Amalkan Multi Grains With Black Fungus Untuk Gaya Hidup Lebih sihat

Monday, April 9, 2018

9 comments
Amalkan Multi Grains With Black Fungus Untuk Gaya Hidup Lebih sihat | Kalau difikirkan tentang umur sekarang ni yang semakin meningkat dari tahun ke tahun, jadi risau jugak.. Mana tak risau, pemakanan pun tak jaga.. Main makan aje apa saja.. Belum sampai masa, dah sakit sana sakit sini, lenguh sana lenguh sini.. Bila dah mula rasa semua tu, barulah timbul kesedaran untuk jaga diet pemakanan.. Kalau tak, memang tak insaf lagi.. Haha!! Nak dijadikan cerita, baru-baru ini LA diperkenalkan dengan satu produk minuman kesihatan berkhasiat dari jenama Genlife.. Jadi sekarang ni, LA tengah amalkan Multi Grains With Black Fungus untuk gaya hidup yang lebih sihat..

Amalkan Multi Grains With Black Fungus Untuk Gaya Hidup Lebih sihat

Bersesuaian dengan jenamanya Genlife yang membawa maksud 'Generation of Healthy Lifestyles' minuman ini sangat sesuai bagi mereka yang mula sedar dan mahu mengubah gaya hidup dan diet yang sihat.. Macam LA la sekarang.. Bila dah timbul kesedaran, barulah nak ambil tahu tentang diet dan pemakanan yang sihat.. Jadi, sebab itulah LA memilih untuk mengamalkan Multi Grains with Black Fungus ni kerana ianya memberi banyak manfaat kepada kesihatan LA disamping mengamalkan juga senaman dan memastikan air masak diminum dalam kuantiti yang mencukupi setiap hari...

Nahhhh itu dia rutin harian LA sekarang ni.. Minum Multi Grains With Black Fungus, Senaman dan Minum air putih secukupnya.. Nak sihat punya pasalkan.. Kenalah berubah dan berusaha.. Oh, ya dengan mengamalkan Multi Grains With Black Fungus ni, LA juga boleh kekalkan berat badan sebab minuman ini boleh mengenyangkan.. Biasa LA akan ambil sebelum sarapan pagi dan rasa kenyang tu agak lama.. Jadi, LA dah tak perlu kudapan sampingan lagi selepas makan.. Seronok wehh!! Ok, mesti korang dah tak sabar nak tahu tentang Multi Grains With Black Fungus ni kan? Jom LA story kat korang..

Multi Grains With Black Fungus Minuman Yang Berkhasiat


Multi Grains With Black Fungus adalah minuman yang sangat berkhasiat yang diperbuat daripada 23 jenis bahan semulajadi. Dalam pek nutrisi ini mengandungi bijirin, kekacang dan bahan utamanya Black Fungus atau dalam bahasa melayunya adalah Kulat Hitam.. Black Fungus ni bagus tau.. Ia adalah sumber Vitamin B1, B2 dan D, protien, lemak, polysaccharides dan zat besi.. Minuman yang berkhasiat dan enak ini sangat sesuai untuk seisi keluarga termasuklah mereka-mereka yang prihatin tentang kesihatan seperti LA.. Haha!!

Bahan-Bahan Utama Multi Grains With Black Fungus

Sepertimana yang LA dah nyatakan diawal tadi, Multi Grains With Black Fungus ni dihasilkan dari 23 bahan semulajadi dan 6 daripadanya adalah bahan yang paling utama iaitu :-


1.  Black Fungus (Kulat Hitam)
  • Mengurangkan kolestrol dan tekanan darah
  • Meningkatkan peredaran darah


2.  Beras Perang
  • Kaya dengan Protien, Vitamin B1, Kalsium, Magnesium, Serat dan kalium


3.  Kacang Soya
  • Sumber untuk Protein, Vitamin B dan Mineral


4.  Buckwheat (Gandum Kuda)
  • Kaya dengan Protien, Serat, Vitamin dan Mineral
  • Meningkatkan kesihatan jantung dengan menurunkan kolestrol dan tekanan darah
  • Membantu mencegah diabetes


5.  Barli
  • Mengurangkan kolestrol
  • Baik untuk gastrointestinal
  • Membantu dalam penurunan berat badan


6.  Kacang Hitam
  • Kaya dengan Serat, Kalium, Folat, Vitamin B6 dan Phytonutrient.. Kandungan ini baik untuk kesihatan jantung
  • Mengurangkan kolestrol.

Selain 6 bahan utama di atas, Multi Grains With Black Fungus ini juga mengandungi bahan lain seperti Black Sesame, Red Bean, Green Bean, Rice Bean, Flower Bean, Green Pea, Corn, Pine Nut, Gingko, Walnut, Lotus Seed, Creeping Lily Turf, Chinese Yam, Gorgon Fruit, Tuckahoe, Medlar dan Chinese Wolfberry.


Apa Itu Black Fungus (Kulat Hitam)

Mungkin ada diantara korang yang tak familiar dengan Black Fungus ni kan.. Atau ada yang tak pernah tengok dan tak tahu langsung akan kewujudannya.. Macam LA sendiri, mula kenal dengan Black Fungus ni masa LA makan Yong Tau Foo... Mula tu macam geli nak makan sebab rupa dia agak pelik.. Bila sekali rasa, perghh memang sedap..


