Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari

Thursday, February 22, 2018

9 comments
Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari   | Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan.   

Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari, shopee, online shopping, shopee mall, barang murah di shopee, shopping barang murah, sale
Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.   
Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank.   

Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji :-  

  • Mobil & Gajet - Sarung & Pelindung, Audio, Bank Kuasa & Bateri  
  • Kesihatan & Kecantikan - Produk Kecantikan Kulit, Makanan Tambahan, Berus & Peralatan Solek
  • Permainan, Kanak-kanak & Bayi  - Fesyen Kanak-kanak, Permainan & Pendidikan, Perkakas untuk Makan & Penyusuan  
  • Pakaian Wanita  - Baju, Pakaian Dalam & Pakaian Tidur, Gaun  
  • Perabot & Perhiasan Rumah - Hiasan Dalaman, Tempat Menyimpan untuk Dapur, Kelengkapan Bilik Tidur 


Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi. Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet; Kesihatan & Kecantikan, Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Perabot & Perhiasan Rumah, Perkakas Rumah, Barang Runcit & Haiwan Peliharaan, Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki.


Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok. 


Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live : Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson.   

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.
Read More

Glow Gelenggang Berkesan Hilangkan Gatal-Gatal Dan Penyakit Kulit

Monday, February 19, 2018

8 comments
Glow Gelenggang Berkesan Hilangkan Gatal-Gatal Dan Penyakit Kulit  |  Korang pernah tak terkena penyakit panau..? Bercerita pasal panau ni teringat pulak zaman sekolah dulu.. Aku pernah terkena panau kat muka.. Perghh masa tu tak yah cakaplah rasa malu tu sangatlah menebal.. Hehe.. Aku pun tak pasti macam mana aku boleh ada panau dekat muka.. Tapi orang cakap, kalau time berpeluh kita mandi memang mendapatlah panau.. Haha!! Dengan gigihnya aku waktu tu mencari ubat dan cara untuk hilangkan panau.. Bukan senang tau nak hilangkan panau ni.. Memakan masa jugak.. Tapi time tu, aku hanya mampu menggunakan cara tradisional saja untuk hilangkan panau.. Huhu..

Glow Gelenggang Berkesan Hilangkan Gatal-Gatal Dan Penyakit Kulit, glow gelenggang, cara hilangkan gatal-gatal kulit, cara rawat penyakit kulit, cara hilangkan panau, cara rawat ekzema, daun gelenggang

Sekarang dah tak payah susah-susah dah macam dulu-dulu sebab banyak pilihan ubat yang ada dijual di pasaran untuk hilangkan penyakit panau.. Salah satunya Glow Gelenggang berkesan hilangkan gatal-gatal dan penyakit kulit termasuklah panau.. Hari tu anak aku Aqiff terkena Kurap Susu dekat dahi dia.. Mula-mula tu aku ingatkan panau.. Siap beli ubat panau lagi dekat farmasi.. Tapi tak jugak hilang.. Bila dirisik-risik dengan orang tua, rupanya kurap susu sebabnya bila susu terkena bahagian dahi, aku tak terus kesat sebaliknya dibiarkan kering camtu jerk.. Maka terjadilah kurap susu.. 

Nampak tak dekat dahi Aqiff ada putih-putih.. Tulah kurap susu.. 

Rimas jugaklah aku tengok kurap susu tu dok melepak dekat dahi anak aku ni.. Macam-macam cara juga mula tu aku cuba.. Ada yang syorkan letak ubat gigi.. Aku pun dah lakukan.. Tapi keadaannya tetap sama.. Ada yang cakap, biarkan aje, lama-lama akan hilang sendiri... Aku pulak yang tak boleh nak tengok dahi anak aku ada tompok-tompok putih macam tu.. Sehinggalah aku diperkenalkan dengan produk Glow Gelenggang yang diformulasikan dari 100% bahan semulajadi ni.. Alhamdulillah berkesan hilangkan kurap susu pada dahi anak aku tu.. Produk ni memang bagus tau.. Meh aku story sikit tentang produk ni..

