Alami Rambut Harum Dan Segar Sepanjang hari Dengan Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster

Tuesday, June 26, 2018

8 comments
Alami Rambut Harum Dan Segar Sepanjang hari Dengan Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster  |  Shampoo Qhaliff dah habis baru-baru ni.. Memandangkan dia seorang yang sangat aktif dan kuat berpeluh, aku memang kena shampoo hari-hari rambut dia kalau tak memang berbau.. Jadi, nak tak nak kena jugak beli shampoo baru buat dia.. Brand yang aku guna untuk anak-anak aku ofkoslah brand Carrie Junior.. Dari dulu sampailah sekarang masih setia.. Hehe.. Untuk kali ni aku nak tukar sikit haruman shampoo anak aku dengan haruman Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster.. Shampoo ni memang sangat sesuai untuk anak-anak yang aktif dan kuat berpeluh.. Sebab tu la aku pilih yang ni supaya anak aku alami rambut harum dan segar sepanjang hari dengan Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster.. Cewahh!! Jom aku cerita..


Pernahkah anda mengalami bau yang kuat dari kulit kepala dan rambut yang berpeluh selepas anak anda bermain di luar atau pulang dari sekolah? Baunya menjadi lebih teruk apabila kulit kepala anak anda berminyak dan berpeluh. Satu-satunya cara untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ini adalah dengan memastikan anak anda mencuci rambutnya selepas waktu sekolah, atau bermain di luar. Mengekalkan kebersihan rambut akan dapat mengurangkan risiko jangkitan kulit kepala selain memastikan mereka berbau segar.


Penting bagi ibu bapa untuk mengetahui bahawa syampu dewasa tidak digalakkan untuk kanak-kanak. Penggunaan syampu dewasa pada kanak-kanak akan menyebabkan masalah kulit kepala dan rambut terutama bagi kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun. Disebabkan kulit kepala dan rambut kanak-kanak yang halus amat sensitif, maka cara yang terbaik adalah menggunakan syampu yang dirumus khas agar rambut dan kulit kepala yang sihat dapat dikekalkan.


Memahami keperluan kanak-kanak terhadap produk yang lembut dan selesa pada kulit, CARRIE JUNIOR memperkenalkan CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER, syampu yang selamat digunakan setiap hari dan memberikan haruman pada rambut sepanjang hari. Ia merupakan syampu baharu yang dirumus khas bagi menghilangkan bau yang tidak menyenangkan secara berkesan, tanpa mendatangkan kesan buruk pada rambut dan kulit kepala. Dengan aroma buah-buahan yang berkekalan selama 24 jam, si manja pasti kekal segar dan berbau wangi walaupun setelah seharian bermain dan berseronok di luar kediaman. Diperkaya dengan minyak zaitun, produk ini dapat menyuburkan dan melembutkan rambut agar mudah diurus dan disikat.



CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER hadir dalam aroma Perky Peach Fruity Burst yang menyenangkan serta mempunyai pH seimbang, lembut dan tidak menghakis untuk kegunaan seharian.

CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER boleh didapati dalam dua saiz, iaitu pek 280g yang dijual pada harga RM10.10* di Semenanjung Malaysia dan RM 10.60* di Sabah & Sarawak. Manakala CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER bersaiz 700g dijual pada harga RM20.70* di Semenanjung Malaysia dan RM 21.70* di Sabah & Sarawak. (*Harga tertakluk kepada perubahan berdasarkan cukai yang akan diumumkan oleh Kerajaan)

Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi utama seluruh negara.

Saya pun nak Carrie Junior juga!!

Kini, ibu bapa boleh memeluk anak-anak selepas bermain walaupun berpeluh namun masih kekal segar dan berbau aroma buah buahan sepanjang hari!


Tentang CARRIE JUNIOR


CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyuburkan, melembapkan dan melindungi rambut dan kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berbau segar dan bersih sepanjang hari.  Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.

Diiktiraf HALAL, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga hadir bersama bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.


Read More

Yeyy! Hadiah Peribadi Design Sendiri dari Printcious Dah Sampai!!

Monday, June 25, 2018

10 comments
Yeyy! Hadiah Peribadi Design Sendiri dari Printcious Dah Sampai!!  |  Hari tu aku ada bercerita tentang Pelbagai Idea Hadiah Hari Jadi Yang Menarik Di Printcious kan.. Aku bukan setakat bercerita aje hari tu, sebenarnya aku dah create sesuatu untuk aku sendiri sempena Hari Jadi aku bulan ni.. Tak salahkan hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sempena bulan kelahiran kan.. Hehe.. Sebenarnya dah beberapa kali juga aku menggunakan perkhidmatan Printcious ni untuk create hadiah DIY aku.. Biasanya aku create hadiah untuk orang lain.. Tapi kali ni aku DIY untuk diri sendiri pula.. Hehe.. Nak tahu apa aku tempah? Jom tengok..


