Yakin, Cerah, dan Ceria dengan 8 Manfaat Kecantikan SAFI Fair Beauty!

Tuesday, September 11, 2018

14 comments
Yakin, Cerah, dan Ceria dengan 8 Manfaat Kecantikan SAFI Fair Beauty! | Teruja hakak deknon bila dapat tau SAFI Malaysia telah mengeluarkan semula set penjagaan wajah SAFI Fair Beauty.. Tapi kali ni didatangkan sekali dengan BB Cream.. Wahh lagi mantop SAFI sekarang tau.. Kalau dulu-dulu time sekolah hakak selalu guna Cream SAFI yang tutup warna hijau tu.. Sekarang dah keluar SAFI Fair Beauty ni memang kena try la.. Jom kita selongkar rahsia disebalik SAFI Fair Beauty ini!!


Tidak yakin ketika menghadiri temuduga? 
Selalu menggunakan aplikasi “filter” sebelum memuat naik gambar di media sosial?
Dah pakai baju cantik- cantik pun si dia tak perasan? :(

Haaa ada yang mengalami masalah seperti ini? Kalau ada, korang jangan risau…. SAFI FAIR BEAUTY jer lah jawapannya.. 

Kebanyakan gadis mementingkan tanggapan pertama ataupun “first impression” tidak kiralah ketika menghadiri sesi temuduga, hujung minggu dengan sahabat lama, ataupun temujanji pertama bersama si dia. Masalah kulit wajah yang kusam serta tona yang tidak sekata akan menurunkan keyakinan diri. Hakikatnya, rungutan tentang masalah sebegini bukanlah sesuatu yang baru.

Tabiat pemakanan yang tidak sihat, tekanan, kualiti tidur yang merosot, dehidrasi serta kotoran dan habuk akibat pencemaran merupakan faktor-faktor utama kulit wajah rosak bagi kebanyakan individu di Malaysia. Memahami aspirasi setiap gadis untuk tampil cerah dan yakin, SAFI - jenama penjagaan wajah Halal No1 di Malaysia, serta jenama penjagaan diri terbesar di dunia kini tampil memberikan nafas segar terhadap rangkaian pencerah - SAFI FAIR BEAUTY sebagai penyelesaian terhadap kebimbangan para gadis. SAFI menggenggam utuh falsafah bahawa setiap gadis berhak memiliki kulit wajah yang cantik dan berseri tanpa perlu bimbang kerana setiap masalah kulit wajah wanita, SAFI selesaikan.


Kelahiran semula SAFI FAIR BEAUTY bukan sahaja pada rekaannya yang lebih manis dan menawan, malah rumusannya juga didatangkan dengan teknologi BIO. Fairness yang diperkaya dengan ekstrak organik limau gedang. Sebagai pelengkap kepada rutin  penjagaan wajah, SAFI FAIR BEAUTY turut memperkenalkan produk terbarunya Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY.

Teknologi BIO.Fairness merupakan kombinasi ekstrak semulajadi dengan manfaat pencerah yang bertindak untuk menyamaratakan tona kulit, serta mengurangkan pigmentasi berlebihan dan tanda penuaan. Pendedahan kulit wajah kepada sinaran UV yang tinggi serta pencemaran udara akan menyumbang kepada masalah kulit kusam dan tidak bermaya. Dengan penggunaan SAFI FAIR BEAUTY, kulit akan kekal lembut dan terlindung dari sinaran UV berbahaya. Serlahkan kecantikan wajahmu di bawah pancaran suria dan katakan selamat tinggal kepada sinaran UV!

Diperkaya dengan multivitamin seperti vitamin B3, CE, E, B5 & B6, gabungan vitamin ini menjadikan SAFI FAIR BEAUTY sebagai ejen pencerah, pelembap, dan pelindung dari sebarang kerosakan yang berpunca dari radikal bebas.

Sebagai tambahan kepada teknologi BIO.Fairness, SAFI FAIR BEAUTY turut menggabungkan ekstrak organik limau gedang kedalam formulasi baharunya. Adunan ekstrak organik limau gedang yang segar sangat bermanfaat dalam pembinaan semula struktur kulit melalui penghasilan kolagen dan mencerahkan kulit wajah secara semulajadi. Setiap bilasan pada kulit wajah menjadikan tekstur kulit semakin halus seakan remaja!

SAFI FAIR BEAUTY yang baharu, kini dilengkapi dengan teknologi BIO.Fairness bertindak untuk :-
  • Mencerahkan kulit
  • Menyamaratakan tona kulit
  • Kulit berseri merah jambu
  • Mengawal pengeluaran minyak berlebihan
  • Memberi perlindungan UV
  • Melembutkan dan menghaluskan kulit
  • Melicinkan kulit
  • Melembapkan kulit tanpa meninggalkan rasa lekit    
“3 beradik” penyeri wajah, pelengkap hari!

Dia si ayu penuh keyakinan

Yang sulung penuh ayu, dialah Pembersih Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. Langkah pertama untuk keyakinan dirimu. Setiap bilasan membersih dengan mendalam agar kulit lebih lembut, halus dan cerah berseri.

Dia si cantik penuh kemanisan

Yang tengah si cantik manis, dialah Krim Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. Langkah kedua untuk kekal cerah sepanjang harimu. Setiap olesan pada kulit muka memberikan tona kulit wajah merah jambu agar kelihatan lebih manis dan segar pada bila-bila masa.

