FR Laptop Service Kedai Format Laptop Murah Di KL

Monday, May 27, 2019

15 comments
FR Laptop Service Kedai Format Laptop Murah Di KL |  Jika dilihat dari kemajuan zaman sekarang, laptop menjadi salah satu gadget yang mesti ada dan dimiliki oleh setiap orang terutamanya bagi student dan juga mereka yang bekerjaya termasuklah blogger macam aku ni.. hehe.. Berbanding PC, laptop lebih mudah dibawa kemana sahaja dan sangat fleksibel untuk menyiapkan tugasan, mencari dan menyimpan data, berblogging dan sebagainya.. Selalunya jika laptop tersebut bersifat peribadi, ia jarang sekali diambilberat untuk dihantar servis atau di format.. Betul tak? Jangan begitu ye kengkawan, laptop yang telah digunakan bertahun-tahun lamanya sememangnya perlu diservis dan diformat supaya tidak berisiko mengalami masalah atau kerosakan yang serius.

Format Laptop Murah Di KL

Kenapa Laptop Perlu Di Format?

Korang tahu tak kenapa kita perlu format laptop kita? Haaa jangan tau main guna jerk ye.. Nanti sendiri yang kusut sebabnya tak mampu nak selesaikan tugasan dek kerana laptop rosak tak di servis atau diformat.. Kebiasaannya antara sebab utama laptop perlu di format adalah black atau blue skrin dimana kegagalan operating system untuk berfungsi, serangan virus dan malware serta loading jadi slow gile.. 

Format Laptop Murah Di KL

Masalah virus memang kerap berlaku pada laptop aku.. Yelah, aku ni bukan tahu sangat pasal laptop ni.. Yang aku tahu hanya guna dan guna.. Bila dah kandungan virus terlalu banyak, mulalah sistem laptop tu menjadi lembap.. Nak tunggu loading tu kemain lama lagi sampai hangin satu badan.. Huh!! Tapi itulah, salah aku sendiri sebab tak hantar servis dan format balik.. 

So, jika tanda-tanda tersebut berlaku pada laptop korang, itu bermakna laptop korang tu dah nak kena format semula.. Jangan nak fikir lama sangat untuk format laptop tu, nanti kerosakan makin serius laptop korang dah tak dapat diselamatkan lagi.. Mungkin ada dikalangan korang yang memikirkan kosnya.. Betul tak? Haa jangan risau, FR Laptop Service kan ada. Kedai format laptop murah di KL...

Kedai Format Laptop Murah Di KL

Format Laptop Murah Di KL

Selalunya kalau laptop bermasalah, perkara yang paling aku risau adalah data dalam laptop tersebut hilang.. Risau jika semua data tak dapat diselamatkan.. Pernah terjadi, laptop aku bermasalah, habis semua data kerja dan juga gambar-gambar peribadi aku hilang tak dapat diselamatkan sebabnya aku tak simpan dalam hard disk D... Nak menyesal dah tak guna weh!! Lepas kejadian tu, aku lebih berhati-hati dengan menyimpan dalam D dan backup dalam google drive.. Jadinya, kalau nak selamat lagi rajin-rajinlah servis dan format korang punya laptop ye.. Nak murah, pergi aje kedai format laptop murah di KL.. Di mana? Haaa tentu-tentulah di FR Laptop Service.. Murah tau format dekat dorang..

Format Laptop Murah Di KL

Kalau korang nak tahu, FR Laptop Service merupakan kedai format laptop murah di KL yang menawarkan perkhidmatan membaiki dan format laptop pada harga yang sangat rendah dan berbaloi-baloi.. Tidak dinafikan di KL mempunyai banyak kedai yang menawarkan perkhidmatan yang sama tetapi tidak semua kedai yang menawarkan harga yang rendah dan berpatutan.. Hanya di FR Laptop Service, kedai format laptop murah di KL ini sahaja yang menawarkan harga murah, berbaloi dan yang paling penting berkualiti.. 

FR Laptop Service sememangnya kedai format laptop murah di KL yang telah diyakini dan dipercayai oleh warga Kuala Lumpur.. Kepakaran mereka dalam menangani masalah komputer dan laptop untuk semua jenama dan jenis windows tidak perlu diragui lagi kerana mereka sangat komited dan berinovasi dalam bidang ini..

Bukan itu sahaja tau, sekiranya korang menggunakan perkhidmatan di kedai format laptop murah di KL ini, korang akan mendapat layanan yang mesra dari kakitangan mereka dan korang juga boleh meminta khidmat nasihat dalam penjagaan laptop korang.. 