Black Fungus atau Kulat Hitam ini dikenali juga sebagai wood ear, cloud ear atau tree ear.. LA pun ada nama sendiri untuk Black Fungus ni tau.. Haha!! Tapi biarlah LA guna sendiri nama tu..  Black Fungus ni adalah sejenis kulat yang berwarna coklat gelap hingga hitam dan sering digunakan dalam masakan Asia terutamannya masakan cina.. Seperti yang LA katakan tadi, ia mungkin kelihatan menakutkan tetapi jangan tak tahu ye, ia telah dilabel sebagai makanan perubatan selama beribu-ribu tahun disebabkan kandungan nutrien yang ada padanya seperti Zat Besi, Protien, Lemak, Vitamin, Polysaccharides dan Mineral..

Black Fungus ini juga bermanfaat untuk darah kerana ia dapat menyuburkan, mengaktifkan dan sekaligus dapat membersihkan darah. Ia selalunya digunakan dalam ubat herba cina untuk meningkatkan daya tahan darah dan meningkatkan peredaran darah.. Oleh itu, ia dapat mengurangkan kolestrol tinggi dalam darah.. Bukan itu sahaja tau, Polysaccharides yang ada dalam Black Fungus juga mampu mencegah pembekuan darah dan trombosis.. Penggambilan yang berterusan boleh membantu mencegah aterosklerosis dan penyakit jantung koronari..

Satu lagi kebaikan Black Fungus ini ialah ia kaya dengan Zat Besi.. Jika korang makan secara teratur ia dapat memekatkan darah dan mencegah anemia disebabkan kekurangan Zat Besi.. Barulah LA tahu yang Black Fungus ni tinggi kandungan Zat Besinya.. Masa mengandung dulu, LA memang mengalami anemia, HB rendah.. Kalau tahu time mengandung ritu, memang LA pergi cari Black Fungus ni untuk naikkan HB LA.. hehe.. Kalau korang nak tahu, Black Fungus ini juga mempunyai serat pemakanan yang tinggi dan ia boleh menyerap toksin dalam sistem pencernaan kita dan boleh membersihkannya melalui perkumuhan..

Manfaat Multi Grains With Black Fungus


  • Membantu menurunkan kadar kolestrol dan tekanan darah
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Meningkatkan kesihatan jantung
  • Membantu mencegah diabetes
  • Baik untuk gastrointestinal
  • Membantu mengurangkan berat badan
  • Membuang toksin dalam sistem pencernaan melalui perkumuhan.

Banyak manfaatnya kan Multi Grains ni untuk kesihatan kita.. Sebab itulah LA yakin untuk consume minuman berkhasiat ni.. Sekurang-kurangnya ada minuman sampingan yang boleh membantu LA dalam menjaga kesihatan..

Multi Grains With Black Fungus Selamat Diminum

Bab selamat tak selamat ni perlu dititikberat dalam pemilihan produk.. Tak kiralah sama ada produk makan, minum atau pakai.. Untuk minuman Multi Grains With Black Fungus ni, ia memang selamat diminum dan diamalkan kerana minuman ini tanpa kolestrol, tiada trans lemak,, tiada bahan pengawet, tiada pewarna dan tiada krimer.. Bukan itu saja ye, minuman berkhasiat ini juga telah mendapat status HALAL dari JAKIM.. Alhamdulillah.. Jadi, dah tak perlu nak risau dan was-was untuk consume produk ini..



Cara Pengambilan


Cara bancuh :-
  • Letakkan 1 paket ke dalam cawan
  • Tambah 200ml air suam
  • Kacau dan sedia untuk dinikmati

Multi Grains With Black Fungus ni boleh diminum untuk sarapan pagi mahupun tea break dan boleh diambil oleh seisi keluarga... LA biasa ambil semasa sarapan supaya perut kenyang sampai tengahari.. Kalau tidak sebelum ni, dah breakfast tetapi masih jugak lapar.. Lepas consume Multi Grains ni, waktu makan pun terjaga dengan baik..

Ok, secara jujurnya LA tak gemar sangat akan rasa minuman ini kerana ada sedikit rasa beras.. Yela kan, kandungannya pun ada beras perang, mestilah ada rasa beras tu sedikit sebanyak.. Jadi, untuk menyedapkan rasanya supaya LA boleh telan dengan aman, LA blend dengan buah-buahan.. Selain itu, minuman ini juga boleh dicampurkan dengan oat, nestum dan lain-lain mengikut citarasa sendiri.. Jadi, tiada alasan lagi untuk tidak consume Multi Grains With Black Fungus ni kan.. Hehe..

Bagaimana Untuk Mendapatkan Multi Grains With Black Fungus ini?


Orite, kalau korang berminat untuk dapatkan Multi Grains With Black Fungus ni, korang boleh beli secara online di :-

Genlife Online Store

Lazada

11Street

Shopee

Ataupun korang juga boleh dapatkannya di farmasi-farmasi terpilih (dikawasan Lembah Klang/Seremban) seperti :-
  • Multicare Health Pharmacy
  • Mediconstant Pharmacy
  • Alpha Pharmacy
  • Alpro Pharmacy
  • BE Pharmacy
  • Health Lane Pharmacy
  • MPlus Pharmacy
  • Hai-O

Berita baik buat pembaca Blog Lea Azleeya!!

Untuk menghargai semua pembaca Blog Lea Azleeya ini, LA nak bagi korang diskaun 20% untuk setiap pembelian Multi Grains With Black Fungus di Genlife Online Store - www.genlife.my dengan menggunakan kod diskaun seperti dibawah ini :-

LEA20M

Sah sehingga : 1 April - 1 Oktober 2018

Terma & Syarat :-
  • Tidak sah dengan mana-mana promosi Genlife yang berlanjutan atau item diskaun
  • Kod diskaun hanya terpakai untuk pembelian Multi Grains With Black Fungus di Genlife Online Store Sahaja..