Dia si comel penuh keceriaan

Yang bongsu comel dan ceria, dialah Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. Langkah ketiga melengkapi rutin kecantikanmu. Menggunakan rumusan yang sama dengan produk rangkaian SAFI FAIR BEAUTY yang lain, krim BB ini ditambah dengan pelembap berganda serta ejen pencerah yang berfungsi sebagai asas solekan. Bersolek ataupun tidak, setiap sapuan mampu menutup cela, dan memberikan seri tanpa kilap (matte finising).


SAFI FAIR BEAUTY hadir dalam reka bentuk lebih comel sesuai dengan citarasa gadis manis yang gemarkan sesuatu yang ringkas dan praktikal. Produk Pembersih Wajah kini tampil ayu dengan kemasan ungu lembut manakala Krim Pencerah Wajah pula hadir dengan rona kemanisan merah jambu. Sebagai pengenalan kepada kelahiran baharu SAFI FAIR BEAUTY,  Krim BB Pencerah Wajah melengkapkan rutin kecantikan si gadis dengan kehadiran reka bentuk berwarna kuning cerah yang penuh dengan keceriaan namun masih mengekalkan sisi kelembutannya. Setiap produk juga dihiasi kuntuman bunga putih yang menjadi tafsiran kepada slogan SAFI - “Selamat dan Suci”. Yang paling menarik, harganya kekal sama!

Berikan kulit wajah anda 8 manfaat melalui penggunaan rangkaian SAFI FAIR BEAUTY berikut :-

1. SAFI Fair Beauty Facial Cleanser
Saiz pek : 50g/100g
Harga : RM5.75/10.20 (0% GST) 


2. SAFI Fair Beauty Fairness Cream
Saiz pek : 50g/80g
Harga : RM8.15/11.45 (0% GST) 


3. SAFI Fair Beauty BB Cream 
Saiz pek : 40g
Harga : RM8.15 (0% GST) 


4. SAFI Fair Beauty  Set (Fairness Cream + Facial Cleanser) 
Saiz Pek : Gift Set
Harga : RM10.90 (0% GST)


Sempena keluaran baru SAFI Fair Beauty ni, aku nak cabar diri aku menggunakan set penjagaan wajah ini selama sebulan.. Tengok apakah hasilnya.. Adakah produk ini terbaik dan sehebat produk SAFI yang pernah aku pakai satu ketika dahulu.. Yang penting ianya HALAL, Selamat dan Suci tanpa kesan sampingan.. Orite, jom start SAFI Fair Beauty 31 Day Challenge!! Yakin, cerah dan ceria dengan 8 manfaat kecantikan SAFI Fair Beauty!


Mengapa perlu risau lagi?... SAFI FAIR BEAUTY jer lah!

Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama dan pasaraya hyper. Untuk maklumat lanjut berkenaan jenama SAFI sila layari laman Facebook SAFI www.facebook.com/SAFI.MY, Instagram SAFI@safimalaysia, laman Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia


Read More

Prosedur Hukuman Sebatan Bagi Pesalah Syariah Kerana Musahaqah

Friday, September 7, 2018

10 comments
Prosedur Hukuman Sebatan Bagi Pesalah Syariah Kerana Musahaqah |  Baru-baru ini viral satu Malaysia tentang keputusan Mahkamah Syariah Terengganu yang telah menjatuhkan hukuman sebat ke atas dua orang wanita kerana cubaan melakukan hubungan sejenis (Lesbian)... Hukuman sebat seumpama ini adalah yang pertama dilaksanakan di Malaysia terhadap pesalah yang didakwa di bawah Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Syeksyen 59(1) Enakmen Yang Sama Kerana Musahaqah (Lesbian).

Rentetan dari kontrovesi yang berlaku ini, timbul pelbagai reaksi di kalangan rakyat Malaysia... Ada yang berpandangan positif dan tidak kurang juga yang memberi reaksi negatif.. Reaksi negatif itu mungkin disebabkan kurangnya pemahaman orang ramai terhadap pelaksanaan hukuman tersebut..

Jom sama-sama faham akan prosedur hukuman sebatan bagi pesalah syariah kerana Musahaqah ini.. Boleh rujuk info-grafik kat bawah ni ye..


Jika diteliti prosedur hukuman sebat yang dijalankan oleh Mahkamah Syariah ini, ia ternyata berbeza daripada hukuman sebat yang dijatuhi oleh Mahkamah Sivil kerana ia lebih lembut dan ringan berbanding sebatan yang dilaksanakan oleh Mahkamah Sivil.. Cara sebatan yang dilakukan adalah dengan pukulan yang sederhana menggunakan rotan yang kecil dan tidak boleh kena bahagian muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit pesalah..

Tujuan hukuman ini dijalankan adalah untuk memberi pengajaran kepada pesalah agar mereka menginsafi perbuatan yang bercanggah dengan hukum agama yang telah mereka lakukan.. Oh ya, hukuman ini dijalankan di dalam dewan sambil disaksikan oleh kira-kira 100 orang.. Ini sekaligus dapat memberi pengajaran juga kepada mereka yang menyaksikannya..

