Kedai Repair Laptop Terbaik Dan Termurah Di KL

Saturday, January 12, 2019

6 comments
Kedai Repair Laptop Murah KL | Di zaman serba maju dan canggih ni, laptop menjadi salah satu keperluan bagi setiap orang terutamanya bagi mereka yang bekerjaya mahupun dikalangan pelajar.. Tidak dinafikan juga, ramai kini yang beralih arah kepada smartphone untuk tuntutan kerja mahupun belajar memandangkan ianya mudah dibawa kemana sahaja... Sungguhpun begitu, ada sesetengah perkara tidak dapat dilakukan melalui smartphone dan laptop diperlukan.. Jadi, laptop adalah pilihan tepat untuk melunaskan tugasan dengan lebih baik dan lancar.. Tidak hairanlah laptop masih mendapat permintaan tinggi di pasaran kini dan teknologinya juga semakin meningkat dari hari ke hari..


Bagi aku sendiri, penggunaan laptop lebih mudah berbanding smartphone untuk melakukan sebarang tugasan yang memerlukannya tambahan pula aku sebagai blogger yang memerlukan keselesaan semasa blogging.. Serius, kalau guna smartphone memang boleh mengundang ketidakpuashatian.. Guna laptop lebih baik.. Tapi sesebuah laptop itu sampai bila boleh bertahan? Nak nak lagi kalau digunakan sepanjang masa.. Mahu meletop jugak laptop tu kan.. Paling tak pun meragam.. Eh, jangan kata laptop, manusia pun kalau dah bekerja 24 jam boleh jatuh sakit tau.. Hehe..

Sebenarnya, ikut atas penggunaan juga.. Kalau pandai jaga, lama la sikit jangka hayatnya... Aku sendiri pernah alami laptop rosak.. Bila hantar ke kedai, katanya motherboard.. Nak repair katanya tak berbaloi-baloi.. Jadi aku simpan sajelah buat pekasam... Itu cerita 10 tahun dulu la, sebelum aku kenal dengan sebuah kedai repair laptop murah KL ni.. Andai kata 10 tahun dulu aku dah tahu tentang kedai ni, memang aku panjat KL pergi hantar repair laptop aku tu.. Huhu.. Haa nak tahu tak kedai apa yang aku maksudkan tu? Yeahhh, FR Laptop Service, kedai repair laptop murah KL..


FR Laptop Service, kedai repair laptop murah KL

FR Laptop Service adalah sebuah syarikat Bumiputera yang menjalankan perniagaan berasaskan perkhidmatan dalam bidang IT yang jujur dan berkualiti.. Mereka menawarkan pelbagai perkhidmatan pembaikan komputer yang berkualiti dari Laptop, Komputer Dekstop, Mac dan Windows.. Selain itu, skrin, virus, komputer laggy, naik taraf, back up data dan lain-lain semua mereka boleh lakukan. Antara perkhidmatan yang mereka lakukan adalah :-
  • Menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan membaiki komputer dan laptop bagi kesemua jenis-jenis jenama komputer dan laptop
  • Menawarkan perkhidmatan penetapan sistem pengendalian, pembaharuan lesen bagi software multimedia dan lain-lain
  • Melakukan penambahbaikan terhadap komputer dan menyediakan perkhidmatan menambah RAM/HDD/SDD dan semua jenis upgrade dan servis
  • Menerima semua jenis komputer atau laptop yang berasaskan sistem pengendali dari jenis versi windows.
  • Menerima semua jenis Mac Pro, iMac, MacBook Pro, Mac Mini yang berasaskan sistem pengendalian versi OSX.
Eh, kalau korang nak beli laptop pun boleh tau di kedai repair laptop murah KL ni kerana mereka juga ada menjual laptop... Mudahlah kan, beli kat situ dan kalau ada kerosakan boleh terus repair juga dekat situ.. Tak payah nak pening kepala.. Jadi, kalau nak repair atau beli laptop, boleh lah terjah kedai repair laptop mudah KL ni iaitu FR Laptop Service.. Gerenti puashati!!


Oh ya, selain perkhidmatan membaiki laptop, kedai repair laptop murah KL ini juga menyedikan perkhidmatan clean dust dimana laptop korang akan diservis segala kekotoran seperti habuk, debu dan sebagainya yang boleh merosakkan laptop korang.. Sangat penting weh servis ni.. Sekurang-kurangnya dilakukan 2 kali setahun.. Barulah jangka hayat laptop boleh dipanjangkan lagi.. Hehe.. Clean dust service ni tak memerlukan masa yang lama, ia boleh disiapkan dalam masa 24 jam sahaja.. 