Untuk sebarang pembelian atau maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Email
enquiry@genlife.my 

No Telefon
 603-56123303


Read More

Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends

93 comments
Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends  |  Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah akhirnya dapat juga merealisasikan impian yang sekian lama terpendam nak buat giveaway.. Dari tahun lepas lagik tau nak buat giveaway ni.. Tahun ni barulah tercapai.. Yang menjadi tertangguhnya sebab aku tak tahu nak sediakan hadiah apa untuk para pemenang.. hehe.. Agaknya apalah ye hadiah untuk Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends ni kan..

Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends

Ok, memandangkan almari tudung aku dah terlalu penuh sampaikan dah tak ada space untuk tudung baru menginap. Jadi aku bercadang untuk kosongkan sikit almari tu supaya tudung baru dapat bertapa pula didalamnya.. Kohkohkoh!! Setelah membuat pengasingan, separuh dah aku jual kepada kengkawan aku dan ada beberapa helai aku simpan sebagai hadiah giveway ni.. Tudung-tudung tu ada yang dah dipakai dan ada yang belum dipakai tau.. Kalau yang dah pakai tu pun rasanya sekali je kot aku pakai.. Banyak sangat wehh!! Tak sempat nak pakai berkali-kali.. NGeeee..

Kalau korang nak tahu sebenarnya mula-mula aku nak buat giveaway ni dimana hadiahnya semua aku sendiri yang sediakan.. Tetapi tak sangka pula, ramai rakan blogger yang baik hati nak sponsor hadiah untuk giveaway aku kali ni.. Jadi, hadiah yang bakal korang menangi nanti memang kekaboommm meletop.. Rugi tau tak join... Jom tengok hadiah apa yang bakal korang dapat nanti..


SENARAI HADIAH

2 helai Tudung Aidijuma + sebuah buku motivasi preloved x 3 pemenang (Lea Azleeya)

Wang Tunai RM50 x 1 pemenang (Shad)

Sebuah Komik Jali Ohsem x 3 pemenang (Ankel Jonni)

Sebotol Sambal Garing Che Nor (150gm)  x 5 pemenang (Kak Yang)

Hadiah Misteri x 1 pemenang (Lea Azleeya)


13 orang pemenang dicari termasuk seorang pemenang untuk hadiah misteri.. Milik siapakah hadiah-hadiah ini? Kalau nak tahu, kenalah join giveway ni yek.. Nak join mesti ada syarat-syaratnya kan.. Jadi, syarat-syarat pernyertaan adalah seperti berikut :-


SYARAT PENYERTAAN

🔀 Terbuka kepada semua Blogger Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja

🔀 Buat 1 entry yang bertajuk "Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends"

🔀 Copy banner diatas dan backlink ke entry ini

🔀 Follow link di bawah :- 

Blog Lea Azleeya     |    FB Page Lea Azleeya     |     IG Lea Azleeya

FB Page Shad       |        IG Shad


FB Inspirasi Azatie     |     FB Kak Yang      |    IG Kak Yang Store

🔀 Akhir sekali, sila tinggalkan link penyertaan korang di ruangan komen entry ini ye..


Mudah je kan syarat-syaratnya... Harap korang tak stresss dengan syarat-syarat di atas ye.. hehe... Kalau boleh aku tak nak lah batalkan giveaway ni.. Jadi, aku harap korang join la ye ramai-ramai supaya giveaway ini tak dibatalkan.. Siap ugut lagik tu.. hahaha!! 


Dengan menggunakan khidmat kekasih lama ⬎
 Encik Random.org


➤ Giveaway ini bermula pada 09 Mac 2018 dan akan berakhir pada 09 April 2018

>> Senarai Peserta <<



Read More

Segmen: Making A Blog List by Blog Siqahiqa

Saturday, April 7, 2018

14 comments
Segmen: Making A Blog List by Blog Siqahiqa  |  Lepas penat seharian memerah otak untuk buat 1 sahaja entry review dek kerana banyak sangat halangan dan 'iklan' hari ni.. Dengan si kecik meragam sebab nak tumbuh gigi.. Yang si abang pun dok buat perangai aje hari ni.. Aku dah macam lipas kudung terkejar sana terkejar sini.. Semua bende nak handle dalam satu masa.. Tepat jam 11.45 malam tadi baru siap entry tersebut.. Dari pagi sampai ke malam.. Hari ini dalam sejarah.. Haha!! Jadi, untuk tenangkan diri, aku nak join Segmen: Making A Blog List by Blog Siqahiqa ni.. 

Klik banner untuk join

Geng ulat buku buat segmen mesti kene join.. Haha.. Lama gile tak terjah blog kengkawan sejak kesibukan luar biasa melanda diri.. Rasa masa nak kena ada tangan sotong kurita aje baru boleh buat banyak kerja dalam satu masa.. Haha!! Kegilaan apakah ini...!! Jangan cakap nak blogwalking, nak membaca pun dah tak de masa sekarang.. Goodread challange aku tu jawabnya gagal la tahun ni.. Huhu..

Ehh melalut lagik.. Orite, dengan ini aku mengumumkan bahawa aku join Segmen: Making A Blog List by Blog Siqahiqa ini selepas aku melepaskan segala perasaan aku untuk dibaca oleh Siqah.. Haha!! Jangan marah ekk Siqah.. Nanti cepat tuaaaa..!!