Moga kita semua juga mengambil pengajaran dari kejadian ini dan sekaligus dijauhi dari perkara-perkara seperti ini.. Insyaallah..


Read More

Nasi Goreng Putih Emak Aku!

8 comments
Nasi Goreng Putih Emak Aku!  |  Assalamualaikum wbt.. Hai korang.. Dinner apa malam ni? Aku hari ni tetiba teringatkan Nasi Goreng Putih yang selalu mak aku masak dulu.. Rindu pulak air tangan mak.. Dek kerana teringin sangat nak makan nasi goreng putih, untuk dinner hari ni aku goreng la nasi goreng putih yang paling simple alaf ini.. Haha!! 


Time sekolah dulu, aku cukup teruja bila mana sarapan pagi mak aku buat Nasi Goreng Putih ni.. Aku memang tak ade nama special untuk nasi goreng ni jadi aku letak aje la nasi goreng putih sebabnya warna putih semata.. Ekeke.. Bagi aku sendiri, aku lebih suka nasi goreng tanpa perencah macam ni.. Tak tahu la kenapa.. Aku suka, bila makan hanya rasa masin garam secukup rasa, rasa bawang, rasa lada besar... Perghh sedap weh!! Rasa original tanpa perencah.. Nak lagi sedap tarok cili api.. Terangkat weh rasa pedas!!

Tapi kali ni aku buat memang tak isi lada kecik sebabnya aku masih sedar diri yang aku ada anak yang juga ingin merasai air tangan aku ini.. Cewahhh.. Ayat tak leh blah.. Haha!! Walaupun dah makan nasi goreng putih ciptaan aku sendiri, aku masih tetap rindukan nasi goreng putih mak aku yang super sedap tu.. Huhu..

Oh ya, ada satu ketika tu dek kerana nasi goreng putih ni aku bengang gile dengan abang aku.. Nak tahu kenapa? Sebabnya, satu hari tu mak aku buat nasi goreng putih untuk sarapan pagi.. Aku dah bajet, lepas mandi aku nak pekene nasi goreng putuh super sedap mak aku tu.. Korang nak tahu apa jadi time aku nak makan tu? Aku bukak aje kuali, tengok nasi goreng putih dah menjadi nasi goreng kicap.. Abang aku punye kerja.. Dia pergi oter balik nasi goreng mak aku tu.. Kurang asam betol!! Frust menonggeng aku weh tak dapat makan nasi goreng mak aku.. Terus masuk bilik dalam keadaan yang nak marah!! Haha!!

Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku obses sangat dengan Nasi Goreng Putih ni.. Sedangkan adik beradik yang lain, tak berapa suka nasi goreng putih lebih suka nasi goreng berperencah.. Mungkin aku ni UNIK kot.. Wahahaha!! Ok la, cukup lah sampai disini aje aku merepek malam ni.... Jom teman aku makan nasi goreng putih ni untuk second round.. Haha!!


Read More

Mama Sutra | Cara Merawat Masalah Dalaman Wanita dan Ikhtiar Untuk Mendapatkan Zuriat

9 comments
Mama Sutra | Cara Merawat Masalah Dalaman Wanita dan Ikhtiar Untuk Mendapatkan Zuriat  |  Assalamualaikum wbt... Hi Korang! Rasanya sebelum ni aku tak pernah lagi kot story mory tentang jamu atau produk yang boleh merawat masalah dalaman wanita kan? Haa kali ni aku nak kongsi dengan korang tentang satu produk yang mampu merawat pelbagai masalah wanita termasuklah sebagai salah satu usaha dan ikhtiar untuk mendapatkan zuriat iaitu produk Mama Sutra.. Wahh nama produk pun dah mengancam kan.. Belum lagi tahu tentang khasiatnya.. 


Nak dijadikan cerita, sebenarnya sejak akhir-akhir ni badan aku selalu sangat rasa lenguh-lenguh dan sakit-sakit... Tu belum lagi masuk bab masalah dalaman yang aku hadapi.. Dengan masalah keputihannya, angin dalam badan dan hilang tenaga dalaman... Haduii naik runsing aku dibuatnya.. Inilah natijahnya bila time berpantang, buat sambil lewa.. Korang tolong jangan jadi macam aku ye.. Huhu.. Bila dah jadi macam ni, barulah sibuk-sibuk nak cari jamu dan produk untuk jaga balik dalaman sekaligus jaga badan jugaklaa kan... Haha!! Kalau boleh nak satu produk je tapi boleh merawat semua masalah yang aku hadapi macam produk Mama Sutra ni.. Hah gitu!!

Mama Sutra ni sebenarnya kawan aku yang recommendkan dekat aku.. Dia cakap produk ni bagus dan boleh merawat masalah dalaman wanita sekaligus memudahkan untuk mendapatkan zuriat.. Haaa korang yang mana tengah usaha dan ikhtiar untuk dapatkan zuriat tu bolehlah cuba produk ni.. Apa sahaja yang kita nak dan impikan, kenalah ikhtiar terlebih dahulu kan.. Bukan boleh dapat macam tu aje.. Betul tak? Hiks.. Yang penting aku dah cuba Mama Sutra ni dan ofkos aku sukakannya.. Sebab itulah aku dengan tak sabarnya nak berkongsi cerita dengan korang tentang kehebatan produk ni.. Nak tahu? Baca sampai habis ye story aku ni.. hehe..

