripada wabak Covid-19. Kami dapat melihat keprihatinan terhadap komuniti Orang Asli dalam kempen tahun ini dengan tambahan sumbangan serbuk pencuci TOP Super Hygienic bagi setiap pelajar dan satu kilogram serbuk pencuci TOP untuk kira-kira 3,000 orang penduduk kampung yang amat kami alu-alukan. Kemurahan hati rakyat Malaysia, TOP dan Tesco ini akan sentiasa diingati,” kata Prof Juli Edo.

Pasukan logistik JAKOA yang membantu menghantar lebih 200 karton serbuk pencuci TOP membawa keceriaan kepada ratusan keluarga Orang Asli dengan meringankan beban kewangan dan memberi semangat kepada anak-anak mereka untuk bersekolah.

TOP dari Lion Jepun terkenal dengan konsep kehidupan bersih menyeluruh dengan menggalakkan cucian pakaian yang lebih bersih, keselesaan dan kesejahteraan hidup yang lebih baik menerusi inovasi teknologinya. Teknologi Micro-Clean yang termasyhur menanggalkan kotoran ketara dan kotoran yang tidak kelihatan dengan begitu berkesan supaya kebersihan basuhan adalah lebih terjamin.

TOP menyumbangkan serbuk pencuci TOP Super Hygienic kepada setiap pelajar dan kira-kira 3,000 orang penduduk kampung bagi memberi mereka serbuk pencuci berprestasi tinggi yang mampu mencuci pakaian mereka dengan sebersih-bersihnya termasuk pakaian seragam sekolah dan pelitup separa muka kain.

Serbuk pencuci TOP Super Hygienic dan cecair pencuci TOP Odour Buster amat sesuai digunakan terutamanya semasa pandemik ini kerana formulasi anti bakterianya mampu menghapuskan 99.9% bakteria * untuk perlindungan maksimum. Ia juga mempunyai teknologi anti peluh berprestasi tinggi bagi menghilangkan bau peluh  dari pakaian yang sangat kotor, memberi keharuman yang menyegarkan kepada fabrik,” tambah Cik Ling. 


Berlangsung selama enam tahun berturut-turut, Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP memberi motivasi kepada pelajar dari komuniti terjejas dan isi rumah B40 untuk berusaha mencapai kemajuan dengan merangsang keyakinan diri dan harga diri serta mendidik para pelajar mengenai penjagaan pakaian supaya kekal bersih. Kempen ini telah membantu hampir 2,900 kanak-kanak sekolah berusia antara 7 ke 17 tahun dari 85 komuniti yang memerlukan termasuk Orang Asli dan NGO anak yatim serta anak-anak ibu/bapa tunggal.

Menurut Tok Batin masyarakat Kampung Orang Asli Sg. Getan, Pos Terisu, Cameron Highlands, Pahang, ahli komunitinya amat gembira dengan bantuan yang diterima memandangkan ramai yang sedang menanggung beban kewangan dan bimbang akan keselamatan anak-anak mereka apabila kembali ke sekolah.

Terima kasih kepada TOP, Tesco, JAKOA dan semua yang tidak melupakan kami. Bantuan ini benar-benar meringankan beban yang kami tanggung. Banyak keluarga di kampung kami tidak mampu membeli pelitup muka untuk anak-anak mereka, namun masih mahukan anak-anak ini mendapat pendidikan yang sempurna supaya boleh berjaya. Anak-anak kami amat teruja dan gembira menerima kelengkapan kembali ke sekolah manakala ibu bapa berasa lebih yakin dengan perlindungan yang disediakan iaitu pelitup muka. Terima kasih juga atas sumbangan serbuk pencuci TOP. Inilah semangat sebenar #kitajagakita!” kata Ahmad bin Nanggong. 


Cerahi Kehidupan Bersama TOP, 2015 to 2020

Tahun

Jumlah Pelajar yang Mendapat Manfaat

NGO/Komuniti

2015

440

20

2016

400

16

2017

439

18

2018

500

18

2019

674

7

2020

420

6

Total

2,873

85

 


Read More

Tip Penjagaan Gigi Untuk Anak

Monday, February 15, 2021

5 comments
Assalamualaikum wbt


Tip Penjagaan Gigi Untuk Anak  |  Bila bercakap tentang penjagaan gigi anak ni, aku sekarang dah mula risau sebab gigi anak aku si Qhaliff tu dah banyak yang tumbuh... So, penjagaan gigi untuk dia amat penting.. Tapinya, nak berus gigi dia amatlah susah ye.. Suruh bukak mulut pown tak nak.. Camno tuu?? Anak korang macam mane pula??

Permulaan penjagaan gigi untuk anak ni, seeloknya dilakukan bermula gigi susu pertama tumbuh dengan membersih menggunakan tuala lembut dan basah.. Pernah jugak beberapa kali aku sempat buat untuk Qhaliff.. Lepas tu, ya ampunnn susah amat nak bersihkan gigi dia.. 


Sebenarnya, penjagaan gigi susu yang baik sangatlah penting bagi memastikan kedudukan gigi kekal tumbuh rata atau tidak berlapis.. Ibubapa sepatutnya mengambil berat penjagaan mulut anak-anak seawal usia bayi menerusi pemeriksaan gigi secara berkala sebaik sahaja gigi pertama bayi tumbuh dan membersihkan gigi dan gusi bayi selepas setiap kali makan..

Wahh siapa tu yang hebat buat semua ni?? Kalau ada, dialah ibu yang terbaik dalam donea ini... Hiks... Aku pown nak usaha buat untuk Qhaliff lepas ni walaupown dia berkeras tak nak aku cuci gigi dia.. Arapnya berjayalah.. Aku pown nak jadi ibu yang terbaik dalam donea jugakkk.. Haha!!

Jom aku kongsikan tip penjagaan gigi untuk anak..

  • Galakkan anak anda makan makanan berkhasiat

  • Gunakan ubat gigi berflorida.. Sekiranya usia anak anda kurang daripada tujuh tahun, letakkan ubat gigi dalam jumlah yang kecil pada berus gigi mereka

  • Berjumpa doktor gigi setiap 6 bulan sekali bagi membantu mengatasi gigi rosak.. Lawatan pertama berjumpa doktor gigi seharusnya bermula dari masa tumbuhnya gigi susu yang pertama atau selewat-lewatnya menjelang umur setahun

  • Jangan beli atau simpan stok snek di dapur rumah, tetapi sebagai alternatif, ibu bapa boleh menyediaakan keropok atau potongan buah-buahan sekiranya anak-anak mahu snek diantara waktu makan

  • Pastikan aktiviti memberus gigi sesuatu yang menyeronokkan dan bukannya membebankan... Anda boleh nyanyikan lagu atau buatkan aktiviti menggosok gigi seperti satu permainan..

  • Biarkan anak anda memberus gigi anda, kemudian memberus giginya sendiri dan kemudian anda pula menyudahkan pemberusan gigi..

  • Biar anak anda memilih berus gigi dan ubat gigi kesukaannya

  • Bacakan buku mengenai gigi, kebaikan menggosok gigi dan juga berjumpa doktor gigi..

  • Jangan gunakan paksaan ketika memberus gigi anak anda, sekiranya anak anda tidak mahu memberus, nasihatkan anak anda secara perlahan-lahan sehingga dia mahu memberusnya..




Read More