Optimakan Fungsi Kereta Dan Motorsikal Anda Dengan WD-40®

Thursday, June 15, 2017

10 comments
Optimakan Fungsi Kereta Dan Motorsikal Anda Dengan WD-40®  |  Memastikan kenderaan sentiasa bergerak dengan lancar dan selamat sepanjang perjalanan adalah perkara yang penting bagi setiap pemilik kenderaan. Dengan kuasa berganda, optimakan fungsi kereta dan motosikal anda dengan WD-40®, Pakar Pencuci dan Pelincir Automotif yang unggul!

Optimakan Fungsi Kereta Dan Motorsikal Anda Dengan WD-40®

Jenama unggul WD-40® menampilkan rangkaian terkini iaitu WD-40® Specialist Automotive khas untuk membantu pemilik kenderaan mencapai matlamat tersebut. Rangkaian pakar produk penyelenggaraan kereta dan motosikal ini dicipta khas oleh WD-40® untuk memastikan kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan bergerak dengan lancar semasa di jalan raya. Rangkaian produk ini terdiri daripada 3 jenis pencuci yang berprestasi tinggi dan 2 jenis produk pelincir yang berkuasa.



WD-40® Specialist Automotive Machine & Engine Degreaser berupaya untuk menanggalkan kotoran, tar, gris yang degil, pelekat dan sebagainya. Ia amat mudah dibersihkan dengan air..


Inovasi WD-40® Specialist Automotive Throttle Body, Carb & Choke Cleaner juga memberikan kesan maksima bagi meningkatkan prestasi kaburator dan sistem enjin termasuklah mengurangkan pengeluaran asap kenderaan. Ia juga digunakan untuk membersihkan kotoran, varnis dan karbon yang melekat dari kenderaan.


Sementara itu, WD-40® Specialist Automotive Brake & Part Cleaner mampu membersihkan cecair brek, gris, minyak dan kotoran daripada plat cakera brek dan angkup brek tanpa menanggalkan bahagian tersebut. Bersifat tidak menghakis, formulasi ini boleh menghentikan bunyi cakera brek dan menghapuskan geseran pada clutch supaya pemanduan lebih lancar.


WD-40® Specialist Automotive Chain Lube menawarkan pelincir yang bertahan lama dan perlindungan optima, sesuai untuk motorsikal, kart dan ATV. Pelincir berprestasi tinggi ini bersifat anti-haus dan mampu menembusi bahagian-bahagian yang sukar dicapai memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan.


Dan akhir sekali, WD-40® Specialist Automotive Belt Dressing Lubricant mampu memanjangkan usia belt kenderaan. Daya serapan terhadap kod fiber menjadikan belt kenderaan lebih fleksibel.


Di samping kehebatan rangkaian WD-40® Specialist Automotive, formulasi asal daripada WD-40® yang terkenal dengan warna biru kuning ini mampu menyelesaikan pelbagai kerja penyelenggaraan kereta termasuklah :-
  • Membantu menghidupkan enjib basah
  • Melincirkan dan melindungi bahagian tertentu daripada karat dan haus
  • Membersihkan peralatan mekanikal
  • Menghilangkan kelembapan dalam pendawaian dan litar
  • Memastikan operasi pencahayaan lampu lancar
  • Memudahkan ketanggalan nut dan bolt
  • Melincirkan hab pacuan 4 roda untuk prosedur mengunci
Ternyata, WD-40® mempunyai solusi untuk setiap keperluan penyelenggaraan kenderaan anda. Jom terjah http://wd40.asia/products/wd-40-specialist-automotive hari ini untuk menerokai lebih banyak panduan bagaimana WD-40® mampu meningkatkan prestasi kenderaan anda!

Rangkaian produk WD-40® boleh didapati di kedai-kedai perkakasan seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang WD-40®, boleh layari http://www.wd40.asia/



Read More

Lailatul Qadar Pada 10 Malam Terakhir

6 comments
Assalamualaikum wbt..

Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir...

sumber foto : google


Read More

Giveaway RM1000 By Solehah Shamsuddin & SGShop Malaysia

Wednesday, June 14, 2017

15 comments
Giveaway RM1000 By Solehah Shamsuddin & SGShop Malaysia  |  Wahhh blog tak berupdate hari ni... Untuk tidak membiarkan blog terus sepi sekuntum mawar merah, aku join giveaway by Blogger Solehah Shamsuddin x SGShop ni... Mane tahu ada rezeki untuk menang, dapatlah bershopping di SGShop... Banyak bende jugak yang nak dibeli ni tau.. Hehe!!