Yang mana laptop cepat panas dan selalu saja hang, hah korang jangan risau kedai repair laptop murah KL ini juga membuat servis Thermal paste untuk memastikan pengaliran haba laptop korang dapat berfungsi dengan baik dan lebih lancar.. Jangan kata servis clean dust dan thermal paste sahaja yang mereka lakukan, tetapi bab skrin rosak atau pecah juga mereka boleh 'ubati'.. Malah apa sahaja masalah berkenaan laptop dan komputer mereka adalah pakar dan mampu merungkainya.. Cewahh dah macam misteri nusantara sangat.. hehe..


Kelebihan Menggunakan Perkhidmatan FR Laptop Service

Banyak keistimewaannya kalau korang menggunakan perkhidmatan repair laptop di kedai repair laptop murah kl, FR Laptop Sevis ni tau.. Antaranya :-
  • Mempunyai lebih daripada 2400 review 5 bintang dari pelanggan yang berpuashati dengan servis yang mereka berikan.. Ini telah membuktikan bahawa FR Laptop Servis adalah sebuah kedai repair laptop murah kl yang diyakini ramai bagi servis repair laptop.. Boleh klik SINI untuk lihat review pelanggan mereka..
  • Mereka juga memberikan warranty yang lama kepada pelanggan mereka.. Jadi, sempatlah pelanggan mencuba laptop yang telah di repair dalam tempoh yang lebih panjang untuk memastikan ianya berfungsi dengan baik.. 
  • 99% pelanggan berpuashati dengan perkhidmatan yang mereka berikan..
  • Wang tunai sebanyak RM500 bagi setiap pelanggan yang berpuashati. (mengikut terma dan syarat)
  • Mereka juga mengadakan contest setiap bulan dengan menawarkan hadiah wang tunai RM600.
  • Servis runner disediakan bagi memudahkan urusan pickup dan hantar.



Runner Servis - Self-Pickup & Delivery

Bagi mereka yang tiada masa menghantar laptop untuk servis dan repair, jangan risau FR Laptop Service ada menyediakan perkhidmatan self-pickup dan delivery dengan menawarkan khidmat runner bagi memudahkan korang yang berada dan tinggal di sekitar kawasan Lembah Klang. Jadi lepas ni korang dah tak perlu lagi nak bersusah payah mengadap jalan raya yang sesak semata-mata untuk menghantar laptop korang tambahan pula korang merupakan orang yang terlalu sibuk..  Dengan menggunakan Runner Service yang disediakan di kedai repair laptop murah kl ni dah boleh menjimatkan masa dan memudahkan korang.. Betul tak?


Kalau aku diberi pilihan, aku juga lebih selesa menggunakan runner service.. Apatah lagi jika tinggal di kawasan yang sibuk dan sesak.. Nak keluar rumah pun kena fikir banyak kali tak sanggup nak hadap jalan raya yang sesak.. Jika ada perkhidmatan runner ni, bagi aku ia lebih memudahkan.. Bagi korang yang berada di sekitar lembah klang, kalau nak repair laptop, aku suggest korang guna servis runner dari kedai repair laptop mudah kl ni iaitu FR Servis Laptop.. Dorang datang ambil dan dorang juga akan pergi hantar laptop korang tu.. Tapi kalau korang rajin, boleh aje terus walk in ke kedai mereka.. 

VIP Card Untuk Pelanggan Tetap FR Laptop Service


Berita baik buat korang pelanggan setia kedai repair laptop murah kl, FR Laptop Service dimana korang berpeluang untuk mendapatkan VIP Card dari FR Laptop Service dengan hanya menjadi pelanggan tetap mereka.. Ada syarat-syarat tak? Haaa kalau korang nak tahu, VIP Card ini akan diberikan secara percuma kepada pelanggan tetap mereka tanpa sebarang bayaran dikenakan.. Korang hanya perlu, hantar repair atau servis laptop korang di kedai repair laptop murah KL ni dah melayakkan korang memegang VIP Card.. Mudah kan? 