Jom korang pakat join kasi support sikit kat member blogger kita ni... Kalau join boleh masuk bloglist dekat blog cantik Siqah nunn.. Jom ramai-ramai join yek..

Tarikh Tamat
03 Mei 2018

Read More

Asam Pedas Paling Sedap Di Dapur Asam Pedas Kukus Kuantan

Friday, April 6, 2018

10 comments
Asam Pedas Paling Sedap Di Dapur Asam Pedas Kukus Kuantan  |  Assalamualaikum wbt.. Hai korang.. Dah lama rasanya LA tak bersenang-senang menaip entry makan-makan.. Kali ni LA nak kongsikan dengan korang sebuah restoran yang menyajikan Asam Pedas paling sedap di Kuantan.. Dimana? Semestinya di Dapur Asam Pedas Kukus yang beralamat B8030 Ground Floor Block B Sri Square, Jalan Teluk Sisek, 25250 Kuantan, Pahang... Berhampiran Hotel Seri Malaysia, Kuantan.

Asam Pedas Paling Sedap Di Dapur Asam Pedas Kukus Kuantan, makan sedap di kuantan, restoran sedap di kuantan,

Firstime LA ke restoran Dapur Asam Pedas Kukus ni time lunch.. Dah lama tau, bulan disember tahun lepas lagi.. Dah berbulan-bulan lamanya cerita ni tetapi baru hari ni berkesempatan untuk update.. Ngeee!! Bila Asam Pedas di restoran ini menjadi buah mulut orang sekeliling LA, jadi LA tak senang duduk mesti nak kena cuba juga.. Almaklumlah peminat tegar Asam Pedas la katakan... Tetapi, haaaa ada tetapi tu... Bukan semua Asam Pedas yang LA craving.. Cuma Asam Pedas Ikan Pari sahaja menjadi pujaan hati ini.. Haha!! 

Dapur Asam Pedas Kukus ni memang menyajikan Asam Pedas Ikan Pari.. Sebab itulah LA sanggup pergi walaupun agak jauh dari tempat LA... Alhamdulillah, masakannya memang tak menghampakan.. Sedap!! Itu aje mampu LA katakan.. Sebelum ni memang tak pernah lagi rasa Asam Pedas Kukus.. Agak lain sikit dari asam pedas yang biasa LA rasa..

Muka lapar tetapi masih boleh senyum tu.. Asam Pedas Ikan Pari punya pasal..

Time ni, LA pergi 3 orang aje.. Kebetulan masa ni ada tugasan luar yang perlu diselesaikan.. Dah masuk waktu lunch terus aje singgah Dapur Asam Pedas untuk isi perut dulu sebelum sambung balik kerja.. Banyak kali jugalah LA layan Asam Pedas kat sini selepas tu.. Memang tak boleh move on.. Kalau pergi bandar kuantan aje dengan encik suami, mesti singgah untuk pekena Asam Pedas Ikan Pari disini.. Memang menepati citarasa LA..


Penantian itu satu penyiksaan.. Betul tak? Walaupun tunggu tak lama untuk makanan sampai dimeja, tetapi bila perut lapar, 1 minit pun rasa lama.. Haha!!.. Masa Asam Pedas Ikan Pari ni dah terhidang depan mata, macam nak menitik air liur atas meja.. Wahaha over aku ni!! Tengok rupa dah sedap, belum lagi rasa tu.. Dan bila dah rasa, indah khabar indah rupa akhirnya.. Alhamdulillah.. Sangat berselera hokeh LA makan.. Sampai licin.. kehkeh!!

Sebelum makan wajib selfie dulu...


Asam Pedas Kukus ni memang pekat dan rasanya sedikit seperti kari.. Kata kawan LA, dia panggil asam pedas ni, Asam Pedas Kari.. LA pun tak pasti sama ada Asam Pedas Kari dan Asam Pedas Kukus ni adalah menu yang sama.. Sungguhpun begitu, memang Asam Pedas Kukus ni memberi kelainan dalam menu Asam Pedas itu sendiri.. Yang pastinya, menu pilihan LA haruslah Asam Pedas Ikan Pari dan tak pandang yang lain dah walaupun banyak lagi menu asam pedas yang lain disediakan.. Hehe..


Restoran ini menyediakan ruang memasak di hadapan kedai.. Jadi, korang boleh lihat sendiri penyediaan asam pedas tersebut sementara ianya sampai ke meja korang untuk di santap.. Jika, korang tak suka dengan Ikan Pari, korang boleh pilih menu lain seperti Asam Pedas Ayam, Kembong, Udang dan Daging.. 

Antara menu asam pedas yang ada

Kalau nak order asam pedas, korang boleh terus oder set asam pedas yang didatangkan sekali dengan air dan juga nasi... Untuk air, korang boleh pilih sama ada sirap atau teh 'o' ais.. Harga pun LA rasa berpatutan iaitu RM12.90 untuk 1 set... Tak kiralah korang order apa, semuanya harga sama..

Jadi, jika korang peminat asam pedas, bolehlah cuba di Restoran Dapur Asam Pedas Kukus ni.. Bagi LA memang sedap dan menepati citarasa LA.. Bagi korang tak tahu la.. Selera masing-masing kan.. Jadi, belum cuba belum tahu.. Dah cuba pasti datang lagi bertalu-talu macam LA sendiri.. Haha!! Okla, sampai sini dulu ye kita sembang pasal makan.. LA tengok gambar pun dah rasa kecur air liur... Nasib baik encik suami kerja, kalau tak memang harussss start kereta pergi pekena asam pedas lagi malam ni.. Hiks..