Glow Gelenggang Berkesan Hilangkan Gatal-Gatal Dan Penyakit Kulit


Glow Gelenggang merupakan produk herba organik yang dapat membantu melegakan gatal-gatal kulit yang disebabkan oleh resdung dan penyakit berkaitan kulit seperti gatal kulit, ekzema, psoriasis, bisul, panau, kudis buta dan kurap..Produk ini diformulasikan daripada 100% bahan semulajadi.. Ianya BEBAS BAHAN KIMIA dan BEBAS STEROID.. Jadi, korang tak perlu risau akan keselamatannya kerana ianya terbukti selamat digunakan dan sesuai juga untuk kulit yang sensitif.. Set Glow Gelenggang ni mengandungi 2 item iaitu Sabun Herba Gelenggang dan Minyak Herba.

Daun Gelenggang

Sesuai dengan namanya Glow Gelenggang, produk ini diperbuat dari daun gelenggang (cassia alata) yang berfungsi sebagai agen anti-bakteria yang powerful untuk menghilangkan gatal-gatal dan merawat penyakit kulit.. Kalau korang nak tahu, Daun Gelenggang ni sangat dikenali sebagai agen anti-kulat yang sangat tinggi.. Ia sebenarnya telah digunakan berabad-abad lamanya oleh nenek moyang kita, masyarakat Arab dan orang eropah untuk mengatasi masalah kulit..

Tahukah Anda?
Petua orang dulu-dulu, mereka akan menumbuk Daun Gelenggang ni sampai lumat dan dicampur bersama sedikit belerang atau minyak tanah.. Kemudian, campuran tersebut ditampal pada anggota badan untuk mengubati panau, kurap atau kudis buta..

Sekarang dah moden.. Korang dah tak perlu nak cari dan tumbuk bagai Daun Gelenggang ni.. Hanya perlu dapatkan set Glow Gelenggang ni aje dah boleh rawat penyakit kulit yang korang alami.. Senang kan? Formula terkini Glow Gelenggang ni berasaskan 6 ramuan istimewa untuk 'mengghaibkan' gatal-gatal kulit dengan mudah.. Tidak seperti kebanyakan produk lain dipasaran yang tinggi bahan kimia yang boleh memudaratkan, Glow Gelenggang adalah 100% diperbuat daripada bahan semulajadi terpilih.. Jadi, dengan adanya Glow Gelenggang ni, korang dah tak payah nak menggaru lagi.. Hehe..

Bahan-Bahan Premium Terbaik Dalam Glow Gelenggang

  • Daun Gelenggang (Cassia Alata)  - Untuk kurangkan gatal-gatal dan masalah kulit
  • Habbatus Sauda (Black Seed Oil) - Untuk kurangkan radang dan sembuhkan luka luaran
  • Minyak Argan (Argan Oil) - Menjadikan kulit halus dan licin.. Mudah menyerap ke dalam kulit
  • Minyak Zaitun (Olive Oil) - Sebagai pelembap yang tahan lama pada kulit
  • Susu Kambing (Goat Milk) - Untuk mencerah, melembut, melembap, mencegah kulit kasar, kering dan kusam
  • Crystal Menthol - Untuk menyejukkan kulit. Tidak panas.



Glow Gelenggang Penawar Hilangkan Gatal-Gatal Kulit

Sebenarnya kalau korang nak tahu, Glow Gelenggang ni berkesan hilangkan gatal-gatal yang disebabkan oleh :-
  • Gatal-gatal kulit
  • Ekzema
  • Psoriasis
  • Kurap
  • Panau
  • Kayap
  • Bedang
  • Bisul
  • Kudis Buta
  • Kurap Susu Bayi
  • Resdung
  • Kutu Air

Siapa Yang Boleh Guna Glow Gelenggang?

