Anmum ESSENTIAL GOLD Mengimbangi Tumbesaran dan Perkembangan Generasi Alfa

Sunday, July 26, 2020

2 comments
Mengimbangi Tumbesaran dan Perkembangan Generasi Alfa Anmum ESSENTIAL GOLD serba baharu menyokong keperluan perkembangan keseluruhan kanak-kanak berusia satu hingga enam tahun | Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya. Kanak-kanak masa kini yang berusia satu hingga enam tahun tergolong dalam kategori  'generasi Alfa' atau generasi yang dilahirkan dalam dunia digital yang pantas sekali gus menjadikan perkembangan keseluruhan anak-anak ini menjadi semakin penting.

Anmum ESSENTIAL GOLD Mengimbangi Tumbesaran dan Perkembangan Generasi Alfa

Itulah sebabnya Anmum ESSENTIAL GOLD baharu dirumus secara saintifik dengan nutrien - nutrien penting  untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan keseluruhan kanak-kanak berusia satu hingga enam tahun. Anmum ESSENTIAL GOLD dirumus dengan 33% lebih banyak DHA*, MFGM+ GA, prebiotik dan 15 nutrien penting. Pemakanan dan rangsangan yang baik adalah penting untuk menyokong lapan aspek penting dalam perkembangan kanak-kanak.

Anmum ESSENTIAL GOLD Mengimbangi Tumbesaran dan Perkembangan Generasi Alfa


Lapan aspek penting perkembangan merangkumi pertumbuhan fizikal; persekitaran usus yang baik untuk menyerap nutrien yang diperlukan bagi menyokong pertumbuhan fizikal; daya tahan tubuh yang baik untuk membantu anak dilindungi; perkembangan kognitif termasuk kemampuan belajar; perkembangan mata, yang menyokong keupayaan untuk memberi tumpuan dan belajar serta perkembangan sosial dan juga emosi.

Anmum ESSENTIAL GOLD Mengimbangi Tumbesaran dan Perkembangan Generasi Alfa

Kaji selidik dalam talian Anmum Essential baru-baru ini menunjukkan sembilan daripada sepuluh orang ibu bersetuju bahawa terdapat banyak aspek tumbesaran dan perkembangan anak-anak mereka yang memerlukan sokongan. Kaji selidik tersebut meninjau 304 orang ibu di Malaysia yang mempunyai anak berusia satu hingga enam tahun. Namun, sebilangan ibu bapa tersebut juga mengakui bahawa mereka tidak memberi perhatian sama rata terhadap setiap aspek perkembangan anak mereka. Contohnya, perkembangan mata yang sihat dan perkembangan sosial dan emosi kadang kala diabaikan. Dr. Rajini Sarvananthan, Pakar Perunding Umum dan Pakar Perkembangan Pediatrik mengatakan bahawa ibu bapa perlu memahami bahawa perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak mempengaruhi segenap aspek perkembangan yang lain.

Anmum ESSENTIAL GOLD Mengimbangi Tumbesaran dan Perkembangan Generasi Alfa

"Perkembangan sosial dan emosi membolehkan kanak-kanak memahami siapa diri mereka, apa yang mereka rasakan dan apa yang diharapkan ketika berinteraksi dengan orang lain. Ini akan terus membantu mereka membentuk dan mengekalkan hubungan positif; mengalami, mengurus dan meluahkan emosi; serta meneroka dan melibatkan diri dalam persekitaran mereka."

Hubungan kanak-kanak mempengaruhi perkembangan mereka. Hal ini disebabkan oleh hubungan mewujudkan pengalaman penting yang mengajar mereka apa yang ada di sekeliling mereka dan membentuk cara mereka melihat dunia. Hubungan yang paling penting adalah antara anak dan ibu bapa mereka. Hubungan dengan ahli keluarga yang lain, penjaga, termasuk pendidik, dan kanak-kanak lain, juga sangat penting. Kanak-kanak membentuk dunianya melalui hubungan penting ini. 

Wendy Goh, Pengurus Saintifik dan Pemakanan Fonterra Brands Malaysia Sdn Bhd mengatakan bahawa dalam keadaan ini Anmum Essential Gold dapat membantu.

