Top Social

Image Slider

Kacang Panjang Masak Lemak Putih Simple

Thursday, May 16, 2019
Kacang Panjang Masak Lemak Putih Simple  |  Ada kala berbuka dengan lauk yang simple lagi sedap berbanding berbuka dengan pelbagai lauk sehinggakan tak tahu nak makan yang mana satu.. Betul tak? Satu lagi, boleh berlaku pembaziran.. Cewahh.. Baru-baru ni rasa rindu masakan Mak yang menjadi feberet aku iaitu Kacang Panjang Masak Lemak Putih.. Serius sedap weh.. Mak aku masak la apa pun semuanye sedap beb.. Masakan seroang ibu tiada tandingan.. Kan? Hiks..

Dah rasa rindu tu kenalah buat sendiri.. Nak balik umah mak time keje memang tak la.. Letih woihh!! So, decide masak sendiri aje.. Lagi pun bukannya susah sangat kan.. Masak kacang panjang lemak putih dan ikan goreng pun dah cukup menyelerakan sampai bertambah-tambah nasik.. hehe.. Yang mana belum pernah cuba masakan ni, boleh try resepi kat bawah ni ye.. Simple jerk aku buat..


Kacang Panjang Masak Lemak Putih Simple

Bahan-bahan

6 @ 7 batang kacang panjang
1 biji bawang besar - dibelah 4
2 biji cili besar - dibelah 4
1 kotak santan ayam brand
1-2 ekor ikan selayang/ikan kembung - direbus & diambil isinya
Garam & serbuk perasa secukup rasa

Cara-Cara
  • Kacang panjang yang telah dipotong, direbus seketika. Jangan terlalu lama ye.. Nanti lembik tak sedap.. Toskan.
  • Masukkan santan ke dalam periuk dan masukkan isi ikan serta cili besar. Aku guna ikan selayang.. Manisssss.. hehe.. Masak dengan api yang perlahan.
  • Setelah mendidih, masukkan kacang panjang dan juga bawang besar.
  • Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Masak seketika. 
  • Setelah masak, bolehlah dihidangkan..


Simple-simple sudahhh.. hehe.. 2 orang jerk pun makannya..
Selamat mencuba guys..


Althea A'bloom Collection Review

Thursday, May 16, 2019
Althea A'bloom Collection Review  |  Hey guys!! Althea back again with new product!! Wahh apa pula agaknya kali ni ye.. Excited lain macam kali ni  nak cuba new baby dari Althea Korea ni.. Kalau korang nak tahu, setiap tahun tau Althea memperkenalkan produk baru.. Makin lama makin best produk yang dikeluarkan.. Aku sendiri rasa teruja yakmat untuk try setiap produk keluaran Althea.. Memang tak boleh lepaskan peluang untuk mencubanya..

Yang mana belum familiar dengan Althea, aku kenalkan kepada korang.. Althea adalah sebuah laman web yang  menjual pelbagai produk kecantikan dan kosmetik terussssss dari Korea.. Yang mane fanatik dengan produk K-Beauty, bolehlah terjah laman web Althea ye.. Macam-macam produk dan brand ada.. Jangan lupa usha, produk Althea juga.. Semuanya best tau!! Ok, tak nak membebal panjang lebar, apa agaknya produk terbaru dari Althea untuk kali ni ye? Orite, kali ni Althea memperkenalkan pula produk terbarunya iaitu Althea A'bloom collection. Apa yang menarik? Jom kita lihat sama-sama.. 


Althea A'bloom Collection

Kali ini Althea Korea memperkenalkan Althea A'bloom Collection yang terdiri daripada :-
  • A'bloom BHA Blackhead Blaster
  • A'bloom Mask Sheet
    • A'bloom Moisturizing Watermelon
    • A'bloom Nourishing Avocado
    • A'bloom Brightening Lemon Lime
    • A'bloom Anti-Blemish Peach
  • A'bloom Giant Meringue Puff
  • A'bloom Baby Meringue Puff
Antara koleksi A'bloom ni, yang paling aku teruja nak cuba adalah A'bloom BHA Blackhead Blaster sebabnya aku memang ada masalah blackhead.. Adakah ini penyelesaian bagi masalah aku? Haa kenelah cuba dulu kan.. Tak cuba tak tahu.. 

