Review Novel | Mannequin by Illya Abdullah

Saturday, August 3, 2019

5 comments
Mannequin by Illya Abdullah  |  Dah agak lama tak review novel.. Dunia pembacaan agak lama aku tinggalkan semenjak komitmen aku bertambah.. Rasanya tak cukup masa untuk aku atur semua sekali perjalanan harian aku.. Kekangan masa yang serius membuatkan aku akur dengan ketidakbolehan aku melakukan hobi aku yang satu ini.. Kerinduan untuk membaca tu tetap ada dan kelmarin aku cuba untuk meluangkan sedikit masa untuk melepaskan rindu aku nan satu itu dengan menghadam cerita Mannequin dari Illya Abdullah ini.. 


Mannequin Ia Bernyawa! Yess buku ini dah lama sebenarnya aku beli.. Tersimpan kemas dalam kabinet buku dan masih berbalut plastik.. Memandangkan dua tiga hari lepas banyak kejadian dah berlaku dalam hidup aku, jadi untuk membuang semua rasa yang tak ingin aku rasa tu, aku amek feel seram untuk lupakan kejadian yang dah berlaku tu.. Tak de la semak otak aku ni.. Hehe..



Tajuk : Mannequin
Penulis : Illya Abdullah
Muka Surat : 348
Penerbit : Buku Prima
Tahun Diterbitkan : 2017


Sinopsis Mannequin


MANNEQUIN sebuah patung perhiasan yang menjadi model peragaan di butik-butik  pakaian. Ada cerita di sebalik patung itu. Zaitun, wanita berhati iblis menghasilkan mannequin bernyawa untuk kepentingan diri dan sebagai koleksi peribadinya. Kisahnya menjadi tarikan sebuah syarikat produser yang ingin menghasilkan sebuah filem seram berdasarkan kisah benar Zaiton. Melissa, teraju utama filem itu melakukan sedikit kajian pada wataknya itu.

Seorang kru dirasuk dan seorang lagi kru mati dengan misteri. Melissa pula hilang tanpa jejak. Adam, saudara tiri Melissa pulang untuk menyiasat kehilangan Melissa. Dia dibantu oleh Bella dan juga Inspektor Izwan yang pada mulanya tidak mempercayai kes yang disiasat itu berkaitan manusia yang bersekutu dengan iblis. Kisah Zaitun mempunyai kaitan rapat dengan keluarga Adam. Benarkah Zaitun sudah mati atau masih bernyawa? Siapa dalang di sebalik angkara ini? Mannequin dijadikan sebagai teman hidup mereka yang kesunyian dan mereka yang kehilangan orang tersayang. Namun, ada 'bayaran' yang cukup mahal perlu dilunaskan.
Dalam al-Quran sudah dinyatakan dengan jelas tentang adanya musuh manusia yang sentiasa menanti-nanti, menunggu mencari peluang untuk menyesatkan manusia. Nak tahu siapa? - ADAM
Sekali pun jasad aku sudah mati, tetapi aku masih hidup bersama patung-patung ini. Aku bersumpah yang aku akan tamatkan riwayat keturunan kamu, Yusoff!! - ZAITON
Mannequin bernyawa? Maksud kau mannequin itu dipuja. Kau buat aku rasa seram. Tetapi perempuan tua yang dikatakan mengamalkan ilmu sihir itu dah mati lama dulu. - INSPEKTOR IZWAN


Review Mannequin


Kadang aku baca sesetengah buku tu, starting dia meleret-leret dan membosankan.. Untuk Mannequin ni, bermula dengan baik sekali tanpa ada rasa bosan ketika aku menelusuri jalan ceritanya.. Perjalanan ceritanya berjalan lancar dan agak pantas tanpa tersekat-sekat.. Cerita yang tersusun dari awal hingga akhir.. Aku pun cepat la sikit faham jalan ceritanya.. Tak de la bengkang bengkok.. hiks..

Mannequin ni sepertimana yang semua dah tahu adalah sebuah patung.. Cerita patung aje aku baca ye.. Ceritanya agak seram tentan perempuan tuan mengamalkan ilmu hitam untuk menghidupkan patung-patung rekaannya.. Perghhh seram dowh.. Siap guna kulit, daging dan darah manusia lagi tu buat patung.. Pastu nak yang anak dara dan cantik sebagai daya tarikan pada patung tersebut.. huhu..