Nak tahu apa keistimewaanya? Yeah, korang akan menikmati diskaun sebanyak RM10 untuk next servis dan repair manakala diskaun RM50 pula diberikan jika korang repair semasa Birthday korang.. Perghhh terbaik weh.. Jadi, nak dapatkan diskaun banyak kene tunggu besday korang la ye.. Haha!! Tapi sebenarnya, kalau korang nak tahu harga di FR Laptop Servis ni sememangnya dah murah berbanding tempat lain.. Tak hairanlah ianya menjadi kedai repair laptop murah KL.. Sungguhpun harganya murah tetapi servisnye tiptop dan berkualiti.. Bukan cincai-cincai sahaja tau..


Testimoni Pelanggan FR Laptop Service

Bila nak percaya akan sesuatu perkhidmatan sesebuah perniagaan tu mesti kita kene rujuk testimoni pelanggannya dulu kan.. Seperti aku juga, bila nak menggunakan mana-mana servis atau membeli barang, aku pastikan pelanggan mereka memberi feedback yang baik terhadap perkhidmatan tersebut.. Apatah lagi yang berkaitan dengan perkhidmatan baikpulih seperti ini.. Sudah pastinya ramai yang ingin mendapatkan maklumbalas pelanggan sebelumnya barulah mereka dapat mempercayainya.. Betul tak?

Seperti yang aku katakan di awal tadi, kedai repair laptop murah KL ni mempunyai lebih daripada 2400 review 5 bintang dari pelanggan yang berpuashati dengan perkhidmatan mereka.. Jadi, ternyata servis yang ditawarkan oleh FR Laptop servis ini tidak perlu diragui lagi.. Kalau korang tak percaya, hah boleh baca testimoni pelanggan mereka ini..



Jaminan Yang Diberikan FR Laptop Service

Ada jaminan ke repair laptop di FR Laptop Service ni? Yeah ofkos ada!! Kedai repair laptop murah KL ni memberi jaminan kepada pelanggannya dimana mereka akan memberi jaminan 100% wang dikembalikan sekiranya perkhidmatan yang diberikan tidak memuaskan hati dan bermasalah.. Selain itu, mereka bertanggungjawab keatas spare part laptop korang dan dijamin selamat. Bukan itu sahaja ye, mereka juga bertanggungjawab sepenuhnya diatas kesilapan yang dilakukan oleh pekerja mereka.. Memang terbaiklah FR Laptop Servis ni kan..


Ok, jika korang mempunyai masalah laptop/PC atau Macbook, bolehlah terus whatsapp ke 017-288 2349 sekarang juga untuk mendapatkan servis berkualiti daripada mereka.. 

Windows atau Mac korang SLOW?

Klik SINI untuk lihat video 3 Tips Lajukan Windows/Macbook, hanya 5 minit... DIY jerk uollssss!!


Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari :-

Website
(Dapatkan tips dan artikel berkenaan laptop di sini)

Facebook

Instagram

Location

Waktu Operasi
9.00 am - 9.00 pm



Read More

Review Novel | Rahsia by Faizal Sulaiman

Wednesday, January 9, 2019

4 comments
Rahsia by Faizal Sulaiman  |  Asek bertangguh jerk nak review novel yang dah dibaca.. Sibuk aku tu mengalahkan pak menteri.. Harapnya ditahun baru ni perancangan hidup dan blogging aku lebih teratur hendaknya.. Hehe.. Kali ni aku nak review pula novel hasil lakaran cerita dari novelis Faizal Sulaiman iaitu Rahsia.. Bila dah tajuk pendek cenggini haruslah novel ni terbitan buku fixi.. Best ke tak novel Rahsia ni? Tak yah nak cipta soalan, sila baca entry ni sampai habis.. hiks..


Eceli novel Rahsia ni aku beli dah lama sebenarnya sebelum si Aqiff lahir lagi.. Time tu aku tiada keberanian untuk baca novel seram tahap cekik leher sendiri ni.. Now, bila dah mula ada kekuatan sikit, bolehlah aku habiskan semua novel seram aku yang banyak dok bertenggek kat rak buku aku tu.. Hehe.. 

Oklah, tak nak bebel panjang lebar lagi, meh aku kenalkan korang serba sedikit tentang penulis novel Rahsia ni..
Nama penuhnya Muhammad Faizal Sulaiman dilahirkan pada 28 April 1985. Beliau membesar sepenuhnya di Kota TInggi, Johor. Tidak pernah menganggap hobi penulisan akan membawanya sejauh ini.. Beliau salah seorang peminat tegar Maya Karin dan suka mengambil gambar makanan.