Ok, sempena hari jadi aku yang ke tetttttttttttttttttttt (hahaha!!) aku tempah 3 item hadiah untuk diri sendiri.. Sehelai T-shirt berwarna hijau, Mini Tee dan Coaster... Kenapa aku pilih 3 item ini? Haa sebabnya sebelum ni aku dah pernah tempah Cushion, Canvas, Button Budges, Mug dan juga T-Shirt.. Jadi, kali ni aku pilih item lain pula supaya aku dapat tengok hasil dan kualiti setiap item yang ada di Printcious.. Eh, kenapa tempah T-Shirt lagi? Hehe, sebab aku suka kualiti T-Shirtnya terutama dari material Cotton.. Serius best!!


Firtime aku tempah T-shirt adalah dari material Graphic Tee.. Hurmm aku kurang suka sangat material dari jenis ni sebab kainnya tak berapa best bagi aku.. Kali kedua aku tempah T-Shirt dari material Cotton berwarna merah dan kali ni aku tempah lagi sehelai T-Shirt ofkos dari material Cotton juga sebab aku dah jatuh cinta dengan kualiti T-Shirt dari Printcious ni.. Bukan kualiti T-Shirt sahaja yang best tetapi kualiti printing dari Printcious juga superb bagus, cantik dan kemas..

Ok, design kali ni aku tak berhempas pulas sangat sebab aku pilih design yang sedia ada cuma aku edit dengan tambahan nama aku sendiri 'Lea...'. Gile positif ayat kat baju ni "Lea... Never Ever Give Up!".. Hehe.. Memotivasikan diri sendiri dengan ayat positif apa salahnya kan.. Tambahan pula ni hadiah untuk aku sendiri sempena hari jadi aku.. Jadi, kena ada kata semangat untuk teruskan kehidupan aku yang penuh dengan liku ni.. Cewahhh!! Haha..


Orite, ni item ke dua aku tempah iaitu Mini Tee.. Bila dah tertera "Baby On Board" tu, seharusnya ini sangat diperlukan untuk kereta aku.. Jadinya, Mini Tee ini akan tergantung di cermin belakang kereta aku nanti.. Ahakz.. Gambar Baby tu aku kipnap dekat google dan aku tambah sikit kat bawah tu nama anak-anak aku.. Ini menandakan anak-anak aku berada dalam kereta semasa kereta membelah jalan raya.. Perghhh ayat!! Menangis sape baca.. Haha!!


Ini pula Coaster.. Saje je aku tempah ni untuk kegunaan aku di pejabat.. Yelah, kengkadang aku minum air yang berais, habis meja bersepah dengan lelehan air.. Bila ada Coaster ni, tak de la meja aku comot lagik kan.. Nampaklah kemas sikit.. URL blog aku pada Coaster ni tak nampak sangat sebab aku sengaja pilih warna grey untuk tulisan tu.. So, nampak tak nampak jerk la.. Misteri sikit kan.. Haha!!

Oklah, tak nak cakap banyak lagi.. Jom aku kongsikan pengalaman aku bershopping secara online di Printcious sambil create sendiri hadiah yang aku tempah.. Aku akan tunjukkan step by step bagaimana cara untuk bershopping dan create hadiah di Printcious.com.. Manalah tahu, korang nak cari hadiah untuk seseorang kan.. Bolehlah ikut step yang aku tunjukkan di bawah ni nanti.. Mudah aje, tak susah pun.. Jom aku tunjukkan bagaimana aku design sendiri hadiah hari jadi aku..

Cara Untuk Bershopping Dan Create Sendiri Hadiah Di Printcious

Step 1
Terjah laman web Printcious di https://www.printcious.com/


Step 2
Bagi pelanggan baru, korang perlu register dulu.. Korang boleh klik "Create Account" atau terus "Login via Facebook".

Bagi yang dah ada akaun, boleh terus Login sahaja dengan memasukkan Email & Password seperti biasa.. Hehe..


Step 3
Dah login, bolehlah pilih hadiah apa yang kita suka.. 
Aku pilih T-Shirt..


Step 4
Ada 3 jenis T-Shirt iaitu Cotton, Graphic Tee dan Graphic Tee (Kid).. 
Aku setia dengan T-Shirt Cotton..


Step 5
Jenis T-Shirt dah pilih, sekarang korang perlu pilih pula sama ada nak design sendiri sepenuhnya atau menggunakan design yang dah ada dan edit mana patut sahaja.. Cam aku buat tu.. Haha!!


Step 6
Ini design yang aku pilih.. "Never Ever Give Up!"..


Step 7
Ok, aku nak edit sikit..
Kalau nak edit, korang hanya perlu guna tools sebelah kiri tu... Boleh tambah perkataan, tukar tulisan, saiz tulisan dan sebagainya..


Step 8
Orite, aku cuma tambah perkataan "Lea..." sahaja sebab aku malas nak peningkan kepala.. Hehe.. Dasar pemalas kan.. Haha!!

Oh ya, jangan lupa pilih warna ye.. Warna pilihan aku adalah Hijau Epal.. Hiks..


Step 9
Orite, sebelum korang "Add to Cart", jangan lupa pilih saiz yang sesuai dengan badan korang.. Pastikan juga korang berpuashati dengan design yang dah korang create dan juga warna yang korang pilih.. 

Bila dah berpuashati, bolehlah klik "Add to Cart"..