Tak dapat aku bayangkan jika bende ni benar-benar wujud dalam alam nyata sekarang ni.. Maka banyaklah mangsa yang akan menjadi korban dengan kerakusan manusia yang bertuankan Iblis.. Mintak dijauhkan diri kita dan keturunan kita dari perkara syirik seperti ini.. Moga tuhan melindungi kita semua..

Aku tak pasti sama ada novel ini ada sambungan atau tidak sebabnya, diakhir cerita masih ada yang menyambung legasi perempuan tua bernama Zaiton itu.. Kalau ini sebuah movie, pastinya akan ada sambungan Mannequin 2.. Hehe..

Peratus keseraman novel ini adalah :-

  • 60% Kesedihan
  • 50% Kekeluargaan
  • 80% Ketakutan/Seram
  • 70% Mistik


Rating & Cadangan


Rating : ðŸŒŸ 🌟 🌟 🌟

Tahniah kepada penulis kerana berjaya menghasilkan novel yang membangkitkan keseraman dan juga ketakutan pada aku.. Rasa nak muntah pun ada bila baca plot yang menjijikkan.. Siat kulit manusia hidup-hidup weh.. Cuba bayangkan.. hehe.. Aku dapat habiskan novel ni sehari setengah aje.. Betapa syoknye jalan cerita novel ni sampai aku tak mahu lepaskan..

Bagi korang yang suka novel genre seram, bolehlah cuba baca novel ni ye.. Korang mesti merasainya.. Buat penulis, semoga terus success dalam menghasilkan novel seram yang lebih mencabar keberanian pembaca..




Read More

Eversoft Micellar Cleansing Water Dengan 100% Ekstrak Tumbuhan Organik Menanggalkan solekan Dengan Mudah

Friday, August 2, 2019

8 comments
Eversoft Micellar Cleansing Water Dengan 100% Ekstrak Tumbuhan Organik Menanggalkan solekan Dengan Mudah  |  Kosmetik merupakan salah satu elemen daya tarikhan seorang wanita. Solekan seperti pembayang mata, celak, maskara dan barangan kosmetik lain menyerlahkan kecantikan pada mata serta menaikkan seri pada wajah. Sudah menjadi trend bagi kebanyakan pengguna terutamanya wanita dan gadis untuk menggunakan kosmetik dalam kehidupan seharian mereka. Oleh kerana bahan kosmetik mengandungi bahan kimia dan pewarna, adalah penting untuk memastikan solekan dibersihkan secara menyeluruh tanpa mengganggu lapisan perlindungan kulit yang boleh mengakibatkan kulit kering.


Sebagai jenama yang dipercayai lebih 20 tahun, Eversoft memang terkenal dengan pembersih wajah yang diformulasi dengan 100% ekstrak tumbuhan organik dan menggunakan teknologi jepun. Eversoft kini memperkenalkan pembersih solekan berasaskan air yang tidak melekit. Ia menggabungkan beberapa langkah pemeliharaan kulit iaitu menanggalkan solekan, membersih, menyegar serta melembapkan kulit dengan hanya 1 botol dalam 1 langkah dengan mudah.


Diperbuat daripada 100% ekstrak tumbuhan organik dan tanpa kandungan kimia berbahaya, Eversoft Micellar Cleansing Water boleh menanggalkan semua jenis solekan, krim pelindung matahari, lebihan minyak dan kotoran kulit tanpa menggosok. Ia mampu mencapai kotoran yang tersumbat pada liang-liang pori sambil membersih dan melembap dengan ekstrak tumbuhan organik tanpa perlu dibilas. Bahan-bahan semulajadi yang lembut dan ternyata semulajadi ini dapat menyegarkan kulit wajah, kekal hidrasi dan tidak memedihkan mata. Memandangkan hidrasi merupakan sebahagian penting dalam proses penjagaan kulit tidak kira jenis kulit anda, Bio-Hyaluronic Acid yang terkandung di dalam Eversoft Micellar Cleansing Water baharu ini bebas daripada paraben, SLES/SLS, propylene, glycol, phyhalates, wangian, alcohol, minyak mineral dan pewarna menjadikan pembersih ini sesuai untuk semua jenis kulit.