A'bloom BHA Blackhead Blaster

Aku memang ada masalah blackhead dekat hidung.. Aku yakin korang kat luar sana pun ada yang mengalami masalah ini kan? Bukan senang tau nak hilangkan blackhead ni dalam sekelip mata.. Kalau boleh tu, kira magik la.... Setiap minggu mesti nak kene picit.. Picit pulak bukan dengan jari tetapi tekan dengan besi khas.. Lahai, sakitnye bukan kepalang woii.. Sampai berair hidung dan mata.. Hehe.. Hidung pun akan bengkak dan merah lepas proses tersebut.. Huii.. Tak sanggup rasanya..


Now, kepada yang ada masalah blackhead dan whitehead ni korang boleh cuba produk terbaru Althea ni iaitu A'bloom BHA Blackhead Blaster... Ia didatangkan dalam bentuk Natural BHA stick berwarna hitam yang bertindak menyingkirkan blackhead dan whitehead dengan formula yang lembut dan tanpa kerengsaan sekaligus merawat dan menghalang pembentukan baru.. Sesuai untuk jenis kulit berminyak dan kombinasi.



BHA Blackhead Blaster ini mengandungi bahan utama seperti Natural BHA (White Willow Bark Extract 5,000ppm), Charcoal, Apricot Seed dan Tea Tree Leaf Oil. Kalau korang nak tahu, Apricot berfungsi mengeluarkan sebum yang berlebihan manakala Tea Tree Oil pula dapat menenangkan kulit dan mencegah kerengsaan atau kemerahan pada kulit.

Cara Guna


  1. Bersihkan muka dari sebarang solekan. Untuk kesan yang lebih baik, selepas cucui muka, letakkan towel hangat ke muka supaya liang pori terbuka.
  2. Apply BHA Blackhead Blaster pada kawasan yang diperlukan.
  3. Gently massage dalam gerakan bulat untuk release minyak dan kotoran yang terperangkap.
  4. Akhir sekali bilas dengan air suam.

Saiz : Net 8g
Harga : RM16.00


A'bloom Mask Sheet Recipe For Sparkling Skin


Aku ni bukanlah kategori yang rajin sangat pakai mask.. Tetapi, bila datang angin rajin tu memang hari-hari aku akan pakai mask terutamanya mask sheet.. Sebenarnya pemakaian mask sheet ni adalah rutin penjagaan kulit yang sangat bagus kerana mask ni berfungsi untuk melembapkan kulit sekaligus melembutkan kulit muka..

Rajin tak rajin, bila aku cuba mask sheet terbaru keluaran Althea ni membuatkan aku rasa cam nak pakai hari-hari.. Haaa.. Ok, A'bloom Mask Sheet keluaran terbaru Althea Korea ni didatangkan dalam 4 variasi iaitu A'bloom Brightening Lemon Lime, A'bloom Moisturizing Watermelon, A'bloom Nourishing Avocado dan A'bloom Anti-Blemish Peach yang mempunyai fungsinya tersendiri..


A'bloom Moisturizing Watermelon - Water Me Long

A'bloom Moisturizing Watermelon ni mengandungi ekstrak buah tembikai.. Seperti yang kita tahu, buah tembikai mengandungi banyak air yang dapat memberikan penghidratan dan memberikan lembapan pada kulit.. Selain itu juga, ia dapat menyuburkan kulit.


Mask ini juga mengandungi ekstrak lavender dengan haruman yang menyenangkan dapat memberikan kesan menenangkan dan sekaligus menyegarkan kulit muka.. Pemakaian mask sheet ini juga dapat menyeimbangan pH kulit dan menjadikan kulit sihat.. Sesuai untuk semua jenis kulit dan bagus untuk kulit kombinasi.

