10 Trik Bijak Kegunaan WD-40 Yang Akan Menjimatkan Masa Anda Dirumah

Thursday, April 4, 2019

4 comments
10 Trik Bijak Kegunaan WD-40 Yang Akan Menjimatkan Masa Anda Dirumah  |  Dalam pelbagai cara, teknologi yang berkembang pesat telah membantu bukan sekadar memudahkan tugasan harian malah mempercepatkan kerja-kerja yang dilakukan. Masa yang tersedia amat berharga, peruntukkan ia untuk perkara yang lebih bermanfaat. 

Namun, ramai antara kita yang masih memilih kaedah lama yang menuntut banyak tenaga dan masa lebih. Tidak kira, sama ada tersedia kelengkapan yang mencukupi atau peralatan yang tepat, produk berteknologi maju ini dapat membantu di mana jua walaupun di bawah sinki atau di garaj kediaman. Ya, kita sedang membincangkan produk yang di labelkan dengan warna biru dan kuning serta mempunyai lebih dari 2000 kegunaan iaitu Produk Pelbagai Guna WD-40®.

Hidup ini singkat, oleh itu peruntukkan ia dengan sesuatu yang lebih bermanfaat dan indah. Berikut, 10 trik bijak kegunaan WD-40® yang bukan sekadar memudahkan kerja malah menjimatkan masa dan tenaga anda.

1) Hilangkan lakaran krayon si cilik di dinding


Tidak perlu risau dan gusar untuk menghilangkan lakaran seni atau kesan conteng krayon si cilik anda di dinding. Cara mudah untuk membersihkannya, gunakan Produk Pelbagai Guna WD-40®. Semburkan pada lakaran di dinding dan biarkan beberapa minit. Setelah itu, ambil kain bersih dan lap pada lakaran yang telah disembur WD-40® tadi. Dengan mudah, warna karyon tadi tertanggal dan dinding anda bersih seperti sedia kala

2) Singkirkan pelekat dan gua getah


Menyingkir pelekat label atau harga adalah antara tugas yang sukar. Tambahan, untuk membersihkan gula getah yang melakat pada kasut atau alas kaki juga kerja yang memenatkan. Cara mudah, semburkan Produk Pelbagai Guna WD-40® pada permukaan pelekat dan biarkan beberapa minit. Kemudian, gosok pelekat yang telah disembur dengan menggunakan tangan. Pelekat tadi dapat ditanggalkan begitu sahaja. Bagi gula getah pula, sedikit kerja keras diperlukan. Sembur Produk Pelbagai Guna WD-40® pada permukaan gula getah yang melekat, dan biarkan beberapa minit. Guna kain basah untuk menanggalkan gula getah tersebut. Ulang langkah ini beberapa kali sehingga segala sisa gula getah dapat dibersihkan. Formula ini dapat memabantu melonggarkan molekul gula getah yang melekat dan secara tidak langsung ia mudah untuk ditanggalkan

3) Bersihkan gril BBQ


Pastikan gril BBQ anda tersedia sebelum digunakan ketika pesta? Sembur rata WD-40® Multi-Use Product pada permukaan jaring gril dan biarkan ia 10 minit sebelum disembur kali kedua. Gosok permukaan jarring gril dengan menggunakan kain bersih yang kering untuk menanggalkan kotoran atau bentangkan lapisan aluminium. Kemudian, lap keseluruhan permukaan rak grill dengan tuala kertas. Jika masih terdapat kesan degil yang melekat, semburkan Produk Pelbagai Guna WD-40® pada permukaan kotoran tersebut dan sental dengan menggunakan berus dawai. Dengan ringkas, cuci keseluruhan permukaan jaring gril menggunakan sabun dan dibilas bersih.

4) Elak cermin di dalam bilik air berkabus


Selesai mandi dengan menggunakan air panas, sudah pasti permukaan cermin terbentuk satu lapisan kabus, Ia perlu dilap agar dapat digunakan. Hal ini akan menyababkan kesan atau tompokan air kelihatan dan ia perlu dibersihkan sekali lagi. Apa kata, anda ambil langkah untuk mengatasi masalah pembentukkan kabus pada permukaan cermin terlebih dahulu? Semburkan sahaja Produk Pelbagai Guna WD-40® pada keseluruhan cermin dan lap sehingga kering. Lakukan trik ini seminggu sekali.

