Top Social

Image Slider

I Don't Wanna Talk About It - Rod Stewart

Friday, March 08, 2019
I Don't Wanna Talk About It - Rod Stewart  |  Aku, Dia dan Lagu... Opsss...!! Satu lagi lagu untuk aku semadikan dalam blog aku ni.. Yeahh, aku suka lagu ni.. Dari melodi dia.. lirik dia.. Semua best.. Lagu ni juga bermakna pada aku.. Haha!! Gitchewww!! Korang ada tak kenangan dengan lagu ni? Kot ada leh la layan lagu ni seminit dua.. Hiks.. 


I Don't Wanna Talk About It
Rod Stewart

I can tell by your eyes that you've prob'bly been cryin' forever
And the stars in the sky don't mean nothin' to you, they're a mirror.

I don't want to talk about it
How you broke my heart. 
If I stay here just a little bit longer
If I stay here, won't you listen to my heart, my heart?

If I stand all alone, will the shadow hide the color of my heart
Blue for the tears, black for the night's fears.
The stars in the sky don't mean nothin' to you, they're just a mirror.

I don't want to talk about it
How you broke my heart. 
If I stay here just a little bit longer
If I stay here, won't you listen to my heart, whoa, my heart? 
whoa My.. My heart, My heart.

I don't want to talk about it
How you broke my heart.
If I stay here just a little bit longer
If I stay here, won't you listen to my heart
whoa, my heart? 





The Big Bad Wolf Book Sale Pahang gets Honorary Visit from the Vice Chancellor of Universiti Malaysia Pahang

Friday, March 08, 2019
The Big Bad Wolf Book Sale Pahang gets Honorary Visit from the Vice Chancellor of Universiti Malaysia Pahang | The Vice Chancellor of Universiti Malaysia Pahang (UMP) made a surprise visit to the Big Bad Wolf Book Sale Pahang last weekend, bringing his family along to seek out books at the Sale.


Professor Dato'  Sri Ts. Dr. Daing Nasir Ibrahim who arrived at the sale late Sunday, was pleased to find many Pahang folks still shopping for books at the hall. “It's a really great offer to the community in Pahang to be able to access affordable books that allows them to read more. It is also in line with our Minister of Education’s direction who has announced that the nation is observing the National Reading Decade Campaign this year,” said the professor.

Before leaving, he also urged the people to not overlook the importance of reading as it opens up one’s mind, knowledge and understanding about the world. He also reiterates that reading should start from young in an ecosystem that provides an ideal environment to encourage reading. “Reading is basically food for the thought,” added the professor.


Open from 10.00AM to midnight until 10 March 2019, Pahang folks and book lovers can still visit the Big Bad Wolf Book Sale at UMP, Gambang to pick up their favourite books and enjoy discounts from 75% to 95%.

For updates, follow #BBWPahang2019 on our Facebook at fb.com/bbwbooks and Instagram at @bigbadwolfbooks 


(From left to right) 

Muhammad Azli Shukri, Senior Publishing Officer of Universiti Malaysia Pahang; Prisly Yap, Senior Brand Executive of Big Bad Wolf Books; Raymond Yeo, Managing Executive of Kualiti Books Sdn Bhd; Datin Sri Fazia Ali,  General Manager of the Research and Innovation Department of Universiti Malaysia Pahang; Professor Dato’ Sri Ts. Dr. Daing Nasir Ibrahim, Vice Chancellor of Universiti Malaysia Pahang; Timothy Teh, Brand Manager of Big Bad Wolf Books; Dr. Muhamad Noor, Publishing Director of Universiti Malaysia Pahang and Sharol Azmi, Senior Operation Executive of Kualiti Books Sdn Bhd.


Right Here Waiting - Richard Marx

Tuesday, March 05, 2019
Right Here Waiting - Richard Marx  |  Aku, dia dan lagu....... Hehe dah kenapa aku dok up lagu mana ni ek.. Haha.. Tetiba rasa nak dengar dan layan lagu lama.. Lagi pun lagu lama lagi best kot dari lagu baru yang kengkadang tu ada yang entah apa-apa.. Lagu lama ada ketenangan di situ.. Serius weh!!.. Apa cerita dengan lagu ni pulak ekk.. Hehe.. Ada cerita di sebalik lagu.. Mungkin.. Hurmm.. Jom layan..