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :-

Facebook

Instagram

Alamat
Dapur Asam Pedas Kukus
B8030 Ground Floor Block B Sri Square,
 Jalan Teluk Sisek, 
25250 Kuantan, Pahang


Read More

Beauty Maker Produk Kosmetik Terbaik Dari Taiwan Di CheriCheri.co

5 comments
Beauty Maker Produk Kosmetik Terbaik Dari Taiwan Di CheriCheri.co  |  Sebelum ni LA agak fanatik dengan K-Beauty.. Dari produk kosmetik hinggalah kepada skincare, semuanya kalau boleh nak yang K-Beauty.. Almaklumlah nak cantik macam artis korea.. Haha!! Tetapi baru-baru ini, LA diperkenalkan oleh seorang teman ni, satu brand make up dari Taiwan.. Bila LA usha, perghh memang menarik dan banyak pilihan.. Jadi, apa lagi, LA rembatlah satu, dua produk dari brand tersebut.. Huhu.. Brand apa tu? Brand makeup yang LA maksudkan tu, adalah Beauty Maker Produk Kosmetik Terbaik Dari Taiwan Di CheriCheri.co...


Mesti korang tertanya-tanya kan, CheriCheri.co tu ape? Ok, jangan risau, LA akan story semuanya disini.. Korang jangan kemana-mana ye, sila duduk dengan tertib di depan PC korang tu dan baca entry ni sampai habis.. Kalau tak baca, rugi tau.. Banyak yang LA nak ceritakan ni tentang Beauty Maker dan juga tentang CheriCheri.co.. Hehe..

Apa Itu CheriCheri.co?

Terbaik Dari Taiwan Di CheriCheri.co, beauty maker, kosmetik taiwan, produk taiwan, cheri cheri, chericheri.co

CheriCheri.co telah ditubuhkan pada tahun 2017 merupakan sebuah platform e-dagang dalam talian (online shop) yang diwujudkan dengan tujuan untuk memasarkan pelbagai jenis produk untuk penjagaan rambut, penjagaan kulit dan produk kecantikan. Di CheriCheri.co, anda boleh mendapati pelbagai pilihan produk baru dan inovatif, dengan tip berguna untuk diaplikasikan semuanya ke rutin kecantikan harian anda. Matlamat mereka adalah untuk memberi anda pengalaman membeli-belah dalam talian yang menyeronokkan, menarik dan mudah.
Sebenarnya LA pun baru tahu tentang kewujudan online shop CheriCheri.co ni.. Itu pun setelah diperkenalkan oleh rakan LA.. Jadi, lepas ni mudahlah LA nak shopping sakan produk kosmetik mahupun skincare sebab di CheriCheri.co pelbagai pilihan produk dan jenama boleh kita pilih.. Ada juga produk dari jenama yang memang dah familiar dengan kita seperti Loreal, Laneige, Redken, Hadalabo, Innisfree dan banyak lagi.. Pendek kata, buka aje CheriCheri.co dah boleh shopping macam-macam jenis produk dari jenama yang berbeza.. Best sangat!!

Beauty Maker Produk Kosmetik Terbaik Dari Taiwan Di CheriCheri.co

Ok, kali ni LA tak nak cerita pasal skincare mahupun hair care tetapi nak cerita pasal produk kosmetik yang sempat LA rembat di CheriCheri.co seperti yang LA katakan diawal entry tadi.. Tak sabar rasanya nak tunjukkan kat korang tau.. Menunjuk sangat!! Haha... Jom kita lihat satu persatu produk Beauty Maker yang dah menjadi milik LA.. 


Didatangkan bersama kotak comel bereben maroon.. Serius comel sangat!!! Mula-mula parcel sampai tu, ingatkan ada orang bagi hadiah kat LA.. Rupanya kotak dari CheriCheri.co.. Teruja badak jadinya dapat kotak cantik macam ni.. Tu belum lagik tengok isi dalamnya.. Tak nak bebel panjang-panjang, jom kita unbox item yang ada dalam kotak indah ni.. 



💙 Beauty Maker Magic Concealer


Mula-mula buka kotak Beauty Maker Magic Concealer ni, LA dah blur dah cara guna bende alah ni.. Yela, sebelum ni pakai concealer yang jenis stick tetapi kali ni kononnya nak try yang jenis lain pulak.. Nah kau, sekali sampai dah tak tahu nak guna macam mana.. Jadi, LA cubalah usha di laman web CheriCheri.co cara guna dan akhirnya berhasil.. 
This easy-to-use, twist-up pen with brush applicator is eye-perfecting, hydrating and hypoallergenic. For Conceal, Cover Dark Circles, Cover Eyebag, Hydrating, Minimize Fine Lines, Sculpting
Beauty Maker Magic Concealer ni didatangkan dalam 2 warna iaitu Ivory dan Pink Base...


Memandangkan kulit tak berapa nak cerah, jadi LA lebih prefer warna pink base... Lepas ni LA dah boleh senyum sampai telinga la sebab 'mata panda' LA boleh hilang sekelip mata dengan Beauty Maker Magic Concealer ni.. Nama lagik 'magic' kan.. Hiks..