Mama Sutra Produk Halal Dan Selamat Diamalkan


Cantik luar cantik dalam dengan Mama Sutra.. Ewaahh dah macam iklan tv aje kan.. Ok, kalau korang nak tahu, Mama Sutra ini merupakan produk buatan malaysia yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat bumiputera, Glamohealth Sdn. Bhd. yang kini bertapak di Negeri Sembilan... Jika ditanya tentang status HALAL produk ni, jangan bimbang sebabnya Mama Sutra ni telah disahkan HALAL oleh JAKIM.. Bukan itu sahaja, produk ini juga diyakini selamat digunakan kerana telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).. Jadi, korang tak perlu risau tentang tahap keselamatan produk ini. Ternyata ia selamat digunakan.. Hehe..

Mama Sutra Antara Produk Terbaik Untuk Dalaman Wanita

Yeahhh aku akui memang Mama Sutra antara produk terbaik yang pernah aku cuba bagi merawat masalah dalaman wanita.. Nak tahu kenapa? Ofkoslah kerana kandungannya terdiri daripada bahan-bahan semulajadi yang terbaik dan mempunyai banyak khasiat untuk merawat pelbagai masalah wanita.. Terdapat 16 bahan semulajadi di dalam Mama Sutra ni tau.. Wow!! Banyak tu.. Jom semak satu persatu apakah khasiat disebalik setiap kandungan Mama Sutra ini..

  • Kurma - Mengandungi potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkitkan nafsu kelamin dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah payudara dan rahim
  • Prunes - Membantu mengawal fungsi sistem penghadaman dan ini amat baik bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit
  • Delima - Sepertimana yang kita tahu, delima dikatakan sangat baik untuk meningkatkan tahap kesihatan. Kolestrol dan lemak juga dapat dikurangkan secara perlahan-lahan serta ia membekalkan vitamin yang membantu kulit agar tampak lebih berseri dan cerah.
  • Buah Tin - Makanan tambahan untuk kesuburan. Ini disebabkan vitamin dan mineral didalamnya untuk menggalakkan tenaga dan stamina.
  • Kacip Fatimah - Mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita untuk mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual.
  • Air Mawar - Mampu memberikan rasa tenang dan menyegarkan untuk tubuh. Bahkan bagi meraka yang memiliki gejala psikologi seperti stress akibat penyakit jantung akan perlahan-lahan disembuhkan melalui cara ini.
  • Garcinia Combogia - Meningkatkan daya tahan tubuh diperlukan supaya kita tidak mudah sakit. Selain mengandung antioksidan yang berguna untuk  melawan radikal bebas, ia juga dapat digunakan sebagai salah satu solusi bagi mereka yang ingin selalu tampak awet muda.
  • Halia - Halia berkait rapat dengan proses keradangan dan kesakitan termasuk sakit otot selepas bersukan, senggugut dan arthritis.
  • Sirih - Terbukti sangat berkesan mengatasi masalah angin dalam badan, lemah badan, serak kerongkong, mulut berbau dan lain-lain masalah mulut, hidung dan lapisan dinding perut. Siri dengan adunan lain-lain ramuan bertindak membantu membina rahim dan sistem peranakan.
  • Kunyit Putih - Mencuci darah dan kekotoran dalaman, kecutkan rahim (bagus untuk kurangkan buncit), kecutkan buasir, kecutkan fibroid, kecutkan semua jenis ketumbuhan dalaman, menyuburkan peranakan, memulihkan luka-luka dalaman, naikkan seri muka, buang angin, elakkan tombong atau rahim keluar atau rahim jatuh. 
  • Manjakani - Mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin.
  • Serapat - Sering digunakan secara tradisional dengan menggabungkan bersama-sama herba-herba lain (selalunya kacip fatimah dan lain-lain). Sangat berkesan untuk membina rahim, mengetatkan faraj dan meningkatkan sistem kemutan.
  • Manggis - Kulit manggis mengandung banyak zat aktif yang berguna untuk mengobati berbagai penyakit, salah satunya untuk mengobati keputihan.
  • Kayu Manis - Ia terbukti berkesan untuk mengawal kesakitan senggugut kerana kulit kayu manis ini mengandungi bahan kimia semula jadi yang dipanggil cinnamaldehyde.Kajian menunjukkan cinnamaldehyde dapat meningkatkan hormon progesteron dan mengurangkan penghasilan testosteron pada wanita, sekaligus membantu untuk mengimbangi hormon.
  • Habbatussauda - Habbatus sauda meransang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat. Ia juga membantu kesuburan.
  • Kolagen - Kolagen pun adalah jenis protein yang sangat   diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit.
  • Arabic Gum - Memperbaiki tindakbalas sistem imun tubuh melalui rangsangan kepada sel dendritic didalam lumen usus dan penghasilan cytokine. Selain itu Arabic gum dapat membantu melegakan senggugut.