5) Elak set golf dan peralatan memancing berkarat


Bukan sekadar dapat atasi set golf dan peralatan memancing dari berkarat, malah kelengkapan yang diperbuat dari keluli tahan karat juga dapat dielakkan. Apa bila permukaan kromium oksida yang sukar dilihat dengan mata kasar rosak, ia akan mengundang berlakunya pembentukkan karat. Untuk memastikan peralatan dan perkakas anda terhindar dari pembentukkan karat dalam tempoh yang lama, semburkan Produk Pelbagai Guna WD-40® dan lap dengan menggunkan tuala kering. Lakukan langkah pencegahan karat ini seminggu sekali.

6) Bersihkan kotoran degil dalam peti sejuk


Apabila sisa makanan yang melekat dan sukar dicuci dengan menggunakan sabun dan air, Produk Pelbagai Guna WD-40® mengambil alih tugasan. Keluarkan semua makan dan jauhkan ia dari kawasan yang hendak di rawat. Semburkan sedikit Produk Pelbagai Guna WD-40® terus pada pemukaan kotoran dan lap dengan menggunakan kain basah atau span. Kemudian, setelah bersih lap sekali lagi dengan menggunakan kain bersih yang kering.

7) Pastikan Jubin sentiasa bersih


Untuk memastikan Jubin anda sentiasa kelihatan cantik dan bersih bukanlah sesuatu yang mudah dan murah lebih-lebih lagi jika ia adalah Jubin yang direka khas. Oleh itu, untuk mengekalkan Jubin anda kelihatan bersih dan cantik, sudah pasti penjagaan rapi perlu dilakukan. Bagi mencegah serta menghilangkan kesan calar, kotoran degil dan turapan Jubin yang kotor, semburkan Produk Pelbagai Guna WD-40® pada permukaan Jubin kemudian dibiarkan seketika sebelum dibersihkan dengan menggunakan air sabun.

8) Melembutkan kasut kulit


Sepasang kasut diperbuat dari kulit menjadikan penampilan anda lebih elegan. Namun, bagi menyarung sepasang kasut kulit yang baru adakalanya mengundang ketidakselesaan kepada pengguna. Produk Pelbagai Guna WD-40® dapat membantu. Hanya semburkan pada permukaan kasut dan lap dengan kain lembut dan kering. Teknik ini membantu mengurangkan risiko lepuh pada kaki dengan melembutkan kasut kulit baru anda dan secara tidak langsung memberi keselesaan. Disamping itu juga, ia membantu manjaga kasut agar lebih berkilat. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan menyembur Produk Pelbagai Guna WD-40® dan gosok perlahan-lahan.

9) Zip tersangkut dan tersekat-sekat


Tidak kira di seluar mahupun beg, zip yang tersangkut dan tersekat-sekat boleh diselesaikan dengan Produk Pelbagai Guna WD-40® . Teknik menggunakan lilin bagi menyelesaiakan masalah zip yang tersangkut dengan menggunakan lilin adakalanya kurang bernas terutamanya bagi tempat yang sukar dijangkau. Jadi, apa kata jadi bijak dengan menggunkan Produk Pelbagai Guna WD-40® . Apa yang perlu anda lakukan, semburkan Produk Pelbagai Guna WD-40® pada zip yang tersangkut dan sepanjang trek zip yang tersangkut.

10) Bersihkan bilah mata pemotong rumput


Tugas memotong rumput anda sudah pasti menyukarkan apabila terdapat sisa potongan yang tersangkut pada bilah pemotong. Lebih teruk, jika tidak di atasi segera ia akan menyebabkan mata bilah tersangkut dan tidak berfungsi. Membuang sisa rumput yang melekat secara manual agak sukar dan memperuntuk masa yang lama. Untuk mengatasi masalah ini, semburkan Produk Pelbagai Guna WD-40® pada masin pemotong rumput terutamanya bahagian bilah mata.

Untuk lebih tip dan trik bijak penggunaan Produk Pelbagai Guna WD-40® atau anda mencari produk yang bersesuai untuk menyelesaikan masalah dan tugas tertentu, jangan lupa layari https://wd40.asia/


Read More

Karnival Kewangan Terengganu Anjuran Bank Negara Malaysia Dari 4 - 6 April 2019

Monday, April 1, 2019

11 comments
Karnival Kewangan Terengganu Anjuran Bank Negara Malaysia Dari 4 - 6 April 2019  |  Berita baik buat semua warga Terengganu.. Bank Negara Malaysia (BNM) akan menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu (Karnival) dari 4 hingga 6 April di TH Hotel and Convention Centre, Kuala Terengganu.