💙 Beauty Maker Contour Shading Stick


Kalau MUA rasanya memang dah familiar dengan contour shading stick ni.. LA jerk baru firstime nak try sebab nak dapatkan muka V-shape kononnya.. Pandai ke tidak tu, kita boleh belajar cara-cara nak buat shading kan.. Youtube pasti dapat membantu nanti.. Haha.. Beauty Maker Contour Shading Stick ni dari jenis matte dan mampu menjadikan muka kita menjadi V-shape dengan sempurna.. 


Apa yang LA suka sangat dengan Beauty Maker Contour Shading Stick ni ialah ianya menyegarkan dan tak melekit, waterproof dan sangat sesuai untuk kulit asia.. Manakala teksturnya pula mempunyai 3 ciri unik iaitu creamy, Gel-like dan powder...
Soft Yarn Gel Powder - Very fine powder with special texture conversion technology without having any thick makeup finish. Amplifies your look with ease.
High Moisturizing Ingredients - With added rosehip oil, shea butter and other moisturising ingredients.

💙 Beauty Maker Highlight Glow Stick


Kalau nak hasil makeup yang mantap, boleh gunakan Beauty Maker Highlight Glow Stick ni bersama Contour Shading Stick tadi.. Hasilnya memang superb.. Kedua-duanna mempunyai peranan masing-masing dalam membentuk muka.. Didatangkan dalam warna pink untuk memberi impak glowing pada muka..

Apple Light Powder - Very fine powder, immediately enhances skin radiance through the refraction of light. 
Designed For Asian Skin Tones - Unique champagne tone, highlights your facial features and creates rosy apple cheeks.

Cara Pakai Beauty Maker Contour Shading Stick & Highlight Glow Stick


Kalau ada yang tak tahu cara guna 2 produk ni, meh sini LA ajarkan.. Cewahhh, macam pandai sangat kan.. Padahal baru jugak nak belajar ni.. Jom kita belajar sama-sama ye.. Boleh rujuk gambar kat bawah ni untuk panduan penggunaan.. 


💙 Beauty Maker Photoshop Perfecting Concealer Brush

Bila dah ada concealer mestilah ada berusnya kan.. Barulah perfect..!! Betul tak..? Jadi, untuk sempurnakan makeup LA nanti, tools yang menjadi pilihan LA untuk blend concealer adalah Beauty Maker Photoshop Perfecting Concealer Brush.. Amboii panjang betul namanya.. Eceli brush ni memang sangat recommended sebab berusnya lembut dan dapat cover segala masalah kulit muka dengan baik.. 


Untuk melihat tutorial makeup dari produk Beauty Maker, boleh tonton video dibawah ni ye..


3 Brand Dari Taiwan Di CheriCheri.co

Kalau korang nak tahu, di CheriCheri.co terdapat 3 brand produk dari Taiwan.. Selain Beauty Maker, Dr. Douxi dan Annie's Way juga merupakan brand dari taiwan.. Cumanya, 2 brand ini menawarkan produk skincare di bawah labelnya.. Mungkin akan datang LA akan cuba pula produk skincare dari Dr. Douxi dan juga Annie's Way pula... 



Berita baik buat korang!! Jika korang berminat untuk mendapatkan kosmetik atau skincare dari 3 brand ini, korang boleh dapatkan sekarang kerana CheriCheri.co sedang mengadakan jualan hebat... Dengan pembelian produk dari Beauty Maker, Dr. Douxi dan Annie's Way ini korang akan menikmati potongan sehingga 30%... Murah gile wehh!! Rugi tak grab tau!! Bukan itu sahaja ye, penghantaran juga adalah percuma!! Promosi berlangsung dari 19 Mac hingga 30 April 2018... jadi, dapatkan sekarang sebelum terlambat... 




Menangi Tiket Penerbangan Ke Taiwan

Oh ya, satu lagi berita baik buat korang.. Dengan pembelian produk dari jenama Beauty Maker, Dr. Douxi atau Annie's Way di CheriCheri.co, korang berpeluang untuk memenangi 2 keping tiket penerbangan ke Taiwan dengan menyertai giveaway yang dianjurkan di laman web CheriCheri.co.. Setiap penyertaan akan diberikan berdasarkan nombor pesanan.. Apa terma dan syaratnya? Jom check kat sini..


Terms and Conditions :  

BUY and WIN two tickets to TAIWAN with CHERICHERI! 

Campaign period is from: 19th March 2018 to 30th April 2018 
  • One entry is given per purchase of any BeautyMaker/Dr Douxi /Annie’s Way products 
  • Giveaway is only valid for purchases through our official website, www.chericheri.co 
  • One winner will be chosen to win two return tickets to Taiwan 
  • Open to Malaysians only 
  • Like our facebook page [Cheri Cheri], and like+share the campaign post pinned at the top of our fb page.  
  • The winner will be announced live on our facebook page!  
  • Remember Like and Follow our fb page [CheriCheri] to find out if you’re the lucky winner!!

Wahh bestnya kalau menang kan.. Boleh la melancong ke Taiwan.. Jadi, korang-korang semua, jangan lepaskan peluang keemasan ni tau.. Beli dan menang!! Mudah sahaja... Manalah tahu, ada rezeki korang untuk menang.. Bolehlah melawat tempat orang.. Seronok uhh!!