Oleh kerana Glow Gelenggang ini diperbuat daripada 100% bahan semulajadi tanpa bahan kimia, jadi ianya selamat digunakan oleh :-
  • Lelaki mahupun wanita
  • Kanak-Kanak
  • Orang dewasa
  • Orang tua
  • Wanita Hamil
Istimewanya Set Glow Gelenggang


Keistimewaan Set Glow Gelenggang ni yang perlu korang tahu adalah ianya tidak pedihkan kulit, tidak panas, tidak berbau busuk, tidak berbau ubat dan tidak keringkan kulit.. Serius, memang produk ni tak berbau busuk sebaliknya bau wangi.. Aku suka baunya.. 

Seperti yang aku maklumkan sebelum ini, Set Glow Gelenggang ni mengandungi 2 item iaitu Sabun Herba Gelenggang dan Minyak Herba. Sabun Herba bersaiz 50gm manakala Minyak Herba pula bersaiz 30ml.. 

Untuk penggunaan sabun herba, korang boleh gunakannya pada muka dan badan.. Tak perlu was-was.. Kalau nak jimat, korang boleh potong kecil-kecil.. Aku sendiri pun potong kecil-kecil supaya tak membazir.. Apa yang bestnya sabun ni, ianya tak mudah cair, tak menjadi 'putih' dan tak mudah lembik.. Sabun herba ni bertekstur scrub.. Rasanya nyaman dan sejuk yang mild bila digunakan.. Sangat selesa!!


Bentuk dan warna Sabun Herba Gelenggang

Tekstur scrub Sabun Herba Gelenggang

Minyak Herba Gelenggang didatangkan dalam botol pump yang mudah digunakan

Cara Guna Set Glow Gelenggang

Cara menggunakan set Glow Gelenggang ni sangat mudah dan tak perlu mengambil masa yang lama.. Jom lihat step yang betul cara guna set Glow Gelenggang ini.. 
  • Mula-mula guna Sabun Herba semasa mandi
  • Kemudian, picit dan sapu Minyak Herba selepas mandi sebelum masuk tidur dan bila perlu atau lebih tepat bila korang rasa gatal-gatal..
  • Guna 2 - 3 kali sehari secara konsisten untuk hasil yang lebih optimum
Peringatan untuk semua pengguna set Glow Gelenggang!
Pastikan sabun tidak terendam dalam air dan simpan di tempat yang kering. Manakala Minyak Herba pula simpan pada suhu bilik.. Elakkan simpan di tempat yang panas dan terkena sinaran matahari supaya khasiatnya sentiasa berkekalan.

Testimoni Aku Sendiri

Secara keseluruhan aku sangat berpuashati dengan set Glow Gelenggang ni.. Aku dah gunakan pada anak aku untuk hilangkan kurap susu dan hasilnya sangat bagus.. Kurap susu pada dahi anak aku semakin pudar.. Aku sendiri pun dah cuba untuk hilangkan gatal-gatal dibahagian hidung akibat resdung.. Yesss kesannya sangat best.. Rasa gatal hilang lepas guna set Glow Gelenggang ni.. Memang terbaik..

Walaupun resdung aku ni jarang-jarang muncul tetapi sekali di datang, gatalnya memang tak tertahan.. Sampaikan merah hidung aku garu.. Hehe.. Lepas ada Glow Gelenggang ni, masalah gatal hidung dapat diatasi dengan mudah.. Tak perlu dah nak garu-garu sampai merah hidung.. Hiks.. Paling penting baunya best tak busuk.. Kalau bau busuk, rasanya aku sendiri tak sanggup nak pakai dekat muka aku ni.. Hehe.. Nasib baik bau Glow Gelenggang ni wangi.. Sampai excited nak guna.. Haha!!