A'bloom Nourishing Avocado - Avo Cuddle Me

A'bloom Nourishing Avocado ini pula kaya dengan antioksidan yang dapat menyuburkan dan melindungi kulit muka daripada faktor alam sekitar yang berbahaya dan mencegah kedutan. Mask ini mengandungi ekstrak Avocado dan bunga raya untuk menjadikan kulit lembut dan bersinar..

Sesuai untuk semua jenis kulit.. Paling ohsem untuk kulit kering.. Memang sesuai sangat pakai yang ini sebabnya ia dapat memberikan kelembapan dan lembutkan kulit juga..

A'bloom Brightening Lemon Lime - Sparkle Me Bright

Yeahh yang ni aku suka.. Kalau bab brightening memang akulah yang paling teruja.. Almaklumlah kulit tak berapa nak brightening kan.. Hehe.. Ok, A'bloom Brightening Lemon Lime ni membersih dan mencerahkan kulit yang kusam serta memberikan cahaya semulajadi dari dalam..


Mask ini mengandungi Vitamin C dari ekstrak lemon dan limau yang berfungsi untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di wajah manakala teh hijau pula dapat mencerah dan menenangkan kulit muka.. Bahan utama Ekstrak Buah Niacinamide, Citrus Limon (Lemon), Ekstrak Buah Jeruk Citrus Aurantifolia (Lime), Ekstrak Daun Camellia Sinensis..

Untuk yang ini, juga sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit kombinasi macam aku ni.. hehe..

A'bloom Anti-Blemish Peach - Ac Me Peach

A'bloom Anti-Blemish Peach ini pula dapat membersih dan melegakan kulit iritasi dan sensitif. Mengandungi ekstrak buah peach dan tea tree oil untuk mengawal minyak, mengimbangi kelembapan dan membersihkan kulit menjadi lembut dan halus..

Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak.. Best seller tau yang ni dekat website Althea.. Rugi tak cuba..

Saiz : 25g | 0.88oz
Harga : RM2.00

A'bloom Baby Meringue Puff


Kemain lembut lagi puff ni weh.. Dah macam kuih apam.. Sekali tengok macam cupcake pun ada.. Haduii nak guna pun serba salah sebab comel sangat.. hehe..


A'bloom Baby Meringue Puff ni set dia ada 3 ketol berwarna pink cute.. Saiz dia sangat comel ye.. Kecik jerk.. Kalau kuih tu sekali ngap jerk.. hehe.. Orite, cara penggunaan puff ni ia boleh digunakan secara kering ataupun basah.. Aku lebih suka guna dalam keadaan puff tu kering.. Tak selesa sangat guna dalam keadaan basah..

Dengan saiznya yang kecil, memudahkan untuk digunakan pada sudut yang sukar seperti bawah mata, tepi-tepi hidung, hujung mata dan sebagainya.. Puff ini dihasilkan dari bahan yang high density latex free foam.

Saiz : 30*28mm
Harga : RM11.00

A'bloom Giant Meringue Puff


A'bloom Giant Meringue Puff ni lebih besar saiznya berbanding yang baby tadi.. Nama lagik giant kan.. hehe.. Kelembutannya juga seperti yang baby tadi juga sangat lembut dan mudah digunakan.. Untuk sapuan foundation keseluruhan muka, rasanya lebih mudah pakai yang giant ni.. Sapuannya lebih menyeluruh..


Juga boleh digunakan dalam keadaan puff ini kering ataupun basah mengikut keselesaan masing-masing.. Juga menggunakan material High density latex free foam seperti baby puff tadi menjadikan ia sangat lembut.. Kalau nak sapu tempat yang sukar boleh guna hujung puff.. Alah kalau nak mudah untuk tempat sukar juga aje baby puff dan untuk sapuan menyeluruh boleh guna giant ni.. Lagi ohsem hasilnya nanti..

Saiz : 48*46mm
Harga : RM8.00


Apa Kata Lea Azleeya Tentang Althea A'bloom Collection?