Step 10
Bila semua item dah terkumpul dalam 'Cart', jumlah yang perlu dibayar juga akan terkumpul di 'Order Summary' di sebelah kanan tu.. Hehe.. Kebiasaannya di Printcious akan ada promosi dengan menawarkan diskaun kepada pelanggannya dan ada kalanya mereka akan menyediakan kod diskaun untuk pelanggan guna sempena hari perayaan tertentu.. Itu yang seronoknya shopping di Printcious ni..

Time aku beli ni, ada diskaun sebanyak 30% dan Free Shipping sekiranya bershopping lebih dari RM50.. Gile best wehh!!

Ok, kalau ada kod diskaun, korang boleh masukkan di bahagian "Voucher Code' tu ye.. Lepas tu, dah boleh klik "Checkout" untuk urusan pembayaran.


Step 11
Di bahagian "Shipping Address" tu korang wajib isi alamat korang untuk tujuan penghantaran.. Pastikan alamat yang diisi tu betul ye supaya tidak timbul sebarang masalah nanti..

Kemudian, boleh terus klik "Next"..


Step 12
Sampailah ke bahagian "Payment Method"..
Untuk pembayaran, korang boleh pilih cara pembayaran yang korang rasa mudah bagi korang..
Aku lebih prefer untuk guna kaedah pembayaran melalui M2U sahaja..

Dah pilih kaedah pembayaran, boleh klik "Next"..


Step 13
Sekali lagi, order korang akan di review untuk buat last confirmation..
Sekiranya semuanya betul, korang boleh klik "Comfirm Order"..


Step 14
Tibalah ke step yang terakhir.. Korang boleh klik "Pay Online" untuk membuat pembayaran dan ikut step pembayaran seperti biasa..

Dah berjaya buat pembayaran, korang akan dapat email pengesahan order korang dari Printcious.. 


Mudahkan? 14 step aje.. Saje je aku panjangkan stepnya supaya ianya lebih jelas dan mudah untuk korang ikut nanti.. Hehe.. Bagi aku sendiri, pengalaman membeli belah di Printcious sangat menyeronokkan kerana bukan sahaja cara pembeliannya yang sangat mudah dan friendly tetapi produk serta perkhidmatan printing yang ditawarkannya sangat berkualiti.. Aku tak pernah serik untuk bershopping di Printcious.. Aku yakin, korang juga akan menyukainya..

Bagi korang yang tak punya masa untuk mencari hadiah di luar, bolehlah membelinya secara online dari Printcious.com.. Korang pasti merasai pengalaman membeli belah yang menyeronokkan disamping boleh mendesign sendiri hadiah korang.. Bak kata orang, 'Hadiah dari hati'.. Ia pasti lebih bermakna dan akan dihargai lebih daripada biasa oleh si penerima.. Bersesuaianlah dengan slogan yang dibawa oleh Printcious sendiri iaitu Printcious.com - Precious Gifts From Your Heart...

Oklah, kalau korang nak beli hadiah hari jadi, pastikan korang beli dengan Printcious ye.. Rugi kalau tak guna perkhidmatan mereka.. Servis memang terbaik dan barang berkualiti dan paling best korang boleh pilih banyak Birthday Gift Idea kat sana... Ingat hadiah hari jadi, ingatlah Printcious.. 

If you are looking for mug printing suppliercolour mug or button badges, don’t forget to contact them. Or if you have any upcoming birthday party and would like to impress your guest, photo booth rental is your best entertainment.




Untuk maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram




Read More

5 Syawal (19 Jun 2018) Dia Pergi Jua Mengadap Sang Pencipta

Sunday, June 24, 2018

16 comments
5 Syawal (19 Jun 2018) Dia Pergi Jua Mengadap Sang Pencipta |  Bulan Jun adalah bulan yang selalu aku tunggu-tunggu setiap tahun kerana bulan Jun adalah bulan kelahiran aku dimana menjadi penanda bagi usia aku yang semakin meningkat setiap tahun.. Pada Tahun ini juga, umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri pada bulan Jun iaitu 15 Jun 2018.. Sedang kami semua bergembira menyambut hari raya, Syawal yang ke-5 kami dikejutkan dengan pemergian seorang insan yang kami sayangi perginya mengadap Sang Pencipta.. 19 Jun 2018 (Selasa) adalah hari yang tak mungkin kami sekeluarga lupakan..


Di usia 43 tahun, dia telah kembali kepada Penciptanya.. Dari DIA kita datang kepada DIA jugalah kita akan kembali.. 5 hari telah berlalu tetapi aku masih lagi belum mampu untuk move on sepenuhnya.. Ada masa aku teringat akan kenangan lalu bersamanya, pasti mengalir air mata.. Kadang kala teringat betapa seksa kehidupannya di dunia, menempuhi liku-liku kehidupan yang tak mampu untuk aku bayangkan, pasti mengalir air mata ini.. Pergilah wahai abang.. Tenanglah disana.. Aku akan sentiasa doakan dirimu mendapat kebahagiaan yang tak pernah dirimu dapat di dunia ini..

