Giveaway Comel By Syahirah Valiant

Friday, September 22, 2017

9 comments
Giveaway Comel By Syahirah Valiant  | Assalamualaikum... Hai korang... Yeahhh, kali ni dengan gigihnye aku join giveaway dengan menaip entry ni menggunakan android aku... Memang sekso sikit, tapi dek kerana giveaway comel by Syahirah Valiant ni hadiahnya agak menarik, ku kuatkan semangat besarkan bijik mata, kecikkan jari jemari menaip entry ini.. Hehe.. 

giveaway, contest, planner, planner addict
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Sejak dua menjak terjebak dengan dunia planner addict ni, aku terlebih excited bila ada rakan blogger yang anjurkan giveaway dengan menawarkan hadiah berupa tools planner... Itu sebab aku cakap, hadiah giveaway ni sangat menarik bagi aku... Hiks.. 

Dengan lafaz bismillah aku join giveaway ni.. Moga ada rezeki aku untuk menang.. Haha.. Yela, dah join giveaway haruslah nak menangkan... Kalau tak menang tu, tandanya bukan rezeki kita.. Sekurang-kurangnya kita dapat support antara satu sama lain.. Tak gitu... Dunia blogging ni memerlukan kite support sesama kita.. Baru ukhwah tu terjalin lebih baik... Cewaaahhh.. Berceramah free lak kat sini yek..

Oklah, kalau korang nak join boleh klik banner kat atas nunn ye... Jangan memalu jangan sesegan tau... Just one click!!

Tarikh Tamat
9 Oktober 2017



Read More

Dengarlah Suara Hatimu Dan Minum Minuman Yang Lebih Sihat!

Thursday, September 21, 2017

14 comments
Dengarlah Suara Hatimu Dan Minum Minuman Yang Lebih Sihat!  |  Senyap dan merbahaya, ia merayap didalam anda semasa anda tidak menyedarinya. Dan ia adalah pembunuh No. 1 di negara ini. Apa yang kami maksudkan adalah penyakit jantung, dan kira-kira 20% daripada rakyat Malaysia terdedah kepadanya. Menurut kajian Institute Jantung Negara (IJN), penyakit jantung adalah punca utama kematian dikalangan wanita dan bukan kanser payudara sepertimana yang dianggap oleh kebanyakkan orang. 

Wanita yang berusia 45 tahun ke atas mempunyai kebarangkalian yang sama seperti lelaki untuk mengalami penyakit jantung. Sebelum menopaus, badan wanita mempunyai kelebihan berbanding dengan lelaki, kerana badan mereka menghasilkan jumlah estrogen yang mencukupi untuk mengurangkan risiko serangan jantung berbanding dengan lelaki. 

Akan tetapi, selepas menopaus berlaku, bilangan perlindungan daripada estrogen menurun, dan jika ia digabungkan dengan faktor risiko lain seperti diabetes dan obesiti, itulah bagaimana penyakit jantung akan berlaku. Realitinya, kami berada di negara yang mana IJN menyaksikan pesakit lelaki/wanita – semuda 20 tahun menjalani pembedahan pintasan untuk membersihkan arteri yang tersumbat.


Oleh itu, sempena Hari Jantung Sedunia yang akan berlangsung pada 29 September setiap tahun, Juice Works memperkenalkan “Heartbeat”, minuman bermusim yang di penuhi dengan semua kebaikan semulajadi untuk membantu kami melawan pembunuh senyap ini. 

Jus ini diperbuat dari limau gendang, timun, oren, lobak merah dan epal. Heartbeat kini boleh didapati di setiap cawangan Juice Works dan Juice Works2Go. Apa lagi, jika anda seorang ahli VIP Juice Works, anda akan juga mendapat 10% diskaun daripada harga runcit**! 