Terdapat dalam 3 variasi, rangkaian Eversoft Micellar Cleansing Water mempunyai variasi yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit.

Eversoft Avocado Micellar Cleansing Water - Untuk Kulit Normal


Jika anda dikurniakan kulit wajah normal yang tidak terlalu berminyak, anda boleh memilih apa sahaja variasi micellar water yang anda gemari. Namun Eversoft Avocado Micellar Cleansing Water inid apat menyuburkan serta meremajakan wajah anda kerana ia dapat menghilangkan sisa solekan dengan mudah, menjadikan kulit lembut dan kekal terhidrat. Ekstrak Avocado yang diperkaya dengan antioksida Vitamin E bermanfaat untuk melawan radikal bebas, pencemaran serta mengandungi ciri-ciri anti-penuaan yang membantu meremajakan kulit wajah.

Eversoft Tomato Micellar Cleansing Water - Untuk Kulit Kering


Jika anda mengalami kulit kering, anda mestilah mengelakkan pembersih yang akan mengeringkan kulit anda. Namun dengan Eversoft Tomato Micellar Cleansing Water anda tidak perlu lagi bimbang kerana ia bebas dari astringen dan alkohol. Ekstrak tomato organik dapat mengekalkan lembapan kulit serta membantu mencerahkan kulit menjadikan kulit lebih sihat dan berseri. 100% bahan organik yang terkandung berupaya membantu melambatkan proses penuaan serta membekalkan kulit wajah dengan pelindungan sinaran matahari semulajadi. Diperkaya dengan manfaat pati minyak zaitun iaitu anti-oksidan yang kuat dapat mengekalkan fungsi lapisan pelindung kulit yang membantu memperbaiki keadaan kulit sambil memberikan lembapan pada kulit.

Eversoft Grapefruit Micellar Cleansing Water - Untuk Kulit Berminyak dan Berjerawat


Jika anda mempunyai kulit berminyak atau berjerawat, anda boleh berasa yakin dengan manfaat ekstrak limau gedang yang terkandung di dalam  Eversoft Grapefruit Micellar Cleansing Water. Ia dirumus khas untuk mengurangkan minyak yang berlebihan serta menghalang jerawat daripada terus tumbuh. Ia juga menggalakkan penghasilan kulit sihat dengan mengecilkan liang pori dan mengurangkan jerawat.


Eversoft Micellar Cleansing Water dengan 100% ekstrak tumbuhan organik sangat sesuai digunakan tidak kira di rumah atau jika anda merancang untuk menggunakannya semasa bercuti. Malah anda juga boleh membawanya ke gimnasium untuk membersih dengan segera selepas bersenam. Setiap cucian memberikan anda manfaat nutrient untuk kulit yang bersih dan sihat.


Rangkaian Eversoft Micellar Cleansing Water baharu ini amat berpatutan serta dapat memberikan hasil yang menakjubkan! Ia boleh didapati pada harga RM25.90 (SM) dan RM27.20 (SS) dalam botol bersaiz 300ml di semua pasaraya besar, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara.


Read More

Cara Hilangkan Jeragat Secara Berkesan Dengan Tera Skincare

Thursday, August 1, 2019

9 comments
Cara Hilangkan Jeragat Secara Berkesan Dengan Tera Skincare  |  Hola!! Hi Guys... Haa aku nak tanye, ada tak dikalangan readers blog aku ni yang mempunyai masalah jeragat? Kalau ada, korang patut baca entry ni sampai habis ye sebabnya aku nak kongsikan cara hilangkan jeragat secara berkesan dengan menggunakan satu produk yang ajaib iaitu Tera Skincare.. Mungkin ada yang dah familiar dengan produk ni dan mungkin juga ada yang belum kenal dengan produk ni.. Betul tak? Jangan risau, kali ni aku nak share dengan korang tentang kehebatan my magical skincare routines ni dengan korang.. Hah gittew!!