Karnival ini berlangsung di rantau Pantai Timur selepas mengembara ke negeri Sabah, Sarawak dan sekitar negeri di Utara. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kewangan dan menyediakan perkhidmatan kewangan dan pemerkasaan kepada penduduk di Pantai Timur menerusi platform sehenti edutainment kewangan.


Bertemakan “Utamakan Keperluan Kewangan Anda”, Karnival Kewangan Terengganu diambilbahagian oleh lebih 45 institusi kewangan dan agensi kerajaan demi mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan yang sedia ada. Ini termasuk produk perbankan Islam, pembiayaan PKS, perlindungan insurans / takaful dan e-pembayaran.

Masyarakat tempatan akan mendapat maklumat yang mendalam tentang pelbagai perkara berkaitan kewangan seperti perancangan kewangan, penipuan kewangan dan saluran untuk pembetulan.


Di sini nanti, banyak yang dapat anda pelajari tentang wang palsu, ciri-ciri keselamatan wang, nasihat kewangan dan membuat aduan tentang penipuan scam,\.

Anda juga boleh menyemak serta mencetak laporan CCRIS anda secara percuma dan daftar akaun eCCRIS di booth Bank Negara Malaysia.

Karnival mesra keluarga ini akan menawarkan pelbagai aktiviti termasuk Forum Perdana mengenai kewangan dan hal ehwal Islam, ceramah, aktiviti kanak-kanak dan hadiah berjumlah sehingga RM150,000.


Aktiviti menarik yang lain termasuk sesi perkongsian khas oleh pengembara selebriti dan hos, Mat Dan dan artis rap, Caprice dan konsert mini oleh Sufian Suhaimi dan Shafiq Farhain.

Nampak menarik bukan?

Selain itu, satu siri pameran bergerak (roadshow) akan dianjurkan untuk mempromosikan Karnival, yang bertajuk “Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan” di 11 lokasi di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Pameran ini diadakan dari 18 hingga 31 Mac :-

  1. Dewan Astaka, UMP Kampus Gambang Pahang | 18 Mac
  2. Dewan Semai Bakti Felda Jengka 11, Jengka | 19 Mac
  3. Dewan Orang Ramai Ketengah Jaya 1, Bandar Ketengah Jaya Dungun | 20 Mac
  4. Kompleks Balai Islam Lundang, Kota Bharu | 21 Mac
  5. Dewan Gemilang, UniSZA Kampus Gong Badak | 24 Mac
  6. Dewan Auditorium Mahyuddin UMT Kuala Nerus | 24 Mac
  7. Dewan Majlis Daerah Setiu Sg Tarom, Setiu | 25 Mac
  8. Dewan Majlis Daerah Besut, Kg Gong Kemuntung, Besut | 26 Mac
  9. Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, Hulu Terengganu | 27 Mac
  10. Dewan Majlis Daerah Marang, Marang | 28 Mac
  11. Dewan Utama, UMK, Kampus Kota, Pengkalan Chepa | 31 Mac

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.karnivalkewangan.com.my atau hubungi Pejabat BNM Terengganu di talian 09-622 0571.

Iklan : Sepanjang Karnival Kewangan Terengganu, anda boleh nikmati diskaun GRAB car RM5 x 2 perjalanan pergi atau balik dari TH Hotel & Convention Centre Kuala Terengganu pada 4 hingga 6 April ini menggunakan kod : KKT2019


Read More

Jom Cantik Bersama Nutri Bear Essential Hydrolyzed Collagen

13 comments
Jom Cantik Bersama Nutri Bear Essential Hydrolyzed Collagen | Semakin meningkat usia semakin berkurangan kolagen dalam badan.. Bila kolagen dalam badan mula berkurangan, maka proses penuaan lebih cepat berlaku.. Nampak tua sebelum usia memang merisaukan.. Lagi teruk bila dibiarkan sahaja masalah ini terus membelenggu diri tanpa apa-apa usaha.. Wei, aku tak nak tua sebelum usia.. Huhu.. Kalau boleh, biarlah usia tu kearah 'senja' tapi menten kelihatan awet muda.. Hah gitcheww!! Haha!! Boleh ke macam tu? Haa mesti la boleh guyss!! Yang penting kita jaga pemakanan dan sentiasa ambil supplement.. Now, untuk menghilangkan tanda-tanda penuaan, aku consume Nutri Bear Essential Hydrolyzed Collagen.. Bagus tau supplement ni...!!


