Lirik Lagu Perasaanku - Fieya Julia

Monday, August 26, 2019

4 comments
Perasaanku - Fieya Julia  |  Hi guys! Perasaanku nyanyian Fieya Julia ni serius aku tak pernah dengar sebelum  ni.. Aku  tahu kewujudan lagu ni pun disebabkan kawan aku yang sorang ni.. Nampak sangatlah aku tak ikuti perkembangan muzik kan.. Yang aku tahu muzik lama-lama.. Orang lama kah?? Haha.. Btw, lagu ni best juga bila di dengar.. Lirik dia pun syahdu sangat.. Kehkeh.. So, kire boleh layan la lagu ni.. Kalau karaoke ok tak? Ahakz..

Lirik Lagu Perasaanku - Fieya Julia
foto : google


Lirik Lagu Perasaanku
Fieya Julia

******

Jika aku tak lagi engkau merindu katakan padaku
Sungguh aku merasakannya darimu

Jika aku tiada dalam hatimu
Tak perlu kau buntu
Tak usah kau pertahankanya untukku
Lepaskan saja aku

Dan bila ku sedang berduka
Kau hadir bagaikan tiada apa
Sungguh aku tak mengerti
Siapa diriku sebenarnya dihatimu

Mengapa ku selalu dibuai dusta dan derita
Selalu dibelai bicara manisnya
Ku disakiti selalunya

Oh tuhan mengapakah
Salahkah ku ingin rasa bahagia

Selalu dicinta sentiasa
Ingin kau ada selalunya

Mengapa ku selalu dibuai dusta dan derita
Selalu dibelai bicara manisnya
Ku disakiti selalunya

Oh tuhan mengapakah
Salahkah ku ingin rasa bahagia

Selalu dicinta sentiasa
Ingin kau ada selalunya
Ingin kau ada selalunya





Read More

Legend Age Lipstick - Gincu Bibir 4 dalam 1 Dari Bahan Semulajadi Yang Selamat Digunakan

10 comments
Legend Age Lipstick - Gincu Bibir 4 dalam 1 Dari Bahan Semulajadi Yang Selamat Digunakan | Hola!! Hi guys.. Cuaca sekarang ni tak menentu kan.. Kejap panas terik, kejap hujan.. Kalau time panas tu memang nak kena minum air masak banyak-banyak.. Kalau tak kering habis bibir dan kulit.. Untuk bibir, alhamdulillah sekarang aku dah ada 'teman' sebagai penyelamat bibir kering dan merekah.. Nak tau siapakah teman itu? Hehe.. Now untuk jaga bibir aku supaya sentiasa lembap dan helok, aku guna Legend Age Lipstick.. Bagus tau lipstick ni.. Gincu bibir 4 dalam 1 tau diperbuat daripada bahan semulajadi yang selamat digunakan.. 4 dalam 1 tu yang menarik!!

Legend Age Lipstick - Gincu Bibir 4 dalam 1 Dari Bahan Semulajadi Yang Selamat Digunakan

Legend Age Lipstick - Gincu Bibir 4 dalam 1 Dari Bahan Semulajadi Yang Selamat Digunakan

Apa yang 4 dalam 1 tu.. Haa kalau korang nak tahu keistimewaan Legend Age Lipstick ni fungsinya 4 dalam 1 iaitu boleh digunakan sebagai lip balm atau dalam bahasa melayunya pelembap bibir.. hiks.. Selain itu, boleh digunakan juga sebagai natural colour lipstick, hidrating lip mask dan juga sunscreen dengan SPF... Guna satu lipstik aje dapat 4 manfaat.. Bagus kan? Wajib standby kat rumah kita dan juga dalam handbag.

Legend Age Lipstick - Gincu Bibir 4 dalam 1 Dari Bahan Semulajadi Yang Selamat Digunakan

Legend Age Lipstick ni diperbuat daripada bahan semulajadi yang bermanfaat seperti beeswax, west indian cherry essence, minyak vitamin E dan titanium dioxide.. Yang bestnye lipstik ni dapat merawat bibir kering, pecah, merekah dan kusam.. Walaupun ianya diberi gelaran lipstik, tak semestinya hanya untuk kaum hawa ye.. Ia sesuai untuk wanita dan juga lelaki tak kira peringkat umur dan juga selamat digunakan oleh kanak-kanak serta wanita hamil.

Kelebihan Legend Age Lipstick

Seperti yang aku katakan tadi, Legend Age Lipstick ni diperbuat daripada bahan semulajadi dan tidak mengandungi artificial and harmful chemicals seperti parafin atau plumbum.. Teksturnya yang berwarna kuning juga diperbuat daripada bahan semulajadi yang menjadikan bibir sihat dan menarik..