Cara Hilangkan Jeragat Secara Berkesan Dengan Tera Skincare

Aku sendiri tak nafikan yang aku juga mengalami masalah jeragat.. Walaupun tak ditahap yang kronik tetapi still juga aku risau sebabnya jika dibiarkan ia akan menjadi lebih teruk.. Biasalah bila usia meningkat memang tak lari dengan masalah jeragat.. Nak-nak pulak aku ni jenis pakai bermacam-macam jenis skincare.. Pantang ada yang baru, mesti gatal aje tangan nak beli untuk cuba.. Ada juga sesetengah produk yang aku cuba, ianya tak sesuai dengan aku.. Faktor ini juga boleh menyumbang kepada masalah jeragat... Jadi, sebelum terlambat lebih baik aku rawat segera jeragat yang dah bertapak dekat muka aku ni.. hehe..


Kali ni aku diperkenalkan dengan magical produk iaitu Tera Skincare dimana ramai yang telah mencuba produk ini dan sangat berkesan untuk rawat jeragat dan atasi masalah jerawat serta kulit kusam.. Bila tengok testimoni penggunanya sangat positif, aku pun teringin jugak nak cuba.. Masalah jeragat aku ni perlukan rawatan sebelum terlambat.. Eh, bukan jeragat jerk yang ada dekat muka aku ni tetapi jerawat pun dah pandai nak singgah kat muka aku sekarang.. Dah tua-tua pun jerawat nak dekat lagi ye.. Hurmm..

Orite, Tera Skincare ni terdiri daripada 4 jenis produk iaitu :-
  • Tera Carrot Soap
  • Tera Soft Pearl Peel Toner
  • Tera Flawless Day Cream
  • Tera Stardust Night Cream

Rutin Tera Skincare


Cara penggunaan yang betul juga sangat penting tau.. Kalau cara guna pun dah salah macam mana kesan yang sempurna dapat kita perolehi.. So, pastikan cara guna tu betul step by step.. Jangan pandang remeh cara penggunaan sesuatu produk ye.. Tera Skincare ni, cara gunanya sangat simple.. Jom lihat step penggunaan Tera Skincare yang betul dan ambil tahu tentang fungsi setiap produknya..

1. Tera Carrot Soap


Cuci muka merupakan rutin penjagaan wajah yang sangat penting.. Jadi, sebelum menggunakan apa-apa skincare, haruslah mencuci muka terlebih dahulu dengan sempurna.. Tera Carrot Soap ni berfungsi membersih dan menyegarkan kulit wajah.. Selain itu, ia juga dapat menganjal, mencerah, menghilangkan kotoran dan mengecilkan pori kulit.. Sesuai untuk semua jenis kulit..

Cara guna : Gunakan 2 kali sehari untuk membersihkan wajah (pagi dan malam)

2. Tera Soft Peel Toner


Pada mulanya aku agak risau untuk guna Peel Toner ni sebabnya akan berlaku proses peeling.. Tapi bila dah tau ianya tidak berbahaya, barulah aku berani nak pakai.. Bau dia best weh!! Fresssshhhhhh gittew!! Ok, lepas dah cuci muka sebersihnya, step kedua bolehlah pakai Peel Toner ni.. Hanya perlu spray aje pada kapas muka dan sapu secara nipis pada kulit wajah.. Peel Toner ni dihasilkan daripada Aqua, Arbutin dan Allatoin untuk membantu menanggalkan kulit mati, merangsang pertumbuhan kulit baru secara semulajadi dan sekatakan tona kulit..

Cara Guna : Setelah proses peeling, guna jika perlu sahaja

3. Tera Flawless Day Cream


Antara keempat-empat produk Tera Skincare ni, Day Cream paling aku suka.. Sebabnya aku boleh jadikan makeup base dan juga sebagai pelindung uv.. Jadi aku dah tak perlukan cream lain dah.. Cukup hanya Tera Day Cream ni.. Bukan itu sahaja tau, Day Cream ni juga dapat mencegah kulit berminyak, melembabkan kulit yang kering dan memberi kesan flawless.. Suka sangat!!

Cara Guna : Sapu secara nipis pada kulit wajah selepas mandi

4. Tera Stardust Night Cream


Selepas proses peeling berakhir, barulah boleh pakai Tera Stardust Night Cream ni... Ia berfungsi memudarkan jeragat, merawat jerawat, mengecilkan liang pori, menegangkan kulit dan merawat kulit dari dalam.. Nak awet muda, inilah rahsianya.. hehe..

