Menang Giveaway CASH RM1000+ May 2017 By Emas Putih

Wednesday, July 5, 2017

9 comments
Menang Giveaway CASH RM1000+ May 2017 By Emas Putih  |  Alhamdulillah, rezeki baby baru ada lagi... Kali ni aku menang giveaway anjuran Blogger femes, Emas Putih & Sponsors - Giveaway CASH RM1000+ May 2017 By Emas Putih.... Sebenarnya memang tak sangka nama aku akan tersangkut sebagai pemenang memandangkan terlalu ramai penyertaan dalam giveaway ni.. Bila dah tertulisnya rezeki untuk aku, maka akan terpilih jugak kan.. Rezeki dari tuhan siapalah yang tahu.. Hanya DIA yang Maha Mengetahui dan Maha Pemberi...

Menang Giveaway CASH RM1000+ May 2017 By Emas Putih
Menang Giveaway CASH RM1000+ May 2017 By Emas Putih

Seramai 20 orang pemenang disenaraikan... Aku tersenarai pada angka yang ke-19.. Fuhhh.. Di garis penghabisan tu.. Haha!! Alhamdulillah... Sebenarnya, aku pun hampir terlupa dengan giveaway ni.. Nasib baik aku ada masa untuk blogwalking blog kengkawan hari semalam... Blog Emas Putih adalah salah satu blog feberet aku bila blogwalking... Banyak info aku dapat kat sana.. Terutama tentang review produk... Memang banyak.. Ownernya aku panggil dengan panggilan Uzu... Hehe.. Jom kenali beliau..


Kalau nak terjah blog beliau boleh klik link kat bawah ni ye..


Pape pun, thankz to Uzu and Friends kerana menganjurkan giveaway yang terlebih ohsemnesss ni dan sekaligus sudi pulak pilih diri ini sebagai pemenang.. Cewahh.. Drama sangat ayat aku kan... Hahaha!!..


Read More

Pencarian Bloglist Julai 2017 Blog Kasihjuju.com

Tuesday, July 4, 2017

9 comments
Pencarian Bloglist Julai 2017 Blog Kasihjuju.com  |  Lama tak join segmen pencarian bloglist anjuran rakan-rakan blogger... Hari ni, sementara ada kesempatan di waktu rehat ni aku terpanggil untuk join Segmen Pencarian Bloglist Julai 2017 Blog Kasihjuju.com ni... Syarat yang simple dan tempoh berlangsungnya segmen ni pun agak pendek... 

Pencarian Bloglist Julai 2017 Blog Kasihjuju.com
Klik banner untuk join

Tarikh Tamat
08 Julai 2017




Read More

Menang Giveaway Raya By Mya And Friends

11 comments
Menang Giveaway Raya By Mya And Friends  |  Dek kerana sibuk beraya sampai aku terlupa nak up entry tentang terpilihnya aku sebagai pemenang dalam Giveaway Raya by Mya And Friends ni... Senarai pemenang dah pun diumumkan pada 21 Jun 2017 yang lalu... Dah lama kot.. Aku jerk yang terlebih raya sampai lupa nak update.. Ngeeee!!

Menang Giveaway Raya By Mya And Friends
Menang Giveaway Raya By Mya And Friends

Seramai 4 orang pemenang telah diumumkan... Alhamdulillah aku tersenarai sebagai pemenang tempat pertama... Sungguh murah rezeki aku dibulan ramadhan dan di bulan syawal.. Mungkin juga rezeki baby baru ni kot... Hehe.. Alhamdulillah.. Hadiah untuk giveaway ni agak lumayan juga nilainya...

Tempat pertama : RM 100
Tempat kedua : RM 70
Tempat ketiga RM 50
Tempat keempat : RM 20

Dalam IG dah update sebenarnya.. Hehe.. Alhamdulillah dengan menangnya giveaway duit raya ni, dapatlah cover sikit sebanyak duit yang dah habis untuk persiapan hari raya... Syukur.. Pape pun terima kasih sangat-sangat kepada penganjur giveaway, Mya dan kengkawan yang menjadi sponsors.. Dorang pun tak asing lagik, semua pun dari group AFB... Thankz korang!!

Jom terjah blog dorang...

 Mya
 Ain



Read More

Kembali Kepada Rutin Asal

8 comments
Kembali Kepada Rutin Asal  |  Setelah lama bercuti raya, kini aku kembali kepada kehidupan normal sebelum puasa... Kembali kepada rutin asal harian aku... Aku dah mula bekerja semalam sebenarnya.. Cuma hari ni baru terasa nak update bende ni.. Hehe.. Seperti biasa, sebelum datang opiz, harus tapau nasi dulu untuk breakfast di pejabat... Itu tandanya dah malas nak keluar makan ye..