Right Here Waiting
Richard Marx

Oceans apart 
Day after day 
And I slowly grow insane 
I hear your voice 
On the line 
But it doesnt stop the pain  

If i see you next to never 
Well how can we stay forever 

Wherever you go whatever you do 
I will be right here waiting for you
Whatever it takes or how my heart breaks
I will be right here waiting for you

I took for granted all the times
That i thought would last somehow
I hear the laughter
I taste the tears
But i cant get near you now

Oh cant you see it baby
You got me going crazy

I wonder how we can survive
This romance
But in the end if im with you
I'll take the chance

Oh cant you see it baby
You got me going crazy

Waiting for You.





Review Set Penjagaan Wajah Laraine Malaysia Skincare

Monday, March 04, 2019
Review Set Penjagaan Wajah Laraine Malaysia Skincare  |  Alahai kenape la dengan aku ni yek.. Pantang dengar tentang skincare baru yang bagus-bagus mesti nak cuba punye.. Itulah, selagi bergelar seorang wanita tak lepas dari rasa ingin cantik.. Betul tak? Yang dah cantik nak cantik lagi, apatah lagik aku yang tak berapa nak hurmmmmmm ni.. Hiks... Tengok orang cantik, aku pun nak jugak rasa camne jadik cantik.. Huhu.. Tak nak bebel panjang lebar, kali ni aku nak share dengan korang set penjagaan wajah terbaru yang aku cuba iaitu Laraine Skincare.. Kena baca sampai habis ye sebab ada giveaway menanti korang di akhir entry nanti.. Hehe..


Laraine Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 2018 dan telah mengeluarkan 4 jenis produk skincare yang sangat unik.. Produk yang mereka hasilkan adalah produk yang berkualiti dan terbaik kerana mereka menggunakan bahan-bahan terpilih yang diuji dan diperiksa dengan kemajuan teknologi terkini bagi menghasilkan formulasi terbaik untuk kulit sihat dan cantik..

Laraine Skincare ini terdiri daripada dua series iaitu HA series dan juga Brightening Series.. Ada untuk muka dan ada juga untuk body.. Biasa skincare ni, hanya untuk muka aje tetapi Laraine Malaysia keluarkan sekali produk untuk body... Orite, 4 produk tersebut adalah :-

  • Brightening Lotion (Body)
  • Regeneration Brightening Cream (Face)
  • HA Moist Gel (Face)
  • HA Stem Cell Essence (Face)
Ok, jom kita kupas satu persatu...

Brightening Lotion (For Body Use)



Aku mulakan dengan Brightening Lotion ye..

Laraine Brightening Lotion ini direka khas untuk menambah kelembapan semulajadi kulit.. Ia dapat mengekalkan kelembapan pada tangan dan badan sekaligus dapat melembutkan kulit.. Selain itu, ia juga berfungsi untuk mencerahkan kulit. Baunya yang menyenangkan membuatkan ia lebih istimewa..

Losyen ini didatangkan dalam bentuk tiup dengan pump yang exclusive tidak seperti losyen lain di pasaran.. Aku suka packagingnya.. Mudah digunakan.. Sepanjang aku menggunakan lotion ini, kulit benar-benar lembap dan sekiranya penggunaannya secara konsisten, kesan pencerahan kulit dapat dilihat kerana di dalamnya terkandung Titanium Dioxida, bahan semulajadi yang digunakan sebagai bahan pelindung matahari... Brightening Lotion ini perlindungan yang tinggi terhadap radiasi UVA dan UVB. Ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.. Bau losyen ini juga sangat menyenangkan kerana bau bungaan.. Aku suka!!


Harga : RM 189
Beli disini : Brightening Lotion


Regeneration Brightening Cream (For Face Use)


Regeneration Brightening Cream merupakan krim pencerahan wajah yang mudah diserap untuk mencerahkan kulit disamping mengekalkan kelembapan kulit.. Mengandungi Rosa Rhadodendron Ferrugineum Leaf Cell Extract berfungsi meningkatkan penghalang kulit dan membantu kulit mengatasi perubahan iklim.. Bagus tau krim ni..