Legend Age Lipstick - Gincu Bibir 4 dalam 1 Dari Bahan Semulajadi Yang Selamat Digunakan

Setiap produk yang kita pakai mesti kena tau kandungannya sama ada bahaya atau tidak digunakan.. Macam lipstik jugak, kenalah tau apa kandungannya kan.. Cuma kadang tu, kita ni jenis malas nak amek tahu pun.. Janji cantik jerk, kita onz terus.. Haa kalau korang nak tahu, kaum wanita yang memakai lipstik ni menelan antara 4 hingga 9 paun gincu tau sepanjang hayat.. Jangan tatau ye kaum hawa... Sekiranya lipstik yang kita pakai tu mengandungi bahan kimia, maka yang kite telan itu adalah bahan kimia yang berpotensi membahayakan kesihatan kita dan sekiranya mengandung, akan membahayakan juga kandungan kita..

Untuk itu, Legend Age Lipstick ini telah diuji dan diyakini selamat digunakan kerana ramuan semulajadinya yang sihat dan bermanfaat sesuai untuk kanak-kanak dan juga wanita hamil.. Lipstik ini juga tidak diuji pada haiwan sama sekali.. Itu yang bagusnya..

Legend Age Lipstick - Gincu Bibir 4 dalam 1 Dari Bahan Semulajadi Yang Selamat Digunakan

Seperti yang aku katakan tadi, Legend Age Lipstick ini adalah sebagai penyelamat bagi aku mungkin bagi korang jugak kerana ia boleh merawat bibir merekah, kering, gelap, kusam dan pecah.. Madu lebah yang terkandung dalam lipstik ini menghasilkan penghalang yang membantu mengunci kelembapan, meningkatkan penghidratan dan menghasilkan pertumbuhan semula sel kulit.. Manakala ekstrak ceri pula kaya dengan zat besi dan vitamin C yang mudah menyerap ke dalam kulit, meningkatkan warna merah jambu yang sihat pada bibir..

Cara Guna Legend Age Lipstick

Nak guna Legend Age Lipstick ni nak kene betul juga caranya.. Kalau tak betul caranya mau rosak lipstiknya... Jadi, korang kene baca step cara guna kat bawah ni ye..

Legend Age Lipstick - Gincu Bibir 4 dalam 1 Dari Bahan Semulajadi Yang Selamat Digunakan
  • Putar lipstik hanya 1cm sahaja kerana lipstik ni tiada bahan kimia yang digunakan untuk menguatkan tekstur lipstik.. Jadi, ianya sangat lembut seperti lilin.. Jangan putar lebih dari 1cm kerana ia boleh patah atau rosak semasa digunakan..
  • Apply 2-4 layer pada bibir.. Lapisan yang pertama untuk menghidratkan bibir manakala lapisan yang seterusnya untuk memastikan intipati ceri diserap supaya bibir kelihatan merah jambu.. Untuk bibir lebih merah, boleh sapu lebih dari itu.. 
  • Tunggu 2 minit untuk dapatkan kesan.. Untuk mendapatkan warna yang sebenar, kene tunggu kira-kira 2 minit.. Warna akan kelihatan berbeza berdasarkan kepada tahap pH kulit setiap individu.. Sekiranya warna merah menjadi lebih gelap menandakan tubuh seseorang itu berasid manakala merah jambu menunjukkan badan seseorang beralkali..

Best ke Legend Age Lipstick ni?

Legend Age Lipstick - Gincu Bibir 4 dalam 1 Dari Bahan Semulajadi Yang Selamat Digunakan

Kalau korang tanya aku best ke idok Legend Age Lipstik ni, ofkoslah best.. Lipstik 4 dalam 1 tu!! Mana mungkin guna satu lipstik aje dalam 4 manfaat dalam 1 masa.. Pengalaman aku sendiri dengan Legend Age Lipstick ni, pada mulanya aku nak tak nak jugak pakai sebabnya kebiasaan bila aku pakai lipbalm ni, aku akan rasa tak selesa, bibir jadi berminyak yang amat dan rasa tebal jerk bibir.. Memang tak best.. Lastnya aku cuba jugak dan hasilnya aku sangat suka dengan lipbalm ni.. Teksturnya tak berminyak dan sangat selesa bila digunakan.. Paling best bibir jadi lembap jerk..

Legend Age Lipstick - Gincu Bibir 4 dalam 1 Dari Bahan Semulajadi Yang Selamat Digunakan

Sebenarnya memang aku ada masalah bibir kering dan ada kalanya sampai merekah luka.. Ada yang suggest aku guna lip balm tapi aku sendiri tak selesa dengannya.. Sampailah aku diperkenalkan dengan Legend Age Lipstick ni barulah tergerak hati nak cuba.. Yess bila aku cuba aku memang sukakannya.. Bibir aku lebih terjaga dan sentiasa lembap.. Tak de dah bibir kering sebabnya lipstik ni merawat bibir aku dengan baik.. Alhamdulillah.. Lagi pun lipstik ni selamat digunakan.. So, tak de la risau sangat..