Tu dia!! Naik lenguh jari aku menaip tau.. 16 bahan kesemuanya weh!! Apa yang penting, bahan-bahan yang terkandung di dalam Mama Sutra ni merupakan bahan terpilih dan terbaik.. Lagi menarik, makanan sunnah pun terkandung dalam produk ni tau.. Itu menguatkan lagi untuk aku mencuba sendiri Mama Sutra ni.. Korang sendiri pun tahukan, makanan sunnah ni bagus untuk kesihatan dan tubuh badan kita.. Jadi, ini merupakan salah satu sebab kenapa Mama Sutra ni antara produk terbaik untuk merawat masalah dalaman wanita..

Kelebihan Mama Sutra

Dah tahu khasiat setiap kandungannya, korang kena pulak tahu tentang kelebihan Mama Sutra ni.. Excited pulak rasanya nak berkongsi tentan kelebihan produk ajaib ni.. Hehe.. Bukan apa, aku yakin ramai wanita diluar sana yang mengalami pelbagai jenis masalah dalaman.. Mungkin ada juga yang rasa segan untuk berkongsi masalah mereka dan tak tahu bagaimana untuk atasinya.. Jadi, kat sini aku nak share dengan korang kelebihan Mama Sutra ni.. Manalah tahu, salah satu darinya adalah kelebihan yang korang cari.. hehe.. Antara kelebihan Mama Sutra adalah :-


  • Membantu merawat masalah keputihan dan haid yang tidak teratur
  • Membantu merawat masalah vagina berbau
  • Membantu mengetatkan faraj
  • Membantu merawat masalah lelehan yang banyak pada faraj
  • Membantu melambatkan proses monopous
  • Membantu mengurangkan masalah senggugut
  • Membantu membuang angin dalam badan
  • Membantu mengilangkan bau badan
  • Memberi tenaga dalaman wanita
  • Membantu merawat masalah dalaman dan memudahkan untuk mendapat zuriat
Macam mana? Ada tak kelebihan yang korang cari? Hehe.. Kalau ada, cepat-cepat dapatkan Mama Sutra ni sekarang juga supaya masalah korang tu dapat diatasi segera.. Aku ni pun, nasib baiklah kawan aku recommend, kalau tak memang tak tahu tentang kewujudan produk dalaman untuk wanita ni.. 

Kenapa Mama Sutra Menjadi Pilihan Aku?


Korang rasa kenapa? Hehe... Ofkoslah sebab kelebihan yang ada pada produk Mama Sutra ni sendiri yang membuatkan aku memilih produk ini untuk mengatasi masalah yang aku hadapi.. Mana taknya, dengan satu produk sahaja aku dapat banyak kelebihan.. Aku dapat merawat masalah keputihan, angin dalam badan dan juga dapat memberikan aku tenaga... Bukan tu sahaja malah secara tidak langsung aku juga dapat menyerap kelebihan yang lain yang ada pada produk Mama Sutra ni.. Perghh memang terbaik weh produk ni.. 

Aku consume Mama Sutra ni bukan takat nak rawat masalah dalaman aku ni aje tau tetapi dalam masa yang sama naklah jaga badan ni jugak.. Manalah tahu kot dapat badan macam anak dara dulu.. Haha!! Angan tu kene tinggi selaras dengan usaha.. Kikiki.. Apa-apa pun aku memang dah jatuh cinta dengan Mama Sutra ni.. Rasanya pun best.. Rasa masam-masam manis gitu.. Sumpah tak pahit!! Hehe.. Meh aku ajar cara pengambilannya pula..

Cara Pengambilan Mama Sutra


Nak nampak kesan dan hasilnya, kenalah konsisten ye.. Kalau korang ambil cuma sekali dua atau kadang-kadang jarang-jarang, tak payah nak berangan la masalah korang tu boleh diatasi.. Ikut cam aku ni, ambil secara konsisten dan teratur barulah kesannya dapat dirasai.. Hehe (kekwatnya hakak kan! haha).. Orite, meh nak ajar cara pengambilannya.. Mudah ajee!!


Pengambilan yang baik adalah dengan mengamalkan :-
  • Pagi - 1 sudu sebelum sarapan
  • Malam - 1 sudu sebelum tidur
Amaran kerassss!! 
  • Sila guna sudu plastik ya kerana salah satu bahannya adalah MADU!! 

Testimoni Pengguna Setia Mama Sutra




Dapatkan Mama Sutra Untuk Merawat Masalah Dalaman Wanita dan Sebagai Ikhtiar Untuk Mendapatkan Zuriat

Alhamdulillah aku dah jumpa produk yang dapat merawat masalah dalaman aku ni.. Bukan itu sahaja malah dapat mencantikkan juga sebab didalamnya terkandung kolagen.. Itulah yang dimaksudkan cantik luar, cantik dalam.. Hehe.. Yang mane sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat tu, aku syorkan korang cuba Mama Sutra ni sebagai salah satu ikhtiar untuk korang rawat masalah dalaman korang dan seterusnya memudahkan korang mendapatkan zuriat.. Insyaallah.. Yang penting teruskan usaha dan mencari ikhtiar selagi boleh.. Jangan cepat putus asa tau..!!