Kenapa Limau Gedang? Kerana gabungan nutrien berkuasa serat, lycopene, vitamin C, kalium dan choline di dalam limau gedang ini boleh membantu mengekalkan jantung yang sihat. Satu penyelidikan mendapati bahawa makanan yang ditambah dengan limau gedang merah segar mempengaruhi tahap lipid darah, terutama trigliserida. 

Kenapa Timun? Rendah kalori, kandungan fiber dan air yang tinggi, timun juga adalah kaya dengan potassium yang membantu mengurangkan tekanan darah. Ia juga mengandungi polifenol yang dipanggil lignans, yang boleh mengurangkan risiko kanser tertentu. Ia kaya dengan vitamin K yang penting untuk kesihatan tulang.   

Kenapa Oren? Para penyelidik telah melaporkan bahawa buah ceria ini mempunyai antioksidan yang dipanggil hesperidin, yang meningkatkan fungsi saluran darah dan membantu menurunkan risiko penyakit jantung seseorang. Hesperidin adalah sebatian yang berasaskan tumbuhan yang dipanggil falvonoid, yang dikatakan dapat meningkatkan kesihatan sel-sel yang halus yang mengalirkan saluran darah. 

Kenapa Lobak Merah? Lobak merah adalah sumber yang sangat baik untuk antioxidant alpha dan beta karoten, yang diproses oleh tubuh badan ke retinol (vitamin A), yang baik untuk kulit, paru-paru, sistem kekebalan tubuh dan kesihatan jantung. Ia juga mengandungi antioksidan lutein, yang penting untuk kesihatan mata. 

Kenapa Epal? Kajian telah menunjukkan bahawa memakan epal setiap hari dapat membantu menurunkan kolesterol jahat yang disebut LDL dalam tubuh badan dan dua penanda lain yang berkaitan dengan plak dan peradang di dinding arteri. Ia seolah-olah epal hidup sehingga pepatah lama membantu untuk menghindari daripada doktor apabila dimakan setiap hari. 

Jadi, dengarlah suara hatimu dan dapatkan Heartbeat hari ini untuk menjadi lebih kuat dan sihat! 
  • Ia tidak boleh digabungkan dengan diskaun / penawaran / baucar yang lain 
  • Minuman bermusim ini hanya boleh diperolehi sehingga 31 Oktober 2017. 
  • Sementara stok masih ada 
  • Juice Works Malaysia mempunyai kata putus terakhir mengenai promosi ini.


Read More

Review Novel | Pelaris Karya Muhammad Fatrim

Monday, September 18, 2017

13 comments
Review Novel | Pelaris Karya Muhammad Fatrim | Assalamualaikum wbt. Hi korang!! Tak best rasanya kalau dibiarkan blog bersawang terlalu lama.. Walaupun masih dalam pantang, rindu yang amat nak update blog.. Jadi, aku siapkan jugak entry yang dah lama dok dalam draft ni.. Novel pelaris karya Muhammad Fatrim ni sebenarnya dah lama aku beli tapi 31hb Ogos yang lepas baru berkesempatan aku baca.. Nampaknya, novel ni mampu menarik minat membaca aku... Nak tahu kenapa? Teruskan baca entry ni sampai habis ye..

pelaris, muhammad fatrim, novel seram, novel best, novel hantu, best seller, buku fixi
Pelaris karya Muhammad Fatrim

Dengan mengambil masa lebih kurang 2 hari lebih aku dapat habiskan baca keseluruhan novel ni... Bagi aku, novel ni mempunyai keistimewaannya tersendiri dari segi jalan ceritanya.. Bila disebut saja tentang pelaris, mesti korang dah tahu kan berkenaan apa... Novel ini mengisahkan sebuah kedai makan yang dikendalikan oleh seorang wanita bernama Mawar yang telah kematian suaminya menggunakan pelaris bagi melariskan kedainya yang pada awalnya hampir-hampir ditutup kerana tidak dikunjungi oleh pelanggan.. 