Tajuk : Rahsia
Penulis : Faizal Sulaiman
Muka Surat : 266
Penerbit : Buku Fizi Sdn. Bhd. 
Tahun Diterbitkan : Julai 2017


Sinopsis Rahsia


ARIF berhempas pulas mencari jalan penyelesaian untuk datuknya Sumardi yang sudah berbulan terlantar sakit. Menurut pakar perubatan, Sumardi sepatutnya sudah lama meninggal dunia.

Dengan bantuan Faz, teman wanita Arif, dia diperkenalan dengan Melissa, seorang gadis yang mempunyai deria keenam. Mereka menyelami sejarah hitam keluarga Arif dan menemukan kisah cinta antara Sumardi dengan Seri Panggung bernama Dewa Anindyawati Alang Syukor, seorang penari Inang Renek yang datang ke Pekan Sungai Besar kira-kira 70 tahun lampau.

Rahsia mistik terbongkar satu persatu. Siapakah yang akan tergoda untuk menuntut bela? Dan siapa pula yang akan menjadi mangsa?


Review Rahsia


Starting cerita aku dah dapat rasa novel ni mesti berkaitan dengan saka... Cumanya aku tak pasti saka yang bagaimana.. Bila dah dapat tahu, ye ternyata ianya agak menggerunkan.. Terlalu kuat untuk dibuang sehingga mengorbankan nyawa-nyawa yang ingin membantu membuangnya.. Ada yang menolak untuk membantu kerana takut keluarga diganggu..

Sememangnya bende-bende macam ni ada berlaku dikalangan kita.. Sama ada nak percaya atau tidak sahaja.. Dalam novel ni, ada perkara yang boleh kita ambil pengajaran daripada mereka yang suka bercakap besar tentang kewujudan 'mereka'.. Bila dah kena 'sergah' baru nak sedar dan beringat.. Jadi, kita tak perlulah nak bercakap besar ye walaupun kita tak percaya sekalipun kewujudan 'mereka'

Aku suka jalan cerita novel ni.. Dari awal hingga akhir semuanya berjalan dengan baik dan tersusun tanpa memerlukan aku memerah otak aku untuk memahami setiap plot yang ada.. Ada rasa suka, duka, takut, gelisah, seram dan bimbang.. Uiss bercampur baur perasaan bila baca novel ni.. Aku sendiri rasa tak sabar-sabar nak tahu kesudahannya..

Dalam novel ni aku suka dengan kata-kata ini..

Dalam hidup ini kita semua tidak ada jaminan. Kalau kita kaya, harta tidak menjamin kita senang di dunia mahupun akhirat. Jika kita berpendidikan, kebijaksanaan tidak menjamin kita untuk berlaku adil sesama manusia dan seandainya kita warak, keimanan kadangkala tidak menjamin seseorang masuk ke syurga

Rating & Cadangan


Rating : 🌟 🌟 🌟 🌟

Bagi korang yang suka novel seram dan mistik, hah inilah novelnye yang boleh korang hadam dengan pelbagai perasaan.. Bila dah start baca memang tak sabar nak tahu kesudahannya.. Baca, baca dan terus membaca sampai habis tanpa melepaskannya..

Moga penulis lebih success menghasilkan karya yang lebih ohsem dimasa akan datang..


Read More

Murad Dew A Little Hilangkan Garis Halus Dan Kedutan Di Wajah

5 comments
Murad Dew A Little Hilangkan Garis Halus Dan Kedutan Di Wajah  |  Semakin meningkat usia, semakin kelihatan garis-garis halus dan kedutan di wajah sekiranya tidak dijaga dengan betul... Pelbagai produk ada dijual di pasaran bagi tujuan tersebut.. Tetapi, adakah ianya berkesan? Haaa, kalau  tak cuba tak tahu kan.. Paling penting yang perlu korang tahu, setiap produk kesannya berbeza-beza bagi setiap individu.. Ada yang berjaya dan ada juga sebaliknya.. Jadi, pilihlah yang bersesuaian dengan kulit muka dan diyakini selamat digunakan..


