Top Social

Image Slider

Cara Kurangkan Berat Badan Secara Sihat Dengan Kapsul B'Natural

Thursday, May 02, 2019
Cara Kurangkan Berat Badan Secara Sihat Dengan Kapsul B'Natural | Fuhh runsing setaman bila berat badan naik.. Serius weh, memang risau gila kot kalau berat badan naik.. Baru-baru ni berat badan aku naik 3 kilo.. Time tu memang cuak gile.. Gelabah unta cari alternatif untuk turunkan balik berat badan.. Aku kalau dah naik, susah nak turun.. Haa itu masalahnya.. Roger kengkawan, ada la yang soh try Kapsul B'Natural sebabnya ia boleh kurangkan berat badan secara sihat.. Haa itu yang kita mahu!!.. Tak nak la turunkan berat badan tetapi memudaratkan kesihatan.. Itu bahaya namanya ye..


Ritu sibuk cari jamu untuk dalaman.. Dah jumpa Jamu Rahsia Bidan Kampung untuk rawat keputihan.. Now, nak turunkan berat badan pulak.. Trylah Kapsul B'Natural ni pulak juga dari Jamu Rahsia Bidan Kampung.. Dibawah bumbung yang sama tau.. Dah percaya satu jenis jamu, nak la cuba jamu kurus pulak.. Hehe.. Lagi pun ia diperbuat daripada herba semulajadi.. Yakin la sikit nak consume..

Mula-mula tak berani jugak nak ambil kapsul ni.. Tetapi selepas aku baca detail tentang produk ni, alhamdulillah aku rasa secure untuk consume Kapsul B'Natural ni.. Semua bahan-bahan yang digunakan adalah 100% herba semulajadi.. Moh la aku cerita serba sedikit tentang Kapsul B'Natural ni ye.. Sharing kan is caring.. hiks..

Kapsul B'Natural


Kapsul B'Natural ni diformulasikan oleh 100% herba semulajadi yang dihasilkan daripada 6 herba kampung terpilih khas untuk para wanita mengekalkan kecantikan badan dan mengurangkan berat badan secara sihat. Antara herba-herba terpilih tersebut adalah :-
  • Garnicia Cambodia (asam gelugor)
  • Rhizome Zingiber Officiale (halia)
  • Folium Apium Graveolens (abstract selery)
  • Semen Azadiracta India ( neem tree)
  • Hydrocortisone Asiatica (pegaga)
  • Semen Nigella Sativa (habbatussauda)
  • Folium Cinnamimuun Owners (teja wangi)
Kalau korang nak tahu, mereka ni mempunyai kepakaran 5 bintang dalam menjadikan bentuk badan menarik, kurus dan sihat secara natural.. Consume Kapsul B'Natural ni, korang boleh tampil kurus dan sihat tau sebabnya ia mengandungi bahan berkualiti terutamanya asam gelugor dan habbatussauda dimana ia baik untuk mengurangkan kadar lemak dan juga kolestrol dalam badan.

Kelebihan Kapsul B'Natural

  • Memberikan tenaga kepada badan
  • Mengurangkan selera makan
  • Menahan nafsu lapar
  • Baik untuk mencantikkan kulit
  • Baik untuk mengurangkan lemak dalam badan
  • Baik untuk membuang toksin dalam badan
Siapa yang boleh ambil kapsul ni? Haa korang yang berumur 17 tahun dan ke atas dah boleh consume Kapsul B'Natural ni tau.. Selain tu, ibu menyusu pun boleh consume tetapi kene tunggu baby berusia 3 bulan dan ke atas.. Macam aku, time menyusu anak memang tak ambil sebarang ubat atau jamu sebabnya risau anak aku tak tahan dengan kesannya.. Kot la terlalu panas sampai cirit birit kan.. Atas budak jugak sebenarnya.. Cuma aku jerk yang tak berani.. Yang ada masalah sembelit pun boleh cuba kapsul ni ye.. 