Dia mengidap penyakit Lelah.. Lelah yang dihidapinya sudah ditahap yang kronik.. Dia pernah melalui saat-saat getir dimana jantungnya terhenti seketika yang boleh menyebabkan nyawanya terputus dari badan.. Tetapi kekuasaan Yang Maha Esa itu melebihi segalanya, bila jantungnya kembali berfungsi.. Allahuakbar.. Alhamdulillah..

Dia juga pernah menghuni bilik ICU di HTAA beberapa kali dek kerana gagal bernafas dengan baik akibat dari penyakit lelahnya.. Itulah rumah keduanya semasa di dunia.. Berulang alik antara rumah dan hospital.. Lebih menyedihkan dan aku tak dapat maafkan diri aku sendiri, dia hidup sendiri semasa di dunia.. Aku tak mampu untuk membela nasibnya.. Aku tak mampu untuk membantu dia semasa di dunia dek kerana keadaan yang tak mengizinkan.. Tak perlulah rasanya aku bercerita disini sebab-sebabnya.. Cukuplah kami sekeluarga tahu keadaannya.. Yang aku mampu, setiap kali solat pasti aku panjatkan doa buatnya agar dirinya dilindungi dan dirahmati oleh ALLAH dan dapat keluar dari kesengsaraan yang dia alami..

Namun, tuhan lebih menyayanginya.. Dia pergi jua.. Pergi kembali kepada Sang Pencipta pada 5 syawal yang lalu.. Alhamdulillah dia pergi dalam keadaan yang baik dan terlalu mudah.. Wajahnya tenang setenang air yang mengalir dan seolah-olah dia sedang tidur.. Wajahnya seolah-olah menggambarkan segala beban dan seksa yang ditanggung selama ini telah terlepas semuanya.. Sangat tenang.. Subhanallah..

Ku titipkan doa ini buatmu wahai abang di setiap solat ku.. Insyaallah..

Ya Allah..
Ampunilah segala dosa-dosa abangku Muhammad Azli bin Embong sama ada dosa besar atau kecil yang pernah dilakukannya dalam keadaan sengaja atau tidak sengaja.. Kasihanilah dia, lindungilah dia, rahmatilah dia dan maafkanlah dia Ya Allah.

Ya Allah..
Muliakanlah keadaannya dan tempat kembalinya, lapangkanlah dan terangilah kuburnya.. Mandikanlah dia dengan air, salju dan air yang dingin.. Bersihkanlah dia dari segala kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian putih dari segala kekotorannya.

Ya Allah..
Gantikanlah kepadanya rumah yang lebih baik daripada rumahnya di dunia, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya di dunia dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya di dunia ketika disana kelak.. Masukkanlah dia ke dalam syurgaMU Ya Allah dan peliharalah dia dari seksa kubur dan azab api neraka.

Amiin YRA..




Read More

Comeback Giveaway by Byzura Halifah

Thursday, June 14, 2018

10 comments
Comeback Giveaway by Byzura Halifah  |  Gile semangat hari ni join giveaway.. Inilah penangannya orang yang dah lama tak join giveaway atau segmen.. Lagi pun sementara ada masa  dan tengah rajin ni boleh la pulun join.. Jadinya, kali ni aku nak join giveaway anjuran Blogger Byzura Halifah ni. Hadiah menarik menanti pemenang tau.. Rugi tak join..

Klik banner kalau nak join ye!

Antara hadiah untuk dimenangi :-


~ Shawl / Bawal (You can choose either shawl or bawal and the color)  
~ Butang Baju Melayu  
~ Cash RM10.00 
~ Prepaid Reload RM5.00 (Any telco)

Menarikkan hadiahnya.. Jadi, jom join beramai-ramai meriahkan lagi giveaway kawan kita ni.. Ada rezeki, boleh sarung shawl cantik di kepala nanti.. Hehe.. 

Aku nak tag siapa ye? Hurrmmm..

Tarikh Akhir
07 Julai 2018


Read More

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

4 comments
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin  |  14 Jun 2018, hari terakhir Ramadhan bagi tahun ini.. Sayunya hati nak  melepaskan Ramadhan kali ini.. Adakah masih bertemu Ramadhan seterusnya? Moga kita semua masih diberi kesempatan olehNYA untuk terus menikmati Ramadhan ditahun-tahun akan datang.. Insyaallah.. 


Sekejap je masa berlalu.. Pejam celik pejam celik dah sampai ke penghujung Ramadhan.. Ini bermakna dah sebulan kita berpuasa.. Rasa macam baru semalam berpuasa.. Semakin hari semakin cepat masa berlalu.. Ini bermakna, kita semakin hampir dengan 'hari perhimpunan'.. Moga persiapan untuk kesana nanti dapat kita persiapkan dengan sempurna.. Allahuakbar..

Oklah, dah habis puasa kita beraya pula.. Hehe.. Dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada seluruh umat Islam di dunia yang menyambutnya.. Aku juga ingin hulurkan 10 jari ini memohon maaf kepada semua yang mengenali seorang Lea Azleeya andai kata diri ini ada terbuat salah dan silap, terkasar bahasa dan 'terrrrbawang besar dan kecik' sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja.. Diharapkan korang semua sudi memaafkan diriku yang kerdil ini.. cewahh.. Hehe.. 