The Nutri Bear Essential Hydrolyzed Collagen

The Nutri Bear Essential Hydrolyzed Collagen ini merupakan makanan tambahan yang sempurna untuk sendi yang sihat, kulit yang lebih cerah, kuku yang lebih kuat dan rambut yang berkilat. Ia dihasilkan daripada ikan air tawar dimana supplement kolagen ikan hydrolyzed ini berat molekulnya adalah 3000 daltons untuk penyerapan lebih mudah. Ia mengandungi gliserin, proline, hydroxyproline, alanine dan arginine dalam dos yang lebih tinggi daripada puratanya sehingga dapat melihat perubahan yang jelas dalam kesihatan diri..


Apa yang berlaku sekiranya mengambil Nutri Bear Essential Hydrolyzed Collagen secara berterusan? Soalan yang sering membelenggu fikiran bila aku consume sesuatu supplement.. Begitu jugalah dengan Nutri Bear ni.. Soalan yang sama bermain difikiran aku masa mula-mula aku nak consume dulu.. Nak tahu tak apa yang akan berlaku? Jom kita lihat kebaikan Nutri Bear ini..

Kebaikan Nutri Bear Essential Hydrolyzed Collagen

  • Menguatkan sendi dan otot supaya boleh menjadi lebih aktif
  • Menghidratkan kulit untuk melambatkan kedutan dan garis halus
  • Mengurangkan selulit untuk penampilan yang lebih baik
  • Cerah permukaan kuku untuk menghilangkan perubahan warna
  • Menyuburkan folikel rambut untuk menjadikan rambut lebih bersinar dan kuat

Kenapa Perlu Consume Nutri Bear Essential Hydrolyzed Collagen?

  • Meningkatkan penghidratan kulit
  • Mengurangkan kedutan serta garis halus
  • Mengurangkan pigmentasi
  • Menyeimbangkan pengeluaran minyak dalam kulit
  • Mengurangkan kesan parut
  • Meningkatkan pertumbuhan rambut
  • Membantu mengurangkan keguguran rambut
  • Mencantikkan kuku
  • Mempercepatkan pemulihan luka
  • Meningkatkan pemulihan jantung
  • Mudah larut dalam sebarang minuman

Cara Pengambilan Nutri Bear Essential Hydrolyzed Collagen

Cara pengambilannya amat mudah... Hanya perlu campurkan 1 scoop The Nutri Bear Essential ini ke dalam air kosong atau sebarang minuman kegemaran korang.. Kacau sampai larut dan boleh diminum.. 


Salah satu yang aku suka tentang Nutri Bear ni adalah ia boleh dicampur dengan sebarang minuman kegemaran aku... Jadi, ini membuatkan aku boleh setia untuk consume Nutri Bear ni sepanjang masa.. Bukan dalam minuman saja boleh dicampur tau tetapi dalam makanan juga.. Oh ya, produk ini dibuat di Malaysia dan selamat digunakan kerana telah mematuhi piawaian HACCP, GMP serta HALAL.

Cara mengambil Nutri Bear Essential Hydrolyzed Collagen dengan supplement lain :-
  • Jika diambil bersama Vitamin C, Hydrolyzed Collagen dapat menyokong pengeluaran protien dalam tubuh terutamanya kulit, tulang rawan dan organ
  • Jika diambil bersama dengan Vitamin D, Kalsium, Magnesium dan Zink ia akan membantu dalam pemulihan dan pembaikan tulang dari masa ke semasa.

Membeli Sambil Menderma

Membeli sambil menderma? Menarik!! Yes, jika korang membeli Nutri Bear Essential Hydrolyzed Collagen ni, secara automatik korang dah pun menderma.. Derma untuk siapa? Ok, sebelum tu aku nak story dulu kat korang tentang bagaimana supplement ini diberi nama 'Nutri Bear'.. Kenapa Bear? Diperbuat daripada beruang ke? Uisss tak de la sampai macam tu.. hehe


Sebenarnya kalau korang nak tahu, dalam masa 10 tahun akan datang, polar ais dijangka akan mencair dengan ketara dan akan meninggalkan beruang kutub. Jadi, bagi mengelakkan keadaan ini berlaku, dengan setiap pembelian produk ini, sebanyak 5% akan disumbangkan kepada pemuliharaan beruang kutub.