Keistimewaan Menggunakan Perkhidmatan Format Laptop Di FR Laptop Service

Format Laptop Murah Di KL

Di FR Laptop Service, mereka menyediakan 2 jenis format iaitu format clean dan juga format backup. Aku yakin sekiranya korang menggunakan perkhidmatan format laptop di kedai format laptop murah di KL ni, korang pasti berpuashati dengan servis yang diberikan kerana mereka bukan sahaja format laptop korang tau tetapi korang juga mendapat keistimewaan lain seperti :-
  • FR Laptop Service mempunyai pelbagai jenis versi windows bermula dari windows 7 sehinggalah windows yang terkini
  • Format laptop di kedai format laptop murah di kl ini sangat cepat dan pantas dimana laptop korang akan siap dalam masa 24 jam dengan lengkap, ringan dan laju berdesup! hehe
  • FR Laptop Service akan memberikan software-software asas yang telah hilang tanpa sebarang caj dan driver-driver juga akan lengkap diinstall.
  • FR Laptop Service juga menawarkan perkhidmatan format Macbook dimana mereka akan memberikan OS yang paling stabil iaitu EI Capitan dan juga Yosemite
  • Mereka juga memberikan software percuma seperti microsoft office, excel dan sebagainya

Format Laptop Murah Di KL

Satu keistimewaan lagi, di FR Laptop Service, kedai format laptop murah di KL ini, mereka menyediakan perkhidmatan mengambil dan menghantar laptop korang.. Jadi, bagi korang yang menghadapi kekangan masa, tak punya masa nak menghantar format laptop korang, jangan risau mereka boleh mengambil dan menghantar laptop korang setelah siap di format.. Baguskan!

Apa yang lagi menarik, mungkin ada yang sangat memerlukan laptop dan ingin menggunakannya dengan secepat mungkin... Haaa di kedai format laptop murah di KL ni menjanjikan servis yang terpantas iaitu dalam tempoh 3 jam sahaja laptop korang boleh disiapkan.. Cepat gile kot weh!! Selain itu, mereka juga akan menanggung 100% risiko kerosakan sekiranya berlaku apa-apa masalah lain dalam tempoh mereka format laptop korang tu.. Baiknya mereka kan.. I luv it!!

Format Laptop Murah Di KL

Untuk pengetahuan korang, mereka di kedai format laptop murah di KL ini terdiri daripada mereka yang terlatih dan mahir dalam bidang komputer dan laptop.. Jadi, korang tak perlu meragui lagi kepakaran mereka dalam bidang ini.. Mereka pasti dalam menyelesaikan segala permasalahan laptop korang.. 

FR Laptop Service Menawarkan Perkhidmatan Format Laptop Murah Di KL Yang Terbaik

Format Laptop Murah Di KL

FR Laptop Service yang bertapak di Kuala Lumpur ini memberikan jaminan kualiti yang terbaik dan menjanjikan kepuasan kepada pelanggannya dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Lokasi yang strategik membuatkan kedai format laptop murah di KL ini menjadi tumpuan kerana ia berdekatan dengan MRR2 dan memudahkan pelanggan yang datang dari kawasan KL dan juga Selangor. Parking pun senang weh..

Selain itu, servis runner yang mereka tawarkan juga menjadi tarikan kepada pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan mereka terutamanya pelanggan yang tiada masa untuk berkunjung ke kedai format laptop murah di KL ini.. Selain format laptop, mereka juga menawarkan perkhidmatan servis laptop, membaiki hardware, keyboard, skrin dan banyak lagi. Bukan sahaja harganya murah malah kerja mereka sangat berkualiti..

Format Laptop Murah Di KL

Secara keseluruhannya, ramai yang menyukai dan berpuashati dengan servis yang mereka berikan.. Ramai yang memberikan feedback yang positif dan review di Facebook Page mereka juga kebanyakannya memberikan 5 bintang untuk perkhidmatan mereka.. Sebab tulah FR Laptop Service menjadi kedai format laptop murah di kl yang di yakini dan dipercayai ramai dek kerana servis yang diberikan sangat berkualiti pada harga yang berbaloi-baloi.. 



FR Laptop Service Kedai Format Laptop Murah Di KL

Kepada korang yang mempunyai masalah laptop yang perlu di format, aku sangat recommend korang ke kedai format laptop murah di KL ini untuk korang menikmati keistimewaan yang ditawarkan oleh mereka.. Gerenti korang berpuashati.. 


Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram

No. Telefon / Whatsapp
017-288 2349

Alamat
508, Jalan Kanan 1,
Kg. Pandan,
55100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi (Kecuali Cuti Am)
9.00 pagi - 9.00 malam

Waze & Google Maps
FR Laptop Service



Read More

Cari Hotel Terbaik di Cherating Yang Hampir Dengan Tempat Menarik Di Bagasi.my

Wednesday, May 22, 2019

17 comments
Cari Hotel Terbaik di Cherating Yang Hampir Dengan Tempat Menarik Di Bagasi.my  |  Hi guys!.. Rasanya dah lama tak bercuti dengan family.. Dengan kekangan  masa yang aku hadapi kini mana mungkin membolehkan aku plan holiday di tempat yang jauh.. Ada juga plan nak bercuti sebenarnya tetapi mungkin di kawasan yang berhampiran sahaja.. Kalau dari tempat aku ni, tempat bercuti paling hampir adalah Cherating.. Walaupun di tempat sendiri, keseronokan bercuti tu masih dapat dirasai sekiranya tempat menginap yang kita cari tu hampir dengan tempat menarik.. Betul tak?


Sebelum ni aku dah pernah ke Cherating untuk bercuti tetapi malangnya pada ketika itu aku belum tahu terdapat tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di sana. Nampak sangat aku kurang buat research kan sebelum pergi bercuti.. Hehe.. Lagi pula time tu, belum banyak laman web yang membuat full review tentang tempat percutian.. Kalau ada pun hanya review dari mereka yang dah pernah pergi ke satu-satu tempat itu... Jadi, skop pengetahuannya lebih kecil..

Kalau pergi bercuti, perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat menginap.. Tak dinafikan, kini terdapat pelbagai hotel yang boleh dipilih sebagai tempat penginapan.. Tetapi, adakah hotel yang dipilih itu lokasinya strategik dan hampir dengan tempat yang menarik? Haa yang tu juga perlu dititikberatkan sebabnya bila bercuti sudah pastinya kita mahu melawat tempat menarik disekitarnya kan.. Takan la bercuti hanya semata-mata dan rehat dalam bilik hotel aje.. Tak best la kalau camtu.. Baik lepak kat rumah aje.. Betul tak?

Jadi, pemilihan hotel yang strategik adalah penting supaya kita dapat melakukan aktiviti yang menyeronokkan.. 

Booking Hotel Terbaik Dengan Lokasi Strategik Di Bagasi.my


Kalau dulu aku pergi bercuti memang main terjah aje.. Booking hotel pun ikut bajet dan asal ada je tanpa memikirkan tentang aktiviti yang ingin dilakukan sepanjang percutian tersebut.. Bila dah sampai hari kejadian, mula la terkial-kial tak tahu kemana hendak dituju.. Lagi teruk, hotel yang dipilih, jauh dari tempat-tempat yang menarik.. 

Now, kalau nak pergi bercuti aku dah tak perlu nak bersusah payah lagi survey sana sini.. Aku hanya perlu ke laman web Bagasi.my sahaja untuk dapatkan maklumat hotel dan juga tempat menarik disekitarnya.. Nak booking hotel terus pun boleh tau kerana di Bagasi.my, mereka ada membuat review tentang hotel, destinasi dan juga homestay.. 

Cakap jerk nak bercuti dekat mana? Haa semua mereka dah survey untuk kita.. Hotel yang terbaik dan tempat-tempat yang menarik disekitarnya.. Untuk booking tempat menginap, korang boleh juga bandingkan harga mengikut bajet yang korang sendiri.. Mudahkan? 

Hotel Terbaik di Cherating Yang Hampir Dengan Tempat Menarik Di Bagasi.my


Orite, kali ni aku nak share dengan korang hotel terbaik yang ada di Cherating yang boleh korang pilih untuk percutian tepi pantai dengan keluarga atau rakan-rakan korang.. Dari hasil pembacaan aku di Bagasi.my memang terdapat banyak hotel yang best-best di Cherating.. Lagi menarik, di Bagasi.my mereka bukan sahaja berkongsikan tentang hotel semata-mata malah mereka turut kongsikan senarai hotel di Cherating yang menawarkan lokasi strategik dan terletak berhampiran dengan tempat-tempat menarik di sekitar Cherating, Kuantan dan Bandar Kemaman.

Hotel-hotel yang mereka kongsikan juga ada menawarkan pelbagai kemudahan yang dapat memberikan keselesaan kepada kita sepanjang penginapan dan memuaskan hati dengan harga yang berbaloi-baloi.. 

