Tarikh Bayaran Khas Tahun 2017 Bagi Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan

Friday, December 15, 2017

11 comments
Tarikh Bayaran Khas Tahun 2017 Bagi Kakitangan Kerajaan Dan Pesara  |  Alhamdulillah.. Tarikh bagi  Bayaran Khas Tahun 2017 untuk kakitangan kerajaan dan juga pesara telah diumumkan.. Kebetulan pulak tarikh bayaran  tersebut dibuat sebelum tarikh ayah mertua aku berangkat ke tanah suci Mekah.. Jadi, dah tak perlu runsing pasal modal nak hantar beliau nanti... Syukur Alhamdulillah, dipermudahkan olehNYA.. 

bonus 2018, bonus 2017, bayaran khas tahun 2017, bonus kakitangan kerajaan, bantuan khas 2018
Tarikh Bayaran Khas Tahun 2017 Bagi Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan

13 Disember 2017, Pekeliling bagi Bayaran Khas Tahun 2017 telah pun dikeluarkan dan tarikh Bayaran Khas Tahun 2017 adalah pada 08 Januari 2018.. Bagi penjawat awam akan menerima sebanyak RM1,000 manakala bagi Pesara Kerajaan pula akan menerima RM 500.. Alhamdulillah rezeki tahun ni lebih sikit berbanding tahun-tahun sebelum ni.. Bagi mereka yang mempunyai anak yang masih bersekolah, pastinya sangat mengharapkan bantuan khas ini kan, bagi menampung keperluan persekolahan anak-anak.. Haaa korang yang tak de anak sekolah tu, apa plan korang? Nak guna duit tu untuk apa? Atau sebagai tabungan untuk masa hadapan?

Hurmm bagi aku pula, dengan duit RM1000 yang bakal aku terima nanti, aku nak bayar hutang piutang aku seperti Cukai Tanah tanpa sedar yang dah 2 tahun tak berbayar... Adeh.. Kenapalah aku cuai sangat yek.. Cukai Pintu yang masih tertunggak tu pun aku nak settle semua sekali supaya tak mengganggu fikiran aku ni.. Haha.. Selebihnya, aku nak buat back up untuk hantar ayah mertua pergi umrah nanti... Bila hutang settle, barulah boleh hidup tenang dan bersenang lenang tanpa perlu fikir apa-apa dah pasal hutang..  Tak gitu? Haha... Serius weh, kalau berhutang ni rasa semak otak..

Ok, kalau korang nak tengok Pekeliling Bayaran Khas Tahun 2017 yang dikeluarkan oleh JPA pada 13 Disember 2017 yang lalu, korang boleh klik SINI ye..


Read More

Giveaway Hadiah Misteri Dari Astraveler

Friday, December 8, 2017

18 comments
Giveaway Hadiah Misteri Dari Astraveler  |  Hujung tahun ni ramai betul blogger buat giveaway dengan hadiah yang menarik.. Rasa rugi pulak kalau tak join.. Mungkin untuk penutupan tahun 2017 dorang rasa terpanggil untuk hadiahkan sesuatu buat kengkawan blogger mereka kan.. Satu lagi giveaway yang agak menarik dengan hadiah misterinya.. 

Klik banner untuk join

Bila dah misteri tu mesti lagik ramai yang teruja nak join.. Ye dak? Mane taknya, dorang mesti tertanya-tanya dan ternanti-nanti, apakah hadiah yang misteri sangat tu.. Haaaa, jadi aku pun teruja jugaklah nak join giveaway yang agak misteri ni.. Hehe.. Apa kata, kita pakat join ramai-ramai.. Manelah tahu kan, ada rezeki menang hadiah misteri.. 

Tarikh Tamat
31 Disember 2017
Read More

Giveaway Yes 2017 By Roxalynne

10 comments
Giveaway Yes 2017 By Roxalynne  |  Orite, disebabkan aku tersangatlah free dikala ini jadi aku nak la join giveaway yang kengkawan blogger buat.. Dalam masa yang sama aku dok tertunggu-tunggu parcel samapi untuk entry aku seterusnya nanti.. hehe.. Tak sabar rasanya menunggu kehadirannya... Haha!! Ayat cam ampeh jerk kan.. Oklah, jom join Giveaway YES 2017 by Roxalynne ni..

Klik banner untuk join

Hadiah yang disediakan untuk pemenang sangat menarik.. Jadi, korang yang  mana blogger tu jom la join giveaway ni.. Lagi ramai lagik meriah kan.. Hehe.. Aku ni pulak bilalah nak buat giveaway lagik ye.. Asyik dok join giveaway kengkawan jerk.. Hiks..