Nah nampak tak kat situ.. Korang dapat 2 dalam 1 dengan membeli Nutri Bear Essential Hydrolyzed Collagen ni.. Bukan saja cantik dan sihat dapat korang nikmati malah, korang juga menjadi penyelamat kepada beruang kutub yang hampir terancam.. Cantik dapat, pahala pun dapat uollss... Jadi, jangan lupa ye membeli sambil menderma dengan Nutri Bear Essential Hydrolyzed Collagen..

Untuk sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :-

Website

Instagram

Facebook



Read More

Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydration Kekalkan Keremajaan Kulit

Sunday, March 31, 2019

15 comments
Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydration Kekalkan Keremajaan Kulit  |  Akhir tahun lepas aku ada review satu produk dari Neil Armayan iaitu Biosol Hygiene Wash.. Now, sekali lagi aku nak share personal review aku tentang satu lagi produk dibawah label yang sama iaitu Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydration dimana produk ini mampu mengekalkan keremajaan kulit..


Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydration

Ok, kalau korang nak tahu Neil Armayan Revesol ini dirumuskan secara klinikal sebagai krim Multi-Factor Age Reverse yang powerfull kerana ia dihasilkan dari bahan PhytoCellTec Malus Domestica yang bukan sahaja melindungi tetapi juga membaiki sel induk semulajadi kulit dan fungsi yang berkaitan. Ia secara langsung dapat melawan proses penuaan dengan mengoptimumkan prestasi sel induk kulit kita.

Jangan tak tahu ye, krim Revesol ni bukan sebarangan krim ye, ia diformulasi daripada teknologi hyaluronic filling spheres dimana ia dapat memberikan hydration yang maximum kepada kulit muka kita..


Tak keterlaluan kalau aku katakan krim Revesol ni adalah alternatif yang lebih baik daripada Botox dengan komponen pelembap dan perlindungan UV yang ada padanya. Yang berangan-rangan nak cucuk botox tu, rasanya tak payah la dah ye teruskan hasrat tu, boleh aku try Neil Armayan Revesol ni lebih selamat dan bagus untuk kulit.. Kebaikan tambahan yang ada pada krim ini termasuk ciri anti-kulat, anti-keradangan dan pengurangan jerawat. Kalau korang nak tahu, pendekatan bersifat holistik ini terhasil daripada penyelidikan bertahun-tahun dan kajian terperinci terhadap maklumbalas daripada wanita di seluruh dunia..

Kebaikan Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydration


  • Melewatkan penuaan sel
  • Perlindungan dipertingkat dan pemulihan fungsi sel induk kulit
  • Meningkatkan vitaliti dan meremajakan sel-sel kulit
  • Ciri pelembap yang luar biasa
  • Sangat berkesan melawan kedutan dan garis halus
  • Mengurangkan keradangan dan pembetukan jerawat
  • Mengelakkan liang tersumbat dan memberikan ruang untuk pertumbuhan sel baru
  • Memberi perlindungan nominal terhadap sinaran ultraviolet matahari
  • Ciri antikulat

Packaging Dan Tekstur Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydration

Firstime dapat parcel Revesol Cream ni, aku dah rasa kagum dengan packagingnya yang sangat eksklusif dengan boxnya yang super owsem!! Bermula dengan boxnya sehinggalah kepada packaging krim itu sendiri memang semuanya terasa eksklusif setanding dengan kebaikannya.. Secara keseluruhan, bila tengok saja packagingnya dah terasa yakin dengan produknya.. Serius aku suka!!




Itu tentang packaging.. Kalau teksturnya pula apa yang boleh aku katakan adalah ia sejenis yang sekali pandang macam krim biasa tetapi bila dah apply, eh! macam gel pulak rasanya.. Haaa camno tu.. Sape nak jawab?? Hehe.. Paling aku suka tentang krim Revesol ni adalah ia tak meninggalkan kesan melekit setelah di apply kat muka.. Itu yang paling utama bila aku pilih sesuatu krim untuk muka aku.. Asal melekit jerk, memang aku reject awal lagi.. Tak selesa weh!!