Krim ini didatangkan dalam bekas yang cantik dan eksklusif.. Sekali tengok dah macam produk antarabangsa dah tau packaging dia.. Tekstur krimnya juga ringan.. Mungkin kalau dilihat nampak seperti krimnya agak likat dan berat tetapi sebenarnya ianya lebih light.. Mudah disapu dan mudah juga diserap oleh kulit..


Baunya juga menyenangkan hidung aku.. Pertama kali guna krim ni, aku dah jatuh cinta sebabnya ia sangat selesa di kulit tidak melekit.. Antara kelebihan Regeneration Brightening Cream ini adalah :-

  • Mencerah dan menyekatakan tona kulit dengan pantas
  • Menjadikan kulit lembut dan licin
  • Beransur-ansur mengurangkan kesan penggelapan, cela, bintik hitam dan discolouration kulit.
Aku juga menggunakan krim ini sebagai base makeup aku.. Krim ini sesuai untuk korang yang jenis kulit berminyak..

Harga : RM 189



HA Moist Gel (For Face Use)


Wei kenapa packaging produk Laraine ni semuanya lawa-lawa.. Firstime tengok packaging HA Moist Gel ni aku dah excited sebab sangatlah cantikkkk uolss... Tak tahu nak cakap macam mana.. Yang pastinya ia exclusive dan unik.. Suka betul aku dengan packaging jenis picit-picit macam ni.. Mudah digunakan..


Ok, untuk teksturnya pula ia didatangkan dalam bentuk watery gel dan sangat ringan apabila di apply dekat muka.. Paling best ia senang meresap dan tak melekit.. Baunya juga sangat segar dan menenangkan.. Bila dah apply dekat muka, aku rasa sangat fresh muka aku.. Memang best la gel ni.. Apa kelebihannya?

  • Memberi kelembapan kepada kulit sekaligus mengunci kelembapan
  • Memperkuatkan penghadang semulajadi kulit daripada pencemaran dan kekotoran
  • Memperbaiki tekstur kulit
  • Meningkatkan keupayaan kelembapan kulit
Lately muka aku selalu sangat kering.. Nasib baiklah ada HA Moist Gel ni dapatlah kulit muka aku ni bernafas sikit dalam kelembapan.. Kalau tak, perit jerk rasa akibat ketandusan.. hehe..

Harga : RM 169
Beli disini : HA Moist Gel


HA Stem Cell Essence (For Face Use)


Akhir sekali HA Stem Cell Essence.. Kali pertama bukak kotak HA Stem Cell Essence ni, aku teruja badak dengan packagingnya.. Wahh menarik gila, didatangkan dalam bentung syringe.. Tak pernah terfikir pulak aku ada skincare di packagingkan sebegini rupa.. Memang menarik dan exclusive.. Yang penting lain dari yang lain.. Nak guna pun rasa sayang oiii.. hehe..

Antara kelebihan HA Stem Cell Essence ini adalah :-

  • Mengekalkan kelembapan
  • Mempercepatkan penyerapan produk
  • Menenangkan kulit
  • Mengecilkan pori
  • Menegangkan kulit
  • Menghilangkan garis-garis halus



Yeah ini yang aku cari.. Sangat membantu dalam mengecilkan liang-liang pori muka aku ni.. Sebelum ni, kemain besau liang pori muka aku.. Nak tutup dengan makeup agak susah jugak sebenarnya.. Lepas guna HA Stem Cell Essence ni alhamdulillah ada perubahan sikit pori aku ni.. Disamping itu juga, tujuan aku guna essence ni untuk kurangkan garis halus bawah mata aku ni.. Mungkin ambil masa sikit tapi tak pe aku kena lebih konsisten untuk mencapai tujuan tersebut..

Harga : RM 169
Beli disini : HA Stem Cell Essence

Tips Penggunaan Laraine Skincare


  • Jangan guna 3 produk sekali gus pada wajah dalam satu-satu masa bagi mengelakkan kelembapan yang berlebihan
  • HA Moist Gel sesuai untuk kulit kering dan kombinasi manakala kulit berminyak boleh menggunakan Brightening Cream
  • Jika Brightening Cream mengeringkan kulit wajah, boleh campurkan dengan HA Steam Cell Essence
  • HA Stem Cell Essence berfungsi untuk meremajakan kulit
Laraine Skincare NOT Certificates



Giveaway Time!!