Tarikh Tamat
30 Disember 2017



Read More

Mystery Giveaway by www.myafarisha.com

8 comments
Mystery Giveaway by www.myafarisha.com  |  Moh semua pakat join giveaway anjuran Blogger Mya ni.. Hadiah menarik menanti korang..

Mystery Giveaway by www.myafarisha.com


Klik banner untuk join

Cara penyertaan :
  • Mesti menetap dalam Malaysia
  • Boleh pilih untuk join di blog atau di instagram atau kedua-duanya. Tapi, Mya akan pilih salah satu kalau nama terpilih untuk dua-dua penyertaan.
  • Untuk penyertaan blog, 
    • Mesti follow blog Mya dan instagram Mya
    • Like page Mya *untuk memudahkan komunikasi*
    • Buat entri dengan tajuk "Mystery Giveaway by www.myafarisha.com".
    • Copy and paste code yang diberikan di bawah ni dan publish.
    • Tinggalkan link entri dalam bahagian komen.
  • Untuk penyertaan instagram, boleh rujuk di post ini.
Hadiah :
  • Mystery box bernilai RM100 untuk setiap pemenang.
Tempoh :
  • Bermula 8 Disember 2017 sehingga 8 Januari 2018

Read More

Review Movie | Tombiruo - Penunggu Rimba

Wednesday, December 6, 2017

7 comments
Review Movie | Tombiruo - Penunggu Rimba  |  Wohaaa!! Akhirnya dapat jugak tengok movie yang sememangnya aku nanti-nantikan kemunculannya iaitu Tombiruo - Penunggu Rimba.. Walaupun agak terlewat untuk mengetahui jalan cerita yang digarap dari sebuah novel karya penulis terkenal, Ramlee Awang Murshid ini tetapi semangat untuk menonton tu tetap ada.. Hehe.. Best ke? Haaa nanti aku cerita pandangan aku tentang movie viral ini ye.. Hiks..

filem melayu, filem aksi, filem best, tombiruo, penunggu rimba, novel best, filem adaptasi novel
Tombiruo - Penunggu Rimba   

Walaupun tak berkesempatan untuk menonton dipawagam tempoh hari dek kerana aku masih dalam tempoh berpantang, jadi baru-baru ni aku telah menebus kekecewaan itu.. Eceli, koleksi novel Tombiruo telahpun aku baca dan hadam iaitu Tombiruo, Tombiruo Terakhir dan Semangat Hutan... Dari jalan cerita novelnya, aku sangat kagum dengan penulis kerana dapat menghasilkan sebuah karya yang sangat mantap dan meninggalkan kesan kepada pembaca sehinggakan aku mencari-cari lagi koleksi novel beliau untuk dijadikan bahan bacaan aku.. Pendek kata, jalan ceritanya sangat menarik dan mendebarkan..


Pandangan Aku Tentang Movie Tombiruo

Untuk movie pula, aku boleh katakan ianya tidak sehebat novel.. Kalau tak silap aku banyak jalan ceritanya diubah.. Mungkin aku terlupa jalan ceritanya? Ternyata tidak, kerana aku juga ada bertanya kepada peminat setia novel Ramlee Awang Murshid yang juga telah menonton movie ini iaitu bff aku sendiri Yatt.. Dia juga sependapat dengan aku.. Mungkin juga untuk memendekkan cerita tersebut sebab itulah diubah dan diolah balik jalan ceritanya..

Bagi aku yang dah baca novelnye, agak terkilan jugak sebab aku mengharapkan ianya sama hebat dengan novel yang aku baca.. Tetapi bagi yang belum membaca novelnya lagi, mungkin pandangan mereka berbeza dari pandangan aku.. Sungguhpun begitu, aku tetap suka akan movie Tombiruo ni walaupun jalan ceritanya agak berbeza sedikit.. Banyak aksi-aksi menarik di dalam filem ini dengan lakonan mantap dari setiap pelakon.. Tak la rasa kecewa sangat... Hehe.. Ini pendapat aku aje la ye sebagai penonton.. Jangan pulak kecam mak yeee.. Haha!!

Berapa Bintang Dari 5 Bintang Yang Tersenyum?



Kredit foto : Sinar Harian

Watak Yang Aku Suka?

Eceli, ramai pelakon yang aku suka berlakon dalam filem ni.. Paling suka ofkos la watak Tombiruo atau Ejim itu sendiri yang dilakonkan oleh hero malaya, Zul Ariffin.. Tapi sayang sekali, Zul harus mengenakan topeng dalam filem ni, jadi tak terasa sangatlah kehadiran Zul dalam filem ni.. Adeh.. Apa-apa pun lakonannya sentiasa mantap gitu..