Selain itu, aku suka packagingnya.. Casing lipstik ni sangat kemas dan teksturnya pun terjaga dengan baik.. Bila tengok teksturnya, aku sebenarnya tak sangka yang ia memberikan kesan pinkish bila kita apply kat bibir.. Tetapi ikut atas bibir jugak ye.. Cam bibir aku agak gelap, so tak nampak la sangat pinkishnye.. hehe.. Siapa yang bibir cerah tu mesti nampak lebih cantik bila pakai lipstik ni.. Its ok, walaupun bibir gelap aku tetap bersyukur sebab tiada cacat cela pada bibir aku.. Hiks..

Atasi Masalah Bibir Kering Dengan Legend Age Lipstick

Legend Age Lipstick - Gincu Bibir 4 dalam 1 Dari Bahan Semulajadi Yang Selamat Digunakan

Ok, bagi korang yang mempunyai masalah bibir kering, merekah, pecah, kusam ataupun gelap cam bibir aku ni, korang boleh settlekan masalah tersebut dengan Legend Age Lipstick ni.. Nama pun dah Legend, haruslah boleh selesaikan masalah bibir dengan baik.. Bibir akan terawat dengan baik.. Tapi janganlah korang harapkan dengan penggunaan sekali saja bibir korang dah sihat dan cantik.. Agak-agak la wei!! Kenalah konsisten pakai, barulah dapat bibir yang menawan.. hehe.. Tapi kesan melembap tu memang terbaik.. Jangan lupa dapatkan Legend Age Lipstick tau..

Legend Age Lipstick - Gincu Bibir 4 dalam 1 Dari Bahan Semulajadi Yang Selamat Digunakan

HARGA LEGEND AGE LIPSTICK
RM 135.00 MYR
$32.30 USD


Untuk sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :-

Website

Instagram



Read More

Rahsia Tidur Lena Dengan Bantal Das Abdul Global

Friday, August 23, 2019

11 comments
Rahsia Tidur Lena Dengan Bantal Das Abdul Global | Holaaaa!! Uih seminggu dua ni selesa betul aku tidur tak macam sebelum ni.. Rasa cam tidur dekat hotel jerk.. Mana taknya, aku sekarang dah menukar bantal tidur aku yang biasa kepada yang luar biasa.. Bantal apa agaknya tu ye.. Haaa kalau korang nak tau rahsia tidur lena aku adalah disebabkan bantal empuk ala-ala hotel iaitu bantal Das Abdul Global.. Memang wajib beli dan letakkan dalam bedroom di rumah sendiri kan.. Rasanya ramai yang dah familiar dengan jenama bantal ni kan.. Femes kot jenama ni.. Bila sebut aje bantal tidur terus teringat Das Abdul Global (DAG).. Ingat DAG, ingat bantal hotel.. hah gittewww!! Apa yang bestnya dengan bantal DAG ni? Jom aku story kat korang..

Rahsia Tidur Lena Dengan Bantal Das Abdul Global
   
Bantal Das Abdul Global Empuk Dan Selesa

Nak dijadikan cerita, baru-baru ni aku sekali aku aku mengalami sakit belakang dan juga leher dek kerana bantal tidur aku agak keras dan dah lama tak bertukar.. Bila dah selalu sangat mengalami masalah tersebut, aku apa lagi riki-riki la bantal tidur yang best dan empuk.. Kebetulan pulak ada kawan rekemen beli bantal Das Abdul Global.. Katanya bantal DAG ni macam bantal kat hotel terbaik 5 bintang tu.. Perghh memang syok la tidur kalau camtu.. Mau tak bangun  nanti ni.. Haha..

Rahsia Tidur Lena Dengan Bantal Das Abdul Global

Bila dah tau tentang bantal DAS Abdul Global ni terus aje order tanpa bertangguh.. Tak sabarnya nak dapatkan tidur yang selesa time tu.. hehe.. Nak order kena isi form dekat laman web mereka.. Lepas tu tunggu pihak HQ hubungi kita melalui whatsapp dan seterusnya reseller yang berdekatan akan COD bantal kepada kita.. Andai kata dekat kawasan korang takde reseller, maka pihak HQ akan hantar pesanan korang melalui pos.. Alhamdulillah, kat tempat aku ada reseller DAG.. Servis memang cepat dan terbaik daripada pihak HQ hinggalah ke Reseller.. Sangat puashati..