Apa-apa pun aku sangat suka dengan Mama Sutra ni.. Aku dah cuba, korang bila lagi.. Haa kalau korang rasa nak atasi masalah dalaman yang korang alami tu, bolehlah cuba Mama Sutra ni.. Korang mesti puashati dengannya.. Tapi, seperti yang aku katakan tadi, haruslah konsisten untuk mendapatkan hasil yang terbaik.. Jangan angat-angat tahi ayam ajerk ye awak-awak semua!!.. Hehe.. Korang boleh dapatkan Mama Sutra ini dengan harga :-

HARGA MAMA SUTRA (250ml)

RM 40 (SM)
RM 45 (SS)

PROMOSI TERKINI!!
Kepada yang berminat untuk menjadi ajen Mama Sutra, bolehlah daftar sekarang ye sebabnya
PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA!!

Cepat tau!! Tempat adalah terhad.. Jadi, daftar sekarang!!


Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Facebook
Instagram
No. Telefon
014-7116101


Read More

Aveeno® dan Aveeno Baby® Melega, Memulih & Melindungi Dengan Kuasa Oat kini di Malaysia!

Friday, August 31, 2018

9 comments
Aveeno® dan Aveeno Baby® Melega, Memulih & Melindungi Dengan Kuasa Oat kini di Malaysia! | Akhirnya warga Malaysia dapat menikmati sentuhan berkhasiat Aveeno®! Dengan adanya Aveeno®, jenama yang paling dipercayai kerana menggunakan ramuan semula jadi, dan Aveeno Baby®, jenama #1 yang dipercayai oleh pakar pediatrik A.S.* kerana menggunakan ramuan semula jadi, anda sekeluarga kini berpeluang untuk menikmati kecantikan semula jadi dan kesejahteraan hidup.


Semenjak 1945, kisah Aveeno® berkisar tentang penemuan dan semangat jenama ini. Rahsia alam semula jadi ditemui menerusi kemajuan sains, jenama ini menemui cara untuk memelihara dan mengubah kulit supaya menjadi lebih sihat dan lebih cantik secara semula jadi.

Diasaskan oleh pasangan adik beradik pencipta dan dermawan Albert dan Sidney Musher, nama jenama Aveeno® diilhamkan daripada Avena sativa, perkataan Latin untuk ‘oat’, bahan utama dalam rangkaian produk Aveeno®.

Aveeno® percaya bahawa oat mempunyai kebolehan untuk melegakan, memulihkan dan juga mengubah, membolehkan wanita di seluruh dunia menyedari potensi kecantikan semula jadi mereka dan membolehkan mereka menjalani kehidupan indah secara semula jadi dengan sepenuhnya.


Menurut Julia Teo, Ketua Jenama dan Peluasan Pembeli Johnson & Johnson Malaysia, pengenalan Aveeno® dan Aveeno Baby® ke pasaran Malaysia merupakan usaha syarikat untuk memenuhi permintaan pengguna untuk produk penjagaan kulit dengan ramuan semula jadi. “Kesedaran dan daya tarikan untuk produk penjagaan kulit berasaskan ramuan semula jadi kini semakin menyerlah berbanding dahulu. Namun bukan mudah untuk mencari produk yang bersesuaian untuk kegunaan kulit sensitif.

Dengan adanya Aveeno® dan Aveeno Baby®, kami yakin bahawa permintaan di pasaran akan dapat dipenuhi, dan rakyat Malaysia akan dapat menikmati rutin harian penjagaan kulit mereka dengan produk kami, bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi juga untuk anak-anak mereka,” menurutnya lagi.  

ACTIVE NATURALS – Ramuan daripada sumber semulajadi yang memberikan kebaikan sebenar!  


Ciri paling unik Aveeno® adalah ramuan ACTIVE NATURALS, di mana hanya ramuan semula jadi bermutu tinggi yang ditanam dalam persekitaran yang sempurna dipilih dan dirumuskan dengan kemajuan sains untuk memberikan kulit anda kebaikan yang sebenar.

Dalam usaha untuk merapatkan jurang dari segi kesihatan dan kecantikan, Aveeno® bangga menggunakan ramuan yang diperoleh daripada alam semula jadi untuk mencapai hasil yang diingini. Setiap pengalaman dengan Aveeno® adalah satu kenikmatan yang baik untuk kulit dan juga deria. Ia adalah produk tanpa wangian dan gabungan formula yang lembut untuk kulit.

Fungsi kulit dan kebaikan Oat untuk kulit anda


Kulit merupakan organ tubuh manusia yang terbesar dan juga yang paling cepat tumbuh. Ia memberikan perlindungan semulajadi di antara diri kita dan alam sekitar untuk melindungi badan kita daripada jangkitan, patogen, serta radiasi UV yang berbahaya. Ia juga penting dalam mengekalkan homeostasis, membantu mengehadkan cecair dan mencegah kehilangan kelembapan. 