Watak kedua, aku suka watak Pondolou yang dilakonkan oleh Faizal Hussien.. Aku memang suka tengok dia berlakon.. Mungkin sebab lakonannya menjadi kot bagi setiap watak yang diberikan.. Farah Ahmad pun best memegang watak Monsiroi.. Real kot.. Seram jugak tengok.. Hehe..


Adakah filem ini ada sambungannya? Harap-harap cenggitulah kan.. Sebab ikut cerita novel, Ejim akan memiliki paras rupa yang elok selepas membuat pembedahan.. Huhu.. Tapi yang  tak bestnya, rupanya sama seperti kembarnya Amiruddin yang dilakonkan oleh Farid Kamil.. So, ini bermakna watak Ejim akan digantikan oleh Farid Kamil la kalau ikut pada novel.. Tu pun kalau ada sambungan.. Zul Ariffin apa cite?? Haha.. Alah, kalau ada sambungan mesti jalan cerita diubah dan diolah lagikkan.. Takan nak kuburkan watak Zul Ariffin.. Tak bestla.. Huhu.. Berangan jerk aku ada sambungan kan.. Haha..

Nak Tengok Filem Terkini Di Pawagam Sekarang?

Haaa kalau nak tengok filem apa sedang ditayangkan dipawagam sekarang dan nak tengok sekali trillernya, anda boleh terus ke website  https://www.showtimes2u.com/ untuk lihat senarai pawagam dan waktu tayangan filem dipawagam berhampiran dengan korang.. Banyak tau movie terbaru yang best-best sekarang.. Map ke pawagam pun disertakan sekali dalam website tu.. Sangat membantu...

Read More

Murad® Retinol Youth Renewal Eye Serum Menghalang Penuaan Menjadikan Anda Kembali Remaja

Friday, December 1, 2017

11 comments
Murad® Retinol Youth Renewal Eye Serum Menghalang Penuaan Menjadikan Anda Kembali Remaja | Murad® jenama penjagaan kulit klinikal yang tidak asing lagi telah melancarkan Retinol Youth Renewal Eye Serum, serum anti-penuaan baru yang menyasarkan tanda-tanda yang kelihatan dengan cepat tanpa sebarang kesan sampingan.  Diformulasikan oleh Retinol Tri-Active Technology, serum yang mampu bertindak cepat ini mampu mengurangkan garis kedutan secara mendalam, menegangkan, melicinkan kulit, menyinar dan memudakan kulit. 

Murad® Retinol Youth Renewal Eye Serum Menghalang Penuaan Menjadikan Anda Kembali Remaja, serum muka, serum bagus, serum berkesan, serum cantik, serum awet muda, produk murad


Mengikut kajian yang dibuat oleh Murad, 93% pengguna telah melihat pengurangan garis dan kedutan pada kulit mereka manakala 98% mengatakan kulit mereka lebih licin berbanding sebelumnya dan 87% telah mendapat kulit yang lebih tegang selepas hanya dua minggu penggunaan.*  

Retinol dikenali sebagai bahan anti penuaan berstandard emas; itulah sebabnya pesakit saya kerap memintanya,” kata Dr. Howard Murad, pengasas Murad. 

Walaubagaimanapun, saya telah melihat keperluan yang signifikan untuk product baru yang memberikan hasil yang lebih cepat dan tidak akan menyebabkan kerengsaan dan kekeringan. Setelah bertahun-tahun penyelidikkan dan pembangunan, saya berbangga mengatakan bahawa kita akhirnya telah menyempurnakan ilmu retinol dengan serum ini.”  

Walaupun terdapat banyak produk retinol di pasaran yang bergantung kepada satu bentuk retinol dan mengambil masa beberapa minggu untuk mendapat perubahan yang ketara tetapi formula unik Murad ini mempunyai gabungan tiga teknologi retinol untuk memberikan hasil yang lebih cepat tanpa kerengsaan. Hasil daripada tiga gabungan ini, Retinol Youth Renewal Eye Serum memberikan hasil pada paras optimum dengan retinol bekerja lebih cepat, memberikan hasil yang mampan dan meningkatkan keberkesanan.  