Kalau sebut Murad rasanya ramai yang dah familiar dengan jenama terkenal ni kan.. Bagi aku sendiri, aku yakin dengan produk keluaran Murad ini kerana ianya selamat digunakan dan telah diuji secara klinikal..  Baru-baru ni aku diperkenalkan dengan satu lagi produk Murad iaitu Dew A Little Travel Pack.. Bila saja sebut perkataan Murad, aku memang agak teruja untuk mencubanya sebabnya produk Murad ni memang best dan sesuai dengan kulit muka aku.. Lagi pula, kali ni ia didatangkan dalam bentuk Travel Pack dimana packagingnya yang kecil dan comel mudah dibawa kemana sahaja.. 

Kalau korang nak tahu, Murad Dew A Little ni teksturnya sangat ringan dan mudah menyerap ke dalam kulit.. Tak perlu risau dengan kesan melekit kerana ia tidak meninggalkan kesan melekit sama sekali pada kulit.. Kulit pun jadi selesa.. 


Kelebihan Murad Dew A Little Travel Pack
  • Meningkatkan keupayaan kulit untuk mengekalkan keseimbangan air 
  • Penghidratan selama 24 jam dan tahan lama
  • Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah
  • Sesuai untuk light travel
  • Melembapkan kulit wajah


Bahan-Bahan Utama Murad Dew A Little
  • Ekstrak Kelapa - Mengekalkan kelembapan dengan lebih baik untuk menghalang dehidrasi dan menjadikan tekstur kulit lebih licin serta kelihatan lebih muda
  • Asid Hyaluronik -  Meningkatkan keupayaan kulit untuk menarik dan mengekalkan air jauh kedalam permukaan kulit bagi tujuan penghidratan yang lebih baik dan tahan lama
  • Mentega Shea, Alpukat, Bunga Matahari dan Minyak Buah Zaitun - Membantu memulihkan kelembutan kulit dan menjadikan kulit lebih sihat.

Bahan - bahan lain yang terkandung dalam Dew A Little Travel Pack

Water/Aqua/Eau, C12-15 Alkyl Benzoate, Glycerin, Dicaprylyl Carbonate, Cetearyl Alcohol, Butylene Glycol, Ethoxydiglycol, Butyrospermum Parkii (Shea) Butter, Phenoxyethanol, Cetearyl Glucoside, Xylitylglucoside, Phenyl Trimethicone, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil, Cocos Nucifera (Coconut) Fruit Extract, Polyacrylate Crosspolymer-6, Acrylamide/Sodium Acryloyldimethyltaurate Copolymer, Anhydroxylitol, Isohexadecane, Chlorphenesin, Allantoin, Urea, Xanthan Gum, Glucosamine HCl, Xylitol, BHT, Bisabolol, Dipotassium Glycyrrhizate, Disodium EDTA, Ethylhexylglycerin, Laminaria Digitata Extract, Olea Europaea (Olive) Fruit Oil, Persea Gratissima (Avocado) Oil, Saccharomyces Cerevisiae Extract, Tocopheryl Acetate, Polysorbate 80, Sodium Hyaluronate, Retinyl Palmitate, Avena Sativa (Oat) Kernel Extract, Yeast Amino Acids, Betaine, Inositol, Taurine, Trehalose, Magnesium Chloride, Palmitoyl Dipeptide-5 Diaminobutyroyl Hydroxythreonine, Palmitoyl Tripeptide-5, Tetradecyl Aminobutyroylvalylaminobutyric Urea Trifluoroacetate


Murad Dew A Little ni sesuai digunakan oleh semua jenis kulit tidak kira sama ada jenis kulit normal, kering, kombinasi ataupun sensitif.. Semuanya sesuai menggunakannya.. Jangan risau ye, produk ini tidak mengandungi paraben, sulfat, phthalates dan juga gluten.. Jadi ianya selamat digunakan..


Cara Guna Murad Dew A Little

Murad Dew A Little ini boleh digunakan pada waktu pagi dan juga malam.. Caranya, urut secara perlahan dan ratakan keseluruh kawasan muka, leher dan dada.. Kalau pada waktu siang tu, lepas guna Dew A Little ni, korang bolehlah apply pula Sunblock Murad untuk melindungi wajah korang daripada sinar UV...


Apa Kata Aku Tentang Murad Dew A Little

Yesss aku suka! Memang sejak dulu lagi aku percaya dengan produk Murad ni.. Cumanya kalau nak pakai berterusan, memerlukan modal yang agak tebal jugalah.. Haha!! Almaklumlah produk bagus, seharusnya harganya juga exclusive kan.. Nak cantik kenalah berkorban sikit.. Tak gitu? 