Oleh itu, mengoptimumkan tahap kelembapan kulit adalah kunci untuk kulit yang sihat dan berseri secara semulajadi. Berkaitan dengan sejarah yang panjang untuk kegunaan dalam penjagaan kulit, oat memberikan pelbagai kebaikan untuk semua jenis kulit, terutamanya kulit yang kering,  rengsa dan gatal. Produk ini juga selamat untuk kulit bayi yang lembut. Mujurlah dengan adanya ACTIVE NATURALS, rumusan Triple Oat yang boleh didapati di dalam produk-produk Aveeno®, menggabungkan tiga ramuan yang unik tersendirinya untuk memberikan sehingga 9X kuasa anti-oksida**:



Produk Aveeno® yang boleh didapati di Malaysia :-   

Kegunaan Harian 

1. Aveeno® Daily Moisturizing Body Wash  (354ml, RM40.47)  

Membersihkan secara lembut dan melembapkan kulit anda selama 24 jam

Mandian badan ini membersihkan dan melembapkan kulit agar kelihatan lebih sihat selepas anda mandi. Rumusan termaju yang menggabungkan ACTIVE NATURALS Colloidal Oatmeal — bahan yang lama diketahui untuk melegakan kulit — dengan campuran unik minyak semula jadi dan emolien untuk membantu memulihkan kelembapan kulit untuk kulit yang lebih lembut, lebih licin dan kelihatan lebih sihat. Pembersih dengan wangian lembut, tanpa sabun, tanpa pewarna dan formulasi hipoalergenik. Oleh itu, mandian badan ini cukup lembut dan sesuai untuk kulit sensitif.

2. Aveeno® Daily Moisturizing Lotion (354ml, RM44.25)

Melegakan kekeringan kulit dalam 1 hari

Losyen yang menyegarkan ini terbukti secara klinikal mampu memulihkan keadaan kulit kering anda dalam masa 24 jam dengan peningkatan yang ketara dalam masa 2 minggu. Dirumuskan dengan ACTIVE NATURALS Colloidal Oatmeal dan emolien yang kaya, losyen ini membantu mencegah dan melindungi kulit kering sepanjang 24 jam. Losyen ini menjadikan kulit anda terasa lembut, licin dan kelihatan sihat secara semula jadi dan ia cukup lembut dan sesuai untuk digunakan setiap hari. Losyen ini juga bebas daripada pewangi, tidak berminyak dan bukan komedogenik.

3. Aveeno® Daily Moisturizing Sheer Hydration Lotion (350ml, RM52.74)

Memulih, menghidrat dan melembapkan kulit anda selama 24 jam

Losyen ini yang cepat menyerap ke dalam kulit anda untuk memberikan kelembutan dan kelembapan secara semula jadi yang diingini sepanjang tahun. Rumusan unik dengan ACTIVE NATURALS Oat memulihkan dan melembapkan kulit anda. Aveeno® Daily Moisturizing Sheer Hydration Lotion melembapkan selama 24 jam untuk menjadikan kulit lembut, cantik dan kelihatan sihat. Ia tidak berminyak, tanpa pewangi dan bukan komedogenik.

Penjagaan Istimewa

1. Aveeno® Skin Relief Body Wash (354ml, RM45.19) *TANPA PEWANGI*

Membersihkan secara lembut dan melembapkan untuk melegakan kulit yang kering, gatal dan sensitif

Aveeno® Skin Relief Body Wash memiliki rumusan tanpa pewangi yang membersihkan dan melembapkan secara lembut untuk melegakan kulit yang kering dan gatal. Rumusan unik ini yang mengandungi ACTIVE NATURALS Oatmeal dapat membantu melembap dan melegakan kekeringan. Emolien memberikan kelembapan untuk kulit yang lebih lembut, lebih licin dan kelihatan lebih sihat -- walaupun selepas dibilas. Aveeno® Skin Relief Body Wash yang disyorkan oleh ahli dermatologi adalah tanpa sabun, tanpa pewarna, tanpa pewangi dan formulasi hipoalergenik, menjadikannya cukup lembut dan sesuai untuk kulit yang sensitif.

2. Aveeno® Skin Relief Moisturizing Lotion (354ml, RM52.74) *TANPA PEWANGI*

Melembap dan melegakan kulit yang sangat kering, sensitif atau gatal.

Aveeno® Skin Relief Moisturizing Lotion adalah rumusan yang kaya namun cepat menyerap untuk memulihkan kelembapan yang penting agar kulit anda terasa lebih lembut dan lebih sihat. Dirumuskan dengan ACTIVE NATURALS Triple Oat Complex dengan minyak oat dan mentega shea semula jadi, losyen untuk kulit sensitif ini terbukti secara klinikal dapat melegakan dan mengurangkan kulit yang teramat kering. Losyen ini juga tidak memiliki pewangi atau steroid serta cukup lembut untuk kulit yang sensitif.

Aveeno Baby®: Hasil kasih sayang oleh ibu, untuk ibu.

Tahap keprihatinan yang sama diberikan kepada produk Aveeno Baby® – yang turut dirumuskan dengan ACTIVE NATURALS Oats, diadunkan dengan ramuan pelembapan yang kaya untuk membantu melindungi kulit bayi yang halus, termasuk bayi baru lahir. Aveeno Baby® menyediakan produk untuk kegunaan harian dan penjagaan istimewa turut memenuhi keperluan produk penjagaan badan yang selamat dengan ramuan semula jadi untuk mencegah kulit gatal, kering atau merengsa daripada berulang.



Terbukti secara klinikal untuk melembapkan dan melegakan kulit bayi yang kering sepanjang 24 jam, rangkaian Soothing Relief adalah tanpa sabun, tanpa pewangi serta hypoallergenic. Rangkaian Dermexa membantu melegakan simptom kulit yang kering, gatal dan merengsa sambil menguatkan keupayaan semula jadi kulit untuk melindungi daripada kehilangan kelembapan. Ia juga tidak mengandungi steroid, tanpa pewangi dan diuji untuk alahan.