Anmum ESSENTIAL GOLD Mengimbangi Tumbesaran dan Perkembangan Generasi Alfa

Anmum Essential Gold dirumus untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan Generasi Alfa secara keseluruhannya. Kanak-kanak memerlukan tenaga untuk aktiviti dan interaksi harian mereka yang membentuk sebahagian daripada perkembangan sosial. MFGM, atau membran globul lemak susu, merupakan kunci di mana kajian saintifik telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengambil MFGM mempunyai pengawalan emosi dan tingkah laku yang lebih baik.

Selain daripada perkembangan sosial dan emosi ini, Anmum Essential Gold juga mengandungi nutrien termasuk Vitamin A untuk menyokong fungsi mata. Dalam tinjauan Anmum Essential, tujuh daripada sepuluh orang ibu mengaku bahawa mereka tidak membawa anak mereka untuk melakukan pemeriksaan mata namun bersetuju bahawa perkembangan mata itu adalah penting.

Masalah penglihatan, jika tidak diberikan perhatian, boleh menimbulkan masalah dalam koordinasi motor halus, ketangkasan dan manipulasi; persepsi mendalam, yang mempengaruhi keupayaan untuk bergerak di permukaan yang tidak rata, tangga dan mendaki; dan membentuk kemahiran literasi dan numerasi yang boleh mengakibatkan masalah kurang perhatian dan ketidakupayaan belajar,” kata Dr. Rajini.

Dr. Rajini juga menyatakan bahawa Generasi Alfa yang dilahirkan dalam dunia digital sering terdedah kepada aktiviti pada skrin peranti pintar, dan peningkatan masa di hadapan skrin ini mendatangkan mudarat kepada penglihatan kanak-kanak.

Selain perkembangan fizikal, sosial dan emosi, seorang kanak-kanak juga memerlukan pemakanan seimbang untuk membina minda dan badan yang kuat agar cemerlang di kemudian hari.

Dr. Yong Junina Fadzil, Pakar Perunding Pediatrik dan Pakar Kardiologi Pediatrik di Pakar Kanak-Kanak Junina bersetuju bahawa perkembangan holistik anak tidak dapat diketepikan apabila ibu bapa memberi tumpuan kepada pertumbuhan otak dan perkembangan pembelajaran.

Anmum ESSENTIAL GOLD Mengimbangi Tumbesaran dan Perkembangan Generasi Alfa

"Dalam aspek ini, kesihatan usus sangat penting kerana usus adalah pintu masuk kepada penyerapan nutrien yang baik serta bakteria atau virus yang menyebabkan penyakit," katanya.

"Usus ialah rumah bagi 70% sistem imun badan. Sekiranya usus anak anda tidak menjadi benteng yang kuat, mereka lebih mudah jatuh sakit. Dengan menyokong pertumbuhan bakteria baik pada usus anak anda, anda dapat membantu membina daya pertahanan badan dan membuat mereka merasa bertenaga dan tidak ketinggalan dalam kelas dan dapat bersosial bersama rakan sebaya!" tambah Dr. Yong Junina.

Wendy Goh menjelaskan bahawa persekitaran usus yang baik sangat penting untuk penyerapan nutrien yang berkesan. Prebiotik dalam Anmum ESSENTIAL GOLD baharu boleh memainkan peranan membantu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan persekitaran usus yang baik.  

Anmum ESSENTIAL GOLD Mengimbangi Tumbesaran dan Perkembangan Generasi Alfa

Perkembangan holistik anak anda bermula dengan pemakanan yang baik! Anmum ESSENTIAL GOLD Langkah 3 baharu sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun. Anmum ESSENTIAL GOLD kini dijual di pasar raya besar di seluruh negara dan platform e-dagang, dengan harga runcit yang disyorkan ialah RM44.90 untuk 550g dan RM86.90 untuk 1.1kg.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Anmum Essential di https://www.facebook.com/AnmumEssentialMY/ atau laman web di https://www.anmum.com/my/.