Sebelum kita bergiveaway, nak hebahkan kat korang semua tentang satu tawaran hebat dari Laraine Malaysia iaitu mereka juga mengeluarkan set Dibi Milano.. Dengan pembelian 5 produk dari Dibi Milano (1 set), korang berhak mendapatkan 1 Dibi Milano Mist secara PERCUMA!!.. Untuk info promosi dan kemaskini yang lebih banyak, korang boleh terjah facebook dan instagram mereka ye..

Berita baik buat pembaca Blog Lea Azleeya.. Korang boleh menikmati diskaun sebanyak 10% dari pembelian produk Laraine dengan menggunakan kod diskaun ini : LaraineMY.Lea

Cepat ye sebab kod diskaun ini sah sehingga 31 Mac 2019 sahaja.. Siapa cepat dia dapat.. hehe..

GIVEAWAY TIME!!


Orite, sampailah masa untuk kite bergiveaway.. Laraine Malaysia menyediakan hadiah 2 pcs HA Stem Cell Essence buat pembaca bertuah Blog Lea Azleeya.. Jadi, aku nak cari 2 orang pemenang untuk memenangi 1 pcs HA Stem Cell Essence setiap seorang..

Korang yang nak cuba Essence ni bolehlah join giveaway ni dengan meninggalkan komen di ruang komen di bawah ni 'kenapa korang nak sangat try HA Stem Cell Essence ni?'.. Jangan lupa tinggalkan email juga ye.. Senang nak email jika korang terpilih.. Jangan lupa juga follow blog aku ni.. Hehe..

Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Facebook

Instagram


5 Jenama Serum Muka Paling Berkesan Rawat Jerawat Dan Jeragat

Sunday, March 03, 2019
5 Jenama Serum Muka Paling Berkesan Rawat Jerawat Dan Jeragat  |  Sebut saje pasal serum muka, akulah orang yang paling teruja ingin tahu dan ingin mencuba sendiri serum tersebut.. Serius, aku sangat fanatik terhadap serum muka.. Kalau suatu masa dahulu, aku tak rasa serum ni penting untuk muka tetapi sekarang aku dah punyai kesedaran bahawa serum wajah banyak manfaatnye untuk merawat masalah kulit muka..


Memandangkan di pasaran sekarang terdapat lambakan jenama serum muka, jadi agak sukar untuk memilih yang mana paling bagus dan berkesan.. Betul tak? Macam aku sendiri, untuk ketahui sama ada satu jenama serum itu sesuai atau tidak dengan kulit aku, maka haruslah aku mencubanya terlebih dahulu.. Yelah, tak cuba mane nak tahu sesuai ke idok.. Andai ia sesuai dengan rakan kita, tak semestinya ia juga sesuai dengan kite kan.. Kulit manusiakan berbeza-beza.. So, kenalah cuba sendiri..

Ok, bagi yang sedang mencari serum muka tetapi tak tahu nak pilih yang mana satu, disini aku nak share dengan korang 5 jenama serum muka paling berkesan rawat jerawat dan jeragat yang pernah aku guna.. Yang no.5 tu aku masih guna sehingga sekarang.. hehe.. Kot ada yang sedang menghadapi masalah jerawat dan jeragat, bolehlah cuba serum-serum ni ye..

5 Jenama Serum Muka Paling Berkesan Rawat Jerawat Dan Jeragat

1. WOWSKIN Vitamin Serum



WOWSKIN Malaysia telah mengeluarkan Vitamin Serum set dimana ia terdiri daripada Day Serum dan juga Night Serum.. Haaa macam korang pakai krim siang dan krim malam tu jugak la.. Tapi yang ni versi serum.. Untuk Day Serum didalamnya mengandungi Vitamin B3, C & E, manakala Night Serum pula mengandungi vitamin A & D.. Disebabkan kandungan vitamin ini jugalah ia diberi nama Vitamins Serum..