Kita manusia tak lepas dari berbuat salah.. Begitu jugalah aku... Untuk korang semua, aku dah maafkan korang diatas setiap kesalahan yang korang buat pada aku.. Insyaallah.. Tu pun kalau ada la korang buat salah ngan aku.. Haha.. Kalau tak de alhamdulillah tapi aku tetap nak hulurkan kemaafkan buat semua.. 

Dah habis sesi bermaafan.. Eh, korang balik raya kat mana tahun ni? Aku di kuantan ni jugak.. Inilah kampung halaman aku.. Hehe.. Mungkin ada yang dah berada dikampung sekarang ni kan.. Ada jugak yang baru nak bertolak pulang ke kampung.. Tak kurang juga yang masih bekerja disaat-saat akhir ni.. Macam aku ni, masih bekerja untuk hari terkahir sebelum beraya... Almaklumlah kampung dekat jerk.. 

Walau kemana sahaja destinasi korang nanti untuk pulang ke kampung, aku titipkan pesanan berhati-hati dijalan raya dan doa aku untuk korang yang pulang beraya, moga perjalanan korang dilindungi dan selamat sampai ke destinasi yang dituju.. Amiin YRA..

Sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua.. 

Read More

Segmen Special Bloglist 7 Juta by sayidahnapisahdotcom

8 comments
Segmen Special Bloglist 7 Juta by sayidahnapisahdotcom  |  Lama gile dah rasanya tak join segmen bloglist ni.. Kali ni terpanggil untuk join segmen bloglist anjuran Blogger Sayidah Napisah ni atau lebih dikenali dengan panggilan manjanya 'Kak Cik'... Sebenarnya aku ni malas sikit nak join segmen atau giveaway yang syaratnya agak cerewet sebab masa tu adalah emas bagi aku.. Haha!! Nasiblah segmen kak cik ni tak cerewet dia punya syarat.. Jadi, teruja jugaklah nak join.. Mana tau terpilih nantikan, boleh tumpang 'glamor' kat blog kak cik ni.. Hehe..

Segmen Special Bloglist 7 Juta by sayidahnapisahdotcom

Tentang Blog SayidahNapisahDotCom

Kalau aku ada masa untuk blogwalking, memang blog kak cik ni salah satu blog yang aku akan kunjungi sebab kat situ banyak info yang aku dapat.. Apa yang aku suka tentang  blog Kak Cik ni, blognya tak berat.. Tak de la aku menunggu lama untuk loading masuk ke blognya.. Klik aje terus masuk.. Ini adalah salah satu ciri-ciri blog yang baik.. Bila blog ringan, barulah pengunjung senang hati nak berkunjung.. Satu lagi, tiada gangguan iklan time nak blogwalking dari satu page ke satu page.. Hehe..

Apa yang aku tak suka, rasanya tiada kot.. Semuanya ok-ok aje.. Template pun ok.. Tulisan pun ok kot.. Selagi aku boleh baca tu, kira oklah kan.. Kalau dah tak boleh baca, tu baru tak ok.. Haha... Pendek kata, blog kak cik ni oklah bagi aku.. Pada orang lain, aku tak pasti la.. Kehkehkeh..

Orite, kalau korang nak join segmen bloglist ni, bolehlah klik banner kat atas nun ye.. Selain pemilihan bloglist, kak cik juga akan memilih 3 orang pemenang untuk memenangi cash RM10... Jom join ramai-ramai yek.. 


Tarikh Akhir
05 Julai 2018


Read More

Drama Nur Di TV3 Sarat Dengan Pengajaran

Sunday, June 10, 2018

13 comments
Drama Nur Di TV3 Sarat Dengan Pengajaran  |  Sejak dua menjak ni ramai yang dok bersembang di laman sosial tentang Drama Nur yang sedang ditayangkan di TV3 sekarang ni.. Paling latest, isu sup bunjut yang dikaitkan dengan sihir.. Hehe.. Tergelak aku baca.. Tetapi dari situ jugaklah yang membuatkan aku terjebak sama untuk menonton Drama Nur ini.. Nak tonton terus di TV3 memang tak dapat la sebab di Qhaliff dah konker tv.. Jadi, aku tontonlah thru smartphone aku.. Lagi pun dah banyak episod terlepas.. Sekarang aku baru sampai ke episod 6.. Huhu..

Drama Nur Di TV3 Sarat Dengan Pengajaran

Sebenarnya Drama Nur lakonan Shafiq Kyle dan Amyra Rosli ni dah lama ditayangkan sejak 14 Mei lagi.. Aku jerk yang tertinggal train.. hehe.. Drama ini bersiaran sebanyak 19 episod di Slot Samarinda ofkos di TV3... Antara pelakon yang menjayakan drama ini seperti :-
  • Syafiq Kyle
  • Amyra Rosli
  • Riena Diana
  • Datuk Jalaluddin Hassa
  • Fatimah Abu Bakar
  • Nurkhiriah
  • Azhan Rani
  • Raja Atiq
  • Zaidi Omar
  • Laila Nasir
  • Elmy Moin
  • Kuna Muzani


Sinopsis Drama Nur 


Adam, seorang ustaz muda yang terkenal kerana ilmu, rupa paras dan anak lelaki tunggal kepada penceramah selebriti, Datuk Ayah Haji Mohsen. Banyak tawaran pekerjaan Adam terima sekembalinya ke Malaysia.   