Satu lagi yang aku suka tentang Glow Gelenggang ni adalah packaging dia.. Masa mula-mula sampai parcel tu, aku jadi excited sebab bungkusannya superb cute.. Tengoklah gambar kat atas ni.. Betapa kiutnya plastik pembungkus tu.. Hehe.. Dilengkapi sekali dengan beg hijau tu menjadikan set ini eksklusif..

Testimoni Pengguna Glow Gelenggang







Untuk lihat testimoni lain boleh klik SINI



Dapatkan Glow Gelenggang Sekarang Untuk Hilangkan Gatal-Gatal Dan Penyakit Kulit


Dengan Glow Gelenggang masalah gatal-gatal kulit dapat diatasi dengan mudah.. Jadi, untuk hilangkan gatal-gatal dan penyakit kulit yang korang alami dengan berkesan, dapatkan Set Glow Gelenggang sekarang juga!!

HARGA

SABUN HERBA
1 unit Sabun Herba Organik RM47
2 unit Sabun Herba Organik RM70 (Jimat RM24)
4 unit Sabun Herba Organik RM140 + FREE 1 unit Sabun Herba bernilai RM47 (Jimat RM95)

MINYAK HERBA
1 unit Minyak Herba Organi RM47
2 unit Minyak Herba Organik RM70 (Jimat RM24)

SET GLOW GELENGGANG
1 set RM70 (Jimat RM24)
2 set RM140 + FREE 1 unit sabun Herba bernilai RM47 (Jimat RM95)

**Setiap pembelian akan menerima FREE GIFT dari Glow Gelenggang

CAS POSTAGE
FREE Postage untuk seluruh Malaysia
RM50 untuk luar dari Malaysia

Berita Baik Untuk Anda!!

Kepada yang berminat untuk mendapatkan produk Glow Gelenggang ni, korang boleh dapatkan sekarang dengan harga yang lebih rendah.. Bagaimana tu? Ok, hari ni aku nak bagi korang semua code diskaun yang boleh korang gunakan semasa membuat pembelian Glow Gelenggang ini..



Jom order sekarang dengan menggunakan CODE DISKAUN : LEA10 untuk mendapatkan potongan sebanyak RM10 bagi setiap pembelian set Glow Gelenggang.. Caranya mudah sahaja, korang hanya perlu buat order Set Glow Gelenggang melalui whatsapp ke nombor 014-544 5951 dan nyatakan sekali kod diskaun tersebut untuk menikmati potongan yang diberikan..

Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Whatsapp
014-544 5951




Read More

Bersih Dan Segar Di Mana Sahaja Dengan Tisu Lembap Antibakteria Aiken

Saturday, February 17, 2018

8 comments
Bersih Dan Segar Di Mana Sahaja Dengan Tisu Lembap Antibakteria Aiken  |  Tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun tetap hadir. Itulah kuman dan bakteria yang sentiasa hidup di dalam dan disekeliling kita. Bakteria dan kuman membiak dengan cepat sehingga mampu menyebarkan pelbagai penyakit. Salah satu cara yang berkesan untuk mencegah kehadiran kuman adalah melalui penjagaan tangan agar ia sentiasa bersih.

Bersih Dan Segar Di Mana Sahaja Dengan Tisu Lembap Antibakteria Aiken, Aiken, tisu lembap, tisu lembap antibakteria, tisu basah,

AIKEN, jenama yang dipercayai sebagai produk penjagaan antibakteria sejak 3 dekad yang lalu kini memperkenalkan tisu lembap antibakteria iaitu Tisu Lembap Antibakteria Aiken. Produk ini berupaya menyingkirkan 99.9% bakteria merbahaya dengan berkesan dan memberikan haruman serta meninggalkan kelembapan pada kulit.  