Cara Makan Kapsul B'Natural

  • Ambil 1 biji atau 2 biji sebelum sarapan pagi
  • Sekiranya pagi ada mengambil supplement lain, boleh ambik B'Natural pada waktu malam
  • Elakkan makanan berminyak
  • Banyakkan minum air kosong
  • Lebihkan air daripada makanan
Satu botol B'Natural ni terdapat 30 bijik kapsul.. Jika korang decide untuk ambil 1 biji sehari, maka bertahanlah ia selama sebulan.. hehe.. Perlu diingatkan ye, time period tak perlu ambil kapsul ni.. Kalau ada yang nak kesan yang lebih cepat dan mantop, bolehlah consume 2 biji sehari dan makanya bertahanlah setengah bulan sahaja.. Sila beli 2 botol untuk sebulan.. kehkehkeh!!

Kesan daripada pengambilan B'Natural ni bergantung mengikut individu ye.. Ada yang cepat ada yang lambat.. Ada yang dalam masa 7 hari dah nampak kesannya.. Ada juga lepas botol ke-2 baru nampak kesan.. Itu aku cakap ia mengikut badan setiap orang.. Badan kita tak sama diknon.. Nampak sama tetapi tak serupa.. Hah gitu!!

Apa Kata Lea Azleeya Tentang Kapsul B'Natural?


Berkesankah?? Yeahh ofkos babe!! Aku makan dalam masa seminggu dah turun 3 kilo seperti mana yang aku target... Tetapi aku consume 2 biji sehari la sebelum sarapan pagi.. Gigih weh nak turunkan berat badan.. Ikut segala pantang larangnya.. Bukan beshe beshe tau!! Hehe.. Oh ya, untuk dapatkan kesan yang terbaik dan sekaligus menjaga kesihatan, aku memang minum air kosong yang banyak.. Nak-nak lagi musim panas ni.. Air penting sangat woihh.. Pulak tu kita consume ubat atau jamu, memang memerlukan air yang banyak..

Selain tu, pantang larang sila patuhi ye jika nak kesan yang optimum.. Bukan main langgar jerk.. Lepas tu, bila tak berkesan nak salahkan produk.. Hurmm.. Sepanjang aku consume kapsul ni, aku memang elakkan dari meminum minuman berkafein terutamanya kopi dan nescafe.. Alhamdulillah minuman tersebut bukan feberet aku.. Hiks.. Selain itu, air bergas dan air berais pun aku elakkan.. Sekali sekala ada jugak terbabas tetapi tak setiap hari la.. Bila craving sangat jerk.. hehe.. Aku manusia biasa beb.. Tak lepas dari berbuat kesalahan.. Cewahh!! Satu lagi, sila elakkan minum air limau atau lemon sebabnya ia boleh menghilangkan khasiat jamu.. 

Itulah saja pantang larang yang aku ikut.. Tak susah kan.. Simple but niceeee.. Haha!! 

Dapatkan Kapsul B'Natural Untuk Cantik Dan Kurus Secara Sihat


Nak cantik, nak kurus kenalah berusaha kearah itu... Kalau tak berbuat apa-apa mane maunya cantik dan langsing.. Nak cantik dan kurus secara sihat, Kapsul B'Natural lah jawapannya.. Jadi, tunggu apa lagi tu, jom dapatkan sekarang Kapsul B'Natural ni..

Harga Kapsul B'Natural

Harga Asal

1 botol : RM 70
3 botol : RM 210
6 botol : RM 420

Harga Promosi

1 botol : RM 60 + Free Postage
2 botol : RM 120 + Free 1 botol + Free Postage
4 botol : RM 200 + Free 2 botol + Free Postage


Sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Lazada

Shopee

Whatsapp
Jamu RBK : 013-5300655
Persona Wanita : 013-9650546


Kapsul B'Natural : 019-2457869


Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed

Wednesday, May 01, 2019
Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed | Uik, bukak aje blog nampak news feed giveaway sha ni.. Tak fikir lama terus aje join.. Almaklumlah dah lama tak blogwalking blog sha.. Bukan blog sha jerk tapi blog kengkawan yang lain jugak.. Lagi pun aku ni baru jerk sihat.. Kerja blog pun banyak sangat tertangguh.. Ni nak pulun satu persatu buat kasi settle.. Eh, ape pulak aku mengarut ni yek.. Haha.. Orite, dengan lafaz Bismillah aku join giveaway ni.. Up banner dolu!!


Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 by Sha Mohamed.. Nampak!! Pakej tu ramadhan dan syawal.. Hadiah yang menanti peserta adalah sebuah buku kumpulan cerpen Tunjujjan Aku Arah Kiblat dari Maria Kajiwa.. Hurmm menarik.. Rugi kalau tak join tau.. So, cepat-cepat join ye..

Tarikh Akhir
10 Mei 2019

Kisah Hidup Lelaki 3 Jari Ini Menjadi Inspirasi Buat Rakyat Malaysia

Wednesday, May 01, 2019
Kisah Hidup Lelaki 3 Jari Ini Menjadi Inspirasi Buat Rakyat Malaysia  |  Selamat Hari Pekerja buat semua pekerja-pekerja di Malaysia..!! Seronok dapat bercuti hari ni dapatlah aku rehatkan badan yang masih lemah ni.. Bila dalam keadaan macam ni, aku teringat satu kisah hidup lelaki 3 jari yang menjadi inspirasi buat rakayat malaysia malah aku sendiri terinspirasi dengan kisah hidup beliau.. Betapa tabahnya beliau menghadapi hari-hari dalam keadaan diri yang serba kekurangan sehingga beliau berjaya mencipta kejayaannya sendiri.. Kagum gila aku!!

Baru-baru ni, aku ada menonton video luahan rasa dari lelaki ini yang kini telah pun viral di media sosial.. Aku sangat terkesan dengan luahannya.. Rasa kagum tu tak dapat digambarkan lagi saat aku melihat video tersebut.. Beliau yang berstatus OKU mampu mencapai kejayaan dalam hidup disamping membantu orang disekelilingnya.. Kita bagaimana? Jom ikuti perkongsian kisah hidup Khairul Nizam, Pengasas Jamumall ini..


Ikuti luahan hati Khairul Nizam

Diusia 30 tahun.. Dengan keadaan cacat, aku bersyukur dengan kehidupan aku.. Aku berjaya membina satu syarikat Jamumall Sdn. Bhd dan membina platform jualan jamumall.com.. Aku happy kerana mampu beli apa sahaja yang aku inginkan, mampu makan yang mewah-mewah, mampu travel ke Dubai, Korea, Japan, Australia dan banyak lagi negara aku dan sampai.. Yang paling best aku dpapat sediakan rumah mewah untuk keluarga aku, tanggung family dan bersedekah setiap hari...


Bukan nak riak tapi aku tahu ramai sebenarnya orang diluar sana nak jadi macam aku, nak ada banyak duit macam aku, nak bahagiakan family mereka macam aku tapiii adakah mereka sekuat aku??

Lihatlah aku...


Kehidupan aku dulu tak macam ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. Makan perlu disuap, mandi perlu diuruskan, duduk perlu diangkat dan tidur perlu dijaga.. Bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian aku... Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari, bukan tiga hari, bukan seminggu, bukan sebulan tetapi bertahun tahun!!!


Ade ketika aku rasa sangat terkesan bila ada ketika aku haus, lapar, penat, takde orang disisi.. Tetapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah berikan aku nyawa, nafas, sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yang Dia nak aku buat.. 


Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai orang diluar sana.. Kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna, boleh berjalan, berlari, melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada orang lain... 

Sebaliknya aku melihat ramai yang malas untuk ubah hidup sendiri, ramai yang suke bagi bermacam alasan bile bekerja, ramai yang cepat giveup bile ade cabaran!! Ramai cube memilih untuk kerja senang, tak nak susah, lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat, sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun-tahun atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan orang sekeliling susah.. Paling terkesan nak bagi duit kepada mak dan ayah, family pun tak mampu...