Read More

3 Peralatan Dapur Paling Berguna yang Harus Anda Miliki

Thursday, July 16, 2020

8 comments
3 Peralatan Dapur Paling Berguna yang Harus Anda Miliki | Pastikan anda sudah memiliki 3 peralatan dapur elektronik ini. Dijamin, 3 peralatan dapur ini akan sentiasa berguna dan pasti akan anda gunakan setiap hari. Sudahkah anda memiliki 3 peralatan dapur yang berguna ini? Jika belum, mungkin sekaranglah waktunya bagi anda untuk mula mencari dan membeli peralatan elektronik untuk dapur anda.

3 Peralatan Dapur Paling Berguna yang Harus Anda Miliki
sumber foto : google

Terdapat banyak jenis peralatan dapur yang ditawarkan pada masa kini. Namun, tidak semua alat dapur yang ditawarkan akan berguna dan kita gunakan setiap hari. Lihat semula dan teliti kembali peralatan dapur manakah yang paling berguna dan efektif untuk dibeli kerana tidak banyak peralatan dapur ini dijual dengan harga yang mampu milik. Jangan muda tergoda dengan iklan, jika tersalah beli anda mungkin jarang menggunakan peralatan dapur ini atau mungkin tidak pernah digunakan sama sekali.. 

Jadi, peralatan dapur apa yang harus dimasukkan dalam senarai teratas untuk dibeli? Jom check 3 peralatan dapur yang berguna ini dan wajib anda miliki.

3 Peralatan Dapur yang Berguna yang Wajib Anda Miliki

1.  Microwave

3 Peralatan Dapur Paling Berguna yang Harus Anda Miliki
sumber foto : google

Adakah membeli microwave berguna untuk anda? Jawapannya sudah tentu 'ya'. Memiliki alat dapur yang satu ini akan menjadikan memasak itu lebih mudah, praktikal dan cepat. Hidangan yang anda boleh buat menjadi lebih pelbagai..

Microwave mempunyai fungsi untuk memanaskan makanan, memanggang, dan memasak. Sekiranya anda mempunyai lebihan makanan, tentu akan lebih praktikal untuk menyimpannya dalam peti sejuk dan memanaskannya kemudian dengan menggunakan microwave. Atau semasa Anda ingin menikmati roti hangat pada waktu pagi, hanya memerlukan 30 saat sahaja untuk memanaskannya dengan microwave. 

Microwave juga sangat praktikal untuk memasak bagi anda yang bekerja. Beberapa resepi masakan dapat anda buat dalam masa yang singkat hanya dengan microwave, tanpa perlu menghidupkan tungku.

Yang harus anda perhatikan adalah kuasa elektrik microwave, pastikan kuasa elektrik rumah anda mencukupi. Pelbagai jenis microwave ditawarkan dipasaran sekarang. Dari jenama terkenal seperti Sharp dan Samsung, hingga jenama yang lebih berpatutan seperti Aqua.

2. Blender

3 Peralatan Dapur Paling Berguna yang Harus Anda Miliki
sumber foto : google

Satu lagi alat elektronik dapur yang wajib anda miliki. Blender bukan hanya untuk membuat jus buah kegemaran anda pada waktu pagi. Carilah pelbagai resepi smoothie dan minuman atau sarapan sihat lain yang boleh anda buat dengan blender. Menghaluskan rempah untuk memasak hidangan kegemaran keluarga juga akan lebih mudah dengan blender. Bahkan anda juga boleh menggunakan blender untuk mengisar biji kopi jika anda tidak mempunyai coffee maker. Memiliki blender di dapur akan menjadikan kerja dapur anda lebih mudah dan praktikal.

Jadi, tunggu apa lagi! Kunjungi kedai elektronik atau kedai dalam talian kegemaran anda dan pilihlah salah satu daripada pembagai jenama blender yang ada kini..Blender jenama Philips umumnya lebih popular kerana ia dikenali dan tahan lama.. Tetapi tidak ada salahnya melihat jenama tempatan yang lebih berpatutan seperti Miyako atau Panasonic. 