Adam bakal ditunangkan dengan Qhadeeja, seorang doktor muda, juga anak kepada seorang usahawan terkenal yang cukup rapat dengan Datuk Ayah Haji Mohsen. Adam sering mendapat soalan daripada pengirim misteri ketika memberi kuliah di masjid.   

Rupanya soalan itu datang daripada Nur, seorang pelacur yang mempunyai minat untuk mendalami agama Islam. Lama-kelamaan, mereka jatuh cinta kerana agama dan Allah SWT.   

Namun hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga dan masyarakat. Apakah Nur mempunyai sinar harapan untuk hidup bersama Adam?


Starting drama ni pun aku dah suka dengan jalan ceritanya.. Drama yang sarat dengan pengajaran.. Drama yang berunsurkan islamik dan bukan cerita cinta cinton yang melerek-lerek dan mengada-ngada... Banyak sangat pengajaran yang boleh diambil dari Drama Nur ini.. Kalau korang belum tengok lagi, bolehlah maraton tengok dari episod pertama hingga episod yang sedang ditayangkan sekarang ni.. Dah tak lama nak habis ni.. Tinggal 3 episod jerk lagi..

Kalau nak tengok, bolehlah klik link kat bawah ni.. Tempat aku lepak tengok Drama Nur.. Hehe..



Kredit : Kepala Bergetar

Read More

Foaming Hand Wash Dan Hand Sanitizer Dari Chomel Baby Pembersih Semulajadi Terbaik Untuk Bayi

Friday, June 8, 2018

8 comments
Foaming Hand Wash Dan Hand Sanitizer Dari Chomel Baby Pembersih Semulajadi Terbaik Untuk Bayi  |  Kalau dulu aku sentiasa berkepit dengan wipes tissue kalau keluar berjalan.. Sekarang kalau nak keluar, aku kena pastikan Hand Sanitizer juga ada bersama di dalam handbag aku.. Aku sangat pentingkan kebersihan anak-anak.. Yelah risau jugak kan sebab sekarang ni pelbagai virus dan penyakit dok ada.. Sebelum apa-apa terjadi, baik aku mengambil langkah awal dengan menjaga kebersihan mereka.. Bukan setakat hand sanitizer sahaja aku guna untuk anak-anak aku tetapi foaming hand wash pun mesti ada dirumah.. Jenama apa aku guna? Haaa ni nak cerita ni kat korang.. Aku guna Foaming Hand Wash dan Hand Sanitizer dari Chomel Baby pembersih semulajadi terbaik untuk bayi..

Foaming Hand Wash Dan Hand Sanitizer Dari Chomel Baby Pembersih Semulajadi Terbaik Untuk Bayi
Foaming Hand Wash Dan Hand Sanitizer Dari Chomel Baby Pembersih Semulajadi Terbaik Untuk Bayi

Eceli, ini kali pertama aku guna brand Chomel ni.. Itupun selepas aku tengok ramai kawan-kawan aku dok guna brand ni dan kata mereka produk dari jenama ini sangatlah bagus sebab produknya dirumus secara semulajadi, selamat, berkesan dan mesra alam sangat sesuai untuk si manja dan seisi keluarga juga.. Paling penting produk Chomel ni bebas dari bahan kimia berbahaya.. Bukan itu sahaja, produk dari Chomel Baby ini juga tidak menyebabkan reaksi alahan, hypoalergenik dan sedia dilupus dengan selamat dalam 28 hari... Yang pastinya produk ini telah disahkan HALAL oleh JAKIM MALAYSIA.. So, boleh digunakan tanpa was-was atau ragu-ragu.. Hehe..

Chomel Foaming Hand Wash


Foaming Hand Wash ini merupakan pencuci tangan antibakteria yang berasaskan tumbuhan dan sangat lembut pada kulit.. Formula berbuihnya sangat mudah mencuci kotoran yang melekat pada tangan.. Paling best ianya tidak melekit.. Ia juga tiada toksik dan ofkos selamat digunakan oleh si manja dan juga seisi keluarga..


Aku suka sangat dengan bau Foaming Hand Wash dari Chomel Baby ni.. Wangiii weh!! Lepas guna rasa nak guna lagi.. Hehe.. Satu lagi aku suka, lepas guna tangan rasa lembut aje dan tak kering... Cara gunanya pun mudah aje, tekan pam pencuci dan akan keluar buih lembut.. Lepas tu bolehlah cuci tangan sebersih-bersihnya dan bilas dengan air bersih.. 



Nampak tu buih lembut atas tapak tangan aku.. Nampak macam biasa-biasa je kan, tapi bila dah guna, tangan gerenti bersih dan selesa.. Anak pun seronok nak cuci tangan.. Bau harum melekat kat tangan.. Best gile!! Harga pun murah aje.. Foaming Hand Wash (250ml) hanya berharga RM15.90 sahaja.. Orite, bagi korang yang pentingkan ekstra penjagaan kebersihan tangan macam aku ni dan risau akan penyakit berjangkit yang berpunca dari sentuhan tangan, korang boleh guna Hand Sanitizer pula.. Aku pun guna tau.. Meh aku cerita..