Aku sedih!!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka... Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur.. Bersyukur dengan nikmat yang allah beri dan jangan sia-siakan.. Aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain... Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dapat melihat kegembiraan dan senyuman ramai orang disekeliling aku..


Kini aku sedar.. Untuk berjaya dalam kehidupan, pekerjaan, mahupun bisnes bukan mudah... Tetapi atas keinginan yang kuat, kasih sayang yang hebat, keberanian yang tinggi, suka belajar dan improve diri dan juga seorang yang berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang..


Semua value yang ade dalam diri aku akan aku bawakan ke dalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit, bersemangat dan berjaya!!!

Akhir kata... Kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan orang sekeliling, anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. Kite je mampu ubah diri kita!!


Ternyata kisah hidup Khairul Nizam sangat memberi inspirasi kepada rakyat malaysia terutamanya kepada kita yang sihat sempuna ini untuk berusaha mengubah kehidupan menjadi lebih baik.. Bukan hanya duduk tidak berbuat apa-apa menunggu bulan jatuh ke riba.. Tiada kejayaan yang boleh dicapai tanpa usaha.. Tidakkah kita berasa malu dengan seorang yang hebat seperti Khairul Nizam ini..

Jadi berhentilah merungut dengan kesusahan sebaliknya berusaha sehingga berjaya.. Semoga Khairul Nizam akan lebih berjaya dimasa akan datang agar dapat terus berbakti kepada diri sendiri, keluarga dan orang sekeliling beliau.. Aku doakan agar beliau diberi perlindunganNya dan kesihatan yang baik..

Tonton video luahan rasa Khairul Nizam

Eh, jangan lupa tau follow beliau di :-
Faceebook : https://web.facebook.com/khairulnizamofficial/
Facebook Page : https://web.facebook.com/Jamumallcom/   
Instagram : https://www.instagram.com/hyekhairul/  
Website : https://jamumall.com/  
#Nizam3Jari #Jamumall



Jamu Rahsia Bidan Kampung Merawat Keputihan Dan Melegakan Senggugut

Monday, April 29, 2019
Jamu Rahsia Bidan Kampung Merawat Keputihan Dan Melegakan Senggugut  |  Hi readers!! Haa disebabkan sharing is caring, jadi hari ni aku nak share dengan korang tentang satu jenama jamu ni yang aku dah try sendiri memang bagus sangat resultnya iaitu Jamu Rahsia Bidan Kampung.. Tak sabar nak kongsikan dengan korang tentang kehebatan jamu ni.. hehe..


Lama jugak dah tak consume jamu ni sebenarnya.. Kalau dulu-dulu aku agak obses dengan jamu..  Rasa tak lengkap hidup kalau tak makan jamu.. Haa sampai macam tu sekali tau.. Lepas dah tinggalkan dunia jamu satu ketika dulu, jadi dah susah nak pilih jamu yang terbaik untuk sesuaikan kembali dengan badan aku ni.. Now, aku dah jumpa jamu yang terbaik untuk aku.. Pasni boleh menten khasiat yang aku dapat dari jamu ni.. Tak nak bebel panjang lebar, moh aku cerita sal Jamu Rahsia Bidan Kampung ni kat korang..

Jamu Rahsia Bidan Kampung Herba Asli Turun-Temurun


Ok, kalau korang nak tahu Jamu Rahsia Bidan Kampung ni adalah antara jamu yang mendapat permintaan yang tinggi oleh wanita-wanita di Malaysia.. Ia dirumus khas dengan 100% herba semulajadi seperti kacip fatimah, manjakani, akar serapat, belimbing tanah dan juga mas cotek bagi menyelesaikan masalah kewanitaan..

