Resepi Sambal Tumis Udang Simple Dan Sedap

Wednesday, May 6, 2020

7 comments
Resepi Sambal Tumis Udang Simple Dan Sedap  |  Holaaaaa!.. Hehe setelah berehat beberapa hari berblogging dek kerana dok tukar template blog yang agak mencabar fizikal dan mental.. Nyaris-nyaris demam sebab tak tidur.. Hhaha.. Orite, kali ni nak share dengan korang resepi sambal tumis udang yang sangat mudah nak dibuat dan rasa dia ohsem sedap... Kot la korang dah tak ada idea nak masak ape kan.. Cam aku sekarang ni pun, dah kehabisan idea nak masak ape.. Sampai masa nak masak, mesti termenung dulu fikir nak masak apa hari ini.. Huhu.. 

Orite , tak nak kecoh sangat.. Moh, cuba resepi sambal tumis udang simple dan sedap ni.. Mudah sangat!

Resepi Sambal Tumis Udang Simple Dan Sedap

Resepi Sambal Tumis Udang

Bahan-bahan :-

  • 1/2 kg udang (gunting separuh kepala) - Nak buang kulit semua pun tak pe.. Ikut suka..
  • 1 sudu kecil pes asam jawa adabi - aku campur dengan sedikit air jadi jus.. hehe
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 4 sudu besar gula
  • 1 biji bawang besar - dihiris bulat

Bahan Kisar

  • 100gm cili kering - aku guna cili boh je.. 3 sudu besar aku isi sebab nak sambal banyak sikit..
  • Belacan sebesar duit 50 sen
  • 10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih

Resepi Sambal Tumis Udang Simple Dan Sedap

Cara-cara :-

  1. Kalau guna cili kering, sila kisar cili dengan belacan ye.. Pastu barulah kisar bawang merah dan bawang putih.. Cam aku guna cili boh, so belacan tu aku campak je masa menumis.. hehe
  2. Masukkan minyak masak dalam kuali dan panaskan.. Guna minyak yang banyak untuk menumis supaya bahan tumisan tu dapat garing dengan sempurna dan sambal tahan lama.. 
  3. Setelah minyak panas, masukkan bawang kisar tadi. Tumis hingga garing.. 
  4. Kemudian masukkan cili kisar/ciliboh dan belacan.. Masak hingga cili betul-betul garing dan pecah minyak.
  5. Setelah itu masukkan air asam jawa.. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.. 
  6. Lepas dah merenih, masukkan pula udang dan bawang besar yang dihiris bulat tadi.... Masak seketika dan bolehlah tutup api..


Selamat mencuba..!


Read More

Ramadhan 7 - Tomyam Putih Pembuka Selera Berbuka Puasa Hari Ini

Thursday, April 30, 2020

17 comments
Ramadhan 7 - Tomyam Putih Pembuka Selera Berbuka Puasa Hari Ini  |  Pejam celik pejam celik dah seminggu berpuasa.. Sekejapnya masa berlalu sekarang ni kan.. Seolah-olah kita yang mengejar masa setiap hari.. Masa terlalu pendek sehinggakan tak rasa pun penat berpuasa.. Pagi bersahur, tetiba dah petang nak berbuka.. Serius sekejap je rasa..

Tomyam Putih Pembuka Selera Berbuka Puasa

Hari ni dah hari ke-7 puasa.. Makin hari makin buntu nak masak apa.. Mungkin PKP ni dah berlanjutan sampai ke fasa 4 membuatkan aku dah tak tahu nak masak ape dah.. Haha.. Dah alang-alang beli ayam, so aku decide masak tomyam putih jerk la ari ni.. Simple.. Tak payah nak tegangkan urat otak sangat fikir nak masak masakan yang agak complicated.. huhu..

Resepi Tomyam Putih  ni aku belum sedia nak share lagi sebabnya aku masak main campak-campak jerk.. Cam susah pulak nak susun buat resepi.. Haha.. Aku masak tomyam ni ikut suka aku jerk.. Tak ikut tertib yang sepatutnya pun.. Hehe.. Nextime kalau aku rajin aku susunkan resepi ni dan share kat sini ye.. Hiks..

Esok cuti 1 Mei hari pekerja.. Esok aku plan nak buat bubur kacang.. Tu pun kalau ada kerajinan yang berlebihan.. Kalau tak, telan air liur je la lagi.. Hehe..


