Resepi Nasi Lemak Dan Sambal Bilis Sedap! Memang sedap & mudah disediakan.

Friday, October 11, 2019

30 comments
Yeahhh main masak-masak aku hari ni.. Hari ni aku buat nasi lemak.. Mood rajin tu datang tetiba-tiba.. Kalau tak, memang tak kuasa aku nak masak nasi lemak bagai.. Biasa paling rajin pun masak nasi goreng atau mee goreng aje pagi.. Hari ni jerk pelik sikit.. hehe... Eceli, aku tak pernah okeh buat nasi lemak.. Mesti korang tak percaya kan..?? Tapi itulah kenyataannya.. Aku memang tak pernah buat nasi lemak sepanjang hidup aku... Haha.. Hari ni lah firstime aku buat.. Alhamdulillah menjadik.. Risau jugak tak jadi kan.. Yela, dah tak pernah buat.. Biasa beli kedai aje.. Kikiki..

Resepi Nasi Lemak Dan Sambal Bilis Sedap

Resepi Nasi Lemak Dan Sambal Bilis Sedap!

Read More

Resepi Sardin Sedap Meletop

17 comments
Sardin memang feberet aku.. Dari dulu sehinggalah sekarang ni.. Dulu-dulu time bujang, bila pergi kedai makan mesti cari lauk sardin dulu.. Selera lain sikit aku ni.. Ingat lagi time aku pergi KL.. Pergilah cari makan dekat SOGO.. Alaa dekat food court kat atas tu.. Tingkat berapa entah, aku pun dah lupa.. Lama dah tak pergi KL.. hehe.. Member aku pelik sebab aku cari lauk sardin... Padahal berlambak lauk yang lagik sedap-sedap.. Sardin jugak yang aku carik.. hehe..

Resepi Sardin Sedap Meletop.

Resepi Sardin Sedap Meletop
Resepi Sardin Sedap Meletop

Read More

Resepi Kacang Panjang Masak Lemak Putih Simple

11 comments
Resepi Kacang Panjang Masak Lemak Putih Simple  |  Ada kala berbuka dengan lauk yang simple lagi sedap berbanding berbuka dengan pelbagai lauk sehinggakan tak tahu nak makan yang mana satu.. Betul tak? Satu lagi, boleh berlaku pembaziran.. Cewahh.. Baru-baru ni rasa rindu masakan Mak yang menjadi feberet aku iaitu Kacang Panjang Masak Lemak Putih.. Serius sedap weh.. Mak aku masak la apa pun semuanye sedap beb.. Masakan seroang ibu tiada tandingan.. Kan? Hiks..

Dah rasa rindu tu kenalah buat sendiri.. Nak balik umah mak time keje memang tak la.. Letih woihh!! So, decide masak sendiri aje.. Lagi pun bukannya susah sangat kan.. Masak kacang panjang lemak putih dan ikan goreng pun dah cukup menyelerakan sampai bertambah-tambah nasik.. hehe.. Yang mana belum pernah cuba masakan ni, boleh try resepi kat bawah ni ye.. Simple jerk aku buat..


Kacang Panjang Masak Lemak Putih Simple

Bahan-bahan

6 @ 7 batang kacang panjang
1 biji bawang besar - dibelah 4
2 biji cili besar - dibelah 4
1 kotak santan ayam brand
1-2 ekor ikan selayang/ikan kembung - direbus & diambil isinya
Garam & serbuk perasa secukup rasa

Cara-Cara
  • Kacang panjang yang telah dipotong, direbus seketika. Jangan terlalu lama ye.. Nanti lembik tak sedap.. Toskan.
  • Masukkan santan ke dalam periuk dan masukkan isi ikan serta cili besar. Aku guna ikan selayang.. Manisssss.. hehe.. Masak dengan api yang perlahan.
  • Setelah mendidih, masukkan kacang panjang dan juga bawang besar.
  • Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Masak seketika. 
  • Setelah masak, bolehlah dihidangkan..


Simple-simple sudahhh.. hehe.. 2 orang jerk pun makannya..
Selamat mencuba guys..


Read More

Resepi Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah

14 comments
Resepi Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah  |  Teringin nak makan Gulai Kuning Ikan Kembong.. Cara buatnya mudah jerk sebenarnya, cuma bila penyakit M tu selalu sangat menyerang tu yang tak terbuat tu.... Kali ni aku gagahkan diri jugak untuk memasak menu kegemaran aku ni sebabnya memang teringin sangat-sangat nak makan.. Dah macam orang mengidam jerk gayanya ye.. hehe.. So, kali ni kita buat sampai jadi.. 

Jadi ke idok??? Jom kita check resepi dan jangan lupa cuba ye.. Hiks.. Makan ngan sambal belacan sedap woii.. Tapi aku jerk malas nak buat sambal belacan.. Jadi, kita bedal jerk dengan sambal belacan adabi.. Haha.. 

Resepi Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah

Read More

5 Benda Ibu Wajib Bawa Ketika Travel atau Holiday Bersama Baby atau Anak Kecil

9 comments
5 Benda Ibu Wajib Bawa Ketika Travel atau Holiday Bersama Baby atau Anak Kecil  | Travel bersama keluarga ini bukan perkara yang mudah, terutama kepada mereka yang mempunyai anak kecil berumur setahun kebawah ni. Percutian bersama anak yang masih kecil mesti dilakukan dengan teliti supaya semua orang yang berada dalam perjalanan itu berasa gembira dan enjoy. Ibu bapa pun tak la berasa stress sepanjang percutian.

5 Benda Ibu Wajib Bawa Ketika Travel atau Holiday Bersama Baby atau Anak Kecil
foto : google

Read More

Kitsui Puraria B-Up Membantu Menganjalkan Payudara Yang Kendur

19 comments
Kitsui Puraria B-Up Membantu Menganjalkan Payudara Yang Kendur  |  Kemain serius lagi tajuk entry kali ni ye!.. Hehe..  Jangan tak tahu ye, masalah payudara kendur dan leper ini merupakan salah satu masalah terbesar bagi kaum wanita.. Masalah ini juga boleh menyebabkan hilangnya keyakinan diri dan lebih teruk bila perasaan rendah diri mula bercambah.. Selalunya ini terjadi dikalangan ibu-ibu yang telah melahirkan dan menyusukan anak dimana aset mereka tidak lagi secantik dan segah zaman anak dara dulu.. Betul tak? Haaa macam tanya pada diri sendiri jerk tu.. Haha!!

Bukan takat ibu-ibu jerk alami masalah sebegini, tetapi ada juga yang rasa 'down' bila mana aset mereka lebih kecik dan tak seimbang dengan saiz badan serta umur mereka sehinggakan nak cari pakaian dalam pun susah.. Silap-silap terpaksa pakai pakaian dalam budak-budak.. Haaaa siapa yang alami masalah ni, angkat tangan... Hiks.. Tak payah nak sedih sangat ye korang-korang semua, kali ni aku nak share dengan korang satu produk supplement yang boleh menganjal dan menyeimbangkan payudara iaitu Puraria B-Up dari Kitsui 1 jenama terunggul di hati pengguna..

Kitsui Puraria B-Up Membantu Menganjalkan Payudara Yang Kendur

Read More