Cara Guna : Sapu secara nipis pada kulit muka sebelum tidur..


Macam aku sendiri, sebelum guna sesuatu produk tu kene pastikan terlebih dahulu sama ada produk tersebut telah berdaftar dengan KKM ataupun belum.. Sama juga dengan Tera Skincare ni.. Aku dah check satu persatu dan alhamdulillah semua produk Tera Skincare telah berdaftar dan berada di bawah pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).. So, dah tak perlu risau lagi dah..


Keistimewaan Tera Skincare

Setiap produk yang kita guna sudah semestinya mempunyai keistimewaannya yang  tersendiri sehingga kita tertarik untuk mencubanya.. Sama jugalah dengan Tera Skincare ni.. Banyak keistimewaannya atau lebih tepat manfaat yang akan kita perolehi daripada penggunaannya secara konsisten.. Biasalah, kalau nak kesan yang ohsem, kenalah konsisten kan.. Kalau sekadar 'angat-angat tahi ayam' memang tak terlihatlah kesannya.. Hehe..


Oklah, tak nak bebel panjang sangat, now aku nak story kat korang tentang keistimewaan Tera Skincare ni.. Antaranya ialah :-
  • Merawat masalah jeragat kronik
  • Merawat masalah parut berlubang akibat jerawat
  • Merawat masalah jerawat teruk dan bernanah
  • Merangsang pertumbuhan sel kulit baru
  • Melindungi kulit daripada sinar UV berlebihan
  • Mengecilkan liang pori
  • Merawat blackhead dan whitehead
  • Melicin dan mencerahkan kulit seawal 3 hari sahaja
  • Mengembalikan keseimbangan pH kulit dan mengelakkan kulit kusam dan gelap
  • Mengelakkan kulit kelihatan tua sebelum usia
  • Kulit wajah sihat, segar, kekal anjal dan berseri-seri
  • Kulit lembap, cerah, licin dan anjal seawal 3 hari

Banyak gila kelebihan Tera Skincare ni kan.. Hanya guna satu set produk ni korang boleh dapat manfaat yang banyak daripadanya.. Aku sendiri pun teruja untuk cuba produk ni tau bila tengok manfaatnya.. Orang lain cantik, aku pun teringin nak cantik jugak macam orang lain.. Haha!!

Testimoni Pengguna Tera Skincare




Dapatkan Tera Skincare Untuk Kulit Sihat Dan Cantik

Yang ada ada masalah jerawat, jeragat, kulit kusam dan sebagainya bolehlah cuba Tera Skincare ni ye.. Ramai dah yang cuba dan berpuashati dengan hasilnya.. Kulit bermasalah jangan dibiarkan, risau bertambah teruk.. Aku dah cuba, korang bila lagi? Hehe..


Untuk sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :-

Instagram

Whatsapp
019-216 1708


Read More

Buffet Ramadhan 2018 Di AnCasa Royale, Pekan Bertemakan 'Kampong Boy'

Wednesday, July 31, 2019

10 comments
Buffet Ramadhan 2018 Di Ancasa Royale, Pekan Bertemakan 'Kampong Boy'  |  Pejam celik pejam celik, sekali lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan.. Bila tu? Bulan depan je deknon oiii.. Tak lama dah!! Korang dah ganti ke puasa? Yang mana belum ganti tu, cepat-cepatlah ye ganti.. Nanti tak sempat ganti, susah pulak.. Apa yang bestnya bila dah dekat-dekat nak puasa ni, ramai kawan-kawan dok bercerita tentang buffet ramadhan.. Tengok gambar dorang post, amboiii sedap-sedap belaka.. Aku pun tak nak kalah hokeh!! Jadi, aku pun nak jugak bercerita tentang buffet ramadhan 2018 di AnCasa Royale, Pekan yang bertemakan 'Kampong Boy'...


10 April yang lalu, aku berkesempatan untuk menikmati hidangan istimewa sempena Ramadhan nanti di AnCasa Royale, Pekan.. Sudah menjadi kelaziman setiap tahun apabila menjelangnya bulan Ramadhan, banyak hotel terkemuka yang akan memperkenalkan menu Ramadhan masing-masing... Begitu juga dengan AnCasa Royale, Pekan, Pahang dimana pada tahun ini mereka tidak melepaskan peluang untuk memperkenalkan menu-menu istimewa yang akan disajikan sepanjang bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi.. 