Jalan singkat yang diambil olehnye ini telah mengancam hidup dia dan anaknya serta hampir-hampir meragut nyawa anaknya.. Tanpa dia sedar pembantu kedainya yang berasal dari indonesia yang juga telah lama bekerja di kedai itu sebagai tukang masak sejak suaminya masih hidup lagi telah mengkhianatinya kerana tukang masak itu adalah isteri kedua suaminya.. Punca kedainya tidak berpelanggan adalah disebabkan oleh perbuatan jahat tukang masak yang  juga merangkap madunya itu... 

Setelah itu, datang seorang lelaki sebagai pekerjanya untuk membantu memperbetulkan keadaan.. Dengan usaha lelaki itu, segalanya dapat diselesaikan dengan baik... Dan akhirnye mawar dan anaknya terselamat daripada pelaris yang dibelanya.. 

Tulah serba sedikit jalan cerita novel ni yang dapat aku kongsi dengan korang... Bagi aku, aku suka jalan cerita yang digarap oleh penulis.. Penuh misteri sampaikan aku rasa pelaris tu ada disekitar aku... Hehe.. Kalau dulu-dulu aku ingat pelaris ni tidak mengancam nyawa si pemakainya/penggunanya.. Tapi sebenarnya, silap langkah akan memakan diri sendiri.. Banyak pengajaran juga dalam cerita novel ni.. Tak rugi baca sebab ianya dapat menyedarkan kita betapa bahayanya bila dah terjebak dengan ilmu pelaris ni.. 


Ok, macam biasa kalau novel dari Muhammad Fatrim memang aku akan beli terus dari penulisnya dan dapatlah aku tinta cinta dari beliau.. Haha!! 


Kalau korang rasa nak baca jugak buku ni boleh la beli yek.. Baca la dulu sinopsisnya ni.. Baru boleh nilai sendiri best ke idok.. Karya dari Muhammad Fatrim ni, memang tak pernah mengecewakan aku... Semuanya best-best... Dok usha kat facebook beliau sekarang ni ada lagi buku baru nak keluar tu.. Kena dapatkan cepat la nampaknye ni.. Rugi tak baca.. Serius uolls!!

Ok la, nak kasi review dekat goodreads tak boleh ye sebab novel ni special edition dari penulis dan dikeluarkan sendiri oleh penulis tanpa ISBN... So, memang tak de la dalam goodreads.. Makanya, kene review sendiri aje.. 

Read More

Shawl Halfmoon Hajra Hadiah Dari Giveaway CikLaPunyaBelog

Sunday, September 10, 2017

24 comments
Shawl Halfmoon Hajra Hadiah Dari Giveaway CikLaPunyaBelog  |  Alhamdulillah sempat juga update entry tentang shawl halfmoon Hajra hadiah giveaway CiklaPunyeBelog ni sebelum aku bersalin.. Hadiah ni atas kemenangan aku dalam menyertai Giveaway Tudung Preloved Halfmoon by Hajra ciklapunyabelog.blogspot.my pada 03 Ogos 2017 yang lalu... Tak sangka juga sebenarnya aku terpilih sebagai pemenang sebabnya memang ramai sertai giveaway ni.. Mungkin dah tertulis kot rezeki ini untuk aku.. Alhamdulillah.. 

shawl, halfmoon, hajra, shawl bersulam, shawl cantik, hadiah giveaway,
Shawl Halfmooh Hajra Hadiah Dari Giveaway CikLaPunyaBelog

Hadiah ni baru sampai petang kelmarin... Kemain excited aku bukak parcel sebab nak tahu warna apa yang aku dapat.. Akhirnya dapat jugak warna yang aku harapkan.. Biru.. Yep, bila diumumkan nama pemenang, aku dah simpan dalam hati agar aku ada rezeki untuk dapat shawl yang berwarna biru.. Tak sangka, betul-betul dapat warna biru.. Hehe...