Rahsia Tidur Lena Dengan Bantal Das Abdul Global

Untuk permulaan ni aku hanya beli satu biji bantal sahaja dahulu sebagai percubaan.. Hehe.. Aku macam biasala, kalau beli pape kene cuba dulu.. Kalau ok, baru repeat order.. Hiks.. Bila bantal DAG dah sampai ke tangan aku, kemain tak sabar aku nak cuba.. Yang pastinya bantal DAG ni sangatlah empuk dan selesa weh!! DAG ni banyak banyak jenis sebenarnya tapi kali ni aku pilih yang H-Class Classic.. Bantal ni bukan saja empuk dan selesa tapi bantal ni juga mempunyai ciri-ciri hygiene tak berdebu dan anti alergik.. Memang sangat recommended kerana Das Abdul Global adalah antara brand bantal terbaik di Malaysia..

Kelebihan Bantal H-Class Classic

H-Class Classic merupakan koleksi bantal 4 bintang.. Mempunyai ciri-ciri hygiene yang tidak berdebu dan anti alergik.. Bantal ini sangat bagus untuk mereka yang mempunyai masalah asma.. Bantal ini juga sangat selesa, tidak panas, lembut dan gebu dimana ia diperbuat daripada bahan yang empuk sesuai dengan tesktur kepada dan bahu.. Bantal ini mudah untuk dicuci dan dijaga.. Ia tidak memerangkap lembapan seperti habuk dan peluh yang boleh menyebabkan bantal menjadi lembab, busuk, gatal dan tekstur dalaman menjadi lembik.. Boleh dibasuh menggunakan washing machine..


Material : Polyester (Fiber) Hollowfill
Saiz bantal : 19" x 29"
Berat : 900gram

Ok, untuk bantal H-Class-Classic ni harga memang mampu milik dan bersesuaian dengan bajet aku.. Banyak jenis lagi sebenarnya jenis lain yang boleh korang pilih mengikut bajet dan keselesaan masing-masing.. Kalau korang nak jugak macam aku ni, korang boleh beli dengan harga seperti dibawah ni.. Murah weh!! Berbaloi-baloi.. Lagi pun bantal DAG ni senang dan mudah untuk dijaga.. Tidak perlu bersusah payah atau memerlukan alatan khas, cukup sekadar dibasuh dengan menggunakan mesin basuh ataupun boleh dijemur sahaja.. Dengan penjagaan yang baik, bantal ini boleh bertahan sekurang-kurangnya 2 tahun..

Rahsia Tidur Lena Dengan Bantal Das Abdul Global

Rahsia Tidur Lena Dengan Bantal Das Abdul Global

"A good pillow is key to a good night;s sleep. Everyone must choose a right pillow for a better sleep couse good pillow is as important as having a comfortable, supportive mattress for a good night's sleep"..


Rahsia tidur yang lena adalah dengan bantal yang empuk.. Inilah rahsia tidur lena aku.. Bantal Das Abdul Global, bantal untuk tidur lena dengan selesa... Boleh terlajak tidur tau dengan bantal Das Abdul Global ni.. Haha.. Kalau korang nak tahu, DAG ini adalah antara jenama bantal taraf hotel yang terbaik di Malaysia dan bantal hotel DAG ini amat berkualiti tinggi.. Tak rugi beli bantal DAG ni sebabnya ia menjaminkan keselesaan dan tidur yang lena.. Tak de lagi dah masalah sakit leher ke, sakit kepala ke.. Semuanya dapat diatasi dengan bantal DAG ini..


Bagi korang ada masalah tidur tu, bolehlah cuba bantal DAG ni ye.. Mana tau ianya dapat menyelesaikan masalah tidur korang tu.. Cam aku sendiri dah cuba dan ianya memang dapat solve problem yang aku hadapi.. Terdapat banyak pilihan bantas Das Abdul Global ni antaranya :-
  • Polyester Helix DAG
  • H-Class Classic
  • H-Class Pro
  • Microfiber M3
  • Cong Codei
  • Organic Pillow
  • Memory Foam
  • White Duck Down Feather

Lagi mahal harganya lagi berkualiti bantalnya.. Jadi, pilihan ditangan korang.. Mengikut bajet dan keselesaan.. Jom pakat guna bantal hotel DAG pillow ni untuk dapatkan tidur yang lena dan selesa.. Aku dah, korang bila lagi tu?


Oklah, untuk dapatkan bantal DAG ni korang boleh terus layari laman web mereka untuk membuat tempahan.. Ingat ye, bantal yang baik adalah kunci kepada tidur malam yang lena dan selesa... Untuk sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :-

🌠 Website : https://www.dasabdulglobal.com/


Read More

Tempah Baju dan Pelbagai Produk Menarik Dengan Design Sendiri Di Custom.my

Thursday, August 22, 2019

13 comments
Tempah Baju  dan Pelbagai Produk Menarik Dengan Design Sendiri Di Custom.my  |  Minggu ni saja dah 2 kad undangan perkahwinan aku dapat.. Bila sebut aje majlis kahwin ni, teringat pulak time majlis kahwin adik aku dulu, kelam kabut mencari kedai yang boleh cerak baju untuk pembantu semasa kenduri tu.. Apa ek orang panggil tu, aku pun dah lupa.. hehe.. Nak cari kedai sekian hal.. Pastu nak pulak harga yang berbaloi-baloi dan boleh mengikut design kita sendiri.. Puas jugak la pusing satu bandar cari kedai..