Alhamdulillah Revesol ni sangat selesa bila dipakai dan sesuai dengan kulit aku yang jenis kombinasi ni.. Lagi satu keistimewaan Revesol ni ia mudah diserap dan selepas apply kat muka, kulit akan rasa lebih lembap, lembut dan lagi best nampak glowing gitchewww!!

Antara bahan-bahan yang terkandung di dalam Revesol Cream ni adalah seperti Etilheksil Palmitat, Silika Dimetil Sililat, Butilena Glikol, Sodium Hialuronat, Saccharomyces Lisat, Kanji Jagung yang diubahsuai, Pantenol, Tokoferil Asetat, Sel Induk Malus Domestica, Asid Salisilik, Gam Akasia Senegal, Asetil Heksapeptida-8 dan Minyak Biji Slimmondsia Chinensis (Jojoba)

Cara Guna Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydration


Cara guna krim ni sama saja macam krim muka yang lain.. Cuma perlu sapu pada setiap pagi dan malam selepas cuci dan toning wajah.. Urut secara perlahan-lahan pada kulit muka. Biarkan krim absorbs sepenuhnya ke dalam kulit.. 

Kalau waktu siang, biasanya aku akan apply krim Revesol ni sebelum aku makeup.. Yesss, makeup aku nampak lebih flawless tau!! Sebab tu aku sayang ketat-ketat Revesol ni.. hehe..

Apa Kata Lea Azleeya Setelah Menggunakan Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydration?


AKU SUKA!! haa tu dia.. Besar gedabak font tu.. hehe.. Serius aku suka Revesol krim ni sebabnya ia serasi dengan kulit aku yang jenis kombinasi ni.. Selalunya kalau aku pakai krim yang tak sesuai, mesti muka aku akan nampak berminyak gile.. Tetapi tidak dengan Revesol Cream ni.. Dah apply kat muka, memang tak rasa berminyak dan melekit langsung.. Memang best giler!!

Sungguhpun begitu, ia tidak pula menyebabkan kulit menjadi kering sebaliknya melembapkan kulit aku.. Yelah nama lagi 'with hydration' kan, mestilah memberikan kelembapan pada kulit.. Bukan tu saja buatkan aku jatuh cinta dengan krim ni, tetapi ia juga melembutkan kulit muka dan memberi effect glowing pada wajah.. Bolehlah fefeeling glow glowing gitu kann.. hehe.. 

Lagi best krim ni didatangkan dalam saiz 30gm.. Banyak tu woihh!! Memang boleh tahan 2-3 bulan kalau pakai dalam kuantiti yang tak overdose.. Hiks.. Cam aku lebih suka pakai secara nipis sahaja.. Korang aku tataw la tahap pemakaianya macam mana.. So, depend pada pemakaian juga... 

Dapatkan Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydration Untuk Kekalkan Keremajaan Kulit.


Aku dah cuba Revesol Cream ni dan aku sangat menyukainya.. Korang yang mana nak mengembalikan keremajaan kulit tu, tak yah la nak cucuk botox bagai ye, mai pakat pakai Revesol cream ni.. Kesan dia memang terbaik!! 

Buat my beauty readers, aku nak bagi korang peluang untuk dapatkan Revesol Cream ni dengan harga lebih rendah.. Macam mana? Haaa korang boleh gunakan voucher code : NEILLEA20 untuk dapatkan 20% diskaun dengan pembelian secara online di Shopee di link ini : https://bit.ly/2HoiuIJ.. Diskaun voucher code ini hanya terhad kepada 10 orang terawal sahaja tau.. So, siapa cepat dia dapat.. Grab now!!

Untuk sebarang pembelian atau info lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram

Shopee


Read More

Tonton Rancangan Nak Beli 2.0 Dan Dapatkan Barangan Pre-Loved Eksklusif Dari Influencer dan Selebriti

Saturday, March 30, 2019

5 comments
Tonton Rancangan Nak Beli 2.0 Dan Dapatkan Barangan Pre-Loved Eksklusif Dari Influencer dan Selebriti  |  Hi guys!! Kali ni aku nak share dengan korang sebuah rancangan beli belah barangan pre-loved eksklusif yang dibawakan oleh hurr.tv iaitu Nak Beli 2.0 .. Ada yang pernah tonton rancangan di hurr.tv? Kalau belum, korang wajib tonton ye.. Banyak yang menarik di sana.. Apa agaknya yang best dengan program kali ni ye.? 