Produk Aveeno Baby® yang boleh didapati di Malaysia :   

Kegunaan Harian 

1. Aveeno Baby® Wash & Shampoo (354ml, RM49.91)

Rumusan tidak memedihkan mata yang membersihkan secara lembut tanpa mengeringkan kulit.

Aveeno Baby® Wash & Shampoo mengadun ekstrak oat semula jadi yang menjadikan mandian ini kaya dengan buih yang membersihkan kulit tanpa mengeringkan kerana ia tidak mengandungi sabun serta diuji alahan. Rumusan tidak memedihkan mata ini boleh digunakan pada kulit dan rambut untuk pembersihan lembut yang mudah dibilas serta meninggalkan bau yang segar. Aveeno Baby® Wash & Shampoo dirumuskan agar lembut untuk bayi serta kulit mereka yang sensitif. Rumusan ini tidak memedihkan mata, tanpa sabun dan tanpa paraben.

2. Aveeno Baby® Daily Moisture Lotion (227ml, RM41.42)

Rumusan semula jadi yang berkesan dan tidak berminyak melindungi kulit lembut bayi dan memberikan kelembapan sehingga 24 jam.

Aveeno Baby® Daily Moisture Lotion mengandungi Colloidal Oatmeal yang diadun dengan emolien yang melegakan dan membantu melindungi kulit bayi anda yang halus. Rumusan semula jadi yang berkesan dan tidak berminyak menyerap dengan cepat, melembapkan kulit sehingga 24 jam, tidak mengandungi alkohol yang mengeringkan kulit dan tidak menyebabkan pori-pori tersumbat. Losyen ini dirumuskan dengan formulasi hipoalergenik,  tanpa pewangi dan cukup lembut untuk digunakan setiap hari pada kulit bayi yang sensitif.

Penjagaan Istimewa 

1. Aveeno Baby® Soothing Relief Creamy Wash (236ml, RM49.91) *TANPA PEWANGI*

Membersihkan secara lembut dan melembapkan kulit  selama 24 jam.

Aveeno Baby® Soothing Relief Creamy Wash dirumus khas dengan ACTIVE NATURALS Colloidal Oatmeal dan emolien yang kaya yang membersihkan serta melegakan kulit. Rumusan pelembap ini menjadikan kulit terasa lembap selama 24 jam supaya kulit bayi anda kelihatan dan berasa lebih sihat. Mandian badan ini cukup lembut dan sesuai untuk kulit bayi yang kering dan sensitif, dan ia juga hipoalergenik,  tidak memedihkan mata, tanpa sabun dan tanpa paraben.   

2. Aveeno Baby® Soothing Relief Moisture Cream (141ml, RM41.42) *TANPA PEWANGI*

Terbukti secara klinikal untuk memberikan kelembapan selama 24 jam dan melegakan kulit bayi yang kering dan sensitif.

Aveeno Baby® Soothing Relief Moisturizing Cream mengandungi Triple Oat Complex dan emolien yang kaya untuk melegakan kulit yang kering dan sensitif. Krim ini yang terbukti secara klinikal dapat memberikan kelembapan selama 24 jam dan melegakan kulit yang kering dan sensitif. Rumusan ini cepat menyerap dan lembut untuk bayi dan kanak-kanak dengan kulit yang sensitif. Ia juga formulasi hipoalergenik dan bebas daripada pewangi.

3. Aveeno Baby® Dermexa Moisturizing Wash (236ml, RM65.00) *TANPA PEWANGI*

Melembut dan meredakan kulit amat kering yang merengsa.

Jenama Aveeno® memanfaatkan daripada kuasa mil oat yang meredakan secara semula jadi dalam mandian badan ultra lembut ini untuk membantu penjagaan kulit bayi anda. Rumusan terbaharu ini menggabungkan ekstrak oat yang melegakan dan Colloidal Oatmeal dengan emolien yang kaya untuk melembutkan dan melegakan kulit yang sangat kering dan merengsa, serta membersihkan secara lembut tanpa merosakkan lapisan kulit bayi anda. Rumusan ini tidak mengandungi pewangi, tanpa sabun, tanpa paraben dan tanpa phthalate.

4. Aveeno Baby® Dermexa Moisturizing Cream (141ml, RM60.28) *TANPA PEWANGI*  

Membantu mengurangkan penampilan kulit kemerahan dan kuping, membantu mengembalikan kelembapan kepada lapisan pelindungan kulit.

Dihasilkan bersama pakar dermatologi terkemuka, krim termaju ini telah terbukti secara klinikal dapat melegakan kulit yang sangat kering, gatal dan merengsa. Dirumuskan dengan Triple Oat Complex, krim ini melegakan kulit yang merengsa dan memberikan kelembapan untuk membantu mengukuhkan fungsi lapisan semula jadi kulit serta mencegah keadaan kulit kering daripada berulang. Sesuai untuk kegunaan pada badan dan muka. Krim ini juga tidak mengandungi steroid dan pewangi.


Aveeno® dan Aveeno Baby® kini boleh didapati di farmasi-farmasi utama yang terpilih, seperti AEON Wellness, Caring, Guardian dan Watsons. Untuk maklumat lanjut, ikuti Aveeno® Malaysia melalui Facebook di (https://www.facebook.com/myaveeno).



Read More