Tapi itu dulu la.. Sekarang dah tak payah susah-susah dah, nak tempat baju dan pelbagai lagi produk menarik untuk majlis kahwin atau apa juga program aku dah ada tempat yang paling ohsem.. Siap boleh cetak design sendiri lagi tu.. Kalau korang ada yang berhasrat untuk tempah baju atau pelbagai produk menarik dengan design sendiri, aku recommend sangat korang tempat di custom.my.. Pilihan yang paling tepat dan terbaik sebabnya di custom.my ni disediakan pelbagai pilihan produk dimana korang sendiri boleh design dan mereka cetak.. Kalau rasa malas nak design sendiri, boleh juga guna design sedia ada.. Jangan risau.. 

Tempah Baju dan Pelbagai Produk Menarik Dengan Design Sendiri Di Custom.my

Zaman sekarang ni semuanya di hujung jari.. Jadi, korang dah tak perlu nak bazir masa, tenaga dan wang ringgit semata-mata nak mencari kedai yang menyediakan perkhidmatan percetakan ni sebabnya sekarang semua boleh dilakukan secara online sahaja di custom.my.. Korang hanya perlu mengadap PC, buat pilihan, klik sana klik sini dan buat bayaran.. Then lepas tu, tunggu aje barang sampai ke muka pintu rumah korang.. Mudah kan? 

Kelebihan Custom.my

Kalau korang tanya aku, kenapa aku pilih custom.my? Jawapan aku senang aje.. Di Custom.my aku dapat menikmati pelbagai kelebihan dalam perkhidmatan yang mereka sediakan.. Lebih meyakinkan aku apabila, terdapat banyak syarikat-syarikat besar yang turut menempah dengan mereka dan yakin dengan servis yang mereka berikan.. Antara kelebihan lain yang aku sendiri tidak dapat nafikannya adalah :-

1.  Mencetak lebih 200 jenis produk

Tempah Baju dan Pelbagai Produk Menarik Dengan Design Sendiri Di Custom.my

200 jenis produk ye kawan-kawan.. Bukan 2 atau 20 sahaja tau.. Ini salah satu sebab kenapa Custom.my ini menjadi pilihan ramai pelanggan terutamanya syarikat-syarikat gergasi.. Bila sebut sahaja Custom.my, aku ingat syarikat mencetak baju sahaja.. Rupa-rupanya terdapat pelbagai produk lain lagi yang disediakan di Custom.my ni.. Korang sebut sahaja nak design apa, semuanya mereka sediakan.. Bayangkan, kain pasang pun dorang boleh cetak tau.. Fuhh mencabar keimanan aku betul la.. Haha.. Antara kategori yang ada di Custom.my :-
  • T-Shirt & Polo 
  • Jacket & Hoodie 
  • Sportswear 
  • Men's Fashion 
  • Women's Fashion 
  • Kids & Babies Accessories 
  • Accessories 
  • Bag Pouch 
  • Home Decoration 
  • Hat 
  • Sticker/Marketing Material 
  • Print Kain

2.  Tiada minimum order

Tempah Baju dan Pelbagai Produk Menarik Dengan Design Sendiri Di Custom.my

Satu lagi kelebihan bila menempah design di Custom.my ni adalah tiada minimum order.. So, korang nak order sikit ke banyak ke, terpulang pada korang.. Ciri-ciri servis yang paling pelanggan suka tau termasuk aku.. haha.. Bukan apa, kalau kita hanya nak order sikit dan kita ke kedai percetakan ingin menempah tetapi kedai tersebut tak terima tempahan sedikit.. Memang kecewakan.. Haa sekarang dah tak payah nak kecewa bagai, di Custom.my memang tiada minimum order.. Korang nk order sehelai atau satu barang sahaja pun boleh.. Tak payah susah payah nak kumpul order bagai.. Memang best gile kan..

Biasa kalau syarikat-syarikat besar, mesti nak order dalam kuantiti yang banyakkan.. Di Custom.my korang juga boleh tempah secara pukal atau berskala besar.. Kalau korang tak yakin dengan kualiti produk atau servis mereka, korang boleh tempah sample atau buat order sehelai dahulu supaya korang boleh menilai terlebih dahulu kualiti dan ketepatan hasil yang diingini..