Pada masa ini juga, terdapat banyak jenis blender portable yang lebih kecil.. Walau bagaimanapun, blender jenis ini hanya mempunyai fungsi terhad untuk membuat jus atau minuman sahaja.. Kuasa motornya lebih lemah.. Untuk penggunaan yang lebih efektif di dapur, sebaiknya pilihlah blender yang lebih baik dan tahan lama serta multifunction..

Kunjungi toko elektronik atau toko online kesayangan Anda, dan pilihlah satu dari berbagai macam merk blender. Blender merk Philips umumnya lebih digemari karena terkenal bagus dan awet. Namun tak ada salahnya juga untuk melirik merk lokal yang lebih terjangkau seperti Miyako atau Panasonic. Saat ini juga banyak beredar jenis blender portable yang lebih kecil. Namun, jenis blender ini hanya memiliki fungsi yang terbatas untuk membuat jus atau minuman saja. Daya motornya pun lebih lemah. Untuk penggunaan yang lebih efektif di dapur, sebaiknya pilihlah blender yang bagus dan awet serta multifungsi.

3. Rice cooker

3 Peralatan Dapur Paling Berguna yang Harus Anda Miliki
sumber foto : google

Bagi kita orang Asia, dah tentu nasi adalah suatu yang wajib dalam menu harian. Nasi adalah makanan ruhi yang mesti ada di dapur setiap hari. Walaupun bagi ada yang jarang memasak, alat dapur yang satu ini mesti kena ada kerana tidak menolak kemungkinan kita akan memerlukannya di suatu saat..

Rice cooker hadir dalam perbagai jenama dan pilihan. Alat dapur yang satu ini mempunyai perbagai pilihan kapasiti volume yang dapat anda sesuaikan dengan keperluan anda bermula dari kapasiti 0.8 liter untuk keperluan peribadi atau keluarga yang kecil hinggalah yang berukuran 5 liter atau lebih untuk penggunaan bisnes restoran misalnya. Secara amnya, keluarga kecil dan sederhana memiliki rice cooker dengan kapasiti 1 hingga 2 liter.

Selain untuk memasak nasi, rice cooker biasanya mempunyai fungsi lain iaitu untuk menghangatkan nasi dan mengukus. Beberapa rice cooker digital seperti jenama Yongma juga dapat digunakan untuk memasak sup atau bubur. Jenama rice cooker lainnya yang paling banyak diminati diantaranya adalah Miyako, Cosmos, Kirin, dan lain-lain. Itulah 3 peralatan dapur yang berguna dan harus anda miliki untuk mempermudah anda memasak dan menyediakan makanan. 

Sebelum membeli, teliti terlebih dahulu jenama yang diingini kerana terdapat banyak jenama dan jenis yang ditawarkan.. Jadi, pastikan peralatan dapur yang anda beli sesuai dengan keperluan anda..


Read More

Nuvit Daily Defender dan Nuvit Sunblox Pelindung Sinar UV Terbaik Untuk Kulit

Wednesday, July 15, 2020

2 comments
Nuvit Daily Defender dan Nuvit Sunblox Pelindung Sinar UV Terbaik Untuk Kulit | Hello! Memandangkan cuaca sekarang agak panas dan berbahang, jadi aku nak share dengan korang produk yang boleh melindungi kulit korang.. Kali ni aku bawakan kepada korang 2 produk sekaligus iaitu pelindung uv terbaik untuk kulit yang dapat melindungi kulit dari luar dan dalam.. Waahh cam best jerk kan bunyiknye.. Produk yang aku maksudkan adalah Daily Defender dan juga Sunblox dari Nuvit.. 

Nuvit Daily Defender SPF 50+***

Nuvit Daily Defender dan Nuvit Sunblox Pelindung Sinar UV Terbaik Untuk Kulit

Ok, kita mulakan dengan perlindungan luaran dulu ye.. Nuvit Daily Defender ni adalah krim sunscreen yang dapat melindungi kulit daripada sinaran matahari UVA dan UVB yang boleh merosakkan kulit dengan berkesan.. Jangan risau, krim ni selamat digunakan kerana ianya bebas alkohol, paraben dan pewangi.. Teksturnya sangat ringan dan tidak berminyak.. Paling best cepat jerk menyerap dalam kulit..