Hari ni tapau nasi lemak aje.. Air tamar cocoa tu aku tapau dari rumah.. Haha!! Sejak dah nak masuk 7 bulan kandungan ni, rasa semakin tak larat nak berjalan.. Cepat penat.. Tu sebab aku tapau siap-siap.. Tak yah dah aku nak keluar makan bagai... Tapi kalau ajak aku pergi shopping, larat jerk lagi.. Hahaha!! Mungkin rutin harian kita berbeza-beza bagi setiap orangkan.. Mungkin korang lebih rajin dengan menyediakan sarapan pagi untuk family dulu sebelum ke pejabat.. Bagi aku yang tak berapa nak rajin ni, memang tapau aje la jawabnya.. Hari cuti aje aku sediakan sarapan pagi untuk family.. Itu pun kengkadang kalau datang penyakit malas, memang tapau jugak hari cuti untuk sarapan pagi... Hiks.. 

Korang sarapan apa pagi ni? Sama tak menu kita? ❤


Read More

Tudung iBawal | Tudung Wangi Yang Selesa Dan Senang Bentuk

Monday, July 3, 2017

10 comments
Tudung iBawal | Tudung Wangi Yang Selesa Dan Senang Bentuk  |  Lama benar rasanya blog ni tak berupdate... Terasa rindu yang amat untuk berblogging kembali.. Hari ni baru berkesempatan untuk jengok dan update.. Untuk blogwalking, insyaallah akan diusahakan.. Terima kasih kepada yang sudi jengok blog picisan ni miskipun tak berupdate.. Sayang korang ketat-ketat.. Hiks.. Orite, hari ni nak update tentang hadiah giveaway yang aku dapat daripada Blogger Comel Suzlin... Aku dah pernah update kot sebelum ni tentang aku Menang Giveaway Tudung iBawal Di Instagram By Blogger Cik Suzlin ni.. Dan hadiahnya dah pun selamat aku terima.. Alhamdulillah.. Thankz tau Cik Suzlin.. Cantik sangat tudung iBawal tuu.. Hari ni aku dah pun rasmi tudung iBawal, tudung wangi yang selesa dan senang bentuk... Seriuss..!!

tudung ibawal, tudung wangi
Tudung iBawal | Tudung Wangi Yang Selesa Dan Senang Bentuk
Ini corak yang aku terima.. Mula-mula bukak parcel tu, teruja sangat baq hang!! Tak sabar nak tengok corak apa yang aku dapat.. Dah bukak tu, wahh alhamdulillah corak yang cantik.. Butterfly.. Warna pun soft jerk.. Aku suka.. Memang tak sabar nak pakai...

Dalam ketidaksabaran aku itu, timbul jugak kerisauan... Risau tentang apa tu?? Risau kalau aku tak selesa pakai tudung iBawal ni.. Sebab sebelum ni aku memang tak suka dengan tudung bawal satin.. Susah dipakai dan susah dibentuk.. Selain tu, satin ni licin dan telinga akan bergema... Haiss.. Sebelum ni pun dah pernah beli bawal satin sehelai.. Pakai sekali aje, pastu terus kasi adik aje.. Sangat tak selesa.. Semalam, tengah iron tudung iBawal ni sambil berfikir, boleh ke aku pakai tudung iBawal ni.. Selesa ke? Terus aje iron tudung bawal biasa untuk standby kot-kot tak selesa pakai iBawal ni esok... Hehe.. Alhamdulillah, pagi tadi aku pakai tudung iBawal ni sangat la selesa dan senang dibentuk... Memang terbaik.. Dah terjatuh cinta pulak dengan tudung iBawal ni dan tudung bermaterial satin.. Mungkin kena pilih kain jugak kot kalau nak pakai bawal dari jenis satin ni.. Kalau material macam iBawal ni memang ok.. Tak licin dan senang bentuk.. Lain kali boleh usha la corak lain lagik.. Haha!! Tambah lagik koleksi bawal aku nanti.. Hadoiii!!

Jom tengok gambar aku menggayakan tudung iBawal ni... Jangan muntah sudah.. Hiks..

Acecece... Pandang lain kengkonon..!! Haha..

iBawal bercorak butterfly

Kot ada yang bekenan dengan corak ni atau nak cuba pakai bawal wangi dari iBawal ni, bolehlah terjah laman web iBawal ye seperti di bawah ni :-

website
http://www.ibawal.com/

Facebook

Instagram


Read More