3.  Servis Pantas

Tempah Baju dan Pelbagai Produk Menarik Dengan Design Sendiri Di Custom.my

Paling bagus di Custom.my adalah servis yang mereka berikan sangat pantas.. Tempahan akan siap dalam masa yang ditetapkan.. Oh ya, sekiranya korang ingin menempah dalam kadar segera atau dalam keadaan keperluan yang mendesak atau mendadak, korang tak perlu risau kerana akan bantu korang sebaik mungkin untuk siapkan tempahan korang dalam masa yang diperlukan.. Tak kiralah dengan design korang sendiri ataupun design sedia ada.. 

Custom.my Menjadi Pilihan Banyak Syarikat Besar


Bila servis yang diberikan sangat bagus, ia akan menjadi tumpuan syarikat-syarikat besar.. Samalah juga dengan Custom.my ni yang telah diyakini oleh banyak syarikat besar.. Jangan tak tahu ye, dah banyak syarikat besar menggunakan perkhidmatan mereka dan terus sedia dengan mereka.. Kalau aku sendiri pun, bila dah dapat servis yang terbaik dari sesebuah syarikat tu, memang aku akan setia dengannya sampai bila-bila.. 

Kalau korang nak tahu, syarikat yang pernah membuat tempahan di Custom.my adalah :-
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)
  • Universiti Selangor (UNISEL)
  • Universti Teknologi Mara (uiTM)
  • Kolej PolyTech Mara (KPTM)
  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
  • iFlix
  • CIMB Foundation
  • Movie Animation Park Studio (MAPS)
  • Thunder Print

Jom Tempah Pelbagai Produk Menarik Dengan Design Sendiri Di Custom.my

Bagi korang yang ingin membuat tempahan bercetak dan inginkan produk yang menarik dan pelbagai, Custom.my lah pilihannya.. Aku sangat recommend korang tempah di Custom.my.. Lagi pun mereka menyediakan servis percetakan yang  terbaik dan berkualiti dengan harga yang berbaloi-baloi.. Lagi best korang boleh design sendiri tempahan korang tu.. Ianya lebih bermakna kan..?

Oklah, kalau korang ingin mendapatkan perkhidmatan Custom.my dan melihat sendiri servis yang ditawarkan oleh mereka, korang bolehlah terus ke kedai mereka yang beralamat seperti di bawah ini..


Alamat
Custom My Printing Sdn Bhd (1210459P)
No. 46A, Hala Taman Meru 11,
Meru 2B 30020 Ipoh, Perak

Lat. Long
4.661083, 101.067278 

Waktu Operasi
Isnin - Jumaat
9:00 AM - 6:00 PM 

No Telefon
05-5252144

Email
info@custom.my

Whatsapp
013-484 5800

Telefon Bimbit
013-484 5800


Untuk info lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram



Read More

Affan Natural Baby Balm dan Natural Telon Oil Untuk Keselesaan Bayi Kembung Perut

Tuesday, August 20, 2019

16 comments
Affan Natural Baby Balm dan Natural Telon Oil Untuk Keselesaan Bayi Kembung Perut  |  Assalamualaikum.. Hi guys!! Ok, sape yang bergelar ibu kat sini, angkat tangan... Hehe.. Orite, sebagai ibu aku agak mengambil berat tentang kesihatan anak aku terutamanya time dorang masih bayi.. Masa ni agak struggle jaga dorang.. Banyak masalah yang akan dialami sekiranya penjagaan rapi tidak dititikberatkan dari awal terutamanya masalah kembung perut.. Aku agak trauma jika anak aku kembung perut... Agak susah untuk solve problem ni kalau tak kena dengan caranya.. Itu dulu la.. Now aku dah tak perlu risau lagi sebabnya aku dah jumpa penawarnya iaitu Affan Natural Baby Balm dan Natural Telon Oil untuk keselesaan bayi kembung perut..

Affan Natural Baby Balm dan Natural Telon Oil Untuk Keselesaan Bayi Kembung Perut

Affan Natural Baby Balm dan Natural Telon Oil Untuk Bayi Kembung Perut Yang Sangat Best

Bila dah bergelar seorang ibu ni, perkara pertama yang aku utamakan adalah keperluan anak-anak.. Tak kiralah dari segi apa sekali pun, aku akan pastikan ianya adalah yang terbaik untuk anak aku.. Sama jugalah dengan keperluan untuk penjagaan diri mereka.. Sebab itulah Affan menjadi pilihan aku untuk menjaga kesihatan anak-anak aku.. Aku memilih untuk menggunakan Affan Natural Baby Balm dan juga Natural Minyak Telon sebagai persediaan awal sekiranya diperlukan..