Nuvit Daily Defender dan Nuvit Sunblox Pelindung Sinar UV Terbaik Untuk Kulit

Daily Defender ni sesuai untuk semua jenis kulit.. Macam kulit aku ni kalau tersilap pakai memang akan naik jerawat.. Untuk Nuvit Daily Defenser ni ok sangat sebabnya krimnya tidak berminyak dan sangatlah ringan pada kulit.. So, tak de la risau sangat nak pakai..

Nuvit Daily Defender dan Nuvit Sunblox Pelindung Sinar UV Terbaik Untuk Kulit

Krim pelindung UV ni juga boleh digunakan setiap hari bagi mengelakkan dari sinar UVA dan UVB, radikal bebas dan pencemaran udara.. Jangan risau ye krim ni tak mengeringkan kulit sebaliknya ia memberi kelembapan pada kulit dalam jangka masa yang panjang.. So, korang yang banyak menghabiskan masa diluar, aku sangat recommend korang try Nuvit Daily Defender ni..

Nuvit Daily Defender dan Nuvit Sunblox Pelindung Sinar UV Terbaik Untuk Kulit

Antara bahan utama yang terkandung dalam krim pelindung UV ni adalah Pollushield,  Ceramide, Ekstrak Laminaria Ochroleuca, dan Asid Hyaluronik..

Nuvit Sunblox - Nutritional Baverage With Nutroxsun

Nuvit Daily Defender dan Nuvit Sunblox Pelindung Sinar UV Terbaik Untuk Kulit

Nama sunblox seolah-olah macam krim je kan.. Tapi sebenarnya Nuvit Sunblox ini adalah minuman campuran oren dan lemon yang berkhasiat mengandungi bahan-bahan bersifat antioksidan yang dapat memberikan perlindungan yang terbaik untuk kulit terutama semasa berada dibawah terik matahari..

Kalau korang nak tahu, produk ini mengandungi bahan yang telah dipatenkan Nutroxsun yang berasaskan tumbuhan dan dihasilkan daripada ekstrak citrus dan ekstrak rosemary serta bahan-bahan berkhasiat yang lain seperti kolagen ikan dan ekstrak polupodium leucotomos..

Nuvit Daily Defender dan Nuvit Sunblox Pelindung Sinar UV Terbaik Untuk Kulit

4 Kebaikan Nuvit Sunblox
  1. Polypodium Leucotomos dapat mengurangkan kemerahan dan kegelapan kulit selepas terdedah kepada sinaran matahari.
  2. Nutroxsun dapat mengimbangi penjanaan spesies oksigen reaktif yang disebabkan oleh radiasi UV yang akan menyebabkan penuaan kulit pramatang.
  3. Kolagen dapat meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan kedut.
  4. Polypodium Leucotomos dan NutroxSun dapat membantu mencegah kerosakan kulit yang di sebabkan oleh UV akibat pendedahan kepada sinaran matahari yang mana menyebabkan apoptosis sel, kerosakan DNA dan tumor kulit.
Nuvit Daily Defender dan Nuvit Sunblox Pelindung Sinar UV Terbaik Untuk Kulit

Nuvit Daily Defender dan Nuvit Sunblox Pelindung Sinar UV Terbaik Untuk Kulit

Ok, dalam satu kotak Nuvit Sunblox ni terdapat 15 sachet.. Cara penyediaannya mudah je.. Korang hanya perlu campurkan 1 sachet Sunblox ni ke dalam 180ml air.. Lepas tu kacau dan boleh terus diminum.. Bagi aku rasa dia masih boleh diterima oleh tekak aku ni.. Rasa oren dan ada bau macam halia sikit.. hehe... Aku tak kisah sangat dengan bau tu.. Nak cantik kenalah terima kan.. haha..