Retinol Tri-Active Technology berfungsi melalui tiga cara :-  
  • Fast-Acting Retinoid - Mempercepatkan hasil melalui peningkatan perolehan selular 
  • Time-Released Retinol - Encapsulated in a lipid shell perlahan-lahan meresap ke dalam kulit, ia menyampaikan retinol yang konsisten dan berterusan sepanjang masa 
  • Retinol Booster - Meningkatkan keberkesanan dengan bertindak seperti magnet untuk membantu meningkatkan daya penerimaan kulit kepada manfaat retinol. 
  • Peptide-rich Red Algae Extract - Meningkatkan ketegasan dan keanjalan kulit sambil menenangkan kulit melalui Krim Malam.    


Sebagai tambahan kepada pecahan formulasinya, Murad Retinol Youth Renewal Eye Serum ini merupakan antara yang pertama mengamalkan penggunaan Swertia Flower Extract, bahan yang berasal dari Himalaya dan diiktiraf atas keupayaannya untuk membantu di dalam pertumbuhan semula sel-sel kulit selepas terbakar. Ekstrak ini, apabila digabungkan dengan bahan aktif yang lain, ia dapat mengurangkan kerengsaan dan melembutkan kulit. Retinol Youth Renewal Eye Serum ini juga menggunakan Hyaluronic Acid Spheres untuk menghidrat dan menyejukkan kulit serta melicinkan.  


Retinol Youth Renewal Eye Serum (RM 478 30ml), dan Night Cream (RM 428, 50ml) boleh di dapati di Murad.com.my, kedai-kedai utama Murad, Sephora dan salun di seluruh negara bermula Januari 2018. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Retinol Youth Renewal Eye Serum atau produk-produk Murad lain, sila layari Murad.com.my atau cari kami di Facebook, Twitter, Instagram, YouTube and Pinterest.   



Read More

Birthday Giveaway November By Blog Syifa

5 comments
Birthday Giveaway November By Blog Syifa  |  Assalamualaikum wbt.. Hi uolls.. Selamat pagi.. Hehe.. Macam biasa aku akan keudara ditengah malam pagi buta.. (ada ke istilah cenggitu? hiks) Disebabkan aku diseru dengan tag oleh seseorang untuk join giveaway ini, jadi aku pun joinlah untuk menunjukkan aku ni support rakan-rakan blogger buat giveaway.. (perghhh ayat berdarah hidung... berlagak tak hengat.. hahaha... jangan kecam mak ye nakkk!!) Jom up banner giveaway dulu kasi semangat bergiveaway tu berkobar-kobar sikit.. kehkehkeh!!

Birthday Giveaway November By Blog Syifa
Birthday Giveaway November By Blog Syifa
Nak join, klik banner kat atas nun ye!

Alah comeynye banner dia.. Ada tedibey deting lagik tu.. hehe.. Ok, tentang giveaway ni aku dapat tahu daripada seorang rakan blogger iaitu blogger Najah Mustafa geng blogger pantai timur kita.. ThankQ Najah sudi tag untuk giveaway ni.. Dan dengan rasminya aku join Birthday Giveaway November by Blog Syifa ni.. 

Kalau korang nak tahu, hadiah yang ditawarkan sangat-sangatlah bestttt!! Kalau korang tak join memang rugi besar.. Nak tahu apa hadiah yang disediakan? Jom semak sesama..

Hadiah Pertama 
1) Hadiah Misteri.  
2) Tudung dari koleksi 3nurulscollection. 
3) Fridge Magnet.  
4) Kupon Diskaun Baucer beli-belah dari 3nurulscollection.  
5) Tersenarai dalam Bloglist di Blog Nabilasyifa dan 3nurulscollection (setahun).       

Hadiah Kedua 
1) Tudung dari koleksi dari 3nurulscollection.  
2) Fridge Magnet.  
3) Kupon Diskaun Baucer beli-belah dari 3nurulscollection.  
4) Tersenarai dalam Bloglist di Blog Nabilasyifa dan 3nurulscollection (setahun).       

Hadiah Ketiga
1) Tudung dari koleksi dari 3nurulscollection.  
2) Fridge Magnet.  
3) Kupon Diskaun Baucer beli-belah dari 3nurulscollection.  
4) Tersenarai dalam Bloglist di Blog Nabilasyifa dan 3nurulscollection (setahun).

Menarik kan!! Banyak gile kot hadiah disediakan untuk 3 orang pemenang.. Jadi, tak payah lah dok garu-garu dagu tu, moh le pakat join giveaway gempak ni... Tak join korang rugi.. sekian!!!! oh lupa, nak tag jugak la 3 orang kengkawan blogger aku.. Siapa yekk?? Hurrmmm... Haaaaaaa...

......... Sha Mohamad
......... Siqah
......... Sis Hawa


Tarikh Tamat
31 Disember 2017


Read More