Selepas 2 minggu aku guna Murad ni, memang banyak perubahan dan paling ketara, garis-garis halus dekat muka aku ni dah berkurangan.. Serius aku suka produk ni.. Nampaknya lepas ni aku kena spend duit lebih sikit la untuk jadikan produk ni salah satu rutin penjagaan wajah aku.. Huhu.. Bagi korang yang mengalami masalah garis-garis halus, kedutan, kulit kusam dan kering, bolehlah cuba produk ni ye.. Aku sangat recommend.. Nak cantik kenalah jaga dari sekarang.. Ye dak? 

Bagaimana untuk dapatkannya?


Untuk sebarang pembelian atau maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Instagram


Read More

Unboxing Althea Chrismas Gift

Tuesday, January 8, 2019

10 comments
Unboxing Althea Chrismas Gift  |  Hello Readersss!! Hah, kali ni nak cerita tentang hadiah pula.... Ada ke dikalangan korang yang tak suka bila dapat hadiah? Kalau ada, itu satu yang agak pelik bagi aku.. Aku yakin pasti ramai yang teruja bila dapat hadiah, terutamanya dari orang yang tersayang.. Betul tak? Begitu jugalah aku.. Tapi kali ni aku dapat hadiah bukanlah dari orang yang tersayang tetapi dari sebuah brand kesayangan aku iaitu Althea.. Sempena hari Krismas yang lalu, Althea bermurah hati menyediakan hadiah buat Althea Angels.. Aku ada buat wishlist 10 barang yang ingin aku beli di Althea.. Nak tahu tak, 5 daripadanya terkandung di dalam box Althea Chrismas Gift tersebut.. Seronok sangat weh!!


Apa yang ada dalam kotak Althea Chrismas Gift ni? Uisss serius aku cakap.. Masa terima box ni, teruja bukan main aku nak bukak... Yelah, setiap satu barang pasti memberi manfaat pada aku kan.. hehe.. Jom lihat, barang apa yang ada dalam kotak ni..


Pobling - Pore Sonic Cleanser


Lama dah sebenarnya nak beli pobling ni.. Cumanye selalu sangat pertimbangkan harganya yang agak meriah tu.. Akhirnya dapat jugak aku memiliki pobling ni.. TQ Althea.. Ramai sangat bagi feedback yang bagus tentang pobling ni.. Mahunya aku tak tertarik untuk turut memilikinya.. Hehe. 


Berus pobling ni sangatlah halussss dan lembut bebulussnye.. Jadi, tak perlu risau kulit muka calar atau luka.. Pobling ni menggunakan sebiji bateri AAA sahaja untuk berfungsi.. Ringan dan mudah dipegang..


Aku dah try pobling ni.. Yesssss, memang terbaik kerana dapat membersihkan muka dengan sempurna.. Serius, muka sangat bersih lepas menggunakan pobling ni... Satu lagi yang best tentang pobling ni, ia seolah² sedang mengurut muka kita.. Sambil cuci sambil urut kan. hehe.. 


It's My - Eyelash Curler Comb


Eyelash curler yang jenis ni memang aku tak pernah try guna lagi.. Ini firstime aku guna yang ada comb macam ni.. Bagi aku, kalau bulu mata yang jenis pendek memang tak sesuai pakai jenis ni.. Setakat ni aku guna, masih boleh capai la bulu mata aku walaupun x sebanyak mane.. Haha..

Jangan risau, tak rugi pun kalau beli yang ni sebabnye comb tu boleh dicabut dan boleh guna seperti biasa.. 


Tony Moly - Delight Tony Tint (Cherry Pink)


Warna Cherry Pink ni cantik.. Next boleh cuba warna yang lebih terang pula.. hehe.. Aku memang tak pernah pakai tint sebelum ni sebabnye rasa macam tak sesuai dengan bibir aku yang agak gelap ni.. Sorry ye, aku tak merokok! Haha.. Walaupun korang tak tanye, aku tetap jugak nak menjawab.. kikiki..


Missha - 4D Mascara


Missha Mascara ni memang feberet aku.. Rasanye setakat ni, inilah mascara yang paling best pernah aku guna.. Tak comot dan bergumpal-gumpal... Serius aku sangat suka.. 

Selalunye kalau aku shopping di Althea, mesti tak miss untuk beli mascara ni miskipun yang aku guna masih belum habis.. Buat stok kata orang.. hehe.. Yang penting, lambat lagi expired... 