Mesti korang tertanya-tanya sama ada jamu ni selamat diambil atau tak kan? Jangan risau ye kengkawan, Jamu Rahsia Bidan Kampung ni telah mendapat kelulusan KKM (MAL07061483T).. Jadi, ia selamat diamalkan.. Tapi please ye, pastikan korang minum air masak yang secukupnya setiap hari untuk mendapatkan kesan yang lebih baik dan juga untuk menjaga kesihatan.. hah gitu!! Pesanan dari penaja.. Haha..

Kelebihan Jamu Rahsia Bidan Kampung


  • Mengecutkan peranakan dan urat kembang
  • Mengatasi period yang tidak teratur
  • Melegakan senggugut
  • Mengetatkan bahagian keintiman
  • Memberikan tenaga dan meringankan badan
  • Merawat keputihan dan masalah lelehan pada faraj
  • Mengawal bau yang tidak menyenangkan pada bahagian intim wanita
Ok, siapa yang boleh consume jamu ni? haa mesti ada yang tertanya-tanye kan.. Orite hakak kasitau diknon semua ye.. Korang yang berumur 17 tahun dan keatas dah boleh consume jamu ni.. Manakala yang tak boleh consume jamu  ni adalah mereka yang sedang mengandung, pesakit jantung dan wanita yang sedang period.. 

Cara Makan & Pantang Larang Jamu Rahsia Bidan Kampung

  • Ambil 1 biji selepas makan malam atau sebelum tidur
  • Untuk dapatkan kesan yang lebih cepat, boleh ambil 2 biji selepas makan malam atau sebelum tidur
  • Sekiranya ada mengambil ubat lain, jarakkan pengambilannya sekurang-kurangnya 3-4 jam.
  • Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
  • Elakkan atau kurangkan pengambilan minuman berkafein seperti nescafe dan kopi, air bergas dan air berais kerana ia melambatkan kesan jamu tersebut
  • Elakkan juga air limau, lemon dan kelapa kerana ia boleh menghilangkan khasiat jamu
Keistimewaan Jamu Rahsia Bidan Kampung

  • Mudah dibawa kemana sahaja
  • Senang diamalkan
  • Ada 5 bintang yang menunjukkan kepakaran mereka dalam membantu para wanita menyelesaikan masalah kewanitaan
  • Kesan dapat dirasai dalam masa seminggu
  • Hanya menggunakan bahan terpilih bagi memastikan kualiti produk betul-betul dapat membantu para wanita
  • Manfaat untuk keseluruhan kesihatan dalaman wanita
  • Berbentuk kapsul yang mudah untuk dibawa kemana-mana
Apa Kata Lea Azleeya Tentang Jamu Rahsia Bidan Kampung


Dah dekat nak habis sebotol aku consume jamu ni.. Aku ambil 1 biji sehari sahaja sebelum masuk tidur.. Sebenarnya nak consume 2 biji terus sehari tapi biasalah amalan berjimat cermat tu amat perlu buat masa ni.. Haha.. Walaupun aku ambil 1 biji sehari sahaja, tapi kesannya tetap superb.. Hampir sebulan aku amalkan Jamu Rahsia Bidan Kampung ni, apa yang aku dapat adalah keputihan dah segan-segan nak ada.. Haaa.. Yang itu paling ketara.. Masalah keputihan ni dah tak asing lagi dalam kalangan wanita ni.. Sebelum ianya lebih parah, baik rawat awal-awal kan.. 

Selain tu, period aku jadi lancar tak seperti sebelum ni yang ada masa banyak ada masa sikit.. Satu lagi, badan ofkos jadi bertenaga tak lesu dan cepat letih macam selalu.. Kalau dulu, kalau balik kerja aje dah tergolek atas sofa keletihan.. Sekarang tak dah, balik kerja siap berperang dekat dapur lagi.. Paling teruk berperang dengan anak-anak.. haha.. 

Apa yang menarik, jamu ni boleh legakan senggugut juga tau.. Korang yang ada senggugut tu boleh la cuba ye.. Manelah tau sesuai dengan korang.. Bolehlah terasa aman sikit time period tak delah menahan sakit aje.. Usaha tu perlu.. Tak gitu.. Nak bagi peringatan juga ye, kesan sesuatu produk tu, adalah berbeza-beza bergantung mengikut individu itu sendiri.. Badan manusiakan tak sama.. So, apa yang penting kita cuba dan usaha dulu baru tau sesuai atau tidak.. Tak cuba mane nak tau kan..