Tisu antibakteria ini sungguh berguna ketika anda sedang sibuk dengan rutin harian. Mengelap trolley barangan serta pemegang bakul ataupun selepas memilih barangan runcit yang mudah rosak seperti daging, sayur-sayuran, buah-buahan mampu membantu mengurangkan penyebaran bakteria merbahaya berkat manfaat antibakteria dari Tisu Lembap Antibakteria Aiken ini.   


Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyediakan pembersihan serta-merta kerana ia dapat dibawa ke mana-mana sama ada di dalam kenderaan ataupun tas tangan kerana ia dapat digunakan untuk aktiviti luar, mengembara, berkelah, ke tandas awam, di kawasan taman dan lain-lain. Dalam keadaan seperti di pam petrol yang tidak menyediakan kawasan membasuh tangan yang berdekatan, pek tisu antibakteria sesuai dijadikan alternatif untuk membersihkan tangan anda.   

Tisu Lembap Antibakteria Aiken sesuai untuk digunakan oleh seluruh ahli keluarga dalam apa jua keadaan sekalipun. Pek Tisu Lembap Antibakteria Aiken boleh didapati dalam dua variasi menarik untuk dipilih iaitu :-

TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN  – PERLINDUNGAN EKSTRA 


Dirumus khas dengan Minyak Tea Tree yang terkenal dengan manfaat pembersih semulajadi untuk meningkatkan perlindungan. Ia menyegarkan serta membersihkan kulit daripada kekotoran, serta lebihan minyak dengan pantas supaya meninggalkan kulit berasa lebih bersih, lembut dan menyegarkan. Produk ini telah diuji secara dermatologi, ia selamat digunakan oleh seisi keluarga dan adalah 100% bebas alkohol.  

TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PELEMBAPAN EKSTRA 


Diperkaya dengan Aloe Vera untuk kelembapan yang selesa pada kulit. Tisu Lembap Antibakteria Aiken ini mampu menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya sambil mengekalkan kesegaran, kelembapan, serta memberikan anda kulit yang lembut. Tisu ini diperbuat dari fabrik bertekstur lembut yang membersih tanpa sebarang ketidakselesaan. Ia menjadikan kulit anda berasa segar dengan bau yang menyenangkan. Tisu Lembap Antibakteria Aiken adalah 100% bebas alcohol, telah diuji secara dermatologi dan selamat digunakan oleh seluruh ahli keluarga.  

Tisu Lembap Antibakteria Aiken yang baharu ini boleh didapati pada harga RM6.50(Semenangjung)/ RM6.80(Sabah & Sarawak) untuk pek berkembar. Produk yang mengandungi 20 helaian di dalam setiap pek ini boleh didapati di semua pasaraya terkemuka, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara.


Read More

WD-40® BIKE | Bagaimana Untuk Memastikan Basikal Anda Dalam Keadaan Baik?

Tuesday, February 13, 2018

7 comments
WD-40® | Bagaimana Untuk Memastikan Basikal Anda Dalam Keadaan Baik?  |  Membelanjakan wang beribu-ribu untuk sebuah basikal yang cantik bagi memperolehi perasaan yang begitu mengujakan dalam pengalaman menunggang basikal?  Dalam anda menikmati saat menunggang basikal dengan lancar, jangan dilupakan tiga perkara yang penting ini untuk menjaga dan memastikannya dalam keadaan terbaik.


Kali ini kita bercerita tentang KEBERSIHAN, PELINCIR dan PERLINDUNGAN. Setiap langkah adalah sangat penting, dan bagi setiap kaedah dan langkah yang digunakan membawa ke arah mengekalkan basikal anda sebagai mesin yang paling berkuasa, sama seperti saat pertama kali anda membelinya.


Oleh sebab itu, saya ingin perkenalkan kepada anda semua produk WD-40® yang telah dicipta secara komprehensif, yang merupakan produk untuk penjagaan basikal secara menyeluruh serta telah diuji dengan teliti untuk menyediakan pembersihan, pelinciran dan perlindungan yang terunggul bagi basikal kesayangan anda. 