Althea - Contour Cleanser


Yesss, produk Althea memang terbaik.. Ini salah satunye.. Contour Cleanser ni sangat sesuai untuk kulit muka aku.. Bertiup-tiup dah aku beli.. Macam mascara tadi juga, pencuci muka ni aku akan beli setiap kali aku shopping dia Althea.. Siap aku letak satu bilik air satu tiup Althea Contour Cleanser ni.. hehe.. 

Apa yang best tentang pencuci muka ni, korang boleh baca kat SINI..


Rire - Bubble Bubble Lip Mask


Aku memang ada masalah bibir kering dan selalu mengelupas.. Alhamdulillah Rire Bubble Lip Mask ni sangat membantu.. Nape warna kuning botolnye? Sebabnye bahan utamanye adalah lemon.. Masa apply kat bibir memang terasa lemonnye.. Rasa nak makan pun ada..

Seronok tau pakai lip mask ni.. Dia akan menghasilkan buih-buih halus selepas beberapa minit dipakai.. Hasilnye, bibir terlebihhh lembut.. Aku suka weh!!


Aprilskin - Magic Snow Cushion 2.0 (#23)


Memang betul Aprilskin Cushion ni harganya boleh tahan mahalnye.. Tetapi, jangan tak tahu ye hasilnye sangat ohsem bila apply kat muka... Muka nampak sangat smooth dan flolesss... Tak tipu sebabnye sebelum ni aku dah pernah pakai cushion ni.. Ini adalah unit kedua untuk aku..

Memandangkan harganye agak ehem ehem, memang aku guna berpada-pada dan ia boleh tahan lama.. Hiks.. Nampak tak kedekut disitu.. Gile ko, takan nak beli tetiap bulan.. Rabak poket.. Haha!! Serius, Aprilskin Magic Snow Cushion ni memamg thorrrrrbahekkk!!!!


Tony Moly - Panda's Dream Brightening Eye Base


Last sekali aku dapat cuba benda alah yang comel ni.. Memang comel casing dia.. Bersesuaian dengan manfaatnya.. Panda's Dream Brightening Eye Base dari Tony Moly ni fungsinya untuk menutup lebam bawah mata.. Teksturnya ala-ala cream jugak.. Nak cakap berjaya tutup seratus peratus lebam bawah mata tak jugak.. Tetapi membantu la sedikit sebanyak..


Aku cover dengan panda ni bawah mata aku, still lagi kena cover dengan concealer dan bb cushion barulah kurang sikit kelihatan.. Hehe.. Ataupun memang lebam bawah mata aku ni dah sememangnya parah sampaikan susah dah nak cover dengan lapisan yang nipis.. Haha.. Tak pe la, sekurang-kurangnya kita usaha untuk menutupnya kan dan hampir berjaya.. Hiks..


Unboxing Althea Chrismas Gift Box


Itulah 8 barang yang aku dapat dari Althea.. Alhamdulillah semuanya sangat bermanfaat untuk aku.. Melengkapkan lagi rutin penjagaan wajah aku.. Paling buat aku teruja adalah Pobling.. Serius best weh.. Muka gerenti bersih sebersih bersihnya.. Oklah, bagi korang yang nak usha produk K-Beauty, bolehlah layari https://my.althea.kr/... Semua produk sangat best... Standby duit jerk ye dalam akaun.. Hehe..


Read More

Kempen CSR TOP Dengan Kerjasama MYDIN Menyumbangkan Pakaian Seragam Sekolah Kepada 500 Orang Pelajar Demi Masa Depan Yang Lebih Cerah

Saturday, January 5, 2019

5 comments
Kempen CSR TOP Dengan Kerjasama MYDIN Menyumbangkan Pakaian Seragam Sekolah Kepada 500 Orang Pelajar Demi Masa Depan Yang Lebih Cerah  |  TOP, jenama bahan pencuci No. 1 di Malaysia kembali menceriakan 500 orang kanak-kanak dari beberapa buah NGO terpilih di seluruh negara menerusi kempen CSR Cerahi Kehidupan Bersama TOP. Memasuki tahun keempat, kempen tersebut menyediakan pakaian seragam dan keperluan persekolahan kepada lebih 1,600 orang kanak-kanak dari 18 buah rumah kebajikan.

