Welcome to Philippines

Sunday, March 22, 2020

11 comments
Welcome to Philippines | Melancong bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya. Banyak perkara yang perlu difikirkan. Contohnya, kalau pergi luar negara, kena fikir flight, penginapan, makanan halal dan beberapa lagi faktor penting yang kena ambik tahu. Bukan boleh main redah je ye korang.. Macam percutian aku baru-baru ni ke Filipina. Banyak bende yang aku pelajari sepanjang percutian tersebut.. Biasalah, setiap percutian tu mesti ada benda baru yang kita dapat pelajari darinya terutamanya dari segi persiapan.. Kalau nak travel ni apa yang penting kene plan betul-betul dan persiapan tu nak kene cemerlang.. Haa.. Tapi pada aku, untuk percutian aku kali ni semuanya baik-baik sahaja.. Hehe..

Welcome to Philippines
Read More

Kitohana Skincare Rahsia Kulit Glowing, Sihat dan Cantik

Friday, March 20, 2020

3 comments
Kitohana Skincare Rahsia Kulit Glowing, Sihat dan Cantik | Bukan senang tau nak cari skincare yang betul-betul sesuai dengan kulit kita kecualilah kulit kita ni jenis yang tak bermasalah dan boleh terima apa juga jenis skincare tanpa sebarang kesan.. Ada ke? Hehe.. Cam aku sendiri pun tak berani nak pakai sebarangan skincare sebabnya pernah tersalah pakai, habis berjerawat muka.. Lagi teruk muka jadi kering dan mengelupas.. Fuh, mimpi ngeri sangat!

Kitohana Skincare Rahsia Kulit Glowing, Sihat dan Cantik

Read More

Lunavie Electronic Bottle & Baby Food Warmer

6 comments
Lunavie Electronic Bottle & Baby Food Warmer  |  Rindunya nak ada baby kecil.. Hehe.. Tapi buat masa ni rehat dulu lah.. Haha!! Walaupun tak ada baby kecil, tapi anak-anak aku masih menyusu botol.. Jadi, aku sangat memerlukan device yang boleh panaskan susu dan sterilize feeding items... Nampak sangat aku malas nak buat secara manual kan.. Hiks.. Bukan apa, aku ni sangat sibuk.. Jadi, aku perlukan 'pembantu' untuk buat semua kerja itu dengan lebih mudah dan 'pembantu' yang aku maksudkan itu adalah Electronic Bottle & Baby Food Warmer dari Lunavie.. Serius, sangat membantu!!

Lunavie Electronic Bottle & Baby Food Warmer

Read More

Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC for Health

Thursday, March 19, 2020

No comments
Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC for Health |  Dengan peningkatkan jumlah kes influenza di Malaysia, Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital kini bekerjasama untuk menganjurkan kempen kebersihan ‘Always Be Clean’ (ABC) for Health. Ia bermatlamat meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai kebersihan tangan. 

Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC for Health

Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, sentiasa membasuh tangan dengan sabun dan air atau pembersih tangan (hand sanitizer), mengikuti etika yang betul ketika bersin dan batuk serta menjalani gaya hidup yang sihat.  

Menurut Pengurus Kanan Jenama Antabax, Vivian Lee, memastikan kebersihan tangan merupakan salah satu langkah paling penting untuk mengelakkan diri daripada jatuh sakit. Sekali gus mengurangkan risiko penyebaran penyakit berjangkit kepada orang lain.

Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC for Health

Antabax mengambil langkah proaktif sebaik sahaja mendapat tahu jumlah kes influenza kian meningkat. Kami telah bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menggalakkan tabiat kebersihan selama lebih satu dekad. Kami berbesar hati kerana dapat berkolaborasi dengan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital untuk mendidik orang ramai mengenai langkah mengurangkan risiko dijangkiti dan menyebarkan penyakit berjangkit seperti influenza.

Data daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menunjukkan bahawa amalan tidak membasuh tangan mengundang bahaya kepada kanak-kanak di seluruh dunia. Membasuh tangan dengan sabun boleh melindungi 1 daripada 5 kanak-kanak yang mengalami jangkitan pernafasan seperti pneumonia  . Walaupun orang ramai di seluruh dunia membersihkan tangan dengan air, sangat sedikit yang menggunakan sabun untuk membasuh tangan mereka. Membasuh tangan menggunakan sabun boleh menghilangkan kuman dengan lebih efektif. 

Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC for Health


Mengenai Influenza

Influenza biasanya dipindahkan menerusi titisan air yang keluar daripada batuk dan dan bersin apabila mulut tidak ditutup. Jangkitan virus influenza yang dibawa oleh udara dalam jarak pendek mungkin boleh berlaku, terutamanya di kawasan yang sesak. Pencemaran pada tangan juga menjadi satu lagi sumber jangkitan tersebut.

Tanda-tanda dan Simptom Influenza

Tanda-tanda dan simptom influenza termasuklah suhu badan yang tinggi melebihi 38 darjah selsius, rasa penat yang lama sehingga dua dan tiga minggu, sakit sendi dan otot, batuk kering, sentiasa bersin, sakit tekak dan kepala . Mereka yang mempunyai tanda-tanda dan simptom ini perlu segera mendapatkan rawatan. Kumpulan berisiko tinggi termasuklah mereka yang berusia 65 tahun ke atas, ibu mengandung, penghidap penyakit-penyakit kronik, masalah pernafasan dan anak-anak kecil. 

Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC for Health


Kementerian Kesihatan Malaysia juga mencadangkan kepada orang ramai, terutama mereka daripada kumpulan berisiko tinggi supaya mendapatkan vaksin selsema secara bermusim.

Menurut Perunding Dalaman Perubatan dan Penyakit Berjangkit KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, Dr Muhamad Yazli Yuhana, hospital telah merawat lebih 50 kes influenza pada minggu ini. Jadi, adalah penting untuk meningkatkan kesedaran dan mengurangkan jangkitan.

Hospital merekodkan lebih banyak kes berbanding tahun-tahun sebelum ini. Kami harap dengan inisiatif bersama seperti kempen Antabax ABC for Health, orang ramai akan belajar untuk mengambil langkah-langkah pencegahan demi melindungi diri dan keluarga mereka. Kita perlu lebih proaktif dalam mengambil vaksin, memastikan kebersihan tangan dan mendapatkan rawatan segera untuk mengurangkan penyebaran influenza,” kata Dr. Yazli yang menyampaikan ceramah bertajuk “Wabak Infleunza: Kurangkan Penyebarannya!

Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC for Health

Lagu kebersihan tangan Antabax yang menarik nyata menaikkan semangat kanak-kanak daripada KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital yang turut serta dalam program kesedaran dan pendidikan ini. Ia mampu membantu mereka mengingati langkah-langkah membasuh tangan yang betul sebagaimana yang ditunjukkan oleh para jururawat daripada unit kawalan jangkitan hospital berkenaan.    

Penyebaran penyakit berjangkit seperti influenza boleh dikurangnya apabila kita bekerjasama. Langkah penting untuk tidak menyebarkan penyakit ini adalah dengan tidak terkena jangkitannya. Cara utama yang boleh diamalkan oleh setiap orang adalah sentiasa bersih sepanjang masa,” kata Lee.

Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC for Health
Read More

3 Perbezaan Antara Bitcoin dan Bitcoin Cash

Tuesday, March 10, 2020

5 comments
3 Perbezaan Antara Bitcoin dan Bitcoin Cash | Sejak 1 Ogos 2017, terdapat kemaskini dari Bitcoin atau lebih dikenali sebagai hard fork. Perubahan ini membuat sesuatu yang radikal dengan memecahkan Bitcoin menjadi dua. Yang pertama ialah Bitcoin (BTC), sama seperti sebelumnya, dan yang kedua ialah Bitcoin Cash (BCH) yang merupakan pemisahan dari Bitcoin asal.

3 Perbezaan Antara Bitcoin dan Bitcoin Cash

Walaupun Bitcoin Cash bukan satu-satunya hasil daripada perpecahan Bitcoin sebelumnya, kali ini ia mempunyai paling banyak kesan, dimana dengan cepat menjadi salah satu aset crypto terbaik dari segi permodalan pasaran.

Dengan nama yang sama, terdapat banyak kekeliruan dari aktivis Bitcoin sendiri untuk memahami perbezaan antara kedua-duanya. Berikut adalah perbandingan 3 perbezaan antara Bitcoin dan Bitcoin Cash dari kesan perubahan dalam sistem operasi.

Bayaran Transaksi

3 Perbezaan Antara Bitcoin dan Bitcoin Cash

Terdapat banyak kritikan Bitcoin kerana kurang berjaya dalam memenuhi keperluan pasaran yang semakin meningkat, dengan meningkatkan kos setiap transaksi Bitcoin. Pada masa ini, BCH menawarkan kos transaksi purata yang lebih rendah berbanding dengan BTC. BCH mempunyai purata USD 0,0019 manakala BTC dengan USD 0,39. Baca artikel ini dari tradingindo mengenai pilihan binari.

