Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Tahun 2019 Bagi Negeri Pahang

Sunday, May 5, 2019

9 comments
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Tahun 2019 Bagi Negeri Pahang   |  Hola!! Rasa cam terlambat sikit up jadual berbuka dan imsak tahun ni.. hehe.. Di sini aku lampirkan Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 2019 bagi Negeri Pahang, negeri kelahiran ku.. Cewahh.. Semoga dengan jadual ini dapat korang manfaatkan.. Oh ya, credit kepada mysumber diatas jadual yang comel ni..



Jadual Waktu Berbuka dan Imsak Tahun 2019 bagi Negeri Pahang








Read More

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1440H/2019

5 comments
Salam Ramadhan Al-Mubarak 1440H/2019  |  Assalamualaikum wbt.. Hi readers.. Pejam celik pejam celik dah sampai ke Ramadhan seterusnya.. Alhamdulillah, syukur dengan nikmatNYA yang masih memberi peluang untuk aku menjalani ibadah puasa pada tahun ini.. TQ Allah.. 


Tahun ni agak berbeza dari sebelumnya.. Kenapa? Hurmm perasaan tu lebih kepada sayu dan rasa sangat rindu untuk menempuh Ramadhan kali ni.. Sayu, mungkin juga disebabkan ketiadaan abang tersayang dan juga ibu mertua yang telah pergi mengadap ilahi.. Perasaan rindu tu, aku tak dapat nak tafsirkan bagaimana.. Memang rasa sangat rindu untuk menjalani ibadah puasa lagi buat tahun ini.. Moga ada lagi kesempatan untuk aku bagi tahun-tahun seterusnya.. Insyaallah..

Azam puasa tahun ni, kalau boleh nak puasa habis.. Tapi apakan daya, sudah pastinya Tuhan memberikan aku cuti rehat setiap bulan.. haha!! Apa yang aku harapkan agar puasa kali ni memberi seribu makna kepada aku dan diberi keberkatan olehNYA.. 

Buat korang yang beragama Islam tak kira dimana korang berada, aku mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa.. Salam Ramadhan Al-Mubarak dari aku buat kalian.. Semoga ibadah puasa kita kali ini lebih diberkati.. Insyaallah.. 


Read More

Cara Kurangkan Berat Badan Secara Sihat Dengan Kapsul B'Natural

Thursday, May 2, 2019

14 comments
Cara Kurangkan Berat Badan Secara Sihat Dengan Kapsul B'Natural | Fuhh runsing setaman bila berat badan naik.. Serius weh, memang risau gila kot kalau berat badan naik.. Baru-baru ni berat badan aku naik 3 kilo.. Time tu memang cuak gile.. Gelabah unta cari alternatif untuk turunkan balik berat badan.. Aku kalau dah naik, susah nak turun.. Haa itu masalahnya.. Roger kengkawan, ada la yang soh try Kapsul B'Natural sebabnya ia boleh kurangkan berat badan secara sihat.. Haa itu yang kita mahu!!.. Tak nak la turunkan berat badan tetapi memudaratkan kesihatan.. Itu bahaya namanya ye..


Ritu sibuk cari jamu untuk dalaman.. Dah jumpa Jamu Rahsia Bidan Kampung untuk rawat keputihan.. Now, nak turunkan berat badan pulak.. Trylah Kapsul B'Natural ni pulak juga dari Jamu Rahsia Bidan Kampung.. Dibawah bumbung yang sama tau.. Dah percaya satu jenis jamu, nak la cuba jamu kurus pulak.. Hehe.. Lagi pun ia diperbuat daripada herba semulajadi.. Yakin la sikit nak consume..

Mula-mula tak berani jugak nak ambil kapsul ni.. Tetapi selepas aku baca detail tentang produk ni, alhamdulillah aku rasa secure untuk consume Kapsul B'Natural ni.. Semua bahan-bahan yang digunakan adalah 100% herba semulajadi.. Moh la aku cerita serba sedikit tentang Kapsul B'Natural ni ye.. Sharing kan is caring.. hiks..