Kempen CSR TOP Dengan Kerjasama MYDIN Menyumbangkan Pakaian Seragam Sekolah Kepada 500 Orang Pelajar Demi Masa Depan Yang Lebih Cerah

TOP bekerjasama dengan peruncit utama, MYDIN untuk melaksanakan kempen mengumpul dana CSR bermula 15 November hingga 15 Disember, di mana, 30 sen daripada jualan produk terpilih TOP di semua cawangan MYDIN di seluruh negara akan disalurkan untuk membeli keperluan persekolahan anak-anak yang berusia di antara 7 hingga 17 tahun dari 18 buah rumah kebajikan.

Keperluan persekolahan itu termasuklah pakaian seragam, beg sekolah dan alat tulis yang lengkap buat semua kanak-kanak yang terlibat.

Kempen ini mempunyai dua objektif utama iaitu memberikan kanak-kanak pakaian seragam baharu yang boleh mereka banggakan, seterusnya memberikan motivasi untuk mereka mencapai sesuatu dengan lebih tinggi dengan menaikkan keyakinan dan harga diri mereka. Ia juga bertujuan mendidik mereka tentang pentingnya gaya hidup yang bersih. Ini termasuklah menjaga dan mencuci pakaian masing-masing agar sentiasa bersih. 

Pakaian seragam untuk kanak-kanak dari rumah kebajikan di seluruh negara ini sudah boleh diambil sebelum sekolah dibuka. Ini pasti memberi ketenangan minda kerana mereka boleh memakai pakaian baharu untuk sesi persekolahan yang baru. 


Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn. Bhd., Mr. Leroy Yoon berterima kasih kepada MYDIN dan para pelanggan atas sokongan mereka terhadap program yang nyata memberi harapan serta kegembiraan kepada kanak-kanak berkenaan. 

Kami terharu dengan sokongan MYDIN dan para pelanggannya yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi dalam menjayakan kempen yang cukup bermakna ini. Sumbangan ini sangat bermakna kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Sokongan mereka nyata memberi harapan dan kegembiraan kepada kanak-kanak yang tidak sabar untuk memulakan sesi persekolahan dengan pakaian seragam baharu, sama seperti rakan-rakan mereka yang lain. 

Pada masa yang sama, TOP juga berbangga untuk menawarkan inovasi dan manfaat produk kami kepada semua. Kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif yang dapat memberi motivasi kepada kanak-kanak untuk menikmati masa depan lebih cerah. Terima kasih kepada semua pengguna TOP yang menjayakan kempen ini selama empat tahun berturut-turut,” kata Mr. Yoon. 

Maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan : 1800-88-0133

18 buah rumah kebajikan yang terlibat ialah:- 

Kedah/Perlis
  • Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda 
  • Rumah Superkids
Penang
  • Pertubuhan Rumah Kebajikan Seri Cahaya Pulau Pinang 
  • Pusat Jagaan Persekutuan Kebajikan Anak Anak Yatim Islam Pulau Pinang
Kelantan/Terengganu
  • Rumah Tunas Harapan Pakatan Kasih 
  • Rumah Anak Yatim dan Dhuafa' Siti Aminah (RAYSA)
Perak
  • The Salvation Army Ipoh Children's Home 
  • Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Nurul Iman
Kuala Lumpur/Selangor
  • Rumah Hope 
  • Rumah Bakti Nur Syaheera
Pahang 
  • Badan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Nadwah Permata Camar 
  • Pusat Jagaan Wanita dan Kanak-kanak Casa Harapan 
Negeri Sembilan
  • Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Rhema 
  • Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA)
Melaka
  • Pertubuhan Kebajikan Bhagawan Sri Ramakrishna Malaysia 
  • Pusat Jagaan Kanak-Kanak Harapan Bukit Baru
Johor
  • Pusat Kebajikan Kalvari Johor 
  • Persatuan Kebajikan Darul Hanan

Mengenai Southern Lion Sdn Bhd


Southern Lion Sdn Bhd ialah syarikat kerjasama 50/50 di antara Lam Soon (M) Bhd dan LION CORPORATION, Jepun. Ia terus menambah baik kualiti kehidupan pengguna di Malaysia dengan menawarkan produk-produk isi rumah seperti penjagaan fabrik, kediaman, kecantikan dan oral yang inovatif pada harga mampu milik. Southern Lion merupakan syarikat pengeluar bahan cucian pertama yang menerima persijilan ISO 9001.


Read More