Untuk sebarang pembelian atau maklumat lanjut, boleh layari :-

Website

Facebook

Instagram

Youtube


Read More

Althea Bare Essentials | 3 Easy Step Korean Skincare Routine

Wednesday, April 4, 2018

8 comments
Althea Bare Essentials | 3 Easy Step Korean Skincare Routine  |  Annyeonghaseyo! Ewaahh speaking korea pulak kali ni ye.. Almaklumlah tengah bercinta dengan produk dari korea, jadi kenalah belajar cakap korea walaupun sepatah.. Haha..!! Ok, sebelum ni LA dah pernah review produk kosmetik dari Althea dan kali ni sekali lagi LA nak bergossip tentang produk Althea yang diterbangkan terus dari Korea.. Bukan kosmetik tetapi skincare.. Kalau korang nak tahu, skincare ni sedang hangat diperkatakan di media sosial.. Sana sini orang dok bercerita tentangnya.. Dah viral uolls... Produk apa tu?? Memperkenalkan the new babies dari Althea, Bare Essentials - 3 easy step Korean Skincare roution... 

3 Easy Step Korean Skincare Routine , Althea, Bare Essentials, 10 step rutin penjagaan kulit yang orang korea

Sebelum tu, LA nak ucapkan tahniah buat Althea dengan kelahiran barunya ini, Althea Bare Essentials yang kini menjadi sebutan ramai orang disana sini.. Apa yang bestnya Bare Essentials ni? Haaa kalau nak tahu kenalah baca sampai habis ye sebab LA akan kongsikan dengan korang semua segalanya tentang Bare Essentials ni.. Rugi tau tak baca sampai habis.. Hehe.. Tak nak cakap banyak, jom kita unbox dulu kotak Althea yang sentiasa comel tak pernah tak comel ni.. 


Setiap kali dapat Althea box, perasaan teruja tu lain macam sikit... Tak sabar-sabar nak tengok isi dalamnya.. Bila dah buka kotaknya, automatik senyuman pasti terukir sampai ke telinga.. Hiks..! 


Warna putih bertulisan hitam.. Simple Packaging but nice.. I loikeeee!! Tetap nampak eksklusif... Orite, dalam box ni ada 6 item kesemuanya iaitu :-

Bare Essentials 3 Step Skincare Routine
♥♡ The Contour Cleanser (150g)
♥♡ The Primer Water (200ml)
♥♡ The Fixer Cream (50g)

+

♥♡ Bare Essentials Sample Sachet
♥♡ Mirror
♥♡ Althea Marble


LA kalau bab memlilih skincare ni memang cerewet sikit.. Kena pastikan produk tu betul-betul bagus dan tak memudaratkan sebab dulu pernah tersalah pakai skincare, habis muka naik jerawat.. Jadi, untuk langkah selamat LA memilih produk keluaran Althea ni sebabnya produk ni tak mengandungi bahan kimia berbahaya.. Lagi pun LA dah jatuh cinta sebenarnya dengan produk dari korea ni.. Bukan sahaja selamat digunakan tetapi ada banyak pilihan.. Tambah lagi bila tengok kulit orang korea semuanya cantik-cantik, nak la jugak jadi macam mereka kan.. Terpengaruhhhh sangat aku ni kan.. Haha!!


Dulu sebelum wujudnya Bare Essentials ni, LA pernah la jugak risik-risik rutin harian penjagaan kulit orang korea.. Terjumpalah 10 step rutin penjagaan kulit yang orang korea selalu amalkan untuk kekal cantik dan glowing.. 10 step tu weh.. Bukan sikit-sikit.. Tetapi dengan tabah dan rajinnya, LA amal lah jugak beberapa darinya.. Hehe.. Kengkonon nak acah-acah Kpop.. Sanggup amalkan tu.. Tetapi bila dah ada Bare Essentials ni, selamat tinggallah 10 step tersebut sebab dengan Bare Essentials ni, hanya perlu amalkan 3 step penjagaan kulit sahaja setiap hari.. Mudah dan cepat... Tak perlu dah bersusah payah.. Thank You Althea.. 

3 Langkah Rutin Penjagaan Kulit Yang Mudah Dan Cepat Dengan Bare Essentials


Cuba tengok skincare korang, ada berapa item semuanya? Mesti lebih dari 3 item kan.. Ok, kalau korang nak tahu, sebenarnya dalam step penjagaan wajah ni, perlu ada 3 perkara asas iaitu pembersih, penyegar (toner) dan pelembab.. Ini item wajib yang perlu ada dalam setiap skincare untuk memastikan wajah mendapat penjagaan yang sempurna.. Sekiranya terdapat item lain selain 3 step asas ini, itu hanyalah sebagai tambahan sahaja.. Jadi, dengan hanya menggunakan set skincare Bare Essentials ni dah memadai untuk menjaga kulit wajah kita.. Dah lah mudah, cepat pulak tu.. Ok, jom tengok 3 step mudah penjagaan kulit wajah yang LA amalkan setiap hari dengan Bare Essentials ni...


♥♡ The Contour Cleanser (150g)


Step pertama!! Harussss cuci muka dulu sebersih-bersihnya dengan Contour Cleanser... Kalau muka tak bersih, macam mana kulit muka nak sihat kan? Jadi, jangan abaikan dan pandang remeh step pertama ni ok! Best tau cleanser ni sebabnya masa cuci muka kulit terasa nyaman dan sejuk aje.. Syiokk sangat!! Cara guna macam biasa, cuci muka dengan air dulu, picit sedikit Contour Cleanser atas tapak tangan dan urut perlahan di wajah.. Kemudian Bilas..