Jangan tak tahu ye, review di Bagasi.my adalah yang terpilih dan terbaik sahaja.. So, tak perlu nak ragui tentang ketepatan maklumat dan juga harga hotel tersebut.. Ok, kalau ada yang plan nak bercuti ke Cherating, korang boleh semak 17 Hotel Terbaik Di Cherating Dengan Lokasi Strategik Yang Hampir Dengan Tempat Menarik..

Booking Hotel Dengan Mudah Di Bagasi.my


Kalau nak booking hotel di Bagasi.my ni memang sangat mudah.. Korang hanya perlu klik kotak "Selanjutnya di Booking.com" seperti gambar kat atas ni.. Korang akan dibawa ke laman web Booking.com untuk tempahan tiket.. Oh ye, di Bagasi.my korang akan buat tempahan hotel sama ada melalui laman web Booking.com, Agoda.com ataupun Tripadvisor.com.my.. Sekiranya mereka rekomen Booking.com, itu bermakna harganya lebih berbaloi-baloi.. Jadi, korang dah tak perlu nak bersusah payah untuk bandingkan harga di banyak laman web..

Nampak tak pada gambar di atas, terdapat review tentang tempat menarik yang ada kawasan berhampiran dengan hotel.. Jadi, ia memudahkan korang plan perjalanan percutian korang dengan aktiviti melawat tempat menarik.. Seronok weh, sambil bercuti sambil kenali tempat-tempat menarik disekitarnya.. 

17 Hotel Terbaik Di Cherating Dengan Lokasi Strategik Yang Hampir Dengan Tempat Menarik


Cherating sememangnya menjanjikan pengalaman percutian yang menenang dan menghiburkan hati. Kalau kesana, pasti hilang segala stress dan sekaligus dapat melupakan seketika kesibukan rutin harian.. Kalau ada yang belum pernah sampai ke Cherating, aku cadangkan korang ke sana menikmati percutian di tepi pantai yang menyeronokkan.. Untuk pemilihan tempat penginapan, korang tak perlu risau sebabnya terdapat 17 hotel terbaik di sana.. Antaranya :-
  • Holiday Villa Beach Resort Cherating
  • Eastana Cherating Beach Resort
  • Royale Chulan Cherating
  • LaVilla By Holiday Villa Cherating
  • Villa Teja
  • The Kasturi
  • Sanctuary Resort - Apartment Hotel
  • Club Med Cherating
  • Samsuria Beach Resort & Residences
  • Hotel Kemaman Sand
  • Legend Cherating Beach Resort
  • Cherating Bayview Resort
  • Impiana Resort Cherating
  • Lis Na Ree Resort
  • Residence Inn Cherating
  • eRYA by Suria Cherating Resort
  • Casa Titik

Banyak gile kot pilihan hotel di Cherating.. Pilih sahaja yang mana berkenan dan kena dengan bajet korang.. Pastinya setiap tempat menginap di Cherating ini menjanjikan yang terbaik buat korang.. Jadi, jangan lupa ye buat tempahan hotel sekarang dan dapatkan kadar harga terkini bagi hotel pilihan korang di Booking.com, Agoda.com ataupun Tripadvisor.com.my.

So, next trip aku pasti akan ke Cherating bersama family.. Cumanya kena tau bajet terlebih dahulu dan baru boleh book hotel di Bagasi.my.. Wahh mudahnya kerja aku.. Tak perlu lagi nak survey merata tempat hanya di https://bagasi.my/ sahaja sudah memadai.. Jom pakat bercuti di Cherating!!


Read More

Kekal Sihat Dan Dilindungi Sepanjang Bulan Ramadan Dengan Dettol!

Tuesday, May 21, 2019

14 comments
Kekal Sihat Dan Dilindungi Sepanjang Bulan Ramadan Dengan Dettol! |  Amalan kebersihan dapat membantu melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya. Setiap tahun, sepanjang bulan Ramadan iaitu bulan kesembilan dalam kalender hijriah, umat Islam seluruh dunia akan menjalani ibadah berpuasa. Selain itu, bulan Ramadan juga merupakan masa untuk umat Islam beribadat, bersolat, membuat kebajikan dan mengamalkan kesederhanaan dalam pelbagai aspek.  


Waktu berbuka atau iftar adalah masa untuk seisi keluarga dan sahabat handai bertemu sambil menikmati hidangan makanan dan iftar dikira tidak lengkap tanpa mengunjungi bazar Ramadan terlebih dahulu!