Chomel Hand Sanitizer


Hand Sanitizer ini merupakan formula cepat kering yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti glycerin dan vitamin E yang dapat membantu melembapkan kulit tanpa meninggalkan kesan melekit... Ia juga mampu membunuh 99.9% kuman dengan berkesan dan selamat digunakan seisi keluarga kerana ianya berasakan tumbuh-tumbuhan.. 


Memandangkan botolnya yang agak comel setanding dengan nama brandnya Chomel, Hand Sanitizer ni sangat mudah dibawa kemana-mana sahaja.. Serius tak berat, boleh letak dalam handbag untuk kegunaan bila perlu.. Hand Zanitizer ni pun berbau wangi tau dan tidak bahaya jika anak korang masukkan jari mereka kedalam mulut sebabnya produk ini bebas bahan kimia, tidak beracun dan selamat digunakan oleh kanak-kanak...


Cara gunanya semudah ABC.. Titikkan terus ke tapak tangan dan gosokkan kedua belah tapak tangan bersama sehingga serap dan kering.. Anak aku ingat Hand Sanitizer ni minyak urut tau.. Kemain lagik dia nak sapu dekat kaki dia.. Haha.. Ok, untuk harganya pula juga tidak mahal.. Murah aje.. Hand Sanitizer (55ml) ini berharga RM7.90 sahaja sebotol.. Nampak botol kecil tapi boleh guna lama juga tau.. Atas penggunaan masing-masing. Hiks..

Ok, kalau korang nak tahu, Chomel bukan sahaja mengeluarkan Foaming Hand Wash dan Hand Sanitizer sahaja tetapi ada beberapa produk lain turut dikeluarkan seperti :-
  • Breast Pump & Bottle Cleanser
  • Baby Fabric Softener
  • Baby Laundry Detergent
  • Travel & Surface Cleanser
  • Travel & Hinghchair Cleanser
  • Toy & Surface Cleanser
Serius, lepas guna kedua-dua produk dari Chomel Baby ni aku dah mula jatuh cinta dengan produk mereka.. Aku sangat yakin yang produk Chomel Baby ni mampu melindungi keluarga aku daripada kuman dan bakteria.. Paling penting produk mereka semulajadi, selamat, berkesan dan mesra alam.. Hehe.. Ok, untuk dapatkan kesemua produk Chomel Baby ini, korang boleh terus terjah laman web mereka..


Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, boleh layari :-

Website

Facebook

Instagram


Read More

DETTOL | Kekal Dilindungi Ketika Berkongsi Kemeriahan Hari Raya

Thursday, June 7, 2018

7 comments
DETTOL | Kekal Dilindungi Ketika Berkongsi Kemeriahan Hari Raya  |   Kalau bercakap soal penjagaan diri bebas dari bakteria, automatik ingat Dettol.. Bagi aku, setakat hari ini rasanya tiada lagi produk yang betul-betul boleh meyakinkan aku untuk menghapuskan bakteria selain Dettol.. Dettol adalah jenama besar yang tidak asing lagi di Malaysia malah di negara-negara lain juga yang mampu membuatkan kehidupan seharian kita terhindar dari kuman dan bakteria.. Kalau diawal kemunculannya dulu, pasti korang tak suka akan baunya yang seakan-akan bau ubat tu kan.. Sekarang tidak lagi, Dettol dikeluarkan dalam pelbagai variasi bau yang menarik dan harum.. 


Sempena musim perayaan yang akan tiba nanti, Dettol Malaysia berhasrat mendidik dan melindungi 1,000,000 warga Malaysia di jalan raya sepanjang musim perayaan ini... Hari Raya adalah musim perayaan yang amat dinanti-nantikan bagi bertemu sanak saudara serta orang tersayang selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Ketika seluruh rakyat Malaysia bersalam-salaman dan menikmati juadah sambil bertanya khabar, Dettol Malaysia ingin membantu dan melindungi mereka untuk menikmati suasana ini.   


Umpama seorang ibu yang mahu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada anak-anak mereka, jenama ini komited untuk menjaga kebersihan keluarga sepanjang musim perayaan agar mereka boleh berkongsi kasih sayang tanpa sebarang kerisauan.

Ketika kebanyakan warga Malaysia menggunakan lebuh raya utama untuk pulang beraya, Dettol akan menjalankan kempen kesedaran kebersihan tangan di 20 buah kawasan Rehat & Rawat (R&R) di seluruh Semenanjung Malaysia.

Sebuah keluarga sedang membasuh tangan di kawasan Rehat & Rawat dengan mengikuti 7 langkah kebersihan tangan sambil dibantu oleh Ena Abas (kiri), Pengurus Jenama Dettol Malaysia & Singapura

Apabila pengguna berhenti di kawasan R&R ini untuk ke bilik air, mereka akan dibimbing untuk membersihkan tangan secara berkesan dengan tujuh langkah mudah. Cecair Pencuci Tangan Dettol juga akan disediakan di singki supaya pengguna boleh mempraktikkan cara yang betul untuk mencuci tangan mereka.