Masa cuci muka dengan Contour Cleanser ni, LA perasan yang teksturnya ada bijik-bijik halus seolah-olah seperti skrub muka.. Nak tahu kenapa? Sebabnya, Contour Cleanser ni mengandungi mikro kapsul dimana ia berfungsi menyah segala kotoran dan sel-sel kulit mati pada wajah.. Contour Cleanser ini mengandungi beberapa bahan aktif seperti Ice Plant, Lemon Myrtle dan Verbana Leaf.. Ice Plant bertindak sebagai penenang yang boleh mengurangkan kesan kemerahan pada kulit manakala Lemon Myrtle pula berfungsi sebagai detoks untuk menyahtoksik kulit muka..

Satu lagi keistimewaan Contour Cleanser ni yang perlu korang tahu.. Dengan penggunaan yang berterusan, ia boleh 'merampingkan' bentuk muka korang memberi kesan 'V' shape pada wajah.. Kalau korang mengimpikan bentuk muka yang 'V' shape, bolehlah guna Contour Cleanser ni.. Sebab itu jugalah pembersih muka ni diberi nama 'Contour Cleanser'.. Selain itu, pembersih muka ini juga dapat membantu melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit halus bak sutera gituuu!!

Ehhh satu lagi, kalau korang yang suka make up tebal-tebal tu, LA suggest sangat pakai pencuci muka ini sebab Contour Cleanser ni juga mampu menanggalkan solekan dan membersihkan muka dengan sempurna.. Tak payah dah nak sental muka dengan make up remover bagai.. Cukup hanya dengan Contour Cleanser ni aje... LA sendiri memang pengguna tegar make up remover.. Lepas guna Countour Cleanser ni dah tak perlu Make up remover lagi dah.. Dah boleh skip satu step lagi kan.. Jimat masa dan tenaga.. Hehe..

Harga  :  RM23.00


♥♡ The Primer Water (200ml)



Step kedua!! Seterusnya.... Lepas cuci muka, LA pekena pulak Primer Water sebagai toner.. Macam rutin kebiasaan kitalah kan... Lepas cuci muka mesti nak kene pakai toner.. Eceli, sebelum ni memang LA tak suka pakai toner hokeh!! Rasa tak selesa dan melekit.. OMG!! Memang tak suka!! Tapi tidak dengan Primer Water ni, LA suka sebab baunya wangi dan lembut.. Lagi pulak lepas apply kat muka, rasa segar jerk muka dan ofkos tak melekit serta selesa..


Water Primer ni bukan sekadar toner biasa ye, ia berfungsi 2 in 1 iaitu sebagai toner dan juga primer.. Nama lagik Primer Water kan.. Haruslah untuk primer juga... Primer Water ini juga dihasilkan dengan Macro Fluidic Dispersion Tecnology yang dipatenkan dimana ianya mambantu mengecilkan liang pori dan memberi kelembapan pada kulit..

Diperbuat dari Ekstrak Snow Lotus, Primer Water ini menjadikan kulit lebih licin dan lembut bak sutera dimana ianya dapat meningkatkan sinar semulajadi kulit serta menjadikan kulit lebih sihat sempurna.. Cara guna mudah sahaja sama seperti korang apply toner kat muka korang... Titikkan Primer water di tapak tangan atau di atas kapas muka kemudian sapu atau dapkan ke seluruh wajah.. Best tau Primer Water ni sebab ianya mudah serap...

Harga  :  RM43.00


♥♡ The Fixer Cream (50g)


Step ketiga!! Last step... Muka dah cuci.. Penyegar pun dah apply... Apa lagi ye?? Haa untuk step seterusnya kena lah apply Fixer Cream pula untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah.. Fixer Cream ni tidak berminyak tau dan mudah menyerap ke dalam kulit wajah.. Dengan menggunakan Fixer Cream ni, dapat menghalang kehilangan lembapan dan memberi penghidratan kepada kulit selama 24 jam.. Krim yang hebat ini sangat berkhasiat kaya dengan antioksida yang diperolehi dari minyak biji Sinensis (Teh Hijau) dan membantu menghasilkan semula kolagen melalui ekstrak pokok Baobab.. Yang bestnya dengan Fixer Cream ni, semasa penggunaannya, kulit akan kelihatan berseri dan anjal...

Harga  :  RM50.00

Pelembab terbaik yang pernah LA cuba.. Tekstur mudah serap dan tak berminyak.. 

Hanya dengan 3 step sahaja dah boleh jadi cantik persis artis korea.. Hehe.. Lepas pakai Fixer Cream ni dah boleh make up seperti biasa.. Yang penting basicnya kita dah apply dekat muka untuk melindungi muka dari kerosakan.. Pastikan korang juga tak skip 3 step asas ni ye.. Penting tau!!

Dapatkan Bare Essentials Dengan Harga Berbaloi-Baloi!!

Untuk cantik tak perlu berhabisan sampai beribu-ribu ringgit.. Paling penting, kena jaga asasnya terlebih dahulu.. Itu pun dah mampu menjadikan kulit sihat dan bersinar.. Tak perlu lagi amalkan 10 step rutin penjagaan kulit orang korea, hanya perlu 3 step mudah sahaja dengan Bare Essentials dah mampu kelihatan cantik ala-ala artis korea.. Tak percaya, silalah cuba ye... Hehe..


Dapatkan sekarang Bare Essentials dengan harga berbaloi-baloi, hanya dengan RM116, korang akan dapat 3 step mudah penjagaan kulit dari Althea... Oh ya, Althea juga tawarkan diskaun sebanyak 10% bagi setiap pembelian Bare Essentials dan percuma satu unit cermin limited edition.. Cepat tau selagi stok masih ada... Kalau lambat, jawabnya tengok ajelah orang lain cantik.. Haha!!

Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram


Read More