Apa-apa pun thankz to Cik La sebab pilih aku sebagai pemenang dan sekali pakej kasi hadiah shawl warna yang aku hajati.. Hiks.. Aku doakan moga CikLa selaku penganjur giveaway tersebut, sentiasa berada dibawah lindunganNYA dan sentiasa dibuka pintu rezeki yang luas serta dilimpahkan dengan rezeki yang halal..

Aku suka shawl ni.. Kualiti kain memang terbaik.. Tebal tau shawl dari Hajra ni.. So, bila pakai tak de la risau tentang jarang kainnya.. Dan juga senang dibentuk.. Sulamannya pun kemas dan cantik.. Tak sabar aku nak cuba.. Tak berkesempatan lagi untuk menggayakannya.. Insyaallah, nanti aku gayakan dan tempek gambar kat IG, FB dan juga disini.. Hehe..


Read More

6 Petua untuk Atasi Rambut Gugur

Saturday, September 9, 2017

19 comments
Assalamualaikum wbt..


Punca Dan Petua untuk Atasi Rambut Gugur  |  Tadi dok sikat rambut, banyak pulak rambut gugur.. Terus terfikir untuk up entry tentang rambut gugur ni.. Rambut aku ni dah lama bermasalah keguguran rambut.. Puncanya dulu suka sangat buat rambut ni pelbagai gaya.. Sekejap rebonding.. Sekejap curl.. Pastu rebonding balik.. Pastu warnakan lagi.. Gile tak gugur.. Tapi itu dulu la.. Rambut aku boleh dikatakan totaly dah rosak akibat bahan kimia yang melampau.. Cumanya aku malas sangat nak amek port nanti boleh menyebabkan aku stressssss!!

Aku yakin dekat malaysia ni ramai orang mengalami masalah keguguran rambut kan?? Masalah keguguran rambut ni bukanlah berpunca semata-mata akibat penggunaan bahan kimia sahaja tetapi rambut berminyak dan berkelemumur juga boleh menyebabkan keguguran tau.. Ok, jom tengok apakah punca-punca lain lagi menyebabkan keguguran rambut ni..

Punca-Punca Rambut Gugur
  • Genetik
  • Tekanan/Stress/Sakit/Menjalani pembedahan
  • Horman tak stabil
  • Kekurangan Zat/Nutrisi
  • Pengambilan ubat-ubat yang tertentu
  • Penggunaan produk rambut yang terlalu kerap seperti pewarna rambut, penyembur rambut, menggunakan ubat lurus dan kerintingkan rambut dan pelbagai lagi produk yang mengandungi bahan kimia yang boleh menggugurkan rambut
  • Melahirkan anak (kebiasaannya bersifat sementara)
  • Paras selenium dan Vitamin A terlalu tinggi
  • Tahap Estrogen rendah

6 Petua Untuk Atasi Rambur Gugur


Sekarang ni dah banyak ubat-ubat moden untuk mengatasi rambut gugur.. Tapi aku tak pastilah sejauh mana keberkesanannya kerana tak pernah mencubanya... Hurmm bagi aku baik kita cuba cara tradisional dulu kerana cara tradisional ni menggunakan badan-bahan dari alam semulajadi kan.. Tida bahan kimia.. Selamattt gituu.. 

Apakah petuanya?? Jom kite terjah..


PETUA 1

Limau Nipis


Limau nipis ni sememangnya banyak khasiatnya.. Ianya boleh menghilangkan kelemumur.. Kelemumur juga boleh menyebabkan rambut gugur... So, untuk elak rambut gugur kenalah cegah kelemumur terlebih dahulu... Bagi yang bermasalah kelemumur, bolehlah mencuba petua ni dengan menyapu/menggosok perahan air limau nipis ke kepala setiap 2 minggu sekali... Kena rajin dan tak boleh la angat-angat tahi ayam aje bak kata orang-orang tu.. Hehe..