Yes aku dah jatuh cinta dengan keluaran terbaru dari Althea Korea ni.. Keempat-empat produk dari koleksi A'bloom ni memang best..

BHA Blackhead Blaster buat aku teruja masa menggunakannya sebabnya tekstur dia lembut sangat.. Rasa seronok masa apply dekat muka.. Kulit muka pun jadi lembut selepas guna.. Macam aku katakan tadi, blackhead ni bukan senang nak hilang.. Tak dalam sekelip mata.. Jadi, kesannya bergantung kepada keadaan dan penggunaan produk ini.. Nak cepat hilang blackhead dan whitehead kenalah rajin dan kerap pakai.. Barulah nampak hasil sebenarnya..

Mask sheet pula memang best sangat.. Rasanya ini mask yang paling best pernah aku guna.. Tu yang rajin semacam tu pakai mask.. Haha.. Time pakai tu, muka rasa sejuk dan fresh sangat.. Lepas pakai, muka lembap dan lembut.. Eh memang best la..


Last sekali baby puff dan giant puff.. Kelembutan yang ada pada puff ni membuatkan aku semakin rajin makeup uolls.. Serius.. Sebelum ni, aku ada juga beli span macam ni tetapi tak selembut A'bloom puff ni.. Sapuan lebih rata dan sekata.. Lepas ni memang tak tengok span lain dah.. Nak yang ini jugak.. TQ Althea kerana mengeluarkan produk yang sangat berkualiti dan menepati citarasa pelanggan.. Yeahh terbaik!



Lepas ni memang aku akan repeat order untuk koleksi A'bloom ni dan dah menjadi koleksi kegemaran aku... Mesti nak kena ada dalam simpanan sepanjang masa ni tau... Hiks.. Oklah, kalau korang nak dapatkan Althea A'bloom Collection ni, boleh terus ke laman web mereka di https://my.althea.kr/brands/all/abloom


Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah

Wednesday, May 15, 2019
Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah  |  Teringin nak makan Gulai Kuning Ikan Kembong.. Cara buatnya mudah jerk sebenarnya, cuma bila penyakit M tu selalu sangat menyerang tu yang tak terbuat tu.... Kali ni aku gagahkan diri jugak untuk memasak menu kegemaran aku ni sebabnya memang teringin sangat-sangat nak makan.. Dah macam orang mengidam jerk gayanya ye.. hehe.. So, kali ni kita buat sampai jadi.. 

Jadi ke idok??? Jom kita check resepi dan jangan lupa cuba ye.. Hiks.. Makan ngan sambal belacan sedap woii.. Tapi aku jerk malas nak buat sambal belacan.. Jadi, kita bedal jerk dengan sambal belacan adabi.. Haha.. 


Resepi Gulai Kuning Ikan Kembong Sedap dan Mudah

Bahan-Bahan

4 ekor ikan kembung
2 ulas bawang merah*
1 inci kunyit hidup*
2 hiris lengkuas*
3 keping asam gelugor
4 bij cili api
1 biji timun 
1 kotak santan ayam brand
Garam secukup rasa


Cara-Cara
  • Bersihkan ikan dengan sempurna.. Kalau rasa besar boleh potong dua.. 
  • Kisar halus bawang merah, kunit hidup dan lengkuas. Aku campur santan sikit masa blend tu.. Hiks..
  • Belah dua timun dan potong mengikut citarasa masing-masing.. Biasa kalau buat gulai ni kene potong tebal sikit.. Macam aku guna timun jepun.. hehe Itu jerk yang ada dalam freezer.
  • Masukkan santan, bahan kisar dan asam gelugor ke dalam periuk atau kuali mengikut keselesaan masing-masing ketika memasak.. Panaskan sehingga mendidih.
  • Kemudian masukkan ikan, timun, cili api, garam dan serbuk perasa secukup rasa.
  • Masak jangan terlalu lama ye, nanti ikan akan hancur.. Kacau supaya masak pekat sekata.
  • Siap dan boleh dihidangkan..