Jika tahun lepas bertemakan 'Selera Desa', pada tahun ini pula AnCasa Royale, Pekan masih mengekalkan konsep masakan bercitarasa kampung dengan  memilih tema 'Kampung Boy' bertepatan dengan kempen 'Stay, Dine & Win' yang sedang berlangsung dan akan berakhir pada 14 Julai 2018 di mana tarikh akhir bagi perlawanan World Cup 2018. Bagi aku sendiri, jika ingin memilih buffet Ramadhan, aku lebih suka memilih buffet Ramadhan yang berkonsepkan selera kampung kerana ianya menepati citarasa aku yang agak kemelayuan ni.. Memang melayu pun kan.. Haha!!


Bertemakan 'Kampong Boy', merupakan gabungan idea chef-chef dari AnCasa Royale, Pekan yang berpengalaman dalam masakan tradisional Melayu khususnya masakan tradisional negeri Pahang yang bakal menampilkan kelainan dalam setiap resepi dan menu yang disajikan pada kali ini.. Yang bestnya, pada tahun ini AnCasa Royale akan menyajikan lebih dari 120 menu masakan melayu yang pasti akan membuatkan korang tersenyum disaat menikmati setiap hidangan yang ada nanti.. Menu apa yang ada?

AnCasa Royale, Pekan Memperkenalkan Lebih Dari 120 Sajian Masakan Tradisional Kampung Sempena Ramadhan 2018

120 menu sajian masakan melayu? Wahhh banyak tu.. Apalah agaknya yang akan disajikan tu ye.. Mesti ramai yang tertanya-tanya apakah menu yang akan dihidangkan oleh pihak AnCasa Royale, Pekan sepanjang bulan Ramadhan nanti kan? Ok, aku tak nak bagi korang kusut lama sangat, meh aku tunjukkan korang setiap menu yang akan disajikan nanti..

Kambing Golek, salah satu daya tarikan menu Ramadhan di AnCasa Royale

Kambing Golek Chef Pak Tam

'Seafood Kandar' ala AnCasa Royale

Ikan Patin Masak Tempoyak

My Feberet - Gulai Kawah!

Gulai Kawah Pahang

Daging Salai Masak Lemak

 Kailan Goreng Ikan Masin

 Sambal Tumis Ikan Bilis Terong Pipit

 Ayam Panggang Madu

Lala Masak Daun Selasih

Satay

Seperti biasa, ada satay ayam dan juga daging.. Sedap!!

 Ikan Masin, Telur Masin, Ayam Goreng, Tauhu Sumbat

Pelbagai jenis kerabu

Kerabu Kaki Ayam menjadi pilihan aku..

 Pelbagai Jenis Sambal

ShellOut jangan lupa untuk dicuba.. 

Selain itu, AnCasa Royale, Pekan turut menyajikan pelbagai aneka kuih muih tradisional dan turut menyediakan gerai-gerai yang menjual murtabak, roti canai, pisang goreng, cucur serta 'Churros'... Manisan pun banyak tau yang terdiri daripada ais kacang, aneka bubur serta puding yang pastinya mengubat rindu korang semua pada masakan bonda di kampung halaman..

Kuih Muih Tradisional

Puding Raja

Pelbagai jenis kek dan manisan


Dekorasi menarik di bahagian manisan

Coklat Strawberry

Ehh cookies pun ada laa..

Ais Kacang

Boleh campur macam-macam

 Gerai 'Churros'

 Firstime makan churros.. 
Sedap rupanya churros ni.. Lebih enak bila cicah dengan coklat.. 

 Kueh Teow pun ada tau.. 
Gerai Aneka Mee pun ada dibuka, cuma tak sempat nak snap gambar..

 Murtabak & Roti Canai


Buah-buahan tempatan pun ada.. Boleh cuci mulut.. hehe

Yang ni bagi peminat jeruk ye..