Dapatkan Jamu Rahsia Bidan Kampung Untuk Merawat Keputihan Dan Melegakan Senggugut


Bagi korang yang mempunyai masalah dalaman, bolehlah cuba Jamu Rahsia Bidan Kampung ni.. Untuk yang mengalami masalah keputihan dan senggugut, sangat recommend cuba jamu ni... Tapi untuk dapatkan kesan yang optimum kenalah ikut pantang larangnya ye bukan main makan jerk.. Nanti tak berkesan, korang salahkan pulak jamu ni padahal korang yang  tak ikut pantang larang.. Bukan marah, tapi nasihat.. hehe.. 

Harga Asal

1 botol : RM 70
3 botol : RM 210
6 botol : RM 420

Harga Promosi

1 botol : RM 60 + Free Postage
2 botol : RM 120 + Free 1 botol + Free Postage
4 botol : RM 200 + Free 2 botol + Free Postage


Sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Lazada

Shopee

Whatsapp
Jamu RBK : 013-5300655
Persona Wanita : 013-9650546
Kapsul B'Natural : 019-2457869

Mulakan Tabiat Makanan Sihat Sejak Kecil Dengan Pasta Organik Alce Nero untuk Kanak-kanak

Saturday, April 27, 2019
Mulakan Tabiat Makanan Sihat Sejak Kecil Dengan Pasta Organik Alce Nero untuk Kanak-kanak | Didatangkan dalam bentuk huruf dan kenderaan bersama tambahan bayam serta tomato untuk lebih kebaikan. Terdapat pelbagai feadah yang boleh diperolehi dengan memulakan diet organik yang sihat untuk anak-anak sejak dari kecil. Istilah ‘organik’ bermaksud makanan tersebut merupakan hasil sistem perladangan yang tidak menggunakan baja buatan manusia dan racun serangga ke atas tanaman, makanan aditif kepada haiwan ternakan, penggunaan radiasi serta organisma yang telah diubahsuai secara genetik. 


Kajian menunjukkan manfaat diet seimbang adalah merangkumi makanan organik yang diiktiraf kerana ianya tidak mempunyai bahan kimia daripada racun serangga. Kandungan bahan kimia ini berkemungkinan boleh memberi impak negatif ke atas tumbesaran fizikal dan otak kanak-kanak.      

Walaupun jumlah hormon dan bahan kimia di dalam makanan bukan-organik adalah kecil, kajian menunjukkan ianya masih berkemungkinan tinggi boleh menjejaskan pertumbuhan neorologikal dan tingkah laku jika anak-anak terdedah padanya dalam jangka masa yang panjang. Malah wujud juga kaitan di antara pendedahan racun serangga terhadap maklum balas refleks neonatal, psikomotor, perkembangan mental serta gangguan hiperaktif yang boleh mempengaruhi tahap tumpuan kanak-kanak.

Selain itu, wujudnya keperluan untuk menukar diet anak-anak anda kepada makanan organik adalah untuk mengurangkan pendedahan terhadap organofosfat, sejenis racun serangga neurotoksik yang boleh menyebabkan aktiviti di dalam sistem saraf pusat dan periferal menjadi lebih pasif dalam kadar yang signifikan. Bahan ini boleh didapati dalam banyak makanan bukan-organik yang komersialkan.


Rasional untuk memilih diet yang lebih organik, terutama bagi kanak-kanak sememangnya jelas. Biarpun begitu, kanak-kanak mempunyai kecenderungan sendiri yang secara lazimnya lebih gemar kepada makanan snek yang mengandungi pewarna berkimia, berperisa tiruan ataupun makanan segera yang telah diproses.