Giveaway RM1000 By Solehah Shamsuddin & SGShop Malaysia
Giveaway RM1000 By Solehah Shamsuddin & SGShop Malaysia
Klik banner untuk join

Oke, untuk memenuhi syarat yang ditetapkan untuk giveaway ini, aku sertakan segala butiran yang diperlukan seperti kat bawah ni...

Usernama SGShop Malaysia | LeaAzleeya

ID Blog | Blog Lea Azleeya

Facebook | Lea Azleeya

Instagram | Lea_Azleeya

Hadiah untuk pemenang giveaway ni adalah shopping credit bernilai RM 100 untuk 10 orang pemenang.. Andai katalah ada rezeki aku menang giveaway ni, aku nak shopping pakaian untuk baby baru aku nanti.. Banyak jugak yang menarik di SGShop... Rambang mata jadinya.. Murah pulak tu... 


Orite, kalau korang berhajat jugak nak shopping free di SGShop Malaysia, bolehla join giveaway anjuran Sis Solehah Shamsuddin ni.. Giveaway ni berlangsung hanya selama seminggu sahaja hokeh.. Cepat-cepat tau.. Kot-kot rezeki menyebelahi kitakan.. Leh la shopping di SGShop free..!! Hiks..


Tarikh Tutup
20 Jun 2017


Read More

Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Sebelum Hari Raya Aidilfitri 2017

Tuesday, June 13, 2017

11 comments
Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Sebelum Hari Raya Aidilfitri 2017  |  Hi korang! Dah siap ke persiapan rasaya korang? Baju raya dah beli? Haaa kalau belum beli tu dan berhajat nak beli secara online, korang kene beli cepat-cepat.. Nanti tak pasal-pasal baju raya tak sempat sampai sebabnya Pos Laju dah buat pengumuman tarikh akhir pengeposan Pos Laju sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti.. 

pos malaysia, poslaju, tarikh akhir pengeposan pos laju,
Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Sebelum Hari Raya Aidilfitri 2017

Korang dah tahu ke bila tarikh akhirnya? Sebagai seller, aku rasa kebanyakannya dah ambil maklum tentang perkara ni kan... Kalau korang sebagai pembeli, mungkin ada yang belum tahu kot.. Kalau ada yang masih belum tahu, moh le kite pakat tengok bila tarikh akhir untuk pengeposan barang.. Jom baca memo dari Pos Laju malaysia ni..



Tarikh akhir untuk pengeposan adalah pada 21 Jun 2017 (Rabu) ye.. Kalau ada yang nak beli barang untuk raya secara online, boleh lah buat segera sebelum 21hb ni... Kalau tak jawabnya korang pakai ajelah baju raya tahun lepas.. hehe.. Ngeeeee...!!




Read More

Blog Lea Azleeya Di Review Lagi!

12 comments
Blog Lea Azleeya Di Review Lagi!  |  Alhamdulillah, ada blogger yang sudi review Blog Lea Azleeya ni.. Terharu rasanya... Walaupun hanya short review, tetapi ianya sangat bermakna... Thankz to Adik Farah Wahidah.. Bukan senang nak dapat review dari seseorang blogger kan.. Bila ada yang sudi review dan free pulak tu memang seronok.. 

blog lea azleeya
Blog Lea Azleeya Di Review Lagi!

Kengkadang kite sebagai owner blog ni, nak baca apa yang direview oleh blogger lain memang rasa berdebar-debar... Yelah, mane tahu kot-kot komen yang diberikan tu banyak yang negatif kan... Itu bermakna blog kite tak layak untuk disinggahi oleh mana-mana pengunjung kerana membawa aura negatif... Tapi ada jugak kebaikannya, sekurang-kurangnya kita dapat tahu kelemahan blog kita... 

Oklah, jom kita support pulak kawan blogger kita ni.. Adik Farah Wahidah.. Kita terjah blog beliau.. Banyak juga dia review blog rakan bloggernya... Terdapat juga tutorial di blog beliau.. Tips pun ada tau... Jadi, apa tunggu lagi... Moh le kita ke FWS Blog untuk tinjau apa yang ada kat sana..

 
blog FWS - http://fws00blog.blogspot.my/


Read More