Kalau korang nak tahu, Vitamins Serum ni bukan sahaja serum untuk kulit jerawat malahan ia juga serum untuk kulit berminyak dan serum untuk jeragat.. Paling best serum ni boleh mempercepatkan kadar penyembuhan dan pengeringan jerawat..WOWSKIN Vitamins Serum ini selamat digunakan kerana dah diluluskan oleh KKM.. Selamat juga dipakai oleh ibu-ibu mengandung dan menyusu tau..

2. Royale Nu Diamant Serum Plus+


Royale Nu Diamant Serum Plus+ ini diperkaya dengan Apple Stem Cell dan Rumpai Laut yang bertindak dengan dwi tindakan membantu melambatkan proses penuaan agar kelihatan awet muda dan membantu mempercepatkan pembersihan sel kulit mati dan merangsang pembentukan sel-sel baru bagi merawat jeragat dan kedutan seawal 7 hari... Selain itu, serum ini juga boleh merawat kulit kering, tona tak sekata, liang pori terbuka dan parut jerawat..

Apa yang menarik, Serum Plus+ ini boleh digunakan tanpa was-was dan tiada kesan sampingan kerana telah mendapat kelulusan KKM dan Sijil Halal dari JAKIM.. Tapi bagi korang yang ada menggunakan serum lain dan ingin bertukar kepada Serum Plus+, dinasihatkan agar stop dulu penggunaan serum lama selama 2 minggu kemudian baru guna Serum Plus+ ini agar kulit muka kita bebas terlebih dahulu sebelum menerima dan menyerap khasiat dari serum yang baru... Barulah cepat berkesan.. Apa yang best lagi, Serum ini juga boleh digunakan dengan produk skincare yang lain cumanya tidak boleh dicampur dengan penggunaan serum lain dan sesuai untuk semua jenis kulit..

3. Imaan Serum Susuk Beradu


Imaan Serum Susuk Beradu ini merupakan produk dibawah satu jenama terkenal iaitu Imaan Suci World (ISW) yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat bumiputera, WOW Mission Sdn. Bhd. yang terkenal dengan produk utamanya iaitu koleksi wipe tissue tanpa alkohol, Imaan Suci Wipes.. Kalau korang nak tahu, setiap produk ISW dihasilkan oleh kilang bertaraf GMP dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Serum Susuk Beradu ini mengandungi cecair serum emas 24K.. Kalau korang pakai serum ni memang akan nampak bintik-bintik keemasan pada muka korang.. Jangan tak tahu ye, emas dapat menghilangkan kedut, kendur dan juga jeragat tau!!... Yang mana nak hilangkan kedut, kendur dan jeragat pada muka, bolehlah cuba serum muka terbaik ni.. Jangan risau, ini susuk yang halal di pakai ye.. Hehe..

4.  Wawa Serum Skin Booster


Wawa Serum Skin Booster ini adalah produk keluaran seorang pelakon Malaysia yang terkenal iaitu  Wawa Zainal.. Ia selamat digunakan kerana telah mendapat kelulusan dari KKM dan telah melalui LAB tested 100% natural ingredients tanpa hydroquinone, mercury dan bahan kimia berbahaya yang lain.. Serum ini juga sesuai untuk semua jenis kulit..

Antara kelebihan Wawa Serum Skin Booster ini antaranya adalah ia dapat merawat masalah jerawat, memudarkan parut jerawat dan jeragat, membantu kulit muka jadi lebih sekata, melembapkan kulit muka, Anti-Aging, mengecilkan liang pori, mencerahkan kulit wajah dan menghilangkan lingkaran gelap bawah mata.. Nak buat makeup primer pun boleh sangat.. Makeup pun akan tahan lebih lama dan tak bercapuk.. Flolessss uolss..!!