Nuvit Daily Defender dan Nuvit Sunblox Pelindung Sinar UV Terbaik Untuk Kulit

Nuvit Daily Defender dan Nuvit Sunblox Pelindung Sinar UV Terbaik Untuk Kulit

So, aku dah ada pelindung kulit luar dan dalam.. Bagi aku sangat wajar untuk mendapatkan pelindungan dari luar dan dalam sebabnya ia lebih efektif untuk jangka masa yang panjang.. Dalam pun kita jaga, luar pun kita jaga.. Nak cantik ni kenalah usaha sikit kan dan rasanya tak rugi berbelanja lebih untuk kesihatan dan kecantikan diri sendiri.. Wanita dan kecantikan tak dapat dipisahkan.. Hah gittchewww!! Ok la, selamat mencuba guys!!

Info lanjut, boleh layari :-

Website : http://www.nuvit.com.my/
Instagram : https://www.instagram.com/nuvitmy/
Facebook : https://www.facebook.com/nuvitmy


Read More

Segmen Bloglist 2020 Blog Shida | www.duniashida.com

Tuesday, July 7, 2020

10 comments
Segmen Bloglist 2020 Blog Shida | www.duniashida.com  |  Holaaaaa.. Im back! beberapa minggu menyepi dek kesibukan melanda, ni baru nak mula balik.. Kita mula dengan menjoinkan diri dalam Segmen Bloglist 2020 Blog Shida ni dulu disamping support rakan-rakan blogger yang buat segmen ataupun giveaway.. Mane tau, ada rezeki boleh masuk dalam bloglist blog shida ni dan kalau melimpah ruah lagi dapat menang hadiah yang disediakan.. hiks.. 






Ok nak cite sikit tentang 'Apa yang aku suka dengan blog shida' ni... 

First aku suka sangat dengan rupa blog atau lebih tepat template blog shida ni.. Biru.. Menyejukkan mata.. Nak baca artikel pun tak de la berpinar mata kan.. Selesa je.. Susun atur blog pun kemas sangat.. Tak menyerabutkan mata memandang... Nice!! Warna yang digunakan sangat minimal dan terbaik untuk reader... 

Selain tu, banyak info yang boleh kita dapat dalam blog shida ni.. Tutorial ada, fesyen ada, isu semasa ada, tentang kecantikan ada dan banyak lagi.. Memang sangat bagus dijadikan rujukan.. Artikel pun mantap.. So, bagi korang yang nak cari info, leh terjah blog shida ye..

Oklah, kalau korang nak join segmen ni, boleh terus klik banner kat atas nun.. Segmen ni akan tamat pada 13 Julai 2020 nanti.. Jom ramai-ramai memeriahkan segmen shida ni... Gut luck guys!!



Read More

Oxwhite Menyambut Ulang Tahun Kedua Dengan Memberi Baucar Tunai Bernilai Lebih RM60000 Dan Diskaun Lebih 50%

1 comment
Oxwhite Menyambut Ulang Tahun Kedua Dengan Memberi Baucar Tunai Bernilai Lebih RM60000 Dan Diskaun Lebih 50%   |  Pada 30 Jun 2020 yang lalu, Oxwhite telahpun mencecah usia dua tahun.. Bersempena dengan sambutan ulang tahun kedua ini, jenama e-dagang gaya hidup pengguna yang berkembang pesat di Malaysia ini, melancarkan promosi ulang tahun dengan memberikan baucar tunai bernilai lebih RM60,000.

OXWHITE MEMBERI BAUCER TUNAI BERNILAI LEBIH RM60,000

Apa yang bestnya, pelanggan boleh menebus baucar bernilai antara RM5-RM20 untuk pembelian bernilai RM50 ke atas.

Selain itu, pelanggan juga akan mendapat potongan harga sehingga 50% untuk koleksi ulang tahun Oxwhite - yang menampilkan buku terlaris Oxwhite, produk organik dan barangan terpilih dalam kategori pakaian, rumah dan keperluan hidup.

Di samping itu, platform runcit dalam talian HappyFresh, turut memberikan baucar bernilai RM11,320 kepada pelanggan Oxwhite yang berbelanja  antara jam 12.00 tengah hari pada 30 Jun 2020 dan 11.59 malam pada 7 Julai 2020.

Pelanggan aplikasi Digi, Maxis dan RHB juga akan menikmati potongan tambahan apabila mereka berbelanja di platform e-dagang mulai 1 Julai 2020.