Salah satu strategi yang efektif untuk ibu bapa praktikkan adalah dengan memupuk tabiat memakan makanan sihat sejak dari usia kecil, terutama sekali makanan organik. Bak kata pepatah, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Kaedah ini memerlukan pendekatan yang kreatif daripada ibu bapa yang akhirnya boleh membantu anak-anak untuk lebih cenderung kepada makanan yang lebih baik, sekali gus memastikan mereka untuk sentiasa memilih makanan yang sihat.

Alce Nero, jenama peneraju dalam kalangan pengguna yang peka terhadap alam sekitar dan kesihatan ada di sini untuk membantu golongan ibu bapa memulakan tabiat pemakanan sihat, organik dan sedap menerusi Pasta Alphabet Organik dan Pasta Bentuk Kenderaan Organik yang sangat bagus dan comel.


Konsep makanan dari ladang-ke-meja Alce Nero dapat dilaksanakan melalui rangkaian peladang organiknya, membantu dalam penghasilan makanan yang lebih sihat. Penambahan baharu ke dalam rangkaian makanan organik tulen dari Itali ini adalah disahkan 100% organik oleh Undang-Undang Kesatuan Eropah dan Perladangan Organik JAS di Jepun.

Memasukkan Sayur-sayuran ke dalam Diet Kanak-kanak


Pasta Organik Alce Nero untuk kanak-kanak mengandungi kepingan huruf sayur bayam hijau dan tomato merah kering yang organik. Kanak-kanak gemari huruf-huruf berwarna dan akan berseronok menyusun sebelum memakannya, tanpa menghiraukan sayur-sayuran yang ada di dalamnya.


Lama-kelamaan, mereka akan sukakan rasa makanan organik dan tidak lagi takut untuk makan sayur-sayuran! Minda mereka juga akan dirangsang dan boleh mengenali huruf-huruf yang pastinya membantu meningkatkan kemahiran membaca. Makan secara sihat dan mulakan kemahiran membaca dengan Pasta Organik untuk Kanak-kanak Alce Nero!

Makanan Organik Mesra Kanak-kanak


Kanak-kanak gemar menikmati pasta dengan sos tomato. Oleh itu, Alce Nero adalah sebuah jenama penyelamat untuk perihal itu – dengan menawarkan makanan organik yang mesra kanak-kanak. Untuk menyediakan Pasta Alphabet Organik Alce Nero, ikut sahaja arahan yang disediakan dan pada masa sama panaskan Sos Tomato Pasta Alce Nero di dalam periuk.


Bergantung kepada penerimaan anak-anak anda terhadap sayur-sayuran organik dan protein, tambah bahan-bahan yang mereka sukai. Kemudian, letakkan sos ke atas pasta berkenaan. Anda juga boleh meletakkan sedikit keju di atas hidangan yang enak ini dan lihat wajah ceria anak anda. Sos Tomato Pasta Alce Nero sememangnya sedap dan boleh menjadi perisa yang enak kepada pasta organik anda untuk sesi masakan yang singkat!

Mahu menjadikan waktu makan lebih menyeronokkan, ibu bapa boleh berseronok bersama anak-anak dengan meminta mereka mengeja perkataan menggunakan huruf-huruf, atau mengenal pasti kenderaan berbeza yang membentuk pasta berkenaan. Mereka pasti bergembira dengan aktiviti tersebut sambil menikmati Pasta Alce Nero untuk Kanak-kanak yang dapat membantu mereka membentuk tabiat makan makanan organik sejak usia muda, selain mengukuhkan mesej bahawa makanan organik juga sedap dan menyeronokkan!


Ibu bapa di Malaysia kini boleh menggunakan produk-produk Alce Nero dengan yakin kerana ia telah disahkan Halal oleh badan persijilan rasmi yang diiktiraf JAKIM.

Untuk resepi makanan yang sihat, unik dan organik yang boleh anda nikmati bersama si kecil, sila layari laman web https://alcenero.asia/recipes.html dan laman Facebook https://www.facebook.com/AlceNeroMalaysia/.