5.  Dr Beau Pure Natural Skin Oil


Dr Beau Pure Natural Skin Oil atau lebih dikenali sebagai Serum Dr Beau ini merupakan serum muka paling berkesan rawat jerawat dan juga jeragat.. Sebenarnya dari tahun lepas lagi aku guna serum ni.. Memang best!! Yang uniknya Serum Dr Beau ni, ia didatangkan dalam bentuk softgel..  Kalau sebelum ni, aku selalu guna serum dalam botol atau bekas kaca yang perlu dipicit terlebih dahulu.. Dengan Dr Beau ni, nampaknya kerja-kerja memakai serum ni jadi lebih mudah.. Malahan kualiti dan tahap kebersihan serum itu sendiri terjaga dengan baik.. Nak tahu lebih lanjut tak tentang serum ni? Sharing is caring.. So, jom aku story.. Hehe..

Dr Beau Serum Halal Dan Selamat Digunakan


Dr Beau Pure Natural Skin Oil merupakan Serum Vitamin E yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat Bumiputera, Teja Herbs yang bertapak di Seri Kembangan, Selangor. Dr Beau Pure Natural Skin Oil ini dirumus khas dari sumber Vitamin E ekstrak herba-herba semulajadi yang telah terbukti berkesan dan telah digunakan oleh ramai selebriti dan pakar kecantikan di dunia. Antara herba terpilih yang digunakan dalam menghasilkan Serum Dr Beau ini adalah :-
  • Vitamin E - Membantu merawat kulit 
  • Rosehip Oil - Membantu melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit 
  • Argan Oil - Sangat sesuai untuk semua jenis kulit yang akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering 
  • Almond Oil - Mampu merawat sel kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka 
  • Apricot Kernel Oil - Sangat ringat dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit sensitif. Ia kaya dengan Vitamin A, C, E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari 
  • Wheat Germ Oil - Salah satu sumber terkaya Vitamin E, A, D, Protien dan mineral 
  • Evening Primrose Oil - Mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ia memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.
Jangan risau ye adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak, Serum Dr Beau ini telah diperakui selamat digunakan dan tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya dimana produk ini telah mendapat kelulusan daripada KKM dan BPFK (NOT170502921K). Bukan itu sahaja, malah serum wajah terbaik ini juga telah disahkan HALAL oleh JAKIM dan boleh digunakan tanpa ragu-ragu..

Manfaat Serum Muka Dr Beau Pure Natural Skin Oil


Sebelum korang tau manfaat serum ni, aku nak habaq sikit.. Serum Dr Beau ni bukanlah produk baru ye di pasaran kerana produk ni telah dipasarkan sejak penghujung tahun 2015 lagi.. Bukan sahaja laris di pasaran Malaysia tetapi turut viral di negara China, Taiwan, Brunei, Thailand, Singapore dan juga Indonesia.. Tidak hairannya sehingga kini, produk ini terjual melebihi 300,000 botol..

Satu lagi yang perlu korang tahu, Serum Dr Beau ini sesuai digunakan oleh semua jenis kulit bermula dari kulit normal hinggalah kulit sensitif.. Orite, jom ambil tahu manfaat Serum Dr Beau ini pula.. Apakah Manfaatnya?

Antara manfaat Serum Dr Beau ini adalah :-
  • Merawat masalah kulit kusam.
  • Membantu memudarkan jeragat yang kronik.
  • Menghilangkan jerawat dan parut jerawat.
  • Merawat kulit gelap yang disebabkan oleh cahaya matahari yang terik.
  • Membantu menghilang masalah lebam bawah mata.
  • Membantu kulit untuk lebih lembab tanpa masalah kulit kering dan berminyak.
  • Membantu menghilangkan white head dan black head pada wajah.
  • Membantu merawat parut yang disebabkan melecur.
  • Merawat ekzema
  • Mengatasi masalah biji kolestrol

Cara Guna Serum Dr Beau


Cara nak apply serum ini sangatlah mudah.. Mula-mula bersihkan terlebih dahulu muka dan keringkan.. Kemudian titiskan Dr Beau Pure Natural Skin Oil ke atas tapak tangan dan sapu dengan cara menggosok-gosok telapak tangan untuk membantu memudahkan penetrasi pada kulit.

Seterusnya, usapkan ke seluruh atau sebahagian kulit muka hingga leher secara merata terutamanya pada kawasan yang biasa terlihat garis-garis penuaan. Setelah Dr Beau Pure Natural Skin Oil di sapu, bolehlah pakai bedak atau sunblock supaya hasilnya lebih berkesan disamping make up pun menjadi lebih cantik dan flawless.