Dettol Team at Bazaar Jalan Kuching

Bazar Ramadan bukan sahaja menawarkan pelbagai makanan dan minuman yang lazat setelah berpuasa seharian, malah memberi peluang kepada seluruh warga Malaysia untuk bersama-sama mengalami keistimewaan membeli-belah dalam suasana berbilang budaya yang meriah. Walaupun begitu, berasak-asak pada waktu petang dalam keadaan cuaca 2 yang panas dan lembap sambil memilih apa yang dikehendaki meningkatkan risiko diri anda terdedah kepada banyak kuman yang tidak kelihatan.

Ada pelbagai cara untuk melindungi anda dan keluarga anda daripada kuman dengan rangkaian produk Dettol. Sebagai jenama perlindungan kuman yang dipercayai sejak sekian lama, Dettol menjadikan tanggungjawabnya terutama pada bulan Ramadan ini untuk melindungi para keluarga di Malaysia dengan menggalakkan mereka mengamalkan amalan kebersihan dalam pelbagai keadaan.  


Pada bulan Ramadan ini, Dettol melindungi anda dan keluarga anda dengan :-
  • Sabun Tangan Dettol untuk mencuci tangan anda sebelum menyentuh makanan untuk sahur dan iftar;
  • Sanitiser Tangan Dettol boleh digunakan di mana-mana sahaja kerana ia boleh membersihkan tangan anda tanpa menggunakan air;
  • Cecair Antiseptik Dettol membasmi kuman di ruang dan permukaan di kediaman anda sempena menyambut ketibaan Hari Raya.
Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, Dettol merupakan peneraju dalam perlindungan daripada kuman dan membantu menjaga kesihatan para keluarga menerusi amalan kebersihan yang lebih baik. Menerusi produk terkenal seperti Antiseptic Liquid, Antibacterial Liquid Hand Wash dan Hand Sanitizer, Dettol melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya.


Pada bulan yang begitu bermakna sekali untuk umat Islam, adalah wajar untuk semua orang kekal sihat supaya mereka boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan mereka. Dengan Dettol, kita boleh berasa yakin 100%.

Pengagihan Sabun Tangan Dettol di Bazar Ramadan

Dettol Team at Bazaar TTDI

Tahun ini, Dettol menggalakkan rakyat Malaysia untuk kekal sihat dan ceria dengan melindungi diri mereka daripada 100 jenis kuman yang berbahaya. Cara terbaik untuk  3 kekal sihat adalah dengan kerap membasuh tangan anda menggunakan Sabun Tangan Dettol. Jangan ketinggalan untuk bersama-sama mencari pasukan Dettol yang akan mengunjungi ke 20 buah bazar Ramadan di sekitar Lembah Kelang untuk meningkatkan kesedaran anda tentang amalan kebersihan tangan dan mengagihkan Sabun Tangan Dettol secara percuma kepada orang ramai!

Dettol Team at Bazzar Tasik Permaisuri

Untuk info lanjut, sila layari :-




Read More

Mireina M1 Luminence Serum 24K Gold Membantu Mencerah, Menghidrat dan Meremajakan Kulit Wajah

Monday, May 20, 2019

11 comments
Mireina M1 Luminence Serum 24K Gold Membantu Mencerah, Menghidrat dan Meremajakan Kulit Wajah | Hi readers!! Dah masuk ramadhan 15 ramadhan dah ye hari ni.. Cepat jerk masa berlalu.. Ok, bukan nak cerita tentang ramadhan tetapi nak share cerita dengan korang tentang serum muka best yang aku guna sekarang ni iaitu Mireina M1 Luminence Serum 24K Gold yang dapat membantu mencerah, menghidrat dan meremajakan kulit muka.. Serius best weh serum wajah ni..


Mireina M1 Luminence Serum 24K Gold Membantu Mencerah, Menghidrat dan Meremajakan Kulit Wajah

Aku memang agak fanatik sikit dengan serum ni.. Pantang ada serum baru dan bagus mesti aku nak cuba.. Tapi tak de la aku main bedal aje.. Mesti kene tengok jugak kandungannya sama ada selamat digunakan ataupun tak.. Muka nak pakai lama woih!! Hehe..

Kalau korang nak tahu, Mireina M1 Luminence Serum 24K Gold ni merupakan serum yang difromulasikan oleh Doktor Pakar Aestetik.. Ia dihasilkan dari gabungan 9 bahan semulajadi dimana ia membantu mencerah, menghidrat dan meremajakan kulit muka.. Serum ini juga telah diuji secara dermatologi dan selamat digunakan kerana tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Selain tu, M1 Luminence Serum 24K Gold ini telah berdaftar dengan NPRA..