Tonton Rancangan Nak Beli 2.0 Dan Dapatkan Barangan Pre-Loved Eksklusif Dari Influencer dan Selebriti

Rancangan Nak Beli 2.0 ini merupakan program 10 episod web dimana ia memberi peluang kepada penonton atau peminat untuk mendapatkan koleksi barangan peribadi milik influencer dan juga selebriti dengan harga menarik di laman web Beli@hurr iaitu https://shop.hurr.tv/. Rancangan ini akan bersiaran secara langsung pada jam 8.30 malam pada setiap hari Rabu bermula 13 Mac 2019 di laman web dan aplikasi telefon pintar hurr.tv.

Program 10 episod ini akan dihoskan oleh Nana Al-Haleq dan juga Nisha Ezzati secara bergilir-gilir bersama tetamu jemputan setiap minggu yang terdiri daripada influencer atau selebriti jemputan antaranya Tasnim Shah, Sharifah Rose, Adriana Adnan, Shalma Aainaa, Syada Amzah dan Umaira Wafa.. 

Dari kiri : Aireen Natasya, Hos Nisha Ezzati dan Maisarah
Ok kalau korang nak tahu, pada setiap episod web, beberapa barangan pre-loved dan personalised eksklusif mereka akan ditampilkan dan dijual pada harga mampu milik. Apa yang bestnya, bagi penonton yang menonton program ini secara langsung akan berpeluang untuk mendapatkan baucer atau diskaun khas bagi koleksi yang ditampilkan apabila membeli pada waktu siaran langsung dijalankan.

Dari kiri : Hos Nana Al-Haleq bersama NurLynn Azureen
Ada lagi yang menarik tau.!! Rancangan Nak Beli 2.0 ini juga akan menampilkan segmen Happy Hour bagi jualan produk penjagaan wajah dan kulit, muca... 


Penonton yang menyaksikan program ini secara live bakal menikmati diskaun sebanyak 30% sehingga 50% bagi mendapatkan beberapa produk terpilih serta set lengkap skincare muca ini.. So, jangan lepaskan peluang untuk memiliki set penjagaan wajah dan kulit rasmi yang digunakan oleh peserta Miss Universe 2018 ini ye..


Menurut Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly, "Nak Beli musim pertama mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton setia hurr.tv apabila kesemua barangan yang ditampilkan berjaya dijual ketika program bersiaran langsung. Ini membuktikan bahawa koleksi peribadi influencer dan selebriti sentiasa menjadi buruan peminat untuk dimiliki. Program ini juga merupakan salah satu platform unik dalam mendekatkan peminat dan personaliti kegemaran. Malah, beberapa kejutan juga mungkin akan dibuat bagi peminat bertuah. Jadi, jangan lupa saksikan Nak Beli 2.0 di laman web dan aplikasi telefon pintar yang boleh dimuat turun menerusi App Store dan Google Play."

Mungkin ada dikalangan korang tertanya-tanya tentang kos penghantaran bagi barangan yang telah dibeli kan?.. Jangan bimbang kerana menerusi Nak Beli 2.0 ini, penonton tak perlu risau tentang kos penghantaran kerana ia adalah PERCUMA dengan pembelian yang minimum.. Dalam siaran langsung program ini juga, penonton dapat melihat sendiri personaliti kegemaran mereka berkongsi lebih lanjut mengenai barangan yang akan dijual.. Sudah pastinya setiap barangan yang dijual mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.


Program Nak Beli 2.0 ini juga dibawakan oleh produk penjagaan wajah dan kulit, muca.. Ok, jangan lupa ye dapatkan barangan pre-loved para influencer dan selebriti kegemaran korang secara eksklusif di laman web Beli@hurr iaitu di https://shop.hurr.tv/ ... 

Tonton Episod #1

NurLynn Azureen Preloved Item

Lynn Mascara

Episod #3 telah berlangsung pada 27 Mac yang lalu di http://www.hurr.tv/ dan di app hurr.tv. Jadi, kalau nak tonton boleh ke laman web mereka ye..


Dapatkan barangan preloved influencer dan selebriti secara eksklusif di :-

Online Store

Untuk info lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram

Youtube

Twitter



Read More