Terdapat lima produk yang direka khas di bawah barisan penjagaan basikal ini, bagi memenuhi keperluan berbasikal dan penyelenggaraan yang berbeza.  Antaranya ialah :-

WD-40® BIKE All-Purpose Bike Wash



Dengan kesan surfaktan yang kuat, sama ada kotoran dan minyak mampu dihilangkan, menjadikannya berkilau bersih semula. Ia selamat untuk semua permukaan basikal, termasuk serat karbon, titanium, krom, aluminium keluli, getah, dan plastik.  


WD-40® BIKE Chain Cleaner & Degreaser


Dalam beberapa saat saja buih yang digunakan bertindak pantas membersihkan kotoran yang menempel pada permukaan dan menghilangkan minyak dan kotoran yang degil. Selamat untuk kemasan dan komponen basikal, tanpa perlu menggunakan pelarut sitrus atau asid.  



WD-40® BIKE Dry Chain Lube


Pelincir ini mengandungi formula polimer eksklusif yang mencipta filem kering untuk membuang habuk dan kotoran.. Sesuai untuk keadaan kering dan berdebu yang melampau.  

WD-40® BIKE All-Conditions Chain Lube


Pelincir berprestasi tinggi dan tahan lama untuk sebarang keadaan kering, basah atau berbeza-beza. Ia bagus untuk mengelakkan kerosakan geseran dan memanjangkan hayat rantai basikal.


WD-40® BIKE Wet Chain Lube


Sesuai bagi keadaan basah melampau dan bersalji, ini juga dicipta dengan formula eksklusif yang menghasilkan salutan tahan lama untuk menangkis air dan lumpur. 

Di sini juga saya sediakan beberapa tips untuk anda ikuti bagi mengekalkan basikal anda berada dalam keadaan baik.. Antaranya :- 

  • Jika anda hendak membersihkan rantai basikal anda, pastikan anda berbuat demikian dengan kedudukan basikal anda berada dalam keadaan statik, kerana menggerakkan rantai berulang kali akan melemahkan pautan dan dari masa ke masa boleh menyebabkan kegagalan.
  • Untuk menghilangkan minyak secara berkesan di rantai basikal, letakkan basikal anda di atas tempat kerja anda dan beralih kepada gelang rantai terbesar dan di tengah gigi gear. Sembur dengan WD-40® BIKE.
  • Penghapus dan Pembersih Rantai dalam rantai dan gelang rantai basikal. Gosok kotoran dengan berus yang agak keras. Bilas atau lap kering.
  • Apabila anda ingin melincirkan rantai basikal anda, titiskan pelincir ke setiap roller bukan hanya meletakkannya di sepanjang rantai basikal. Bagaimanapun, pelincir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap rantai luar kerana ia hanya berfungsi untuk mengurangkan geseran dan memastikan kotoran luar tidak masuk ke dalam roller. Jadi pastikan rantai digosok dengan kain selepas pelincir dibiarkan seketika, kerana sebarang pelincir yang tertinggal di luar rantai akan menjadi magnet untuk kotoran.
  • Apabila membasuh basikal anda, jangan lupa bahagian rangka bawah dan sepit udang, di mana bahagian berkenaan paling mudah tersangkut. Sembur basikal anda dengan WD-40® BIKE, kemudian guna berus lembut dan sembur ke semua sudut dan celah untuk mengeluarkan kotoran.
Seperti mana-mana peralatan, permainan atau harta benda yang lain, penyelenggaraan adalah kunci untuk memastikan semuanya berfungsi bagi tempoh masa yang lama.

Untuk mendapatkan lebih banyak tips atau langkah terbaik bagaimana untuk menjaga basikal anda, boleh melayari laman web, www.wd40.asia atau emel ke wakil WD-40’s Bike Series representative di sales@2escape.bike atau menghubungi talian 03-2724 3808.