Nak beli serum atau sesuatu produk tu kenalah check dulu sama ada ia selamat digunakan atau tak.. Jangan main beli jerk tau.. Nanti muka korang jugak yang binasa.. Aku dah kena dulu-dulu.. Dek kerana main pakai beli tanpa usul periksa kandungannya, menyebabkan muka aku breakout teruk.. Dulu la.. Sekarang memang aku ambil tahu dulu tentang satu-satu produk yang aku nak guna... Sayang muka aku ni wehh!! Hehe..

Bahan Utama Mireina M1 Luminence Serum 24K Gold


Sepertimana yang aku katakan diawal tadi, serum ni mengandungi 9 bahan utama yang terdiri daripada ekstrak bahan semulajadi yang sangat bagus untuk kulit dimana ianya dapat memberi kesan yang sangat efektif kepada kulit wajah kite.. Antara 9 bahan utama tersebut adalah :-


1. Pyrus Malus (Apple)

Epal adalah astrigen semulajadi yang boleh membantu mengecilkan liang pori yang besar terutama jenis kulit yang berminyak. Disebabkan sifatnya mengetatkan menjadikan epal sesuai dijadikan sebagai toner.. Kaya dengan vitamin C dengan kombinasi manfaat astringen dapat membantu merawat jerawat dan meremajakan kulit.

2. Camelia Japonica Leaf Extract

Daun Camelia Japonica ini menunjukkan aktiviti antioxidative yang tinggi dan anti penuaan kerana ia mengandungi sebatian polifenol.

3. Tricholoma Matsutake

Juga dikenali sebagai cendawan pain dimana ia mempunyai antioksidan bioaktif, immunomodulatoey dan sifat antitumoral yang kuat. Ia juga berkesan merawat anti-wrinkle kerana ia menghalang degradasi kolagen dan gentian anjal.

4. Galactoarabinan

Bertindak sebagai pengelupasan. Dengan peningkatan kadar perolehan sel kulit, menyebabkan pengurangan garis halus, kedut dan juga menegangkan kulit. Galactoarabinan mengurangkan kehilangan air transepidermal (TEWL) yang membolehkan penghalang kulit kita lebih berkesan dalam mengekalkan kelembapan.

5. Paper Mulberry Root Extract

Komponen aktif yang dihasilkan dari ekstrak akar paper mulberry ini menunjukkan melanogenesis yang unggul (menghentikan penghasilan pigmen) dan juga memberikan manfaat anti-penuaan, anti-oksidan dan pencerahan kulit.

6. Green Tea Extract

Bukti saintifik menunjukkan keupayaan teh hijau dalam mencerahkan warna kulit, melindungi sel kulit terutamanya dari kerosakan sinar UV, anti-penuaan dan juga mengurangkan keradangan.

7. Alpha Arbutin

Bahan pencerahan kulit semulajadi dari ekstrak bearberry. Menghalang pengeluaran melanin (pigmen) oleh enzim pigmen (tyrosinase).

8. Morus Alba Bark

Bahan semulajadi yang kuat dengan kesan pencahayaan kulit. Ia juga mempunyai sifat anti-keradangan.

9. Centella Asiatica Extract

Juga dikenali sebagai Gotu Kola. Tersenarai dalam "miracle elixirs of life" disebabkan sifat anti-penuaan yang kuat yang menunjukkan keupayaannya untuk memudahkan penyembuhan luka, merangsang pertumbuhan sel kulit baru, membina kolagen dan meningkatkan peredaran darah.


Kandungan Mireina M1 Luminence Serum 24K Gold ni pun korang dah  tau.. Memang semuanya dari bahan semulajadi yang dapat memberi banyak manfaat kepada kulit.. Satu lagi keistimewaan serum ini yang perlu korang tahu, ia mengandungi 24K gold dimana di dalam serum ini mengandungi gold flakes.. Nampak mewah uolls serum ni.. hehe..


Korang tau tak apa fungsi gold flakes ni? Haa ini bukan sekadar hiasan saja tau.. Ia mempunyai manfaatnya yang tersendiri untuk kulit muka.. Antara manfaat 24K gold ini adalah :-

  • Mengurangkan kesan rekahan halus, kedutan dan cela pada wajah
  • Merangsang sel
  • Mengurangkan kekeringan kulit
  • Mencerahkan wajah dengan sekata
  • Melambatkan kadar penyusutan kolagen dalam kulit
  • Merawat kerosakan kulit dari kesan matahari
  • Merawat alergi
  • Merawat inflamasi dan kerengsaan pada kulit
  • Menambah keanjalan kulit
  • Menjadikan kulit sihat bersinar



Cara Guna Mireina M1 Luminence Serum 24K Gold

Cara guna serum ni sama jerk cam guna serum yang lain.. Just apply kat muka macam biasa.. Cuma satu yang unik tentang packaging serum ni adalah kalau nak keluarkan serumnya kena picit penutup putih botol tu.. Kalau korang picit botol, memang takde nye serum tu nak keluar sebabnya serum ni didatangkan dalam botol kaca.. hehe..