PETUA 2

 Santan



Untuk petua ini, santan perlulah dilumurklan keseluruh rambut sampai ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang terbaik.. Perapkan dengan tuala selama setengah jam.. Biarkan ia berminyak dan meresap.. Kemudiam barulah basuh dengan air suam.. Cara ini perlu dibuat sebulan sekali sahaja.. Selain mengatasi masalah rambut gugur, santan juga dapat menyihatkan rambut dan membuatkan rambut bersinar...


PETUA 3

 Daun Bunga Raya


Petua ni agak femes dikalangan kita.. Antara petua yang berkesan adalah dengan menggunakan daun bunga raya yang diramas dengan air.. Kemudian dilumurkan ke seluruh kepala.. Lendir daripada daun bunga raya ni dipercayai dapat menyuburkan akar rambut... 


PETUA 4

 Kulit Tembikai


Tanpa kita sedar rupanya kulit tembikai pown ada gunanyakan.. Dengan menggunakan kulit tembikai yang bahagian dalam warna putih tu, korang gosokkan kulit tembikai tersebut pada kulit kepala korang... Biarkan dalam 30 minit supaya ianya meresap ke kulit kepala.. Lepas tu barulah boleh cuci..

Kalau korang nak biarkan semalaman pown boleh.. Sebelum masuk tidur tu korang buatlah cara di atas dan pakai shower cap atau balut dengan tuala pown boleh supaya airnya tak terkena bantal.. Keesokan harinya barulah cuci.. Amalkan petua ini sekali seminggu...


PETUA 5

 

Ambil lendir daun lidah buaya dan sapukan ke rambut hingga ke kulit kepala.. Amalkan selalu, InsyaALLAH dalam masa 2 bulan rambut tidak akan gugur lagi malahan cantik dan sihat.. Daun lidah buaya ni  banyak khasiatnya tau.. Bukan takat mengatasi rambut gugur tapi dapat menyuburkan rambut dan mencantikkan rambut..


PETUA 6

 Air Rendaman Kacang Hijau


Oke, last sekali ni cara dia mudah aje.. Kacang hijau hendaklah direndam semalaman.. Keesokannya, tapis airnya dan sapu ke kulit kepala sambil korang picit-picit manja kepala korang tu.. Haha..  Petua ini boleh diamalkan selalu sehingga rambut baru kelihatan tumbuh.. Kenalah rajin sikit tau.. 


Mudahkan dengan petua tradisional ni.. Tak perlu nak pening kepala untuk mencari bahan-bahannya.. Dekat mana-mana pown ada... Kalau macam aku, memang dah tanam siap daun lidah buaya dekat rumah supaya senang kalau diperlukan.. hehe.. Lagi pown cara tradisional ni lebih selamat tanpa bahan kimia.. Itu paling penting.,. 

Lagi penting dan paling utama adalah kebersihan rambut perlu dijaga... Bila rambut sentiasa dijaga dan bersih, rambut pown akan sihat dan menawan.. Tak gitu?? Ahakz..

Semoga petua-petua di atas dapat membantu korang yang mempunyai masalah rambut.. Selamat mencuba.. 😁

Selain dari petua tradisional yang boleh kita cuba, terdapat juga cara moden yang paling efektif untuk mengatasi penampilan rambut gugur.... Jom ambil tahu... 

TOPPIK | CARA PALING EFEKTIF UNTUK MENGATASI 
PENAMPILAN RAMBUT GUGUR  
   
rambut gugur, rambut gugur, punca rambut gugur, toppik, produk rambut gugur, cara efektif atasi rambut gugur


Berdasarkan statistik yang diperolehi daripada www.toppikmalaysia.com/blog, rambut manusia akan gugur sebanyak 100 - 200 helai rambut setiap hari. Bilangan ini menunjukkan keguguran rambut yang normal. Namun begitu, ia menjadi bermasalah apabila rambut gugur secara berlebihan, ataupun rambut yang gugur tidak diganti balik dengan rambut yang baru. Keadaan keguguran rambut banyak berlaku dalam kalangan kaum lelaki, kemungkinan besar disebabkan oleh kesan genetik. Punca-punca yang lain termasuklah tabiat seharian yang tidak seimbang (contohnya pemakanan yang tidak seimbang, tidur yang tidak mencukupi) ataupun penyakit seperti keradangan di pora rambut. 