Read More

Giveaway Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan by stnrsyfh

12 comments
Giveaway Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan by stnrsyfh  |  Selepas menyiapkan beberapa draft penting yang tertangguh, aku selitkan juga entry giveaway dari rakan blogger untuk aku join.. Hehe.. Hajat nak buat giveaway sendiri masih dalam perancangan mengumpul hadiah.. Jadi, sebelum giveaway sendiri dilancarkan, kita join dulu Giveaway Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan by stnrsyfh ni..

Klik banner untuk join

Ok, giveaway ni sebenarnya terbuka kepada blogger, instagrammers dan twitterians yang menetap di Malaysia.. Jadi, korang diseruuuu beramai-ramai untuk join giveaway ini bagi memenangi 2 buah buku yang menarik.. Syaratnya sangat simple tak menyusahkan korang.. Jadi, jom la join reramai yek..

Tarikh Tamat
17 Februari 2018

Read More

Juice Works | Penghilang Dahaga Terbaik Di Musim Panas

Monday, February 12, 2018

7 comments
Juice Works | Penghilang Dahaga Terbaik Di Musim Panas  |  Bunyi letupan mercun di waktu larut malam... Pelbagai jenis makanan yang enak dan Lou Sang... Tidak lupa juga ang pow berwarna merah.. Menandakan Perayaan Tahun Baru Cina akan kembali lagi... Kemeriahan bakal dirasai.. Selain daripada bunyi bising letupan mercun disana sini, makanan yang enak dan berkumpul bersama rakan-rakan serta orang yang disayangi, ada satu perkara lagi yang selalu dinikmati bersama pada musim panas. Ya, musim ini cuacanya memang benar-benar panas sepanjang tahun dan setiap tahun..


Bagaimana untuk menghilangkan dahaga di musim panas ini.. ? Haaaa daripada anda mengambil minuman soda yang mengandungi bahan kimia dan tiada kalori untuk mengatasi kehausan tekak, kenapa tidak memilih minuman yang kaya dengan nutrien yang SUPER DELICIOUS?  

Apa yang saya maksudkan adalah jus buah dan smoothies dari Juice Works.. Juice Works mempunyai pelbagai pilihan jus buah dan smoothies yang sangat sedap... 


Pernahkah anda mencuba Water Works? Diperbuat daripada campuran tembikai yang menyegarkan, nenas dan jus tropika.. Ia adalah cawan yang penuh dengan serat dan tenaga yang baik.  


Lychee Cooler pula mengabungkan lychee, tembikai dan sorbet juga merupakan pilihan yang sangat popular dan menyegarkan dketika cuaca yang panas.  


Bagi mereka yang lebih suka minuman yang lebih masam, Zesty Melon adalah pilihan yang tepat kerana ia merupakan gabungan dari buah oren, tembikai, limau dan sorbet menjadikan minuman ini yang terbaik untuk anda.  


Akan tetapi, minuman yang paling menjadi pilihan dan kegemaran ramai pada musim panas di Juice Works tidak lain tidak bukan adalah Prosperity Juice, yang diperbuat dari campuran jus iaitu oren mandarin, jambu batu yang sihat untuk jantung, strawberry dan jus laici... Dengan gabungan sorbet lazat, wangi dan menyegarkan ini membuatkannya lebih popular dan tinggi permintaannya pada musim ini sehebat dengan namanya yang akan memberikan anda semua yang terbaik pada tahun baru nanti..

Oleh itu, jadikan ini sebagai pilihan terbaik buat anda di musim panas ini.. Jangan lepaskan peluang ini, pilihlah jus yang terbaik untuk penghilang dahaga dimusim panas yang ditawarkan di Juice Works sekarang!

Mereka di Juice Works mengucapkan Gong Xi Fa Chai kepada semua pelanggan mereka..


Untuk maklumat lanjut, sila layari :-

Website



Read More