Selamat mencuba..!!


Joykids Bundled Blessings Dari Joylee Pek Permulaan Yang Sempurna Untuk Penjagaan Baby Newborn

Wednesday, May 08, 2019
Joykids Bundled Blessings Dari Joylee Pek Permulaan Yang Sempurna Untuk Penjagaan Baby Newborn  |  Bila ada anak kecil sudah pastinya kita sebagai ibu mahukan yang terbaik buat anak kita.. Tak kiralah dari segi apa sekalipun.. Sama ada dari segi penyusuan, pemakanan, penjagaan diri, kesihatan dan lain-lain... Betul tak? Haaa buat ibu-ibu dan bakal ibu kat luar sana, aku nak share dengan korang satu pek permulaan yang sempurna untuk penjagaan diri baby newborn iaitu Joykids Bundle Blessings dari Joylee.. Apa ada dalam pek permulaan ni? Jom kita sama-sama kita lihat!!


Ok, dalam pek permulaan Joykids Bundle Blessings ni terdapat 2 jenis device dari Joylee iaitu :-
  • Joykids Nail Trimmer
  • Joykids Nose Cleaner
Joykids Nail Trimmer


Bab potong kuku baby newborn ni, akulah yang paling gerun sebabnya kuku babykan kecil dan comel.. Kuku pun nampak tak nampak aje.. Kalau time nak potong tu, rasa berdebar-debar risau terkepit isi.. Tapi sebenarnya pernah jugak aku terbabas terkepit isi jari anak aku.. Haha.. Time tu memang rasa bersalah sangat weh!! Tu pun dah berhati-hati sangat dah potong kuku mereka.. Bukan time dorang newborn jerk terkepitnye, time dorang umur satu tahun pun pernah jugak.. Kuku dorangkan masih kecil time tu.. 


Alhamdulillah sekarang kes-kes sebegitu dah tak berlaku lagi sejak aku menggunakan Joykids Nail Trimmer dari Joylee ni.. Kerja-kerja trim kuku jadi lebih mudah tanpa perlu bersusah payah mengecil dan membesarkan anak mata aku ni.. Hiks..


Joykids Nail Trimmer ni didatangkan bersekali dengan 6 jenis mata iaitu :-
  • A - Super fine grinding head
  • B - Fine grinding head
  • C - Rough grinding head
  • D - Metal grinding head
  • E - Soft polishing head
  • F - Cylindrical grinding head
Setiap satu mata yang ada mempunyai fungsinya yang tersendiri antaranya :-
  • A - Gently removes fine edges from nails and preventing breakage (untuk baby 0-3 bulan)
  • B - Gently defines nail edges (untuk baby 4-11 bulan)
  • C - Painlessly removes dead skin and calluses on the base of nail (untuk kanak-kanak 12 tahun dan keatas)
  • D - Painlessly removes hardened dead skin and calleses (untuk dewasa)
  • E - Polishes nails and shapes the nail bed (untuk dewasa)
  • F - Perfectly shapes nail edges (untuk dewasa)
Nampak tak, Joykids Nail Trimmer ni bukan saja untuk newborn tau, boleh digunakan sehingga orang dewasa.. So, memang tak rugi kalau beli.. Satu family boleh guna.. Yang ada newborn tu boleh la guna Super Fine Grinding head yang berwana skin tu untuk trim kuku baby.. Ia selamat digunakan dan sangat sesuai untuk baby newborn yang mempunyai kuku yang sangat lembut dan comel.. 


Untuk anak aku yang dah berumur 4 tahun dan 1 tahun tu aku memang menggunakan Rough Grinding head untuk trim kuku mereka.. Adakalanya guna juga Super Fine Grinding dan Fine Grinding.. Tengok keadaan kuku mereka.. Memang sangat mudah nak guna dan trim kuku anak-anak.. Biasa kalau guna pengepit kuku tu, asek nak kene kejar ajerk mereka ni.. Sekarang, guna Joykids Nail Trimmer ni, kemain cepat jerk dorang hulur jari dorang untuk di trim.. Senang hati aku.. Tak perlu nak berkejaran dah nak potong kuku.. Agarnya dorang excited tengok pemotong kuku canggih camni.. Hehe..