Sebaiknya Dr Beau Pure Natural Skin Oil ini digunakan pada waktu pagi dan malam. Pada waktu pagi, Dr Beau Pure Natural Skin Oil dapat menjaga kulit dari udara kotor sepanjang hari manakala pada waktu  malam pula ia boleh merehat dan memulihkan kulit wajah.

Lepak dulu ye.. Layan video ni..


Serum Dr Beau Menjadi Pilihan Artis Malaysia

Ehh aku ingatkan Serum Dr Beau ni menjadi pilihan orang yang macam aku ni jerk.. Rupanya artis-artis pun pakai uollss!! Patutlah kulit dorang cantik-cantik ye... Yelah, dorangkan terpaksa hadap makeup setiap masa.. Kalau tak dijaga dengan betul, mahu berjerawat muka dorang.. Dengan menggunakan Serum Dr Beau ni, muka boleh dirawat kembali supaya bahan kimia dari bahan solekan tu tak menjejaskan kesihatan kulit muka.. Artis mana yang guna tu? Jom tengok!


Pendapat Aku Tentang Serum Dr Beau

Bila dah kekal dengan satu-satu produk tu, ofkos la produk tu sangat sesuai dengan kita dan sangat bagus.. Begitu jugalah dengan Dr Beau ni.. Aku masih setia dengannya sehingga ke hari ini.. Harus diingat ye, untuk mendapat kesan yang maximum, kenalah konsisten.. kalau jenis pakai tak pakai ni, tak payah nak berangan la nak cantik ye.. Bukan hakak marah tapi nasihatttt... Hehe..


Apa yang membuatkan aku terus setia dengan Serum Dr Beau ni adalah kerana serum ni sangat bagus untuk merawat masalah kulit dan menyihatkan kulit aku.. Selain tu, aku suka baunya yang wangi semulajadi.. Paling best, serum ni mudah meresap tanpa meninggalkan rasa melekit.. Serius aku cakap, kalau produk yang tinggalkan kesan melekit, memang aku reject dari awal.. Tak selesa yang amat weh!!

Kadang-kadang aku akan gunakan Serum Dr Beau ni sebagai make up primer aku.. Yelah, bila makeup primer aku habis, paling selamat aku gunakan adalah Serum Dr Beau ni sebagai pengganti.. Sebab dah tau tentang keistimewaan produk ni.. Lagi pun, lepas makeup muka pun nampak flawless.. Makeup tahan lama.. Memang best sangat.. Ok, jom tengok testimoni pengguna lain..

Testimoni Pengguna Serum Dr Beau





Dapatkan Kulit Cantik Bebas Jerawat Dan Jeragat Dengan Serum Dr Beau

Kulit cantik bebas jerawat dan jeragat adalah idaman setiap wanita... Malah bukan wanita sahaja tetapi lelaki juga.. Lelaki sekarang pun dah pandai jaga penampilan tau.. Jadi, untuk dapatkan kulit cantik bebas jerawat dan jeragat, korang bolehlah cuba Serum Dr Beau ni kerana hasilnya akan buat korang tersenyum sekiranya korang menggunakannya secara konsisten..


Aku sendiri dah guna dan merasai manfaatnya.. Korang tak teringin ke nak cuba.. Nak kulit cantik dan sihat, Dr. Beau Pure Natral Skin Oil lah jawapannya.. Satu jar Serum Dr Beau ni mengandungi 30 biji softgel dimana ia boleh bertahan selama sebulan.. Atas kekerapan penggunaannya jugalah ye.. Hehe.. Jadi, jangan lupa dapatkan Serum Dr Beau ini untuk rawat masalah kulit muka korang tu ye..

Bagi yang berminat untuk mendapatkan Serum Dr Beau ni
boleh terus terjah ke laman web mereka di :- 


Untuk info lanjut, boleh ikuti mereka di :-


No. Telefon : 016-963 3443 012-649 3639
Email : tejaherbs@gmail.com

Alamat :-
Teja Herbs 
No. 16-1 Jalan Equine
10C Taman Equine
43300 Seri Kembangan
Selangor