Bukan itu sahaja, Oxwhite juga akan melancarkan dua produk baru di platform e-dagang. Produk berkenaan adalah :-

1. Kemeja T Asas Oxwhite

OXWHITE MEMBERI BAUCER TUNAI BERNILAI LEBIH RM60,000

Dibuat menggunakan fabrik 100% kain kapas yang lembut dan selesa, kemeja T asas ini direka dengan teliti agar sesuai dengan bentuk tubuh si pemakai. Setiap kemeja T asas dihantar dalam bungkusan kertas 100% biodegradasi, boleh diguna semula dan dikitar semula.

2. Tuala Bamboo

OXWHITE MEMBERI BAUCER TUNAI BERNILAI LEBIH RM60,000

Lebih lembut dan gebu berbanding tuala kapas biasa, tuala bambu ini menjadi lebih popular di spa dan premis mewah di seluruh dunia. Tuala berkualiti hotel ini dibuat secara eksklusif daripada viskose buluh dengan penuh tanggungjawab sosial. Tuala ini sangat menyerap, cepat kering, antibakteria dan anti bau.

Kini, Oxwhite telah berjaya menarik lebih 80,000 pelanggan dan berusaha untuk terus meningkatkan asas pelanggan dengan sasaran 200% tahun ini. Oleh itu, jenama gaya hidup ini akan melancarkan lebih banyak produk dan promosi dalam beberapa bulan akan datang. 

OXWHITE MEMBERI BAUCER TUNAI BERNILAI LEBIH RM60,000

Sebagai satu jenama, Oxwhite bertujuan untuk terus menambah baik penawaran barangan untuk menjadi e-dagang pilihan penduduk Asia yang mahu tampil bergaya dan selesa dengan harga yang berpatutan. Untuk lebih maklumat sila layari www.oxwhite.com




Read More

Review Novel | Salafi by Shaz Johar

Monday, June 29, 2020

2 comments
Salafi by Shaz Johar  |  Hidup ni kalau terlalu dikongkong dan mengongkong tak boleh jugak.. Akibatnya binasa badan andai perbuatan tu tak mampu diterima dan menerima.. Nak menjaga ada caranya.. Bukan sesedap rasa jerk.. Huh bebel ape la gamaknya aku ni kan.. Keadaan ini ada hubung kaitnya dengan novel Salafi tulisan Shaz Johar ni.. Best ke novel ni?


Salafi merupakan novel ke-6 yang aku baca hasil karya dari novelis Shaz Johar.. Bermula dengan novel Nota, aku terus terpaut dengan hasil tulisannya.. Lepas satu, satu aku cari novel penulis ini.. Now, aku hadam pulak kisah Salafi.. Kisah yang mungkin boleh dijadikan teladan buat kita walaupun ini adalah cerita rekaan semata namun terdapat banyak pengajaran didalamnya.. Jom ikut aku kupas.. Cewahhh!!



Tajuk : Salafi
Penulis : Shaz Johar
Muka Surat : 318
Penerbit : Buku Fixi Sdn. Bhd.
Tahun Terbitan : Mac 2018



Sinopsis Salafi


Sewaktu aku memulas tombol pintu untuk keluar, suara abang terdengar lagi.

"Abang sanggup bunuh kau kalau kau conteng arang dalam keluarga kita. Simpan kata-kata aku ni dalam otak tu elok-elok."

Jantung berdegup kencang. Separuh otakku berkata yang aku tak perlu khuatir kerana abang takkan sanggup membunuh adiknya sendiri. Dia tidaklah sebodoh atau sekejam itu. Tapi separuh lagi meminta aku terus berfikir dan berwaspada. Melihat karekter abang, tak mustahil dia mampu lakukan semua itu.

Review Salafi


Salafi.. Apa itu Salafi?.. Korang mesti nak tahukan maksudnya.. Tapinya aku tak nak ulas tentang tu takut tersalah ulasan.. Hehe.. So, nak tahu carilah sendiri.. Haha!! Apa yang aku nak ulas adalah tentang  buku Salafi.. Jalan ceritanya sahaja.. Hiks.. 