Ok, Joykids Nails Trimmer ni menggunakan 2 unit bateri AA untuk menghidupkannya.. Tak perlu nak cas bagai, cuma menggunakan bateri sahaja.. 

Cara guna Joykids Nails Trimmer
  • Pastikan bateri siap sedia sebelum digunakan dan pilih mata yang sesuai
  • Turn on trimmer dan lampu LED akan terpasang semasa digunakan
  • Mempunyai pilihan kelajuan berganda dengan 2 arah putaran
  • Working mode :-
      • R2 : Spin clockwise with high speed
      • R1 : Spin clockwise with low speed
      • 0 : OFF mode 
      • L1 : Spin counterclockwise with low speed
      • L2 : Spin counterclockwise with high speed
  • Last sekali, basuh tangan atau kaki. Keringkan dengan tuala. Sapu krim atau losyen untuk melindungi kulit dan kuku dengan lebih baik

Senang jerkkan cara penggunaannya.. Tak susah!! Sedikit pesanan dari aku, jauhkan device ni dari kanak-kanak ye.. Risau akan membahayakan mereka dan pastikan bateri dicabut ye selepas menggunakannya untuk jangka hayat lebih panjang.. Joylee Nails Trimmer ni mempunyai warranty selama 6 bulan under Joylee.. Kalau berlaku kerosakan dalam tempoh tersebut, bolehlah klim warranty tersebut.. Bestkan?

Ok, kalau nak cuci pulak, boleh cuci dengan tuala lembut atau kain yang lembut.. Jangan guna alcohol, acetone, petrol atau apa saja corrosive product ye untuk cuci device ni.. Hah, kalau ada komponen yang rosak, korang jangan risau sebab spare part untuk komponen device ni ada dijual ye..

Harga Normal : RM169.00
Harga Promosi : RM110.00



Joykids Nose Cleaner



Satu lagi cabaran aku bila ada anak kecil ni iaitu bila time dorang selesema, time tulah aku gelisah sebab tak sanggup tengok dorang sukar bernafas dek kerana hidung tersumbat.. Kadang tu sampai tak tahu nak buat apa.. Cuba juga sedut dengan penyedut hingus yang manual.. Memang tak banyak membantu.. Masalah hidung tersumbat tu tetap tak dapat solve jugak.. Macam-macam cara dan petua jugak cuba dipraktikkan tetapi tak membuahkan hasil sebaliknya rasa tak sanggup tengok anak aku hadapi kesukaran itu..


Now, dah tak perlu nak rasa cemas ke, gelisah ke, risau ke, sebabnya aku dah ada penyelamat dikala anak mengalami selesema iaitu Joykids Nose Cleaner juga dari Joylee.. Mudah digunakan dan senang untuk mencuci hidung anak yang tersumbat... Lagi menarik nose cleaner ni bukan sahaja boleh digunakan oleh baby newborn tetapi kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas pun boleh guna.. Lagi sekali ye, tak rugi beli tau.. Haaa..

Set ini didatangkan sekali dengan :-
  • Tip 1 : Untuk Baby
  • Tip 2 : Untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas
  • Nose Clip
  • Bateri AA
  • Storage Box


Device ini juga menggunakan 2 unit bateri AA untuk berfungsi.. Rasanye lebih mudah kalau guna bateri sebabnya boleh digunakan dimana sahaja tanpa perlu di cas.. Hanya perlu memastikan bateri sentiasa ada dengan kita.. Sila pastikan bateri di cabut selepas menggunakannya untuk jangka hayat lebih panjang.