Affan Natural Baby Balm dan Natural Telon Oil Untuk Keselesaan Bayi Kembung Perut

Contohnya, baru-baru ini anak aku si Aqiff tak sihat.. Dia deman, batuk dan selesema.. Mujurlah ada Affan Natural Baby Balm ni.. Dapatlah dia bernafas dengan selesa dan tidur lena.. Banyak tau manfaat Affan Natural Baby Balm dan Natural Minyak telon ni.. Bukan setakat melegakan kembung perut sahaja tetapi pelbagai lagi manfaat yang korang dapat perolehi dari penggunaan produk Affan ni.. Paling penting Affan Natural Baby Balm dan Natural Minyak Telon ni berasaskan bahan semulajadi dan selamat digunakan oleh bayi... 

Affan Natural Baby Balm

Affan Natural Baby Balm dan Natural Telon Oil Untuk Keselesaan Bayi Kembung Perut

Biasanya aku akan guna balm pada anak aku bila dorang mengalami selesama.. Selalunya time selesema tidur orang akan terganggu dek kerana hidung tersumbat.. Pernafasan menjadi tidak lancar sekaligus mengganggu tidur mereka.. Dengan menggunakan Affan Natural Baby Balm ni, dorang kembali bernafas dengan baik dan memberikan mereka tidur yang lena sehingga pagi..

Ok, kalau korang nak tahu Affan Natural Baby Balm ini diperkaya dengan Minyak Almond dan Minyak Zaitun melindungi kulit dan mengekalkan kelembapan kulit bayi.. Haaa bukan untuk melawaskan pernafasan aje tau, balm ini juga memberi kelembapan pada kulit bayi.. Eh, bukan untuk anak yang masih bayi saja tapi anak aku yang berumur 4 tahun tu pun aku pakaikan balm ni.. Memang sangat serasi dengan mereka.. Alhamdulillah..

Affan Natural Baby Balm dan Natural Telon Oil Untuk Keselesaan Bayi Kembung Perut

Selain itu, baby balm Affan ni juga membantu merawat kulit seperti ruam lampin, ruam susu dan ruam akibat panas.. Biasa kalau anak ruam, kita sibuk cari cream ruam kan.. Now, aku dah yakin dengan balm Affan ni sebabnya mampu mengatasi masalah ruam.. Bukan itu sahaja ye, ia juga membantu merawat kulit kering dan kulit sensitif.. Wah, banyak betulkan manfaat baby balm ni..

Ada lagi tau manfaat Affan Natural Baby Balm ni tau.. Baby balm ni mengandungi Essential Oil dari bunga kenanga, lavender dan geranium rose 100% organik yang membatu sebagai aromaterapi dan memudahkan anak untuk tidur lena tanpa gangguan serta tidak meragam kerana haruman bunga lavender mampu menenangkan mereka..

Affan Natural Telon Oil

Affan Natural Baby Balm dan Natural Telon Oil Untuk Keselesaan Bayi Kembung Perut

Satu lagi produk Affan yang banyak membantu aku dikala diperlukan iaitu Affan Natural Telon Oil atau dalam bahasa melayu nya minyak telon.. hehe.. Ok, minyak telon ini dirumus khas dari Minyak Almond, Halia, Daun Pudina, Habbatus Sauda Organik, Bunga Geranium, Minyak Kayu Putih, Lavender, Bunga Kenanga, Minyak Ylang-Ylang dan Vitamin E.. Minyak ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia sintetik, steriod, paraben, bahan pewarna dan pewangi tiruan.. Bau-bauannya adalah dari 100% bahan semulajadi tumbuhan.


Bagus tau minyak telon Affan ni sebabnya selepas mandikan anak, aku akan apply minyak telon Affan ni pada perut anak aku untuk elakkan kembung perut.. Ternyata minyak telon ni dapat mencegah kembung perut.. Bak kata orang 'mencegah itu lebih baik daripada merawat'.. hehe.. Sungguhpun begitu, Affan Natural Telon oil ini juga merupakan minyak telon yang bagus dan mudah dipakai dimana ia dapat membantu merawat perut kembung, perut berangin, mengurangkan batuk dan selesama pada bayi serta membantu memberikan kehangatan pada tubuh bayi..


Bukan takat anak-anak aku jerk guna minyak telon ni.. Kalau aku kembung perut pun aku pakai jugak minyak telon ni.. Haha.. Best gile kot.. Berkesan pada bayi dan juga pada ibu bayi.. Haha!! Memang terbaik..!! Bukan itu sahaja manfaat Affan Natural Minyak Telon ni ye.. Ia juga membantu menenangkan emosi bayi yang meragam dan kuat menangis kerana kandungan minyak ini memberikan keselesaan sepanjang hari pada bayi sekaligus membantu bayi tidur lena.. 

Affan Natural Baby Balm dan Natural Telon Oil Produk Muslim Yang Bagus dan Halal


Aku memilih produk Affan ni adalah kerana ia merupakan produk keluaran muslim yang sangat bagus dan sudah pastinya Halal serta selamat digunakan.. Satu lagi menjadi daya penarik produk ini adalah packagingnya.. Aku suka sangat packagingnya kerana sangatlah comel seiring dengan tema produknya.. Packaging juga memainkan peranan penting tau untuk memikat hati pelanggan.. Aku la tu.. hehe..