Wakil-wakil Dettol juga akan berada di kawasan R&R pada tarikh tertentu untuk memberi sampel produk dan mendidik pengguna tentang kepentingan amalan kebersihan yang baik di rumah. Sampel yang ringan dan dibungkus secara mudah ini boleh dibawa oleh pengguna di dalam bagasi mereka. Pengguna juga boleh memanfaatkan sampel ini sewaktu berada di kampung untuk melindungi mereka dan keluarga daripada kuman.

Seorang ibu menolong anaknya mencuci tangan dengan menggunakan Cecair Pencuci Tangan Dettol di dalam tandas di kawasan Rehat dan Rawat

Hari Raya adalah hari untuk bertemu dan berkumpul dengan sanak saudara dan sahabat handai. Itulah sebabnya penting untuk Dettol melindungi rakyat Malaysia daripada kuman supaya mereka boleh menikmati sepenuhnya pertemuan mereka,” kata Kim Minyoung, Pengarah Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura.

Menurut Kim, bagi memenuhi hasrat ini, Dettol melancarkan kempen ini untuk mengingatkan warga Malaysia supaya menjaga kebersihan dan kesihatan mereka walaupun sewaktu menikmati kemeriahan perayaan.

Sebagai jenama perlindungan kuman No.1 di negara ini*, Dettol sentiasa mendidik warga Malaysia tentang amalan kebersihan tangan bagi melawan kuman yang wujud dalam persekitaran kita setiap hari. Kami turut bekerjasama dengan para ibu untuk menyokong mereka dalam menyediakan perlindungan yang sepenuhnya kepada keluarga di mana sahaja mereka berada,” tambah beliau.

Mengekalkan tabiat kebersihan yang baik penting untuk memerangi kuman yang terdedah pada persekitaran kita setiap hari

Ena Abas, Pengurus Jenama Dettol Malaysia dan Singapura, berkongsi pengalaman peribadi beliau dan menekankan bahawa mengekalkan tangan yang bersih membantu menjauhi kuman.  

Pulang ke kampung untuk beraya perlu melalui perjalanan yang jauh dan orang ramai selalunya akan berhenti sebentar di kawasan R&R. Saya tahu bahawa sesebuah keluarga mungkin perlu melalui perjalanan sejauh 6 hingga 12 jam menaiki kereta jika hendak ke kampung mereka di Pantai Timur dari Kuala Lumpur. Meluangkan masa beberapa minit untuk membasuh tangan dapat melindungi pengguna serta keluarga daripada kuman. Dettol berharap untuk membawa mesej ini kepada seberapa ramai warga Malaysia dalam usaha kami untuk menggalakkan mereka mengamalkan tabiat kebersihan yang baik bagi menikmati Hari Raya dan berkongsi saat kegembiraan tanpa sebarang kerisauan.”  

Bagi yang meraikan Hari Raya dan mungkin akan berhenti di kawasan R&R dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing, kempen ini akan mendidik mereka tentang langkah penting dalam kebersihan seperti membasuh dan mengekalkan kebersihan tangan ke mana sahaja mereka pergi. Dalam erti kata lain, lebih ramai warga Malaysia yang mendapat perlindungan daripada kuman,” jelas Ena.

Ena Abas, Pengurus Jenama Dettol Malaysia dan Singapura (kiri) bersama dengan kanak-kanak yang menunjukkan tangan mereka yang bersih selepas mencucinya dengan menggunakan Cecair Pencuci Tangan Dettol

Kami berharap orang ramai sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan dilindungi sepanjang musim perayaan ini supaya Hari Raya boleh disambut dengan meriah bersama keluarga dan sahabat handai. Dettol Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakyat Malaysia yang menyambutnya dan selamat pulang ke kampung masing-masing!” kata Kim.

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Dettol Malaysia akan turut memberi sumbangan kepada para pengguna serta mereka yang memerlukan. Slogan kempen adalah “Kekal Dilindungi, Kebaikan Dikongsi”, dan para pembeli boleh melakukan kedua-duanya dengan hanya membeli produk Dettol bernilai RM25 dalam satu resit. Bukan sahaja setiap pembelian menerima baucar ganjaran bernilai RM5, malah sebahagian daripada jualan akan disumbangkan kepada pertubuhan kebajikan terpilih.

Antara produk Dettol yang menarik dan mesti ada supaya kekal dilindungi ketika berkongsi kemeriahan hari raya, antaranya ialah :-

Dettol Original Hand Wash
Dettol Foaming Hand Wash

Dettol Wet Wipes

Dettol Lasting Fresh Body Wash

Dettol Cool Body Wash

Promosi ini berlangsung mulai 1 Mei 2018 hingga 30 Jun 2018. Jadi, jangan lupa dapatkan segera produk Dettol untuk keluarga korang agar mereka terlindung dari kuman dan bakteria.. Dimana nak dapatkan? Haaa pergilah terjah  pasaraya yang berhampiran dengan korang.. Dettol mampu membantu anda dan mengubah cara hidup yang lebih sihat dan bersih.


Untuk maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Youtube


Read More