Kapsul B'Natural


Kapsul B'Natural ni diformulasikan oleh 100% herba semulajadi yang dihasilkan daripada 6 herba kampung terpilih khas untuk para wanita mengekalkan kecantikan badan dan mengurangkan berat badan secara sihat. Antara herba-herba terpilih tersebut adalah :-
  • Garnicia Cambodia (asam gelugor)
  • Rhizome Zingiber Officiale (halia)
  • Folium Apium Graveolens (abstract selery)
  • Semen Azadiracta India ( neem tree)
  • Hydrocortisone Asiatica (pegaga)
  • Semen Nigella Sativa (habbatussauda)
  • Folium Cinnamimuun Owners (teja wangi)
Kalau korang nak tahu, mereka ni mempunyai kepakaran 5 bintang dalam menjadikan bentuk badan menarik, kurus dan sihat secara natural.. Consume Kapsul B'Natural ni, korang boleh tampil kurus dan sihat tau sebabnya ia mengandungi bahan berkualiti terutamanya asam gelugor dan habbatussauda dimana ia baik untuk mengurangkan kadar lemak dan juga kolestrol dalam badan.

Kelebihan Kapsul B'Natural

  • Memberikan tenaga kepada badan
  • Mengurangkan selera makan
  • Menahan nafsu lapar
  • Baik untuk mencantikkan kulit
  • Baik untuk mengurangkan lemak dalam badan
  • Baik untuk membuang toksin dalam badan
Siapa yang boleh ambil kapsul ni? Haa korang yang berumur 17 tahun dan ke atas dah boleh consume Kapsul B'Natural ni tau.. Selain tu, ibu menyusu pun boleh consume tetapi kene tunggu baby berusia 3 bulan dan ke atas.. Macam aku, time menyusu anak memang tak ambil sebarang ubat atau jamu sebabnya risau anak aku tak tahan dengan kesannya.. Kot la terlalu panas sampai cirit birit kan.. Atas budak jugak sebenarnya.. Cuma aku jerk yang tak berani.. Yang ada masalah sembelit pun boleh cuba kapsul ni ye.. 

Cara Makan Kapsul B'Natural

  • Ambil 1 biji atau 2 biji sebelum sarapan pagi
  • Sekiranya pagi ada mengambil supplement lain, boleh ambik B'Natural pada waktu malam
  • Elakkan makanan berminyak
  • Banyakkan minum air kosong
  • Lebihkan air daripada makanan
Satu botol B'Natural ni terdapat 30 bijik kapsul.. Jika korang decide untuk ambil 1 biji sehari, maka bertahanlah ia selama sebulan.. hehe.. Perlu diingatkan ye, time period tak perlu ambil kapsul ni.. Kalau ada yang nak kesan yang lebih cepat dan mantop, bolehlah consume 2 biji sehari dan makanya bertahanlah setengah bulan sahaja.. Sila beli 2 botol untuk sebulan.. kehkehkeh!!

Kesan daripada pengambilan B'Natural ni bergantung mengikut individu ye.. Ada yang cepat ada yang lambat.. Ada yang dalam masa 7 hari dah nampak kesannya.. Ada juga lepas botol ke-2 baru nampak kesan.. Itu aku cakap ia mengikut badan setiap orang.. Badan kita tak sama diknon.. Nampak sama tetapi tak serupa.. Hah gitu!!

Apa Kata Lea Azleeya Tentang Kapsul B'Natural?


Berkesankah?? Yeahh ofkos babe!! Aku makan dalam masa seminggu dah turun 3 kilo seperti mana yang aku target... Tetapi aku consume 2 biji sehari la sebelum sarapan pagi.. Gigih weh nak turunkan berat badan.. Ikut segala pantang larangnya.. Bukan beshe beshe tau!! Hehe.. Oh ya, untuk dapatkan kesan yang terbaik dan sekaligus menjaga kesihatan, aku memang minum air kosong yang banyak.. Nak-nak lagi musim panas ni.. Air penting sangat woihh.. Pulak tu kita consume ubat atau jamu, memang memerlukan air yang banyak..