Selain itu, minyak telon dan baby balm ini juga senang dibawa kemana sahaja memandangkan saiz bekas dan botolnya yang comel boleh terus masukkan ke dalam handbag sahaja.. Jadi tak payah dah nak bawak dua tiga bag.. Masukkan aje terus dalam handbag dan boleh digunakan bila-bila masa dan dimana sahaja..


Satu lagi yang aku suka tentang produk Affan ni adalah baunya... Best sangat.. Menenangkan.. Kalau korang sendiri bau pun aku yakin korang pasti jatuh cinta dengan bau set Affan ini yang sangat sesuai dengan bayi dan kanak-kanak.. Bukan anak je boleh tenang bila bau haruman produk ni, tetapi si ibu juga boleh tenang tau.. Haaa.. Hehe.. Bagi aku Natural Baby Balm dan Natural Telon Oil ni antara set minyak telon terbaik dengan bau yang menyenangan untuk hilangkan kembung bayi.

Dapatkan Affan Natural Baby Balm dan Natural Telon Oil Untuk Keselesaan Anak Sepanjang Hari


Bagi aku memang seharusnya setiap rumah ada produk Affan ni.. Ianya sangat berguna bila diperlukan dan sangat berkesan.. Manfaat yang ada pada kedua-dua produk Affan ni sangat bagus.. Lagi pun produk ini selamat digunakan kerana no synthetic fragrance, no artificial colouring, no mineral oil, no paraben, no steriod and no animal raw material... Paling penting ianya Halal.. 

Oklah, jom kita pakat sokong produk muslim.. Siapa lagi yang nak sokong kalau bukan kita kan.. Lagi pun produk Affan ni sangat bagus dan berkesan.. Jadi tak salah kalau aku recommend kat korang untuk guna produk ni.. Aku dah guna untuk anak aku dan sangat serasi dengan mereka.. Kalau korang nak tau serasi ke idok dengan anak korang kenalah cuba dulu baru tau.. Hiks.. Ramai yang dah cuba produk ni tau dan berpuashati dengannya.. Jom tengok testimoni pengguna produk Affan ini..






AFFAN NATURAL BABY BALM
Harga Normal : RM45
Harga Promosi : RM39

AFFAN NATURAL TELON OIL
Harga : RM35


Untuk sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :-

🌠 Whatsapp : www.wasap.my/60136699512/affan


Read More

Lirik Lagu Ilusi - Iam Neeta (Ost Sweet Dreams)

Sunday, August 18, 2019

3 comments
Lirik Lagu Ilusi - Iam Neeta (Ost Sweet Dreams)  |  Kemain lagi ye.. Merata dok tengok kaum hawa post gambar Ben Amir gara-gara drama Sweet Dreams... Aku yang tak tahu menahu tentang drama ni pun dah terjebak sekali dok mengadap drama ni.. hehe.. Best jugak la jalan cerita drama ni adaptasi dari sebuah novel karya Acik Lana.. Uik, camne aku boleh terlepas pandang novel ni yek.. HUrmm.. Drama ini menampilkan gandingan Ben Amir dan Mira Filzah.. Kali ni lain sikit, sebabnya Mira Filzah bawa watak seorang bisu.. Menarik! Dah terjebak sekali memang akan ikut sampai habis la ni..


Drama dah best, lagu tema pun best.. Dah menjadi siulan disana sini.. Lagu Ilusi nyanyian Iam Neeta menjadi lagu ost bagi drama Sweet Dreams ni.. Jarang-jarang aku layan lagu Iam Neeta ni.. Tapi disebabkan drama ni, dah tersangkut pulak dengan lagu Ilusi ni.. Hehe.. Moh le layan lagu ni ye..


Lirik Lagu Ilusi - Iam Neeta
(Ost Sweet Dreams)

Semua rasa sedih
Semua ku takuti
Semua rasa berat di hati ku

Bimbang segala
Angan mu setinggi angkasa

Ku berikan segalanya
Kau hancurkan semuanya
Kau harapkan seperti
Ilusi dalam mimpi mu

Hujung jalan ini
Semua nya terhenti
Semua rasa berat di hati ku

Bimbang segala
Angan mu setinggi angkasa

Ku berikan segalanya
Kau hancurkan semuanya
Kau harapkan seperti
Ilusi dalam mimpi mu

Bunuh sisa cinta
Dera hingga mati
Merah menyala
Kau genggam sehingga mati…

Ku berikan segalanya
Kau hancurkan semuanya
Kau harapkan seperti
Ilusi dalam mimpi mu



TQ :)

Read More