Apa Kata Lea Azleeya Tentang Mireina M1 Luminence Serum 24K Gold

First impressions tengok box serum ni nampak simple but nice.. Bila dah buka boxnya, uis besar juga rupanya botol serum ni.. hehe.. Ingatkan saiz comel cam serum yang lain yang pernah aku guna sebelum ni.. Menarik!! Boleh pakai lama sikit kan.. hehe..

Satu lagi yang buat aku kagum, cara packagingnya sangat teliti dan berkualiti.. Mereka menjaga kualiti produk dengan baik sebabnya botol serum diseal dengan kemas supaya kualiti serum terjaga dengan baik.. Sealnya pun agak susah jugak nak buka.. Mula-mula cam terpinga jugak camne nak bukak bende alah ni.. Rupa-rupanya manual cara buka serum ni ada tersedia dalam kotak.. Haha.. Apa la aku ni kan.. Tak check betul-betul.. Hiks..


Ok, selalunya aku akan guna serum ni sebagai base makeup aku.. Sebelum makeup mesti pakai serum dulu untuk melindungi kulit dari kerosakan.. Yang bestnya serum ni cepat absorb dan tak melekit ataupun berminyak .. Wangi tau serum ni.. Kesan ketara yang aku rasai adalah kulit jadi lembut dan lembap.. Sekarangkan musim panas, kulit muka aku ni jenis kombinasi.. Ada tempat kering dan ada tempat berminyak.. Bila pakai serum ni, memang ngam sebabnya dia mengatasi masalah kulit kombinasi aku ni.. Makeup pun nampak flawless jerk uolls..

Bagaimana Nak Dapatkan Mireina M1 Luminence Serum 24K Gold?


Ok, mesti ramai yang tertanya-tanya harga Mireina M1 Luminence Serum 24K Gold ni kan.. Orite, serum ini didatangkan dalam saiz 50ML yang dijual pada harga RM149 sahaja... Nak best lagi, korang beli sekarang sebabnya now, ada promosi tau beli 1 percuma 1 sempena Parents Day...


Rugi tau tak grab peluang ni.. Boleh buat stok uolls.. Dah tak payah nak pening-pening kalau botol pertama dah habis.. Tak pun, boleh kongsi dengan kawan-kawan.. Lagi baik, bagi gift kat orang yang tersayang.. Hah gittew..

Untuk sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :-



  
Read More

Kiseki Japan Marine Collagen Facial Cleanser Review

Sunday, May 19, 2019

12 comments
Kiseki Japan Marine Collagen Facial Cleanser Review  |  Lama dah tak pakai pencuci muka dari jenis soap... Bukan apa, biasanya kalau pencuci muka jenis sabun ni, memang akan mengeringkan kulit muka aku.. Itu yang menjadi masalahnya.. Ada yang kata, guna pencuci muka dari jenis sabun ni lebih bersih kadar pencuciannya.. Tapi itulah, agak tidak sesuai untuk kulit aku.. Opsss itu dulu ye.. Now, aku dah jumpa pencuci muka soap yang sesuai dengan kulit muka aku iaitu Kiseki Japan Marine Collagen Facial Cleanser.. Memang bagus sangat uolls pencuci muka ni.. Jom aku story!


Marine Collagen Facial Cleanser dari Kiseki Japan ini merupakan penyelesaian penjagaan kulit yang paling bagus untuk mencerahkan dan melembapkan dengan mudah. Alhamdulillah memang sangat sesuai dengan kulit muka aku yang jenis kombinasi ini.. Oh ye, sabun muka kolagen marin ini sesuai juga untuk kulit sensitif dan semua jenis kulit.. Jadi, dah tak payah risau sama ada sesuai atau pun tak dengan kulit kita.. Lagi pun cleanser ini adalah the best collagen face wash for tropical climate!..


Kalau korang nak tahu, Kiseki Japan Marine Collagen Facial Cleanser ini merupakan pembersih muka kolagen laut yang pertama di Malaysia. Diperbuat dari bahan yang unik dari sejenis kolagen dari skala ikan Talapia, Royal Jelly dan 10 jenis bunga serta ekstrak herba..