Tontong video ni dulu!!


Selain tu, pantang larang sila patuhi ye jika nak kesan yang optimum.. Bukan main langgar jerk.. Lepas tu, bila tak berkesan nak salahkan produk.. Hurmm.. Sepanjang aku consume kapsul ni, aku memang elakkan dari meminum minuman berkafein terutamanya kopi dan nescafe.. Alhamdulillah minuman tersebut bukan feberet aku.. Hiks.. Selain itu, air bergas dan air berais pun aku elakkan.. Sekali sekala ada jugak terbabas tetapi tak setiap hari la.. Bila craving sangat jerk.. hehe.. Aku manusia biasa beb.. Tak lepas dari berbuat kesalahan.. Cewahh!! Satu lagi, sila elakkan minum air limau atau lemon sebabnya ia boleh menghilangkan khasiat jamu.. 

Itulah saja pantang larang yang aku ikut.. Tak susah kan.. Simple but niceeee.. Haha!! 

Dapatkan Kapsul B'Natural Untuk Cantik Dan Kurus Secara Sihat


Nak cantik, nak kurus kenalah berusaha kearah itu... Kalau tak berbuat apa-apa mane maunya cantik dan langsing.. Nak cantik dan kurus secara sihat, Kapsul B'Natural lah jawapannya.. Jadi, tunggu apa lagi tu, jom dapatkan sekarang Kapsul B'Natural ni..

Harga Kapsul B'Natural

Harga Asal

1 botol : RM 70
3 botol : RM 210
6 botol : RM 420

Harga Promosi

1 botol : RM 60 + Free Postage
2 botol : RM 120 + Free 1 botol + Free Postage
4 botol : RM 200 + Free 2 botol + Free Postage


Sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Lazada

Shopee

Whatsapp
Jamu RBK : 013-5300655
Persona Wanita : 013-9650546


Kapsul B'Natural : 019-2457869


Read More

Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed

Wednesday, May 1, 2019

7 comments
Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed | Uik, bukak aje blog nampak news feed giveaway sha ni.. Tak fikir lama terus aje join.. Almaklumlah dah lama tak blogwalking blog sha.. Bukan blog sha jerk tapi blog kengkawan yang lain jugak.. Lagi pun aku ni baru jerk sihat.. Kerja blog pun banyak sangat tertangguh.. Ni nak pulun satu persatu buat kasi settle.. Eh, ape pulak aku mengarut ni yek.. Haha.. Orite, dengan lafaz Bismillah aku join giveaway ni.. Up banner dolu!!


Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 by Sha Mohamed.. Nampak!! Pakej tu ramadhan dan syawal.. Hadiah yang menanti peserta adalah sebuah buku kumpulan cerpen Tunjujjan Aku Arah Kiblat dari Maria Kajiwa.. Hurmm menarik.. Rugi kalau tak join tau.. So, cepat-cepat join ye..

Tarikh Akhir
10 Mei 2019
Read More

Kisah Hidup Lelaki 3 Jari Ini Menjadi Inspirasi Buat Rakyat Malaysia

15 comments
Kisah Hidup Lelaki 3 Jari Ini Menjadi Inspirasi Buat Rakyat Malaysia  |  Selamat Hari Pekerja buat semua pekerja-pekerja di Malaysia..!! Seronok dapat bercuti hari ni dapatlah aku rehatkan badan yang masih lemah ni.. Bila dalam keadaan macam ni, aku teringat satu kisah hidup lelaki 3 jari yang menjadi inspirasi buat rakayat malaysia malah aku sendiri terinspirasi dengan kisah hidup beliau.. Betapa tabahnya beliau menghadapi hari-hari dalam keadaan diri yang serba kekurangan sehingga beliau berjaya mencipta kejayaannya sendiri.. Kagum gila aku!!

Baru-baru ni, aku ada menonton video luahan rasa dari lelaki ini yang kini telah pun viral di media sosial.. Aku sangat terkesan dengan luahannya.. Rasa kagum tu tak dapat digambarkan lagi saat aku melihat video tersebut.. Beliau yang berstatus OKU mampu mencapai kejayaan dalam hidup disamping membantu orang disekelilingnya.. Kita bagaimana? Jom ikuti perkongsian kisah hidup Khairul Nizam, Pengasas Jamumall ini..