Sebenarnya aku tak terduga langsung novel ni agak berat jalan ceritanya.. Kisah penderaan dan pembunuhan.. Aku ingat jalan ceritanya hanya biasa-biasa saja memandangkan startingnya agak ringan sahaja flow ceritanya.. 

Salafi mengisahkan seorang gadis kampung bernama Fatihah atau Farah yang berhijrah ke bandar untuk bekerja.. Aku tak pasti sama ada gadis ini seorang yang cantik atau tidak sebabnya pada permulaan kisah menggambarkan dia seorang gadis yang biasa-biasa sahaja.. Tidak tahu berfesyen dan muslimah sejati bertudung labuh.. Bila dah dipertengahan sikit, lain pulak gambarannya yang seolah-olah dia seorang yang cantik.. Camno tu...? Eh, kesah pulak aku!! Haha..

Starting dia datang ke bandar untuk tolong jagakan kakak iparnya yang sakit.. Dah setel masalah kakak iparnya, dia terus je bekerja di bandar tu dengan keizinan abang dia.. Apa yang buat dia tertekan adalah sikap abang dia yang terlalu mengongkong.. Hidup dia ditentukan oleh abangnya tanpa boleh dibantah setiap keputusan yang dibuat..

Kisah semakin berat bila dapat tahu abang dia sebenarnya seorang yang baran dan kaki pukul.. Mangsanya adalah Fatihah dan isterinya sendiri.. Gile betul la.. Lagi menyiksakan bila Fatihah kenal dengan Brian dan bercinta.. Dapat tentangan oleh abangnya.. Dikatakannya pula Fatihah nak masuk kristian bila jumpa bible dalam bilik.. Padahal ada kisah disebaliknya.. Brian serius dengan Fatihah.. Ikhlas mendalami Islam.. 

Apa yang aku terkilan, abang dia ni bertopengkan agama.. Dilihat alim tetapi sebenarnya alim tu hanya untuk mengaburi mata orang sekeliling dengan sikap sebenarnya.. Siot jerk! Watak yang menghiburkan dalam novel ni adalah Kimk atau Qayyum.. Dia pondan yang sentiasa menghiburkan hati Fatihah dan sentiasa mendengar keluh kesah Fatihah.. Memahami Fatihah dan sentiasa ada bila Fatihah memerlukan bantuan...

Sampai satu tahap, kata-kata abangnya yang ingin membunuh Fatihah menjadi kenyataan.. Fatihah dibunuh tanpa belas kasihan dan dibakar.. Allahuakbar.. Korang nak tahu cerita detail, kenalah baca sendiri ye.. Takan aku nak cite semua sekali.. haha!! Tapi cite dia menarik la.. Tak mustahil dalam dunia ni ada yang bersikap seperti ini.. Mintak dijauhkan aku dari sikap seperti ini.. Amiin YRA..

Rating & Cadangan


Rating : ðŸŒŸ 🌟 🌟 ðŸŒŸ

Aku suka dengan kata-kata ni dalam novel Salafi...

"Orang memang selalu pelik dengan sesuatu yang mereka tak biasa lihat. Dia orang takut nak bertanya, tapi lebih senang mengata."

4 bintang untuk novel Salafi kerana berjaya membawa aku mengembara dalam dunia Fatihah yang sangat rumit untuk dilalui kerana hidup ditentukan oleh orang lain.. Bak kata kimk, kalau aku duduk di tempat Fatihah dah lama aku bunuh diri kerana tak sanggup hadapi tekanan demi tekanan yang dicipta oleh abangnya sendiri.. Seperti Fatihah yang beberapa kali cuba membunuh diri tetapi tidak berjaya..

Dah habis pun aku hadam novel ni.. Aku suka jalan ceritanya.. Tahniah buat penulis, Shaz Johar.. Moga akan datang dapat menghasilkan novel yang lebih owsem dan jalan cerita yang lain pula.. Sentiasa berbeza.. Itu yang best.. Next nak rembat Sumpah.. Novel Shaz Johar tahun 2020.. Insyaallah..



Read More