Pada device ni ada 4 button yang mempunyai fungsinya yang tersendiri.. Ok, mari aku terangkan satu persatu.. 
  • 1 : Power - Tekan suis power untuk menghidupkan device
  • 2 : Muzik - Terdapat 3 level music volume. Muzik off secara default apabila device dihidupkan. Tekan butang (2) untuk menghidupkan muzik dan muzik akan dimainkan pada tahap yang paling rendah.. Tekan sekali lagi untuk meningkatkan volume. Tekan kali ketiga untuk mematikan muzik.
  • 3 : Sedutan - Terdapat 3 level sedutan. Tekan butang (3) untuk sedutan. Tekan kali pertama untuk yang paling lembut, manakala tekan kali ketiga untuk yang paling kuat.
  • 4 : Lampu - Lampu dimatikan secara default. Tekan butang (4) untuk menghidupkan lampu. Tekan kali pertama untuk berkelip dan kali ketiga untuk mematikannya.


Wah siap ada muzik dan lampu lagi tu.. Ini boleh menjadi daya penarik kepada anak-anak untuk bekerjasama semasa kerja-kerja menyedut hingus terutamanya bila mehidupkan muzik.. Sekurang-kurangnya memudahkan kerja ibubapa untuk proses tersebut..


Perlu diingatnya, semasa proses penyedutan tersebut, pastikan anak korang berada dalam posisi baring bukan duduk ye.. Selain itu juga, sila hindari main body device ini daripada air atau apa sahaja cecair. Lendir yang cair boleh mengalir ke dalam device. Dalam kes ini, sila gunakan cotton swabs untuk bersihkan suction port pada main body tersebut..


Sejak ada Joykids Nose Cleaner dari Joylee ni memang rasa lebih tenang untuk hadapi saat-saat anak diserang selesema.. Kalau dulu, kemain risau lagi.. Bukan apa, kita sebagai ibu ni memang tak sanggup tengok anak sakit tambahan pula bila time dorang selesema, nak bernafas pun susah sebab hidup tersumbat.. Bila dah ada nose cleaner ni memang dah boleh berlapang dada sebab ianya sangat membantu dikala memerlukan..

Nose Cleaner dari Joylee ni memang sangat-sangat mudah digunakan dan sangat membantu dalam menyedut hingus anak serta dapat melegakan hidung yang tersumbat.. Jadi, bagi aku setiap rumah perlu ada satu device ni.. Boleh digunakan bila perlu..

Harga Asal : RM329.00
Harga Promosi : RM219.00


Beli Joykids Bundled Blessings Lebih Berbaloi-baloi


Dah alang-alang beli Nail Trimmer, lebih baik terus sambar Joykids Bundled Blessings lagi berbaloi-baloikan.. Tambahan pula sekarang ni ada promosi.. Harga lebih murah berbanding beli satu device sahaja.. Jadi, buat mommies di luar sana, aku suggest korang rembat Joykids Bundled Blessings ni kerana ianya lebih berbaloi-baloi.. 

Satu lagi, aku sangat recommend jenama ni kerana sangat puashati dengan kualitinya dan lebih safety... Lagi pun ada warranty 6 bulan.. Nak tambah tempoh warranty pun boleh tau.. Oh ya, kedua-dua device ni didatangkan sekali dengan manual.. Tak de istilah tak tahu guna, sebabnya manual yang mudah difahami disediakan dalam kotaknya.


Joykids Bundled Blessing

Harga Asal
RM498.00

Harga Promosi
RM288.00

Beli Disini



Untuk sebarang pembelian atau info lanjut, sila layari :-

Website

Instagram

Facebook



Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Tahun 2019 Bagi Negeri Pahang

Sunday, May 05, 2019
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Tahun 2019 Bagi Negeri Pahang   |  Hola!! Rasa cam terlambat sikit up jadual berbuka dan imsak tahun ni.. hehe.. Di sini aku lampirkan Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 2019 bagi Negeri Pahang, negeri kelahiran ku.. Cewahh.. Semoga dengan jadual ini dapat korang manfaatkan.. Oh ya, credit kepada mysumber diatas jadual yang comel ni..



Jadual Waktu Berbuka dan Imsak Tahun 2019 bagi Negeri Pahang