Walaupun ini belum menjadi tanda aras, kerana BCH belum sepenuhnya diserap oleh pasaran dan tidak memiliki kandungan rangkaian yang sama seperti BTC. Mungkin pada masa hadapan, BCH akan meningkatkan kos transaksi, tetapi pada masa ini, BCH lebih tinggi daripada BTC berdasarkan kos per transaksi.

Kelajuan Transaksi

BCH boleh menampung lebih banyak urusniaga sekaligus, yang bermaksud bahawa setiap urusniaga dapat dilaksanakan secara langsung dalam satu blok tanpa menunggu beratur satu persatu. Walaupun kita perlu mempertimbangkan bahawa BCH tidak digunakan seperti BTC dan oleh itu, ia belum lagi mengalami ujian BTC yang tepat dari segi rangkaian yang lebih padat.

Walau bagaimanapun, kita masih boleh menyimpulkan bahawa BCH kini lebih awal dari segi kapasiti tinggi setiap blok berbanding dengan BTC. Penunjuk jelas bahawa urusniaga di BCH adalah lebih cepat sekarang.

Kuasa Komputasi

Jika kita bercakap mengenai kuasa hashrate atau pengkomputeran Bitcoin dan rangkaian Tunai Bitcoin, BTC lebih tinggi kali ini. Bitcoin Cash hashrate total, yang mewakili berapa banyak pelombong kuasa pengkomputeran digunakan untuk mengesahkan transaksi dan rangkaian selamat, hanya dalam bahagian kecil jika dibandingkan dengan Bitcoin. Hari ini, keseluruhan BTC mempunyai 100 exahash sementara BCH hanya mempunyai 2 exahash, atau hanya satu perlima daripada BTC.

Ini bermakna bahawa Bitcoin Cash lebih terdedah kepada "serangan 51%", jika sekiranya kumpulan mengawal 51% atau lebih daripada hashrate rangkaian, ada kemungkinan mereka boleh membalikkan transaksi atau tindakan lain yang boleh menjejaskan rangkaian dan membahayakan pemegang BCH.

Kesimpulannya

3 Perbezaan Antara Bitcoin dan Bitcoin Cash

Buat masa ini, BCH telah berjaya mengalahkan BTC dari segi kecekapan blok transaksi, yang bermaksud kos transaksi yang lebih rendah dan juga lebih murah. Walaupun BTC mempunyai lebih banyak adopsi yang boleh digunakan. Kemudian rangkaian Bitcoin jauh lebih selamat kerana hasrat yang ada pada pelombong. Belum lagi Bitcoin ketika dilihat sekarang lebih tinggi dalam nilai dan termasuk dalam aset terbaik dalam dekad ini.

Walau bagaimanapun, kebanyakan perbandingan dari kedua-dua mata wang kripto ini boleh dipantau 
seiring perkembangan dan berapa lama mereka berada di pasaran. Sangat mungkin jika BCH menjadi lebih popular, ia akan menghadapi masalah seperti BTC yang kini mempunyai biaya transaksi yang lebih tinggi. Ataupun pelombong yang akan berpindah ke BCH jika harganya dapat naik seiring dengan peningkatan popularitinya.

Jadi buat masa sekarang, tidak ada kesimpulan tentang siapa yang lebih baik. Di masa depan, sangat mungkin jika kedua-dua Bitcoin dan Bitcoin Cash memainkan peranan masing-masing, dengan Bitcoin lebih sebagai emas digital, sementara Bitcoin Cash sebagai wang tunai digital, atau sebagai cara pembayaran yang lebih praktikal.

Kita harus menunggu bagaimana kedua-dua mata wang digital ini dapat menyelesaikan masalah masyarakat dalam sistem pembayaran antarabangsa digital secara praktikal. Jika kita bandingkan, kedua-duanya mempunyai kelebihan berbanding kaedah pembayaran konvensional seperti pemindahan bank atau kad kredit. Bitcoin yang semakin popular dan diterima oleh kedai dalam talian seperti Amazon, menandakan kebangkitan Bitcoin dan Bitcoin Cash untuk digunakan secara global di seluruh dunia.