Ikuti luahan hati Khairul Nizam

Diusia 30 tahun.. Dengan keadaan cacat, aku bersyukur dengan kehidupan aku.. Aku berjaya membina satu syarikat Jamumall Sdn. Bhd dan membina platform jualan jamumall.com.. Aku happy kerana mampu beli apa sahaja yang aku inginkan, mampu makan yang mewah-mewah, mampu travel ke Dubai, Korea, Japan, Australia dan banyak lagi negara aku dan sampai.. Yang paling best aku dpapat sediakan rumah mewah untuk keluarga aku, tanggung family dan bersedekah setiap hari...


Bukan nak riak tapi aku tahu ramai sebenarnya orang diluar sana nak jadi macam aku, nak ada banyak duit macam aku, nak bahagiakan family mereka macam aku tapiii adakah mereka sekuat aku??

Lihatlah aku...


Kehidupan aku dulu tak macam ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. Makan perlu disuap, mandi perlu diuruskan, duduk perlu diangkat dan tidur perlu dijaga.. Bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian aku... Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari, bukan tiga hari, bukan seminggu, bukan sebulan tetapi bertahun tahun!!!


Ade ketika aku rasa sangat terkesan bila ada ketika aku haus, lapar, penat, takde orang disisi.. Tetapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah berikan aku nyawa, nafas, sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yang Dia nak aku buat.. 


Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai orang diluar sana.. Kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna, boleh berjalan, berlari, melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada orang lain... 

Sebaliknya aku melihat ramai yang malas untuk ubah hidup sendiri, ramai yang suke bagi bermacam alasan bile bekerja, ramai yang cepat giveup bile ade cabaran!! Ramai cube memilih untuk kerja senang, tak nak susah, lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat, sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun-tahun atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan orang sekeliling susah.. Paling terkesan nak bagi duit kepada mak dan ayah, family pun tak mampu...


Aku sedih!!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka... Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur.. Bersyukur dengan nikmat yang allah beri dan jangan sia-siakan.. Aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain... Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dapat melihat kegembiraan dan senyuman ramai orang disekeliling aku..


Kini aku sedar.. Untuk berjaya dalam kehidupan, pekerjaan, mahupun bisnes bukan mudah... Tetapi atas keinginan yang kuat, kasih sayang yang hebat, keberanian yang tinggi, suka belajar dan improve diri dan juga seorang yang berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang..


Semua value yang ade dalam diri aku akan aku bawakan ke dalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit, bersemangat dan berjaya!!!

Akhir kata... Kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan orang sekeliling, anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. Kite je mampu ubah diri kita!!


Ternyata kisah hidup Khairul Nizam sangat memberi inspirasi kepada rakyat malaysia terutamanya kepada kita yang sihat sempuna ini untuk berusaha mengubah kehidupan menjadi lebih baik.. Bukan hanya duduk tidak berbuat apa-apa menunggu bulan jatuh ke riba.. Tiada kejayaan yang boleh dicapai tanpa usaha.. Tidakkah kita berasa malu dengan seorang yang hebat seperti Khairul Nizam ini..

Jadi berhentilah merungut dengan kesusahan sebaliknya berusaha sehingga berjaya.. Semoga Khairul Nizam akan lebih berjaya dimasa akan datang agar dapat terus berbakti kepada diri sendiri, keluarga dan orang sekeliling beliau.. Aku doakan agar beliau diberi perlindunganNya dan kesihatan yang baik..

Tonton video luahan rasa Khairul Nizam

Eh, jangan lupa tau follow beliau di :-
Faceebook : https://web.facebook.com/khairulnizamofficial/
Facebook Page : https://web.facebook.com/Jamumallcom/   
Instagram : https://www.instagram.com/hyekhairul/  
Website : https://jamumall.com/  
#Nizam3Jari #Jamumall



Read More