Read More

Vits Lancar Kempen Bantuan Derma Pakaian Perlindungan Diri (Ppe) Untuk Hospital Kuala Lumpur

3 comments
Vits Lancar Kempen Bantuan Derma Pakaian Perlindungan Diri (PPE) Untuk Hospital Kuala Lumpur  |  Vit Makanan merupakan pengeluar dan pengilang jenama Vits yang telah bertapak di Malaysia sejak 1975 baru-baru ini telah mengambil inisiatif murni bagi bersama-sama membantu menangani masalah Covid 19 yang telah melanda Malaysia dan merebak secara globalnya ke seluruh negara.

Vits Lancar Kempen Bantuan Derma Pakaian Perlindungan Diri (Ppe) Untuk Hospital Kuala Lumpur
Read More

Segmen Bloglist 2020 by Cik Miela

11 comments
Segmen Bloglist 2020 by Cik Miela  |  Terpanggil pulak nak join segmen bloglist anjuran Cik Miela kita ni.. Dah alang-alang ada masa senggang ni, bolehlah join sebelum tidur untuk stenbai sahur pulak nanti.. hehe..

Segmen Bloglist 2020 by Cik Miela

Korang pun jom la join ramai-ramai kasi meriah segmen Cik Miela ni.. Hadiah pun menarik tau selain dalam masuk lam bloglist blognya.. So, jom join.. Tarikh tamat 15 Mei 2020.. Lambat lagi.. jom join ramai-ramai ye..


Hadiah
10 x bloglist selama 3 BULAN (dipilih secara random)

BONUS
1 x Photobook 6x6 + Bloglist 3 BULAN (dipilih peserta paling aktif)


Gut Luck korang!!
Read More

Ramadhan 6 - Repeat Masak Talapia Tiga Rasa

Wednesday, April 29, 2020

7 comments
Ramadhan 6 - Repeat Masak Talapia Tiga Rasa  |  Semalam adalah hari yang sangat memenatkan bagi aku.. Mungkin terlalu padat jadual kehidupan aku untuk hari itu dari pagi hingga ke malam.. Hari ni aku bekerja dari rumah, so ada la masa sikit untuk merehatkan diri walaupun sebenarnya tak berapa dapat nak rehat jugak.. hehe.. Berbuka hari ni nak masak ape? Huhu hari ni serius tak tahu nak masak ape.. Buntu sangat-sangat.. Lagi pun bahan basah dalam peti pun dah banyak habis.. Nak tunggu encik suami balik kerja dan beli barang yang dah habis tu lambat jugak.. Sudahnya mintak dia tapau nasi ayam jerk dan aku masak untuk sahur saje.. Hehe.. Makanya dapatlah rehatkan diri sikit dari rasa letih yang melebihi segalanya itu.. Ahakz.. Masak ape untuk sahur? 

Resepi Masak Talapia Tiga Rasa

Asalnya hari ni nak masak Talapia Tiga Rasa untuk berbuka.. Sebabnya dah lama tak masak tiga rasa ni.. Teringin nak makan lagi.. hehe.. Jadi kite repeat masak Talapia Tiga Rasa ni..

Disebabkan bahan-bahan tak de, so mintak encik suami belikan dulu.. Jadinya kita masak untuk sahur jerk la.. Cam biasa, untuk sahur memang masak siap-siap malam.. Nak masak time sahur memang tak sempat.. Jadi, untuk memudahkan sahur nanti aku siapkan sosnya dulu.. Pagi esok tinggal nak goreng ikan jerk.. Mudah.. Hehe..

Ok, untuk resepi penuh boleh tengok kat sini ➽ Talapia Masak Tiga Rasa



Read More

Rendang Cita Rasa Masakan Ibu di Rumah!

6 comments
Rendang Cita Rasa Masakan Ibu di Rumah! | 1 Syawal bakal tiba dan rendang sudah pasti akan menjadi antara juadah utama di hari raya nanti. Dimakan bersama nasi, ketupat, lemang atau roti, rendang merupakan hidangan daging bersantan yang kaya dengan rempah ratus. Ia dimasak perlahan dan dihidang sama ada dengan kuah pekat atau boleh juga dikeringkan. Bagi ramai rakyat Malaysia, rendang suatu juadah istimewa setara dengan masakan ibu di rumah.

Rendang Cita Rasa Masakan Ibu di Rumah!
Read More