Untuk mengatasi masalah ini, seribu satu jenis cara pernah dicadangkan oleh pakar mahupun resipi rahsia tradisional, contohnya menggalakkan pertumbuhan rambut dengan makan ubat ataupun membasuh rambut dengan air yang telah dididih dengan daun pokok jambu batu. Cara- cara ini masih kurang efektif kerana rambut akan gugur apabila anda berhenti makan ubat yang sangat mahal tersebut dan keberkesanan cara kedua masih tertanya-tanya lagi. Berbanding dengan cara-cara yang telah dinyatakan tadi, Toppik Hair Building Fiber jauh lebih berkesan dan cepat dalam menjadikan rambut anda lebat dan cantik.



Seperti yang dinyatakan tadi, Toppik Hair Building Fiber amat digemari kerana ia cepat bertindak dan sangat berkesan untuk mengembalikan kelebatan rambut anda, malahan ia amat mudah digunakan. Bagi mereka yang pernah menggunakan produk-produk anti – gugur rambut atau pertumbuhan rambut pasti mengalami keadaan ini di mana rambut yang baru lambat sangat untuk tumbuh dan rambut yang tumbuh terlalu lemah dan mudah gugur.     Toppik Hair Building Fiber mampu mengatasi masalah ini kerana Fibernya diperbuat daripada keratin yang seiras dengan keratin rambut manusia, di mana ia mampu membentuk ikatan eletrostatik yang sangat kuat dengan rambut manusia dan juga sesama fiber. Ianya sangat kuat dan tidak akan sama sekali tanggal walaupun anda menjalankan aktiviti lasak seperti mendaki gunung, berbasikal mahupun berlari. Untuk mereka yang masih bimbang akan Toppik Hair Building Fiber yang telah ditaburkan pada rambut mereka, ikatan fiber masih boleh diperkuatkan lagi dengan menggunakan Toppik Fiber Hold Spray. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang Toppik Fiber Hold Spray, saya cadangkan bahawa anda melayari ke laman web www.toppikmalaysia.com/shop.      


Toppik Hair Building Fiber bukan sahaja dapat menyakinkan anda dari segi kekuatan ikatan fibernya, malahan estetiknya juga mampu meningkatkan keyakinan diri anda di depan orang ramai. Walaupun dikatakan bahawa ramai individu yang berjaya terdiri daripada mereka yang botak, namun ramai di antara mereka yang rasa malu dan rendah yakin diri sebab rambut mereka yang makin berkurangan. Ianya lagi memalukan apabila produk yang digunakan untuk menutup kebotakan (contohnya rambut palsu) telah dicam oleh rakan-rakan. Dengan menggunakan Toppik Hair Building Fiber, anda tidak payah risau tentang keasliannya atau kesepadannya apabila berbanding dengan rambut asli anda. Ia seolah-olah menyerupai rambut anda yang original dan anda boleh membentuk stail rambut anda seperti biasa selepas anda menggunakannya. Dengan maksud yang lain, anda masih boleh kelihatan bergaya dan anggun dengan menggunakan Toppik Hair Building Fiber.  

Adakah anda ingin memulihkan keanggunan dan gaya pada satu ketika yang dahulu di mana rambut anda masih lebat dan cantik? Toppik senantiasa pilihan utama untuk anda. Layari www.toppikmalaysia.com untuk maklumat yang lebih lengkap atau Facebook : Toppik Malaysia... Untuk pembelian boleh terus Whatapps ke sales @ toppik di talian 0165120824..

Read More