Read More

Jualan Buku Big Bad Wolf Kembali Ke Pahang Untuk Kali Kedua Dengan Membawakan 80% Judul-Judul Terbaru

Thursday, March 5, 2020

2 comments
Jualan Buku Big Bad Wolf Kembali Ke Pahang Untuk Kali Kedua Dengan Membawakan 80% Judul-Judul Terbaru  |  Hari rabu yang lalu aku berkesempatan singgah Big Bad Wolf Book Sale kat Kompleks Sukan, Universiti Malaysia Pahang, Kampus Gambang.. Serius tahun ni meriah gile.. Lebih banyak buku berbanding tahun lepas sampaikan aku rambang mata nak grab yang mane.. Sangatlah rugi kalau tak pergi jualan buku Big Bad Wolf tahun ni.. 

Jualan Buku Big Bad Wolf Kembali Ke Pahang Untuk Kali Kedua Dengan Membawakan 80% Judul-Judul Terbaru

Read More

Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends

Friday, February 28, 2020

6 comments
Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends | Assalamualaikum wbt.. Hi guys! Wah rasa lain macam lak menaip kat sini.. Dah lama kot menyepi dari dunia penyiaran blog ni.. Hiks.. Rindu gile kot nak menaip balik.. Dah alang-alang nak lepaskan rindu menaip ni, aku nak joinlah dulu Giveaway Wang Tunai by Mamapipie & Friends ni.. Hadiah memang mengancam jiwa la.. Rugi korang tak join tau...

Giveaway Wang Tunai Mamapipie
Nak join? Klik banner kat atas ni ye..

Korang yang nak join tu sempat lagi.. Esok last date dia.. 29 Februari 2020.. Moh le semak syarat-syarat penyertaannya dulu sebelum menjoinkan diri.. Tak susah pun.. Sonang ajo..

Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends

1.  Terbuka kepada blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan bank in wang tunai
2.  Buat satu blog post bertajuk "Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends".
3.  Tepek banner di atas beserta link ke post ini.  Boleh copy code html yang mama dah sediakan di bawah post ni bagi memudahkan kerja korang.
4.  Tag 3 rakan
5.  Wajib Follow Youtube ibusyurga : Klik Sini -> Youtube ibusyurga
6.  Wajib Follow & Letak Blog di bawah ke dalam Bloglist korang

Semua syarat diatas adalah WAJIB ye kengkawan.. Mamapipie akan check satu persatu.. So tak boleh nak mengelat.. Hehe.. Kalau korang mengelat, akan disqualified.. Hiks..

Nak terpilih hadiah utama, korang kena la rajin singgah dan komen blog penaja ye sebabnya penaja sendiri akan pilih pemenang hadiah utama.. So, silalah rajinkan jari jemari korang untuk singgah dan komen.. Pesanan untuk aku jugak ni.. Haha!!
  • Digalakkan Follow Media Social Mamapipe : Instagram FB Youtube Twitter FB Page
  • Last sekali, tinggalkan link pernyertaan korang di post giveaway tersebut
  • Tarikh tutup giveaway adalah pada 29 Feb 2020 11.59 malam. 
  • Insya Allah, pemenang akan diumumkan pada 5 mac 2020

Yeahhh syarat dah setel check, tibalah masa nak check hadiah pulak.. Memang menarik gile weh!! Teruja badak aku nak join giveaway ni.. Mane la tau ada rezeki anak-anak kan.. Ahakz.. Amiin YRA.. Hehe..

Hadiah Wang Tunai RM1000 - Senarai Hadiah

Apa kata Mamapipie tentang hadiah? Jom baca..
Wang tunai sejumlah RM 1000 akan dihadiahkan kepada 17 orang pemenang.. Banyak kan.. Alhamdulillah, Semoga murah rezeki penaja kita. Sama-sama kita doakan agar penaja-penaja kita sentiasa murah rezeki dengan rezeki yang berkat, diberkati Allah dan bisnes sentiasa menjadi. Seramai 17 pemenang akan dipilih memenangi total RM1000 nanti. Pemenang hadiah utama akan dipilih sendiri oleh pihak penaja. Jom tengok senarai hadiah yang akan dimenangi :-

Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)
1 x RM200

Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
2 x RM100

Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
14 x RM50


Okehlah, bagi yang belum join cepat-cepatlah join ye sebabnya esok dah last date.. Rugi tak grab peluang keemasan ini.. Kot ada rezeki boleh menang wang tunai.. Tuah ayam nampak di kaki, tuah korang, nampak pada giveaway ni sape tau kan.. Termasuk tuah aku la tu.. Haha.. Ok la, gut luck untuk diri sendiri dan semua yang join..

Jom join korang : Sha  |  Siqah  |  Zaza


Read More