Antara barisan air yang disediakan untuk menghilangkan dahaga

Seperti tahun lepas, konsep gerai dan 'live cooking' masih dikekalkan supaya pelanggan mereka dapat merasai 'homely dining experience' semasa berbuka puasa di sini.. Sambil menikmati sajian masakan istimewa ala kampung, hasil air tangan chef yang berpengalaman ditambah pula dengan dekorasi ala kampung, pasti ianya dapat menggamit nostalgia di zaman kanak-kanak di kampung halaman serta keenakan berbuka dengan masakan bonda..


Sambil makan sambil dengar muzik, barulah best kan? Berbuka puasa di AnCasa Royale, korang tak kesunyian kerana korang akan dihiburkan dengan nyanyian yang akan didendangkan oleh artis jemputan AnCasa Royale.. Barulah tak bosan sangatkan.. Sambil makan sambil layan lagu, baru meriah suasana.. 

Di Buffet Ramadhan 'Kampong Boy' tempoh hari, aku berkesempatan bersua muka dengan beberapa orang blogger dari pahang.. Alhamdulillah, sebelum ni hanya bertegur sapa di media sosial sahaja tetapi bila ada majlis seperti ini, kami dapat berjumpa dan bersua muka.. Dapatlah kenal dengan lebih rapat kan.. Siapa yang aku jumpa? Ye mereka adalah Zaza Iman, Cik Renex, Ina Azlina, Ray, Iris Myra dan kak Ita.. Eceli Kak Ita memang aku kenal dan pernah jumpa dah sebelum ini.. 

Antara barisan Blogger Pahang

Iris Myra

Dari kiri - Ray, Zaza Iman, Lea Azleeya & Cik Renex
Belakang - Ina Azlina


Oklah, rasanya semuanya dah aku kongsikan disini... Overall, aku sangat suka dengan menu yang disediakan oleh AnCasa Royale.. Selain menepati citarasa aku yang ala-ala kampung ni, mereka juga memberikan servis dan layanan yang baik serta sangat friendly.. Bukan sahaja di tempat makan tetapi bermulanya di pintu masuk utama, aku telah disambut dengan penyambut tetamu dengan sapaan yang ramah beserta senyuman yang manis.. Sejuk hati aku memandang.. Cewahh!! Bukan itu sahaja ye, chef-chef yang ada juga turut turun padang bagi merai tetamu yang hadir..

Terima kasih diucapkan kepada pihak AnCasa Royale, Pekan, Pahang kerana sudi menjemput aku untuk merasai sendiri kemeriahan dan keenakan juadah berbuka puasa yang akan disajikan sepanjang bulan Ramadhan nanti.. Rasanya tak rugi spend duit untuk berbuka di AnCasa Royale, Pekan ni kerana hidangannya superb enak, pelbagai dan sangat berbaloi-baloi..


"Meh la kita nyinggoh berbuke di Hotel AnCasa Royale... Yek".... Bagi korang yang ada plan nak berbuka di hotel mewah tahun ni, jangan lupa masukkan sekali Hotel AnCasa Royale, Pekan dalam list tempat berbuka puasa korang tu yek.. Rugi tau kalau tak berbuka di AnCasa Royale, Pekan ni sebabnya selain menu hidangannya lebih dari 120 jenis sajian masakan tradisional kampung, harganya juga sangat berbaloi-baloi.. 

Walaupun dengan keadaan ekonomi yang sedikit mencabar tambahan pula harga bahan-bahan mentah yang semakin meningkat, AnCasa Royale, Pekan masih lagi menawarkan harga yang murah iaitu RM58 sahaja  kepada pelanggan yang membeli baucer sebelum 12 Mei 2018. Manakala harga selepas itu adalah RM68 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak..

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati lebih dari 120 juadah berbuka puasa di AnCasa Royale Pekan, Pahang dengan HARGA ISTIMEWA tersebut.... Dapatkan baucer sekarang sebelum 12 Mei 2018... Nikmati hidangan berbuka puasa dengan harga yang berbaloi-baloi..  


Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan, sila layari :-

Website 

No. Telefon 
09 - 424 6600  (Saffron Brasserie)  
09 - 424 6700  (Faks)  

Alamat  
No. 2670, Jalan Pekan - Kuantan,  
26600 Pekan, Pahang Darul Makmur  


Read More