Kelebihan Kiseki Japan Marine Collagen Facial Cleanser
  • Skincare yang lain mudah absorb dan kulit menjadi terhidrasi serta tidak berminyak
  • Kulit menjadi lebih bersih dan lebih cerah
  • Menyegarkan kulit dan kulit tidak berminyak lagi selepas dicuci
  • Makeup kelihatan lebih baik dan bertahan lebih lama


Siapa yang Memerlukan Kiseki Japan Marine Collagen Facial Cleanser?
  • Kulit berminyak dan kombinasi
  • Kulit kusam dan gelap
  • Kulit yang mempunyai masalah penyerapan skincare
  • Sentiasa berada dalam bilik yang beraircond
  • Kulit berjerawat dan mempunyai masalah blackhead


Korang tahu tak, fungsi kolagen ikan marin adalah dapat menyokong sel-sel untuk mengekalkan keanjalan kulit, menembusi liang-liang pori, mengeluarkan sel kulit mati dan menghalang minyak yang berlebihan.. Sebab itulah, bila cuci aje dengan pencuci muka ni, kulit dah tak berminyak lagi dan senang nak apply makeup.. Makeup pun nampak lebih nice..

Ok, produk ni diperbuat di Jepun dan kawalan kualitinya sangat ketat dari bahan yang terbaik.. Manakala proses R&D dan pengeluaran produk adalah dilakukan di Jepun.. Ia adalah produk berdaftar di Jepun dan juga telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang selamat digunakan.. So, tak perlu nak meraguinya ye..

Satu lagi, Kiseki Japan Marine Collagen Facial Cleanser ini sangat bagus kerana :-
  • Tiada Parabens
  • Tiada Pewarna
  • Hanya bahan asli yang digunakan seperti ekstrak ikan kolagen dan ekstrak tumbuhan
  • 100% diperbuat di Jepun

Cara Guna Kiseki Japan Marine Collagen Facial Cleanser



Seperti yang aku kasitau di awal tadi, cleanser ni dirumuskan untuk negara beriklim tropika yang menggunakan 10 jenis herba dan ekstrak bungaan.. Jadi, ia sangat bagus untuk kulit dan sesuai untuk kulit rakyat Malaysia.. Macam mana cara guna? Haa meh aku ajar step by step ye..
  • Buihkan Kiseki Japan Marine Collagen Facial Cleanser sehingga terhasilnya creamy foam.. Cuci muka dalam gerakan ke atas dan ke luar dengan busa sabun.. Lepas tu bilas dengan air suam.
  • Keringkan muka dengan tuala bersih
  • Then, bolehlah apply skincare untuk mendapatkan penyerapan yang maksimum dan mengekalkan penghidratan.


Apa Kata Lea Azleeya Tentang Kiseki Japan Marine Collagen Facial Cleanser?


Ok, tak sabar nak bagi testimoni sendiri.. hehe.. Serius, pencuci muka ni sangat sesuai untuk kulit muka aku tanpa mengeringkan kulit.. Itu paling penting.. Selain tu, ia dapat improve oily skin, improve combination skin and improve dark and dull skin.. Tu dia dah keluar ayat omputih.. hehe.. Yang lebih menarik dan aku teruja, lepas cuci muka dengan Kiseki Japan Marine Collagen Facial Cleanser ni kulit memang sangat senang absorb skincare yang aku pakai.. Satu lagi makeup nampak lebih baik dan tahan lama.. Serius weh, aku dah jadikan sabun ni sebagai pencuci muka yang wajib ada untuk aku..

Dapatkan Kiseki Japan Marine Collagen Facial Cleanser Sekarang!


Yang mana ada masalah kulit berminyak, kusam dan gelap boleh cuba Kiseki Japan Marine Collagen Facial Cleanser untuk atasi masalah tersebut.. Ia sangat sesuai untuk kulit aku.. Untuk korang macam mana? Nak tahu kenelah cuba dulu.. Lagi pun sabun ni selamat digunakan tiada bahan kimia berbahaya... Ok, untuk dapatkan cleanser ajaib ni, korang boleh rujuk maklumat di bawah ini ye..

Oh ya, Kiseki Japan Marine Collagen Facial Cleanser ini berharga RM139.. Kalau korang nak dapatkan harga diskaun, korang boleh gunakan promo code : LEAKISEKI untuk mendapatkan harga hanya RM119 sahaja beserta Free Shipping within Peninsular Malaysia. Valid from 19th May until 1st June 2019.. Cepat tau!!

Untuk sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :-

  

Read More